Professional Documents
Culture Documents
BENTUK
Cara Menjawab
- Jumlah rangkap
- Jumlah suku kata & perkataan (sedikit & banyak & ayatnya).
Huraikan bentuk sajak era baru. Apakah bentuk dan corak yang
digunakan oleh penyajak dalam
Tuliskan bentuk sajak di atas. sajaknya.
Jelaskan bentuk sajak di atas. Huraikan bentuk dan aliran sajak Di
Stesen ini yang digunakan oleh
Nyatakan bentuk sajak di atas. penyajak.
Buktikan bahawa sajak ini Bincangkan bentuk dan perutusan
berbentuk bebas.
sajak di atas.
Jumlah sukukata yang terbanyak bagi sajak ini ialah 16 sukukata pada
R3:B2 ‘ti/a/da/ per/nah/ pa/dam/ se/la/ri/ di/ ping/gi/ran/ wak/tu’. Manakala jumlah
sukukata yang terpendek bagi sajak ini ialah 3 sukukata pada R1:B3 ‘Pak/ Tu/a’.
Jumlah perkataan paling banyak ialah 7 patah perkataan pada R3:B2 iaitu ‘tiada
pernah padam selari di pinggiran waktu’. Manakala jumlah perkataan paling sedikit
ialah dua patah perkataan iaitu ‘Pak Tua’ dalam R1:B1.
Rima akhir bagi rangkap pertama ialah a/b/b/c/a/d/e/e, rima akhir bagi
rangkap kedua ialah a/a/b/a/a dan rima akhir bagi rangkap ketiga ialah a/b/c/c/d/d.
- Bukan menghuraikan.
Cara menjawab
SOALAN UMUM
Cara menjawab
- Setiap rangkap sekurang-kurangnya ada 1 persoalan.
TEMA
Pokok persoalan atau perkara penting yang hendak disampaikan oleh penyajak
berdasarkan tafsiran pembaca.
Dapat diketahui berdasarkan maksud dan persoalan dari setiap rangkap.
Mana-mana persoalan yang paling banyak boleh menunjang kepada tema.
Rangkap 1 maksud persoalan
Rangkap 2 maksud persoalan Tema
Rangkap 3 maksud persoalan
TEMA
Cara menjawab
Persoalan
Rangkap 1 – Kegigihan/ tanggungjawab seorang nelayan
Rangkap 2 – Kemiskinan/kehidupan seorang nelayan
Rangkap 3 – Cabaran hidup/ tanggungjawab anak nelayan
Tema
Tema bagi sajak Pak Tua ialah kegigihan nelayan tua yang miskin.
Di dalam sajak ini ditunjukkan Pak Tua yang telah menjalankan
tanggungjawab untuk menyara hidup keluarga. Tema ini dapat
dibuktikan kerana dalam rangkap pertama menunjukkan kegigihan
nelayan tua dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua
keluarga. Rangkap kedua pula dinyatakan kehidupan nelayan yang
miskin. Rangkap ketiga pula dinyatakan anak nelayan yang telah
menggantikan tema ayahnya untuk menjalankan tanggungajwab
terhadap keluarga dan telah menghadapi cabaran hidup seperti ayahnya
dulu.
JENIS-JENIS SOALAN UMUM
TEMA PERSOALAN
Cara menjawab
- Sesuatu yang hendak disampaikan.
3. Kehilangan nelayan akan dirasakan oleh orang yang dekat dengannya terutama kaum
keluarganya dan juga taman sekerjanya.
4. Anak-anak nelayan biasanya menyambung pekerjaan orang tua mereka yang telah
meninggal dunia.
5. Para nelayan perlu diberi sokongan dan bantuan supaya hidup mereka lebih terjamin
dan dapat meneruskan usaha mencari rezeki di laut.
6. Para nelayan atau orang tua patut diingat atas sumbangan mereka kepada pendapatan
negara seluruhnya walaupun telah meninggal dunia.
JENIS-JENIS SOALAN PERUTUSAN
- Memberi nasihat.
Cara menjawab
- Jelaskan alasannya/buktinya.
CORAK
Corak sajak Pak Tua ialah Elegi iaitu ratapan dan kesedihan yang
ditujukan kepada nelayan yang miskin dan yang sering tidak
mendapat hasil tangkapan yang memuaskan. Contohnya ;
“wajahmu yang tua
terbayang di persadaian masih ” (R1:B5-6)
Sajak ini juga bercorak Ode iaitu sanjungan terhadap nelayan yang
gigih berusaha. Contohnya ;
“kenangan di sudut hatiku
tiada pernah padam selari di pinggiran waktu” (R2:B4-5)
Selain itu, sajak ini juga bercorak Epigram iaitu nasihat dan
pengajaran supaya kita mengingat jasa orang tua yang
berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki demi
tanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya;
“anak nelayan hatinya gusar
dalam menempuh ombak yang besar” (R3:B5-6)
NADA
o Alunan sesebuah sajak.
Nada sajak Pak Tua ialah Simpati kerana adanya perasaan simpati
terhadap nelayan yang hidup susah . Contohnya ;
“wajahmu yang tua
terbayang di persadaian masih
pada perahumu yang hampir reput” (R1:B5-7)
Selain itu, sajak ini juga bernada sedih iaitu perasaan sedih kerana
kehilangan ayah atau seorang nelayan yang telah meninggal
dunia. Contohnya;
“wajahmu telah menghilang
di titian musim yang panjang” (R1:B2-3)
JENIS-JENIS SOALAN UMUM
JENIS-JENIS ALIRAN:
Realisme (kebenaran atau kenyataan)
Didaktisisme (unsur-unsur pengajaran)
Idealisme (pendapat/idea penyair ke arah sesuatu yang sempurna)
Simbolisme (lambang)
Romantisisme (serba indah/gambaran alam)
Humanisme (hal-hal kemasyarakatan tertumpu kepada kelas bawahan)
Patriotisme (perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air)
Nasionalisme (semangat kebangsaan)
Contoh Kajian Aliran Sajak Pak Tua :
Aliran sajak Pak Tua ialah Realisme kerana ia menekankan tentang realiti
kehidupan nelayan yang sentiasa menghadapi cabaran hidup ketika
menangkap ikan di laut. Contohnya ;
“anak nelayan hatinya gusar
dalam menempuh ombak yang besar” (R3:B5-6)
Sajak ini juga beraliran Didaktisisme iaitu pengajaran yang kita dapati
daripada kesempitan hidup mereka serta pengorbanan yang mereka
lakukan sepanjang hayat bagi mencari nafkah untuk keluarga masing-
masing bahkan untuk negara seluruhnya. Contohnya ;
“pada perahumu yang hampir reput
di sana rindukan terpaut” (R1:B7-8)
Selain itu, sajak ini juga beraliran romantisisme kerana kata-katanya diolah
dengan romantis dan mendayu-dayu.Contohnya;
“kenangan di sudut hatiku
tiada pernah padam selari di pinggiran waktu” (R2:B4-5)
JENIS-JENIS SOALAN CORAK, NADA & ALIRAN *BERGABUNG*
Asonansi - Pengulangan huruf-huruf vokal ‘a’, ‘e’, ‘i’, ‘o’, ‘u’ dalam satu baris.
Contohnya ; sajak ‘Padian’
a) warisan pencarian (R2:B2)
- pengulangan vokal ‘a’ sebanyak 4 kali.
b) meniti dada Sungai Brunei (R1:B3)
- pengulangan vokal ‘i’ sebanyak 4 kali.
Aliterasi – Pengulangan huruf-huruf konsonan (selain vokal ‘a’. ‘e’, ‘i’, ‘o’, ‘u’ dalam
satu baris.
Contohnya ; sajak ‘Kau dan Aku’
a) dan kau pun jadi lilin yang lembut (R1:B6)
- pengulangan huruf konsonan ‘n’ sebanyak 4 kali.
b) matamu mampu berkelip-kelip cuma (R2:B3)
- pengulangan huruf konsonan ‘m’ sebanyak 5 kali.
GAYA PENGULANGAN
Anafora – perulangan kata yang terletak di awal baris dalam satu rangkap
yang sama.
Contohnya ; sajak ‘Di Stesen Ini’
- Di bangku tua
di stesen ini ( R2:B1&2)
Epifora – perulangan kata yang terletak di akhir baris dalam satu rangkap
yang sama.
Contohnya ; sajak ‘Sulung’
- Antara barat dan timur
kucanangkan hala ke timur (R2:B1&2)
Kata Asing – Perkataan yang dipinjam dari bahasa asing seperti bahasa
Inggeris, bahasa Arab, bahasa Indonesia dan lain-lain.
Contohnya :- sajak ‘Kiss of Fire’
perkataan Kiss of Fire (R1:B8) iaitu bahasa yang dipinjam
dari bahasa Inggeris
WARNA
a) Merah - berani, bahaya, gelora, garang dan cemas.
b) Putih - suci, bersih, harapan, gembira dan mengaku kalah.
c) Hitam - kotor, durjana, celaka, sengsara, hantu dan noda.
d) Hijau - muda, baru, harapan, segar, remaja dan cemburu.
e) Biru - cinta, kasih, rindu dan dendam.
f) Kuning - bangsawan, kesultanan, keemasan, ketinggian dan
keagungan
SIMBOL
MASA
ALAM
c. Laut dan ombak - dada yang lapang dan alam yang luas.
2) Klise – Kata-kata/frasa yang telah pudar dan kurang asli kerana terlalu sering
digunakan.
Contohnya : sajak ‘Pendaki Harapan’ - Hatinya sayu (R3:B1)
Simplok – Perulangan kata di awal dan di akhir baris dalam satu rangkap
yang sama.
Contohnya : sajak ‘Karya Seorang Pelukis’
- ada nilai tersendiri
ada erti tersendiri (R2:B6&7)
Gaya bahasa sajak Pak Tua ini indah dan puitis. Terdapat beberapa aspek
gaya bahasa seperti;
8. Personafikasi iaitu sesuatu objek, binatang/ tumbuhan yang diberikan sifat manusia.
Contoh : a) “Angin laut mendayu sayu” (R2:B1)
b) “di gigi air meniti buih” (R3:B4)
JENIS-JENIS SOALAN BERGABUNG (KESELURUHAN)
Buat isi ringkas di dalam kertas soalan kamu supaya kamu tidak lupa apabila
hendak menghuraikan jawapannya.
SEMOGA BERJAYA