You are on page 1of 3

Berbeza daripada penilaian formatif yang lebih menumpukan perhatian pada soal menilai

tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran, penilaian sumatif yang
bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan
digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid secara individu dalam
meningkatkan pencapaian. Tujuan penilaian sumatif adalah untuk menentukan sejauh mana
objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa
pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid. Dengan
berdasarkan objektif yang ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian, peratusan
objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui.

Kedua, penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid berdasarkan


pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred yang
diberikan, akan memudahkan guru untuk membuat perbandingan anfara individu dalam satu-
satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut tingkatan atau kumpulan pelajar.
Dengan cara ini guru boleh membuat kesimpulan peringkat pencapaian pelajar mengikut
kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar lemah, sederhana dan cemerlang. Contoh
penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR
dan sebagainya.

PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir
tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian
formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk,
penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal
persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu
kurikulum

Ciri- ciri:

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam


satu-satu topik pembelajaran
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu
penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum
secara keseluruhan.

Langkah-langkah membentuk ujian sumatif:

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi


maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian,
kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan
kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan


perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah
ditetapkan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mengumpul item secara sistematik. Misalnya


mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item
mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik
atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti
aras lebih tinggi.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan


kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya
murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis
kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan
boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item
berkenaan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi
mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan
kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor)
dapat berperanan dengan baik.

Tujuan:

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan


pencapaian.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan


pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki
oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian
yang dijalankan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu


kursus baru yang berkaitan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->memperlihatkan peringkat pencapaian yang


berbeza mengikut kumpulan.

You might also like