Professional Documents
Culture Documents
KAJIAN BERKUMPULAN
HUBUNGAN ETNIK
UWS 10202
SEKSYEN 11
TAJUK
“ISU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA DAN PERKAITAN ANTARA HUBUNGAN ETNIK DI
KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA”
OLEH
MOHD AIZAT SHAH BIN SAHABUDIN
(DD100064)
MUHAMMAD REJAB BIN JAMALUDDIN
( DD100004)
MUHAMAD SYAFIQ BIN ABDUL RAFAR
(DD100177)
MUHAMAD IDHAM BIN ABDUL RAZAK
(DD100077)
MUHAMMAD AMINUDDIN BIN MOHD TAJUDDIN
(DD100035)
MOHD FAIZ BIN ISMAIL
(DD100178)
MUHAMAD ALI ARIF BIN ROHALIM
(DD100168)
MUHAMMAD REDZWAN BIN CHE KAMARUDDIN
(DD100187)
MUHAMMAD KHAIRI BIN HASSAN
(DD100181)
2010/2011
1.0 PENDAHULUAN
2
1.1 PENGENALAN:
Bahasa secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu ucapan yang menepati
tata bahasa yang telah ditetapkan seperti perkataan, kalimat, dan lain lain. Ianya juga
boleh dikatakan sebagai satu sistem tuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat
linguistik. Pakar analisis bahasa Bloch dan Trager (1942) menyatakan bahasa ialah suatu
sistem lambang bunyi vokal yang bersifat arbitrari yang digunakan oleh anggota
masyarakat untuk berkomunikasi.
Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi utama yang digunakan di Negara
Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu di negara ini berbeza bergantung kepada sejarah
dan budaya. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis etnik seperti etnik India , Cina dan juga
sub - etnik yang lain. Kepelbagaian jenis etnik ini menyebabkan penggunaan bahasa yang
berbeza di kalangan masyarakat di negara ini. Antara jenis bahasa yang secara umumnya
digunakan di Malaysia adalah bahasa Melayu, bahasa India, bahasa Cina dan juga bahasa
Inggeris
Mengikut sejarah, sebelum penjajahan British, bahasa Melayu merupakan bahasa
utama yang berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan bahasa
pengantar di kalangan masyarakat pada zaman itu. Tetapi selepas Perang Dunia Kedua,
British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan
Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Perlembagaan yang telah ditetapkan ini telah menjadikan bahasa Melayu sebagai satu
bahasa rasmi yang digunakan dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Institusi
pendidikan juga tidak terkecuali dalam penggunaan bahasa Melayu. walaupun terdapat
pelbagai jenis kaum di Malaysia.
Namun begitu, zaman teknologi yang serba canggih ini menyebabkan bahasa
Inggeris menjadi bahasa keutamaan dalam institusi pendidikan. Boleh dilihat hampir 80%
penggunaan bahasa Inggeris digunakan pada setiap jenis institusi pendidikan seperti
sekolah dan juga peringkat institusi pengajian tinggi. Hal ini menyebabkan perubahan
yang boleh menimbulkan kesan positif dan negatif pada sistem pendidikan negara di
Malaysia.
3
ABSTRAK
Melangkah ke alaf baru, pelbagai perubahan dalam pelbagai bentuk berlaku, baik
dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Bahasa yang berperanan sebagai perantara
utama elemen-elemen ini tetap dilihat sebagai wahana utama dalam proses pembangunan
sesebuah masyarakat di Malaysia. Kajian yang kami bangkitkan adalah untuk
menghuraikan secara kritisnya tentang penggunaan bahasa Melayu di kediaman universiti
IPTA di Malaysia. Terdapat beberapa masalah yang timbul tentang penggunaan bahasa
Melayu di institusi pendidikan di Malaysia antaranya ialah bahasa Melayu kurang
dipraktiskan dalam pendidikan di sekolah masa kini. Selain daripada itu, penggunaan
bahasa rojak telah menular di kalangan anak muda yang semakin membimbangkan.
Penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan bumiputera juga merupakan salah
satu pernyataan masalah dalam kajian kami. Disamping itu, pemilihan bahasa Inggeris
yang diguna pakai bagi subjek Matematik dan Sains di sekolah mempengaruhi dalam
peratusan keputusan penilaian pelajar di sekolah. Kajian ini mencadangkan penekanan
kepada pendekatan behaviorisme untuk meningkatkan motivasi, pencapaian akademik
yang berkaitan dengan kemunduran pelajar dalam subjek tersebut. Kajian ini seterusnya
dapat mengenalpasti punca pengurangan penggunaan bahasa Melayu di institusi
pendidikan. Melalui kajian ini juga, kami dapat menilai dan mengenalpasti kaedah-
kaedah yang sesuai untuk memartabatkan bahasa Melayu di institusi pendidikan di
Malaysia. Selain itu kepentingan kajian ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada
masyarakat berkenaan martabat bahasa Melayu yang perlu dipertahankan. Skop kajian
yang kami jalankan adalah di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Dalam
melaksanakan kajian ini, terdapat batasan kajian yang perlu diambil kira antaranya sesi
temuramah bersama guru dan pelajar di sekolah yang terlibat, pemilihan sekolah yang
mempunyai komuniti berbilang kaum termasuklah kategori umur responden. Akhir
sekali, melalui kajian ini kami berharap dapat memberikan manfaat kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung. Bersama-samalah kita menghayati slogan ‘
Bahasa Jiwa Bangsa’ dan ‘Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita’ agar dapat meningkatkan
lagi martabat bahasa Melayu di kalangan bangsa Melayu secara amnya dan seterusnya
seluruh masyarakat di negara ini.
4
3.0 PENYATAAN MASALAH:
3.1 Pengunaan bahasa melayu kurang berperanan di peringkat institusi pendidikan
sekolah rendah.
3.2 Murid-murid telah dididik dengan bahasa inggeris di peringkat pra-sekolah lagi.
3.3 Perubahan penggunaan bahasa dalam matapelajaran matematik dan sains telah
mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar.
3.4 Peningkatan kemodenan tidak selaras dengan peningkatan bahasa melayu.
3.5 ‘Bahasa rojak’ telah berleluasa di kalangan remaja sekarang kerana terdedah
dengan asing di setiap sudut.
3.6 Kurangnya penekanan dalam penggunaan bahasa melayu di institusi pengajian
tinggi.
3.7 Belaku perubahan mentaliti apabila kurang menggunakan bahasa melayu.
3.8 Segelintir pelajar melayu tidak dapat mencapai keputusan yang baik dalam
matapelajaran bahasa melayu berbanding bangsa lain.
5
4.0 OBJEKTIF:
4.1 Mengkaji penggunaan bahasa melayu dalam institusi pendidikan.
4.2 Membuat analisis tentang penggunaan bahasa melayu dalam sistem pengajaran
dan pembelajaran.
4.3 Mengenalpasti kurangnya penggunaan bahasa melayu dalam institusi pendidikan.
4.4 Mengenalpasti cara untuk memertabatkan bahasa melayu.
6
5.0 PERSOALAN KAJIAN:
Persoalan kajian terwujud selaras dengan masalah yang berhubungkait dengan kajian
yang dilakukan terhadap skop yang diambil iaitu hal-hal yang mungkin belum berlaku,
sedang berlaku dan telah lama berlaku.
Juga diambil kira permasalahan yang sudah sekian lama tidak dibendung yang boleh
menyebabkan berlakunya permasalahan yang mengundang masalah yang lebih kritikal
pada peringkat lebih tinggi.
Antara persoalan yang dapat dikemukan ialah:
5.1 Mengapakah penggunaan Bahasa Malaysia kurang berperanan di
peringkat institusi pendidikan terutamanya di sekolah peringkat
menengah?
5.2 Adakah pada masa ini atau pada zaman ini, murid-murid telah dididik
dengan Bahasa Inggeris secara terbuka dan mendalam pada peringkat
pra-sekolah?
5.3 Adakah penggunaan bahasa asing selain Bahasa Malaysia
mempengaruhi keputusan perperiksaan pelajaran terutamanya dalam
subjek Matematik dan Sains?
5.4 Golongan etnik manakah yang mendominasi penggunaan Bahasa
Malaysia dan bahasa asing yang lain berdasarkan keputusan
perperiksaan?
5.5 Adakah berlakunya kemunduran penggunaan Bahasa Malaysia seiring
dengan peningkatan kemodenan dalam kehidupan para pelajar?
5.6 Adakah istilah bahasa rojak banyak diaplikasikan oleh pelajar sekolah?
5.7 Adakah mentaliti pelajar turut terjejas akibat kurangnya penggunaan
Bahasa Malaysia dalam seharian samada pelajar berbangsa Melayu
dan pelajar berbangsa India, serta Cina?
7
6.0 KEPENTINGAN KAJIAN:
Antaranya ialah:
6.1 Pentingnya kajian ini adalah yang pertama sekalinya ialah untuk mengajak
pelajar, ahli kumpulan dan masyarakat yang terlibat supaya
mengutamakan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantaraan yang utama di dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
8
7.0 SKOP KAJIAN:
9
8.0 BATASAN KAJIAN:
8.1 Temuramah.
Proses temuramah ini melibatkan pertemuan lisan secara
bersemuka dengan individu yang terlibat dalam batasan kajian ini. Dalam
proses temuramah ini melibatkan para pelajar dan guru secara khususnya.
Selain daripada itu,jumlah para pelajar dan guru yang terlibat dalam
proses temuramah ini seramai 20 orang pelajar dan 20 orang guru. Dalam
proses temuramah ini juga meliputi pelbagai aspek-aspek yang
dititikberatkan kepada individu yang akan ditemuramah. Diantaranya
ialah,bagi pelajar merangkumi jenis etnik,tahap penguasaan dan lain-lain.
Manakala bagi guru pula, merangkumi jenis etnik,peringkat
umur,pengalaman mengajar dan sebagainya.
10
berlatarbelakangkan pelbagai etnik di Malaysia termasuk guru yang
mengajar disekolah tersebut.
11
9.0 DEFINISI:
9.1 Bahasa:
(Sumber: http://d.wikipedia.org/wiki/bahasa)
12
9.2.2 Komunikan : orang atau kelompok orang yang menerima
pesan. Dalam berkomunikasi keberhasilan
komunikator atau komunikan sangat
ditentukan oleh beberapa faktor iaitu:
1. Cakap
2. Pengetahuan
3. Sikap
4. Sistem Sosial
5. Kondisi lahiriah
9.3 Institusi:
13
9.3.4 Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada:
-Sekolah Akademik
-Sekolah Teknik dan Vokasional
-Sekolah Kebangsaan Agama
14
2.0 “ISU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA
DAN PERKAITAN ANTARA HUBUNGAN
ETNIK DI KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA,
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA”
15