You are on page 1of 8

FALSAFAH DAN LOGIKA

MELAYU
JXEA 1104

Tokoh Falsafah:
SYEIKH NURUDDIN
AL-RANIRI

Nama Pelajar: Norisha Binte Ismail

No. Fihrasat: JEA 080711

Nama Pensyarah: Dr. Amran Muhammad

Nama Tutor: Cik Siti Hadijah

LATAR BELAKANG TOKOH


Nama lengkap al-Raniri ialah Nuruddin Muhammad b. Ali. Hasanji b. Muhammad

Hamid al-Quraysyi al-Syafii al-‘Asy’ari al-‘Aydarusi al-Raniri. Beliau merupakan anak

kelahiran Aceh-Gujarat. Ranir ialah sebuah daerah yang terletak dekat Surat di Gujarat, India,

yang merupakan sebuah pelabuhan terkenal di Pantai India Selatan pada ketika itu. Manakala,

tarikh kelahirannya tidak seorang pun daripada kalangan ahli sejarah yang mencatatnya

termasuklah P.Voorhoeve tetapi kemungkinan besar, menjelang pada akhir abad ke-16

Masihi. Beliau tinggal di Aceh antara 1637 – 1644 Masihi dan mempunyai hubungan rapat

dengan sultan.

Salah seorang bapa saudara beliau iaitu Muhammad Jilani al-Raniri turut mengajar di

Aceh, pada awalnya mengenai fikah tetapi kemudiannya berkenaan tasawwuf. Nuruddin al-

Raniri diterima masuk ke dalam tarekat Rifaiyyah yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Rifai

yang meninggal dunia pada 578 Hijrah. Guru beliau yang terkenal ialah Abu Hafs Ahmad

ibni ‘Abd Allah Ba Syayban, al-Tarimi al-Hadrami yang meninggal dunia pada 1066 Hijrah.

Beliau mengaku turut mendapat ilmu daripada gurunya di Hadramaut. Tarekat Rifaiyyah

kekal di Aceh sehingga abad ke-19. Syeikh Nuruddin al-Raniri juga merupakan salah seorang

tokoh yang kuat menentang Fahaman Wujudiyyah.

Setelah al-Raniri berada di Aceh selema tujuh tahun, beliau kembali ke negara asal

beliau di Ranir, India, untuk meneruskan kerjaya beliau sebagai guru dan penulis. Beliau

meninggal dunia di kampung halaman beliau pada 22 Zulhijah 1068 Hijrah bersamaan 21

September 1658 Masihi.

KARYA –KARYA

Al-Raniri terkenal sebagai seorang pengarang dan penulis yang produktif pada abad

ke-17. Perkara ini terbukti melalui kejayaan beliau menghasilkan karya yang begitu banyak

dan boleh mencakupi segenap bidang ilmu seperti akidah, fikah, hadis, tasawuf, falsafah,
perbandingan agama, sejarah, sastera dan pelbagai lagi. Terdapat sejumlah 30 buah hasil

karya beliau yang telah dikenal pasti1. Antara karya-karya beliau ialah:

1. ‘Al-Sirat al-Mustaqim. Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu dan merupakan antara

kitab fikah yang terawal yang pernah ditulis di Nusantara. Kitab ini mengandungi

pelbagai hukum fikah berdasarkan mazhab Syafii dan terdiri daripada lapan bahagian

yang meliputi hukum taharah iaitu bersuci, solat, puasa, zakat, haji, memburu, hukum

korban, hukum halal dan haram dalam makanan dan lain-lain. Beliau mula menulis

kitab ini sebelum beliau menetap di Aceh iaitu pada tahun 1044 H/1634 M dan selesai

pada tahun 1054 H/1644 M iaitu tahun beliau berangkat meninggalkan Aceh menuju

negara asalnya, Ranir, India. Kitab ini juga pernah dicetak di Makkah bersama kitab

Sabil al-Muhtadin karangan Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari pada tahun 1829

M dan dianggap sebagai kitab fikah yang terawal dan tertua di Indonesia. Naskhah

asal disimpan di Muzium Banda Aceh dan Perpustakaan Tanoh Abe, Aceh Besar2.

Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dengan nombor rujukan MS 1102.

Kitab ini pernah dibuat kajian untuk memenuhi syarat ijazah sarjana di Universiti

Gajah Mada, Indonesia oleh R.S. Tjokrowinoto. Kitab ini juga dianggap yang paling

popular selepas kita Bustan al-Salatin dan pernah dicetak di Timur Tengah selain

Indonesia dan Malaysia.

2. Bustan al-Salatin fi Dhikir al-Awwalin wa al-Akhirin. Kitab ini merupakan kitab

sejarah dan ketatanegaraan. Kitab karangan al-Raniri ini ialah yang terbesar dan

tersohor yang pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu. Kitab ini ditulis setelah beliau

berada selama tujuh bulan di Aceh iaitu pada 7 Syawal 1047 H/1637 M atas

permintaan Sultan Iskandar Thani. Kitab ini terdiri daripada tujuh bab dan setiap bab

1
Karya-karya beliau merupakan sumber kajian kebanyakan ahli sejarah seperti Dr. T.
Iskandar, Ahmad Daudi, Tujimah dan lain-lain. Sementara Wan Mohd. Saghir mengatakan
33 buah.
2
Ahmad Daudi (1983), op. cit., m.s 48, K. H. Sirajuddin Abbas (1975), op. cit., m.s 379,
Mahyuddin Hj. Yahaya (1994), op, cit., m.s 47-48, Abd. Rahman al-Ahmadi (1966), op.
cit., m.s 145.
mempunyai beberapa fasal. Namun demikian, naskhah lengkap kitab ini masih belum

ditemui lagi menyebabkan dicetak secara berasingan mengikut bab-bab tertentu.

Antaranya ialah bab pertama yang membicarakan kejadian tujuh petala langit dan

tujuh petala bumi, dicetak pada tahun 1311 H di Makkah bersama kitab Taj al-Muluk,

karangan Haji Ismail Aceh dengan judul Bad Khalaq al-Samawat wa al-‘Ard.

Manakala, bab kedua yang dialihbahasakan ke huruf Latin oleh T. Iskandar dan

diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1966. Pengaruh kitab ini amat

besar dan begitu meluas terutamanya terhadap kebudayaan dan kesusasteraan Melayu

sehinggakan salinan sebahagian daripada kitab-kitab ini terdapat di seluruh

Kepulauan Melayu. Malah, pendahuluan kitab Sejarah Melayu yang diterbitkan oleh

W.A Shellabear diambil dari Bustan al-Salatin3.

3. Al-Tibyan fi Ma’rifat al-‘Adyan. Kitab ini ditulis dalam bahasa Melayu juga sebagai

memenuhi permintaan Sultanah Safiyatuddin. Kandungan kitab ini lebih tertumpu

pada perbandingan agama dan penjelasan tentang kesesatan fahaman wujudiyyah dan

terdiri daripada dua bab. Bab pertama menyentuh agama yang pernah muncul di dunia

sejak Nabi Adam a.s sehingga Nabi Isa a.s. Sementara bab kedua pula menyentuh

tentang kemunculan mazhab-mazhab atau aliran-aliran fahaman oleh P. Voorhoeve

dalam bukunya Twee Malesche Geshriften wan Nuruddin ar-Raniri. Sementara

naskhah asal beliau masih lagi tersimpan di pustaka peribadi Tengku Aman Jakfar di

Aceh Tengah4.

4. Hidayat al-Imam bi Fadl al-Mannan. Kitab ini merupakan sebuah kitab tauhid yang

diulis dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Arab. Kitab ini masih lagi dalam bentuk

3
T. Iskandar (1966), op. cit., m.s 4-5. Ahmad Daudi (1983), op. cit., m.s 49-50, Mahayudin
Hj. Yahaya (1994), op. cit., m.s 48. Siti Hawa Haji Salleh (1992), Bustanus al-Salatin,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka melalui bukunya (1974), Nuru’d Din ar-Ranir:
Bustanu’s Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lihat juga Zuber Usman
(1966), op. cit., m.s 88-89. Yahya Ismail, op. cit., m.s 99. Syed Muhammad Naguib al-
Attas, op. cit., m.s 35-36.
4
Ahmad Daudi (1983), op. cit., m.s 52, Mahayudin Hj. Yahaya (1994), op. cit., m.s 49.
Zalila Sharif et al., op. cit., m.s 424.
manuskrip dan masih tersimpan di Perpustakaan Tengku M. Junus Djamil.

Kandungannya berkisar pada persoalan iman, Islam, makrifat dan tauhid5.

Karya-karya yang dihasilkan beliau kebanyakannya menyentuh persoalan akidah dan

tasawuf. Perkara ini ditimbulkan kerana merupakan masalah dasar masyarakat Islam di Aceh,

khususnya di Nusantara, amnya. Ini ditambah pula dengan kecenderungan beliau terhadap

beberapa tarekat, terutamanya tarekat ‘Aydarusiyyah. Sehubungan dengan itu, beliau cuba

mengemukakan doktrin ‘Asy’ariyyah untuk menangani persoalan akidah dan

mengetengahkan tarekat ‘Aydrasusiyyah. Menurut pandangan beliau lagi, hal ini adalah

sebagai alternatif kepada tarekat atau ajaran yang menyesatkan. Oleh itu, beliau

menampakkan kecenderungan radikal beliau dan pendekatan yang tegas dalam menangani

kedua-dua persoalan tersebut sama ada melalui tulisan atau lisan beliau. Ini selaras dengan

keradikalan tarekat ‘Aydarusiyyah itu sendiri yang merupakan satu tarekat dan gerakan

pembaharuan di India. ‘Aydarusiyyah menekankan keselarasan antara jalan mistik atau

tasawuf dengan kepatuhan yang menyeluruh.

PENENTANGAN TERHADAP FAHAMAN WUJUDIYYAH

Memandangkan Nuruddin al-Raniri diberikan kedudukan dalam kerajaan sebagai

seorang tokoh ulama dan dilantik sebagai mufti dalam kerajaan Aceh yang sebelum ini

disandang oleh Syamsuddin al-Sumatrani tetapi telah meninggal dunia, beliau menggunakan

tersebut untuk menulis kitab-kitab bagi memerangi ajaran wujudiah yang bertapak kuat

dalam kerajaan Aceh (Ahmad Daudy 1983: 39-40). Perkara ini berlaku pada tahun 1637 pada

masa pemerintahan Sultan Iskandar Thani dan diterima baik oleh kerajaan Aceh.

Penjelasan mengenai falsafah fahaman wujudiah adalah perlu. Terdapat empat

falsafah yang dapat disimpulkan yang mendasari fahaman wujudiah dan mendapat tentangan

daripada al-Raniri iaitu:

1. Kepercayaan bahawa Tuhan berada dalam kandungan alam ini.

5
Ahmad Daudi (1983), op. ci., m.s 57. Mahayudin Haji Yahaya (1994), op. cit., m.s 53.
2. Kepercayaan bahawa nyawa itu bukan khaliq dan bukan makhluk.

3. Kepercayaan bahawa al-Quran itu makhluk.

4. Kepercayaan bahawa nyawa berasal daripada Tuhan dan akan kembali kepadanya6.

Antara empat falsafah tersebut, falsafah pertama ialah yang paling penting kerana

merupakan masalah pokok fahaman tersebut. Malah, terdapat daripada kalangan sarjana yang

mentakrifkan fahaman wujudiah sebagai suatu aliran fahaman yang menganggap alam

semesta ini ialah sebahagian daripada Tuhan dan alam ini adalah manifestasi dari wujudnya

Tuhan yang mutlak7. Justeru, menurut al-Raniri, sebab fahaman ini dinamakan dengan nama

wujudiyyah kerana perbahasan dan iktikad mereka berkisar pada kewujudan Allah8.

Dengan inisitif al-Raniri, diadakan pertemuan dengan para ulama di Aceh bagi membahas

ajaran wujudiah. Hasil daripada pertemuan itu dikeluarkan fatwa yang mengkafirkan mereka

yang mengikut fahaman tersebut. Sebagai membanteras fahaman itu, al-Raniri menganjurkan

perdebatan seperti itu dihadiri oleh Sultan Iskandar Thani. Dalam perdebatan seperti itu, al-

Raniri mencuba memperlihatkan dengan jelasnya tentang kesesatan ajaran wujudiah itu dan

dimintanya pengikut ajaran tersebut supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Malangnya, seruan itu tidak mendapat sambutan mereka. Lantas, beliau mengeluarkan fatwa

bahawa mereka yang mengikut fahaman wujudiah itu sebagai kafir dan mereka boleh

dijatuhkan hukuman bunuh. Berikutan dengan itu, diarahkan pula agar semua karya Hamzah

Fansuri iaitu pelopor fahaman ini di Nusantara dan muridnya iaitu Syamsuddin al-Sumatrani

dikumpulkan dan dibakar di hadapan Masjid Raya Bait al-Rahman di Aceh. (Ahmad Daudy

1983: 41).

KEISTIMEWAAN

6
Ahmad Daudi (1983), op. cit., m.s 202
7
Abdul Aziz Ahmad b. Muhammad (1987), “Hamzah Fansuri Pembawa Wujudiyyah”,
dalam Mohamad Daud Mohamad (ed.), Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik, Cetakan
Pertama, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, m.s 28.
8
Lihat kitab Hujjat al-Siddiq li Daf al-Zindiq dalam Syed Muhammad Naquib al-Attas
(1966) Rsniri and the Wujudiyyah of 17th Century Aceh, m.s 133.
Banyak gelaran yang diberikan kepada beliau yang menggambarkan keistimewaan

beliau. Antara keistimewaan tersebut ialah:

1. Kedalaman ilmu dan kepakaran beliau dalam hampir kesemua disiplin ilmu agama.

2. Penguasaan dalam pelbagai bahasa seperti Parsi, Urdu, Aceh, Melayu dan Arab.

Kemahiran dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu lebih menonjol dan terselah.

3. Penulis dan pengarang yang produktif. Meskipun sibuk dengan tugasan rasmi beliau

sebagai seorang mufti dan penasihat istana, beliau masih mampu menghasilkan

berpuluh-puluh karya yang hampir meliputi semua disiplin ilmu agama.

4. Ketegasan beliau dalam mempertahankan pendapat dan prinsipnya serta pendiriannya

yang keras dalam soal-soal hukum.

KEKURANGAN

Sebagai seorang manusia, beliau tidak terlepas daripada beberapa kelemahan dan

kekurangan. Lantas, beliau tidak sunyi daripada kritikan dan cemuhan. Antaranya ialah

kelemahan beliau dalam menilai pendapat ulama lain yang berpunca daripada kecenderungan

peribadi beliau terhadap tasawuf. Perkara ini terjadi kerana beliau mempunyai pandangan dan

pegangan yang tersendiri dalam tasawuf dan merupakan pengikut tarekat Rifa’iyyah selain

‘Aydarusiyyah. Kemungkinan pengaruh alam mistik yang boleh dikatakan telah mewarnai

kehidupan pada zaman beliau sedikit sebanyak telah membuat beliau tidak kritis dalam

menilai pendapat orang lain. Walaupun terdapat beberapa kelemahan serta kekurangan,

namun tidak menjejaskan ketokohan dan kewibawaan beliau.

KESIMPULAN

Keistimewaan-keistimewaan yang ada pada diri Syeikh Nuruddin al-Raniri

membuatkan pengaruh beliau tersebar luas bukan sahaja di Aceh tetapi turut di Nusantara.

Walaupun beliau bukan seorang ulama tempatan tetapi jasa dan sumbangan beliau terhadap

perkembangan Islam dan bahasa Melayu di Nusantara begitu besar dan tidak ternilai.

Hasil-hasil karya beliau masih lagi menjadi rujukan dan bahan kajian di seluruh dunia.
Al-Raniri bukan sahaja berjaya mengembangkan pengaruh beliau kepada masyarakat

bawahan, malah beliau turut berjaya melebarkan pengaruhnya sehingga ke peringkat atasan.

Pelantikan beliau sebagai mufti dan penasihat istana dalam masa yang singkat semasa

pemerintahan Sultan Iskandar Thani sebagai bukti awal pengaruh beliau yang kuat. Dengan

sebab pengaruh beliau yang sungguh kuat, beliau berjaya membendung fahaman wujudiyyah

daripada berkembang di Aceh.

BIBLIOGRAFI

Mohd. Muhiden Abd. Rahman, 2006. Riwayat Hidup Syeikh Nuruddin al-Raniri dan

Sumbangannya kepada Pengajian Hadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Zalila Sharif & Jamilah Haji Ahmad, 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Dewan

Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Selangor Darul Ehsan.

You might also like