You are on page 1of 8

Unsur-unsur dan faktor keberkesanan

pengajaran kemahiran lisan

Disediakan oleh:
Mohammad syazwan bin Masruddin
PISMP G7 (pemulihan)
Terdapat beberapa faktor yang cukup
mempengaruhi keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran kemahiran lisan iaitu:
 Kecerdasan
 Kesihatan
 Fizikal
 Persekitaran
 Jantina
 Dwibahasa
Kecerdasan
Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan
otak yang menentukan keupayaan berfikir
dalam proses memperoleh, menyampai
dan memproses maklumat - aspek penting
dalam pertumbuhan dan perkembangan
bahasa
Kesihatan
Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan
yang cukup menentukan tahap dan
keupayaan berbahasa dalam kalangan
murid-murid. Murid yang tidak sihat atau
sakit berpanjangan akan mengalami
gangguan dalam proses pemerolehan
bahasa, bahkan gagal berfikir dan
berkomunikasi secara berkesan
Fizikal
Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang

berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan

alat artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan

proses penglahiran bunyi- bunyi bahasa, makna dan tahap

pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang

pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota

badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan

demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses

pertuturan
Persekitaran
Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga

ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap

pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar

bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap

penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-

kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan

mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang

hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar


Jantina
Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan
perkembangan kanak- kanak berbeza-beza. Kajian
menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak
perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal
ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan
kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat
berbanding kanak-kanak lelaki
Dwibahasa
Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa
biasanya boleh bertutur jauh lebih baik
berbanding dangan kanak-kanak
dwibahasa. Ini kerana, dalam proses
pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap
kali mengalami gangguan daripada bahasa
ibundanya.

You might also like