You are on page 1of 4

Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi

sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan. Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus, dan mungkin juga Elam di Parsi. Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur. Pengetahuan kita tentang berat dan ukuran muncul dari banyak sumber. Dalam perdagangan, timbang dan ukur seringnya dikawal oleh peraturan kerajaan untuk memastikan keadilan dan gambaran. Bureau international des poids et mesures (BIPM) telah ditugasi untuk memastikan keseragaman ukuran-ukuran di seluruh dunia serta kebolehkesanan kepada Sistem Unit Antarabangsa (SI). Metrologi ialah sains untuk mengembangkan timbang dan ukur negara, serta timbang dan ukur antarabangsa yang boleh diterima. Dalam bidang-bidang fizik dan metrologi, unit-unit merupakan piawai-piawai untuk mengukur kuantiti fizikal dan yang perlu diberikan takrif yang jelas supaya berguna. Kebolehulangan ujian merupakan pokok kaedah saintifik dan oleh itu, satu sistem unit yang piawai dapat memudahkan pelaksanaan ini. Sistem-sistem unit saintifik merupakan perbaikkan konsep timbang dan ukur yang dikembangkan untuk tujuan perdagangan sejak lama dahulu. Sains, perubatan, dan kejuruteraan seringnya menggunakan unit-unit ukuran yang lebih besar atau lebih kecil daripada unit-unit yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari, dan merujuk kepada unit-unit mereka dengan lebih tepat. Pemilihan unit-unit ukuran yang bijak boleh membantu para penyelidik dalam penyelesaian masalah Friday, November 26, 2010 HBMT 2103: TEACHING MATEMATICS IN YEAR TWO

HBMT 2103 TEACHING MATEMATICS IN YEAR TWO

Labels: Isipadu Cecair PRAKATA - HBMT 2103: TEACHING MATEMATICS IN YEAR TWO SEKAPUR SIREH

Bersyukur kepada Tuhan, dengan limpah kurnianya, saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Dalam tugasan ini menceritakan tentang pengajaran isipadu cecair untuk pelajar sekolah rendah tahun dua. Saya mengucapkan ribuan kepada ahli keluarga saya yang banyak memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi pendapat dalam menyempurnakan tugasan ini. Jutaan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah tutor saya iaitu En. Goh Thian Hee yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam subjek HBMT 2103 TEACHING MATEMATICS IN YEAR TWO .

Akhir sekali saya Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada pihak OUM khasnya kepada Pengarah OUM kerana telah memberi ruang yang amat selesa untuk saya meneruskan pengajian ini.

Harapan saya semoga tugasan ini memberi satu manfaat kepada saya di hari kelak semua guru-guru di Malaysia. Segala kekurangan di dalam tugasan ini saya mohon maaf kepada pihak tuan.

Sekian terima kasih

PENGENALAN - ISIPADU CECAIR

Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, isipadu ialah ukuran. Oleh itu pada pendapat saya, isipadu cecair adalah merujuk kepada jumlah atau kuantiti cecair yang dapat memenuhi sesuatu bekas. Dalam bidang matematik, cecair diukur dalam 2 bentuk unit pengukuran iaitu unit piawai dan unit bukan piawai.

Unit piawai adalah seperti liter dan milliliter. Manakala bagi unit bukan piawai pula adalah seperti, setitik, secawan dan sebaldi. Unit bukan piawai adalah mengikut alat pengukurannya. Contohnya, jika sudu diguna sebagai alat ukuran, unitnya adalah setengah sudu, sesudu, dua sudu dan seterusnya. Unitunit bukan piawai ini masih lagi digunakan pada hari ini. Contoh yang paling mudah ialah jumlah pengambilan ubat cecair dan sutakan beras untuk memasak nasi.

Dalam pendidikan disekolah, ilmu pengetahuan dan kemahiran mengukur isipadu cecair adalah amat penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak. Atas kesedaran ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Pusat Perkembangan Kurikulum telah memasukkan isipadu cecair sebagai salah satu topik dalam matapelajaran matematik di tahun dua. Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran mengukur isipadu cecair apabila mereka tamat di alam persekolahaan.

Dalam menganggarkan dan membanding-beza isipadu cecair, kebiasaannya kanak-kanak akan membuat kesilapan dengan menyangkakan bekas yang tinggi mempunyai isipadu yang lebih dari bekas yang memanjang. Dalam menyelesaikan kesalahan tafsiran ini, guru perlu menjelaskan bahawa tetinggian bekas bukanlah penentu isipadu atau kuantiti cecair di dalamnya. Guru perlu bijak menyusun penerangan-penerangannya dengan bahan bantu pengajaran atau eksperimen-eksperimen yang tertentu. Menurut Sobri (2000), dalam sebuah tesis seorang mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia, Nur Baizura Binti Mahyidin (2006:5) menyatakan bahawa terdapat tiga kepentingan alat bantu mengajar iaitu: 1. Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran. 2. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. 3. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.

Salah satu alat atau bahan bantu mengajar saya yang pertama adalah 2 bekas kosong sama saiz yang diubahsuai dari botol minuman dan 2 bekas air yang tidak sama saiz. Bekas yang sama saiz adalah bertujuan untuk dijadikan alat pengukur bagi menentukan perbezaan isipadu 2 cecair. Bagi memudahkan murid melihat dan membezakan isipadu cecair, saya menggunakan cecair yang berwarna iaitu cecair berwarna merah dan cecair berwarna biru . Set bahan bantu mengajar ini boleh digunakan untuk mengajar murid yang lemah, galus dan cerdas atau bijak. Apa yang membezakan dalam pengajaran saya yang menggunakan BBM pertama ini adalah bikar 200ml, dimana bikar tersebut digunakan untuk mengajar murid yang cerdas tambahan sub kemahiran mengukur isipadu cecair. Bagi pelajar yang lemah, guru juga boleh menggunakan bikar 200ml sebagai alat pengukuran, tetapi bukan lah untuk mengajar mereka mengukur dalam unit piawai. Cukuplah sekadar menggunakan bikar sebagai alat pengukur bukan piawai. dalam erti kata yang lain, murid yang lemah mengukur kuatiti air berdasarkan bilangan bikar bukan pada bacaan bikar. Kebaikannya, walaupun kita tidak mengajar mengukur isipadu cecair dalam unit mililiter, murid yang lemah akan ukuran-ukuran yang terdapat pada bikar tersebut. Dan ini sedikit sebanyak akan memberi persediaan awal, atau permulaan dalam pembelajaran membaca ukuran pada bikar kelak.

You might also like