You are on page 1of 20

 PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIF

http://ppdlms.edu.my/pk/?p=200
 Posted on April 20th, 2008 by hildaain
 Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS,

Penyelaras Pendidikan Khas SK. Matang


(Setiausaha Biro Lawatan Panitia Pendidikan
Khas LM&S)
 Peluang bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan seperti Slow Learner, terencat akal
ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi dan
sebagainya supaya dapat belajar di dalam
kelas normal bersama rakan sebaya.

 Diberikan alat sokongan khas seperti


mendapat bimbingan dari guru kelas yang
bekerjasama dengan guru kelas khas bagi
membolehkan mereka mengikuti pelajaran
dengan lebih berkesan.
 Faktor penting : Meningkatkan intelek, taraf hidup
dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan
kepada semua warganegara.

 Program Inklusif akan dapat memastikan :


 > Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu
dengan sepenuhnya.
 > Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa
dengan kanak-kanak lain dan menyesuaikan diri
dalam masyarakat.
 > Pengagihan perkhidmatan dan sumber yang lebih
adil.
 > Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak
istimewa dengan kanak-kanak lain.
 Pendidikan Inklusif adalah merujuk kepada
percampuran ( mainstreaming ) kanak-kanak
Pendidikan Khas di sekolah-sekolah normal.

 Kanak-kanak istimewa berpeluang untuk belajar


di sekolah-sekolah normal dan menyertai
aktiviti-aktiviti yang ada.

 Sesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek


kemasyarakatan biasa dapat dialami dan
seterusnya mewujudkan golongan yang
berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.
 Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam
kelas biasa bersama, mereka dapat membina suatu
hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan
bersama.

 Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada


usaha-usaha mereka menyokong dan membantu
mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka.
Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’
ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.

 Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih


kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan
memperolehi peluang pekerjaan.
 PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA ADALAH
SATU USAHA YANG BERTERUSAN UNTUK
MELAHIRKAN INSAN YANG BERKEMAHIRAN,
BERHALUAN, BERUPAYA, BERIMAN, BERDIKARI
DAN MAMPU MERANCANG DAN
MENGURUSKAN KEHIDUPAN SERTA
MENYEDARI POTENSI DIRI SENDIRI SEBAGAI
SEORANG INDIVIDU DAN AHLI MASYARAKAT
YANG SEIMBANG DAN PRODUKTIF SELARAS
DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA  
    
MISI

 MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KEPADA


MURID-MURID DENGAN KEPERLUAN KHAS
UNTUK MENJADIKAN MEREKA INSAN YANG DAPAT BERDIKARI,
BERJAYA DALAM HIDUP DAN MEMBERIKAN
SUMBANGAN BAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

 VISI 

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI KEPADA MURID-MURID


DENGAN KEPERLUAN KHAS KEARAH KECEMERLANGAN HIDUP SEJAJAR
DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 

 
 
 Ø Menyediakan peluang dan kemudahan
pendidikan untuk murid-murid dengan
keperluan khas
 Ø Menyediakan pendidikan yang sesuai dan

relevan kepada setiap murid pendidikan khas


 Ø Menyediakan bahan-bahjan pengajaran

dan pembelajaran yang mencukupi dan


terkini
 Ø  Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan
jasmani kanak-kanak     luar biasa
 Ø  Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang
asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja
berguna dalam masyarakat
 Ø  Mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya tidak
menjadi suatu kecacatan
 Ø  Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran
dengan mengembang atau memulihkan perasaan
yakin diri di kalangan kanak-kanak khas
 Ø  Mengeratkan kanak-kanak khas dengan
masyarakat biasa supaya mereka dapat diterima oleh
masyarakat
 Sekolah Pendidikan Khas
 Takrif Sekolah Khas
 Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia
dilaksanakan melalui:
 Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan
bermasalah pendengaran.
 Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk
murid-murid berkeperluan khas bermasalah
pembelajaran, bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah
harian biasa rendah dan menengah dan sekolah
menengah teknik/vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.
 Prasekolah
 Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan
Khas ialah:
 berumur 6+ hingga 14+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

 Pelajaran Rendah
 Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian
Pelajaran Malaysia ialah:
 berumur 6+ hingga 14+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
 Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah
termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti
Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum
kebangsaan atau kurikulum alternatif.
 Syarat kemasukan murid ke Program
Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran
Malaysia ialah:
 Berumur 13+ hingga 19+ tahun

disahkan oleh pengamal perubatan


dan boleh mengurus diri tanpa bantuan
orang lain
Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis
aliran iaitu akademik dan vokasional.
 Pendidikan Teknik dan Vokasional
 i) Sekolah Khas
 Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata
pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam
menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.
 ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran
 Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru
 Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah
 Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor
 Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak
 Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
 Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah
 Tempoh Pengajian
 Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu
sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.
 Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like