You are on page 1of 2

Perkataan: Mutakhir dan marcapada

Salam Munsyi Dewan,

Terlebih dahulu, saya memanjatkan doa agar cikgu senantiasa diberkati Tuhan.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai munsyi bahasa yang sering menemukan kesalahan dalam
penulisan karangan anak-anak didik kita gara-gara menjadi hamba kepada hawa nafsu. Dengan erti kata lain,
anak-anak didik kita berleluasa dan menjadi 'pak turut' dalam penulisan karangan. Pada pengamatan saya, antara
kesalahan yang kerap saya temukan ialah 'mutakhir ini' dan 'marcapada ini' sebagai frasa penanda wacana.
Kesalahan ini dipandang berat kerana anak-anak didik kita tidak merujuk kepada Kamus Dewan untuk mengetahui
makna dan penggunaan sebenarnya. Bagi mereka, penggunaan frasa sedemikian menampakkan kehebatan
penguasan kosa kata bahasa Melayu, tetapi sebenarnya mereka menjadi mangsa kejahilan diri sendiri. Yang
menyedihkan ialah ada guru bahasa yang menggalakkan penggunaan frasa-frasa tersebut. Setahu saya, frasa yang
sesuai ialah 'dewasa ini' / 'pada masa ini' / pada ketika ini.

Saya berharap agar cikgu akan meleraikan kesalahan frasa sedemikian (jika terdapat kesalahan) dalam usaha
memurnikan dan mendaulatkan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan pengguna bahasa Melayu. Sekian.

Salam sejahtera,
Munsyi Bahasa, Pulau Pinang

Jawaban:
Saya memang bersetuju dengan pendapat tuan. Dalam penulisan karangan, pelajar menganggap bahawa
penggunaan perkataan tersebut akan meningkatkan markah dari segi kosa kata. Yang menyedihkan saya ialah
guru-guru bahasa Melayu mereka yang menggalakkan penggunaan frasa tersebut. Penggunaan frasa `mutakhir
ini’ dan `marcapada ini’ sebenarnya tidak menepati penggunaan bahasa yang baku. Hal ini dikatakan demikian
kerana frasa tersebut mempunyai kelewahan bahawa.

Jika kita meneliti Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan `mutakhir’ bermaksud :
terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini. Ayat contoh yang dikemukakan ialah:

1. Dalam seminar itu, mereka akan membicarakan puisi Malaysia mutakhir.


2. A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera mutakhir di dunia.

Jika kita menggunakan transformasi makna, ayat (1) dan (2) di atas, boleh juga ditulis seperti yang berikut:

1(a) Dalam seminar itu, mereka akan membicarakan puisi Malaysia terakhir.
2(a) A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera terakhir di dunia.
1(b) Dalam seminar itu, mereka akan membicarakan puisi Malaysia akhir-akhir ini.
2(b) A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera akhir-akhir di dunia.
1(c) Dalam seminar itu, mereka akan membicarakan puisi Malaysia terbaharu.
2(c) A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera terbaharu di dunia.

Sila lihat penggunaan perkataan `mutakhir’ dalam ayat yang berikut pula:

3. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ialah buku rujukan mutakhir yang diguna pakai oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk menentukan betul salah aspek tatabahasa dalam peperiksaan.

4. Pengkaji-pengkaji kesusasteraan hendaklah membaca buku-buku berkaitan tentang kesusasteraan Melayu


karya Ismail Hussein, Hooykas, Lew Yock Fang dan sarjana-sarjana mutakhir.
Perkataan `marcapada’ pula bemaksud dunia sekarang ini. Lihat penggunaan perkataan tersebut dalam ayat yang
di bawah ini:

5. Orang Mukmin tidak akan terpengaruh dengan marcapada yang penuh dengan tipu daya.

Sebagai kesimpulannya, pengguna hendaklah mengelakkan penggunaan bahasa yang lewah dalam penulisan.
Sebagai guru, kita janganlah mengajar murid tentang penggunaan bahasa yang salah dan tidak tepat. Oleh itu,
mereka perlulah merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku
Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah dan Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah yang akan berada di
pasaran tidak lama lagi sebagai rujukan. Dengan mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu yang betuk, hal ini
bermakna kita telah memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di negara kita.

Sumber: http://agy7500.blogspot.com/2010/12/siri-521-perkataan-mutakhir-dan.html

You might also like