You are on page 1of 20

c 

  
  


c  c  
1. Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan
sistematik.
2. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagai Sistem
Pembesar Empat Lipatan.
3. Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan.
4. Baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat.
5. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari.
6. Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah seperti rajah di bawah ini.

c 
7. Pembesar Berempat ini dibantu oleh:
(a) Pembesar Berlapan
(b) Pembesar Enam Belas
(c) Pembesar Tiga Puluh Dua
8. Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan dan berdaulat.
9. Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah.
10. Konsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui
kedaulatan sultan, mereka akan dianggap menderhaka.
11. Sultan juga dianggap mempunyai kuasa mutlak dalam segala aspek, iaitu dalam
pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama Islam.
12. Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan
bijaksana untuk memajukan Melaka.
13. Mereka juga bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka.
 c   


1. Sistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan ialah satu sistem yang sistematik.
2. Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan pentadbiran.

  


1. Kerajaan yang kuat dan maju adalah hasil daripada sokongan padu dan
taat setia daripada pembesar kepada sultan.
2. Sultan perlu meningkatkan serta mengekalkan sokongan tersebut agar
tidak berlaku keadaaan tidak puas hati di kalangan pembesarnnya.
3. Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sungai, pulau
dan wilayah.
4. Kawasan yang ditadbir oleh pembesar dikenali sebagai 'kawasan
pegangan' .

5. Pembesar berempat diberi kawasan tertentu untuk ditadbir iaitu:


(a) Bendahara kawasan pegangannya ialah Muar dan Bentan.
(b) Penghulu Bendahari kawasan pegangannya ialah Sening Ujung dan
Kampar.
(c) Laksamana kawasan pegangannya ialah Temasik.
(d) Temenggung tiada kawasan pegangan.
(e) Hulubalang kawasan pegangannya ialah Sungai Raya dan Siantan.
6. Sultan juga melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk
memungut cukai.
7. Kawasan yang menjadi tempat pembesar memungut cukai ialah 'kawasan
pemakanan' .
8. Ufti bagi kawasan pembesar itu akan dipersembahkan kepada sultan.

  


1. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat
Lipatan iaitu sistem pentadbiran yang hampir sama dengan Sistem Jemaah Menteri sekarang.
2. Melalui sistem ini, setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab
masing-masing bagi melicinkan pentadbiran kerajaan.
3. Tanpa sistem pentadbiran ini sudah tentu kerajaan akan lemah.
Perbandingan jawatan pembesar dahulu dan sekarang Pusat Perdagangan
Pemangkin Kemajuan Perdagangan di Melaka

 
1. Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka iaitu di
pertengahan jalan perdagangan antara Timur dan Barat.
2. Pedagang-pedagang asing yang berulang-alik di antara India( Barat ) dan
China ( Timur ) akan singgah berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air
ataupun membaiki kapal.
3. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur
Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera.

4. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran


angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka.
(a) Angin Monsun Timur Laut yang bertiup dalam bulan November hingga
Mac membawa pedagang China ke Melaka dan pada masa yang sama akan membawa pedagang
Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka.
(b) Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga
September pula akan membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang
sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka.
5. Selain itu, muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang
yang besar berlabuh dengan selamat di kawasan pelabuhan.
6. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan
Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah.
7. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi
panduan untuk kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu
pertahanan serta tempat memerhati musuh.
8. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisiran pantai pula
menjadikannya sukar ditembusi musuh.

!!
1. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka
untuk menarik pedagang-pedagang asing.
2. Antara kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan
dan gudang untuk menyimpan barang.
3. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti
kapal, perahu, jong, lancar, gajah, dan pekerja untuk kemudahan para pedagang
mengangkut barangan ke gudang.
4. Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air sebelum
memulakan pelayaran atau semasa menunggu pertukaran angin monsun.




c"!
1. Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan
adil di Melaka melalui sistem pentadbiran yang diketuai olehnya.
2. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan
keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka.
3. Syahbandar berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan
cekap dan bijak.
4. Antara tugas-tugas Syahbandar ialah:
(a) Menguruskan cukai.
(b) Menguat kuasa peraturan keluar masuk kapal.
(c) Menguruskan gudang.
(d) Menguruskan pasar.
(e) Menjaga kebajikan pedagang.
(f) Menjaga keselamatan pedagang.
(g) Menjadi hakim di pelabuhan.
5. Syahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan pedagang:


 #

1. Laksamana bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka.
2. Orang Laut pula ditugaskan mengawal keselamatan perairan Selat Melaka.
3. Pedagang berasa selamat kerana keberanian orang Laut menjaga keselamatan dan keamanan
ketika mereka berdagang di Melaka.
 $%

1. Untuk melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan, kerajaan menggubal
undang-undang seperti Undang-undang Laut Melaka.
2. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24 fasal.
3. Undang-undang Laut Melaka mengandungi:
(a) Peraturan dan tatatertib berniaga.
(b) Cara berjual beli.
(c) Hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapal.
(d) Larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.

c & c
1. Melaka mengenakan cukai yang berpatutan dan adil terhadap pedagang.
2. Para pedagang perlu membayar cukai rasmi atau Panduan sebelum berjual beli.
3. Sistem pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka dikenali sebagai Sistem Cukai
Berkeutamaan.
4. Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan:
(a) Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu
dikenakan cukai sebanyak 6%.
(b) Pedagang dari Timur seperti China dan Jepun tidak dikenakan cukai
tetapi mereka dikehendaki memberi persembahan iaitu hadiah kepada Sultan,
Temenggung dan Syahbandar.
(c) Pedagang yang tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak 3%.
5. Pedagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat Kebenaran
Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk berniaga.
6. Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk:
(a) Memastikan urusan perdagangan berjalan dengan lancar.
(b) Sumber pendapatan kerajaan.

 
1. Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan
melalui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang.
2. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan
Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi penggunaan mata wang
tersebut.
3. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipannggil calains.
4. Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah
Melaka pada masa itu.
5. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir,
Pasai, Kembayat dan Gujerat.
6. Penggunaan mata wang telah melancarkan urusan perdagangan dan
menggalak pedagang berdagang di Melaka.

!
1. Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot.
2. Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan
dari kepulauan Melayu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan
Melayu.

! "  


'(
1. Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka.
2. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan
dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka.
3. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi
dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
4. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau
tanah jajahan Melaka.
5. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi
agama dan pendidikan.




c
1. Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan
Pasai, Jawa, Kampar dan Siak.
2. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negeri-negeri
ini kerana kegiatan perdagangan seperti:
(a) Pasai- membekalkan lada hitam, emas dan beras.
(b) Jawa- membekalkan beras, bahan makanan dan rempah.
(c) Kampar dan Siak- membekalkan emas.







  
1. Menurut Tome Pires, hubungan Melaka dengan Pasai terjalin apabila
Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai.
2. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang
tempatan.
3. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang
berkaitan dengan hukum agama Islam.
4. Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan
menghantar pembesar dan tenteranya.
5. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan
hormat-menghormati dan tolong-menolong.
6. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah salam
digunakan semasa berutus surat.
7. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan Melaka telah mendapat bekalan
seperti lada hitam, beras dan emas.

c 
1. Penaklukan Melaka keatas Kampar dan Siak pula membolehkan Melaka
mengawal pengeluaran emas.
2. Secara tidak langsung telah memajukan kegiatan ekonomi di negeri-negeri tersebut.
3. Kerajaan Melaka telah memberi taraf naungan terhadap Siak dan Kampar
apabila berutus surat dengan Melaka, kedua-dua negara ini akan menggunakan istilah
sembah.
4. Penggunaan istilah sembah ini menunjukkan taraf kerajaan Kampar dan
Siak lebih rendah berbanding dengan Melaka.
5. Ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke Melaka.
6. Ketinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansor Shah melawat
Majapahit. Baginda diiringi oleh raja-raja dari Palembang, Jambi dan Lingga.

 
&! 
1. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo( Dinasti Ming ), baginda telah
memperluaskan hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri.
2. Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana
Yin Ching tiba di Melaka.
3. Semenjak lawatan itu, hubungan diplomatik dan perdagangan antara
kerajan Melaka dengan China bertambah erat.
4. Hubungan kerajaan Melaka dengan China memberi keuntungan kerana
kerajaan Melaka mendapat pengiktirafan daripada China.

c 
1. Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerama semasa
Parameswara di Temasik, baginda telah membunuuh Temagi iaitu wakil Siam.
2. Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik yang diwakili oleh
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam.
3. Melaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi.
4. Siam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati.

""
1. Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan
Kepulauan Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an hingga 1480-an.
2. Raja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah.
3. Dalam kandungan tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu
mengenai kelakuan pedagang-pedagang Ryukyu melanggar undang-undang Melaka.
4. Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka akan
akur dengan peraturan dan Undang-undang Melaka.
5. Ini terbukti bahawa Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan
Melaka.

)
1. Melaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat.
2. Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka.
3. Melaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan Melayu.
4. Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama islam di Melaka.

*!
1. Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran islam di Melaka.
2. Mereka juga membeli:
(a) Emas dan rempah dari Kepulauan Melayu.
(b) Kain sutera dan teh dari China.

  
1. Kedah dan Terengganu merupakan antara kerajaan awal di Semenanjung
Tanah Melayu yang menerima agama Islam.
2. Kedah menerima agama Islam sekitar abad ke-9. Ini terbukti dengan
penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah.
3. Penemuan batu bersurat dari Kuala Berang, Terengganu membuktikan
agama Islam telah bertapak di negeri tersebut pada abad ke-13 lagi.
4. Melaka pula telah menerima agama Islam pada abad ke-15, apabila Megat
Iskandar Syah memeluk agama Islam.










 
1. Megat Iskandar Shah (Sultan Melaka) yang telah memeluk Islam setelah
berkahwin dengan Puteri Pasai.
2. Tindakan baginda diikuti oleh pembesar-pembesar dan kemudian rakyat
jelata.
3. Menurut |  
    
 
 , agama Islam
disebarkan oleh mubaligh Arab, Sayid Abdul Aziz yang datang dari Makkah.
4. Beliau telah mengislamkan Raja Sri Maharaja dan baginda kemudian
menggunakan nama Sultan Mahmud Shah.
5. Beliau juga telah berjaya mengislamkan pembesar dan rakyat Melaka.
6. Pedagang-pedagang dan Arab dan India juga berdakwah semasa
berdagang.
7. Selain daripada berdakwah pedagang-pedagang ini juga telah berkahwin
dengan penduduk setempat dan membawa ahli-ahli agama untuk berdakwah di Melaka.
8. Kedatangan Islam ke Melaka telah disambut baik oleh semua rakyat
Melaka.
9.Penduduk Melaka tertarik dengan ajaran Islam kerana kelebihan pada
agama tersebut kerana meliputi semua aspek kehidupan seperti:
(a) Toleransi
(b) Adil
(c) Rasional

c  " 


1. Pada abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat penyebaran dan
pengajian Islam.
2. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai
bertemu di Melaka untuk berdakwah.
3. Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka.
4. Pendakwah pula berdakwah kepada rakyat jelata dan sanggup berkorban
untuk dihantar keluar untuk menyebarkan agama Islam.
5. Pemerintah juga mengambil berat terhadap pendakwah dengan menyediakan pelbagai
kemudahan seperti tempat tinggal kepada pendakwah.
6. Sultan Melaka sendiri menyambut baik kedatangan Islam dengan menganuti agama tersebut dan
kemudian diikuti pembesar dan rakyat jelata.
7. Sultan Mansor Shah sanggup menghantar Tun Bija Wangsa ke Pasai
untuk bertanyakan mengenai hal-hal agama demi mendalami agama Islam.
8. Sultan Melaka turut menyokong dan melibatkan diri dalam berdakwah.
9. Sultan Muzaffar Shah telah beberapa institusi agama seperti masjid,
madrasah dan surau untuk mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci al-Quran.
10. Melaka merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu
tasawuf ialah ilmu untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan.
11. Abdul Karim al-Jili merupakan ahli tasawuf yang terkenal di Melaka.
Beliau telah mengarang kitab Insan al-Kamil.
12. Di istana Melaka kegiatan yang berkaitan dengan agama Islam dijalankan seperti:
(a) Menterjemah kitab-kitab.
(b) Menyadur kitab-kitab.
(c) Menyimpan kitab agama Islam di perpustakaan.
13. Antara kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah:
(a) |  |
(b) |   |  
14. Dalam urusan pentadbiran pula, Sultan Melaka telah menerapkan nilai
Islam seperti konsep 











  !"  *
c   

   
1. Kewujudan institusi kesultanan menggantikan sistem beraja merupakan
kesan utama pengembangan Islam di Melaka.
2. Gelaran raja digantikan dengan sultan.
3. Sultan Muhammad Shah ialah sultan yang pertama menggunakan gelaran
'sultan'.
4. Ulama memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri Melaka.
Mereka menasihati sultan supaya memerintah secara adil dan saksama.
5. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta
undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka untuk
mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat, bermusyawarah dan persamaan
taraf.
6. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak.

 c 
1. Al-Quran telah menjadi asas sistem pendidikan dalam masyarakat Melayu.
2. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca.
3. Tulisan Jawi juga telah diperkenalkan dan digunakan secara meluas.
4. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu
seperti:
Pusat Kegiatan Ilmu
Peranan Istanan sebagai Pusat Kegiatan Intelektual
Jurutulis, pengarang dan ulama di istana


1. Istana merupakan pusat perkembangan ilmu pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
2. Istana juga merupakan tempat perkumpulan golongan cerdik pandai yang
terdiri daripada jurutulis, pengarang dan ulama.

"  
1. Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka.
2. Mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab
dan Parsi.
3. Antara karya sastera terjemahan ialah:
(a) Hikayat Amir Hamzah
(b) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
(c) Hikayat Iskandar Zulkarnain
4. Karya sastera saduran pula ialah:
(a) Hikayat Bulan Belah
(b) Hikayat Nabi Bercukur
(c) Hikayat Bakhtiar
(d) Hikayat Nabi Wafat
(e) Hikayat Nabi Yusof
5. Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, Hikayat Melayu
juga telah dihasilkan. Antaranya ialah:
(a) Hikayat Hang Tuah
(b) Hikayat Bayan Budiman
6. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang
telah digubal seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
7. Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah dan pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, undang-undang ini disusun semula.


1. Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan
perbincangan serta perbahasan antara golongan alim ulama mengenai agama.
2. Sebagai contoh, Kitab Darul Manzum merupakan kitab yang berkaitan
dengan aspek-aspek ketuhanan.
3. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka.
4. Istana Melaka juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah
kerajaan seperti buku-buku penulis tempatan dan penulis asing.
Bahasa Melayu
1. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa
perantaraan dalam
kegiatan dakwah.
2. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan.
3. Tulisan jawi juga telah digunakan.
4. Huruf-huruf jawi dibawah ini ditambah berasaskan huruf Arab:
1.6 Perluasan Kuasa
1. Perluasan kuasa bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan
meluaskan kuasa dan
pengaruhnya ke jajahan lain untuk membentuk sebuah empayar.
2. Melalui perluasan kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur
dan maju kerana
dapat menguasai hasil ekonomi daripada jajahan yang ditaklukinya.
Cara-cara Perluasan Kuasa
Perluasaan kuasa dengan cara penaklukan.
1. Kerajaan Melaka telah menakluki beberapa buah kerajaan lain seperti
Pahang dan Kampar.
2. Tujuan perluasan kuasa dijalankan adalah untuk:
(a) menjamin keselamatan,
(b) kemakmuran,
(c) keutuhan kerajaan Melaka.
3. Kerajaan Melaka berjaya meluaskan kuasanya kerana:
(a) Kebijaksanaan Sultan Melaka dalam mengatur strategi.
(b) Askar Melaka yang berani dan sanggup berkorban.
Perluasan kuasa dengan cara kerelaan raja negara lain untuk menjadi
naungan Melaka
1. Beberapa pemerintah secara rela bernaung di bawah kerajaan Melaka
kerana kejayaan
Melaka.
2. Sultan Melaka biasanya akan menabalkan raja-raja dibawah naungan
Melaka.
3. Jambi dan Lingga adalah antara kerajaan-kerajaan yang bernaung di
bawah kerajaan
Melaka.
4. Kerajaan Melaka meluaskan pengaruhnya melalui pemberian bantuan
kepada kerajaan lain
yang menghadapi keadaan huru-hara di dalam negeri.
(a) Melaka telah membantu Raja Pasai, Sultan Zainal Abidin yang
menghadapi pemberontakan
untuk menggulingkan beliau.
(b) Melaka juga membantu Pasai mengalahkan kerajaan Aru yang
merupakan ancaman kepada
Pasai dan Melaka.
5. Pasai walaupun setaraf dengan Melaka, telah mengakui kekuasaan
Melaka kerana
bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan Melaka.
Perluasan kuasa dengan cara perkahwinan
1. Perkahwinan adalah faktor yang digunakan oleh kerajaan Melaka untuk
meluaskan
empayarnya.
2. Putera dan Puteri Sultan Melaka telah berkahwin dengan putera dan
puteri kerajaan lain
seperti Kelantan, Pahang dan Siak.
3. Hubungan persaudaraan antara kedua-dua buah kerajaan dapat
diperkukuhkan melalui
perkahwinan dan meluaskan pengaruh kerajaan Melaka.
Kebijaksanaan Pemimpin dalam Perluasan Kuasa Melaka
1. Pada kurun ke-15, Melaka merupakan sebuah kerajaan yang agung.
2. Kejayaan Melaka sebahagian besarnya adalah kerana Melaka mempunyai
ramai pemimpin
yang bijak.
3. Selain daripada itu, Melaka mendapat sokongan padu daripada rakyat dan
tenteranya gagah dan setia.
Sultan Muzaffar Shah
1. Kerajaan Melaka mula meluaskan kuasannya pada zaman pemerintahan
Sultan Muzaffar
Shah.
2. Kawasan yang berjaya dikuasai ialah Pahang, Inderagiri dan Kampar.
3. Sultan Muzaffar Shah telah melakukan tindakan tindakan yang bijak untuk
meluaskan
empayar Melaka. Antaranya ialah:
(a) Menghantar Tun Perak untuk menghadapi serangan Siam terhadap
Melaka.
(b) Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China. Kesan hubungan ini ialah
Melaka diiktiraf
oleh China dan kerajaan-kerajaan lain di rantau Asia Tenggara.
(c) Baginda menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan orang
India-Muslim di
istana. Keamanan dalam negeri terjamin dan keadaan ini membolehkan
baginda
menumpukan usaha perluasan kuasa.
Sultan Mansor Shah
1. Sultan Mansor Shah meneruskan dasar perluasan kuasa dengan
menguasai Bernam dan Perak (Semenanjung Tanah Melayu) dan Siak
(pantai timur Sumatera).
2. Baginda juga dapat menghalang cubaan Pahang, Kampar dan Inderagiri
untuk
membebaskan diri daripada kesan penguasan Melaka.
Sultan Alauddin Riayat Shah
1. Sultan Alauddin Riayat Shah yang menggantikan Sultan Mansor Shah
merupakan seorang
pemimpin yang warak dan mementingkan pentadbiran negara.
2. Menurut Sejarah Melayu, baginda merupakan seorang yang gagah.
3. Baginda mengambil berat keamanan dan keselamatan dalam negeri
Melaka.
4. Baginda pernah menyamar menjadi rakyat biasa untuk membenteras
kejadian jenayah di
Melaka.
5. Keamanan yang diperoleh membolehkan baginda menumpukan perhatian
penuh kepada
usaha-usaha perluasan kuasa.
6. Kemenangan besar yang dicapai oleh bagiinda ialah peperangan dengan
Aru. Laksamana
Hang Tuah memainkan peranan yang penting dalam peperangan
tersebut.
Kepimpinan Tun Perak
1. Selain sultan-sultan yang berwibawa, kerajaan Melayu Melaka juga
mempunyai
pembesar-pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir negara.
2. Tun Perak ialah Bendahara Melaka yang termasyhur.
3. Pada zaman Bendahara Tun Perak, Melaka telah meluaskan wilayahnya
hingga menjadi
sebuah empayar sehingga beliau digelar 'Pembina Empayar'.
4. Beliau juga digelar 'Pelantik Raja' kerana mempunyai pengaruh besar ke
atas perlantikan
sultan-sultan selepas kemangkatan Raja Seri Maharaja.
5. Sebelum dilantik sebagai Bendahara Melaka, Tun Perak memegang
jawatan Penghulu di
Klang.
6. Tun Perak juga berjaya mematahkan dua serangan Siam pada tahun 1445
dan 1456.
Peristiwa serangan Siam 1445
1. Dalam peperangan ini Tun Perak membawa pengikutnya bersama-sama
anak dan isteri ke
Melaka untuk mempertahankan, Kota Melaka.
2. Tindakan beliau tersebut menyebabkan pengikut-pengikutnya berjuang
bermati-matian
mempertahankan Kota Melaka.
Peristiwa serangan Siam 1456
1. Tun Perak membawa tenteranya ke Batu Pahat.
2. Beliau telah mengarahkan supaya askarnya menggunakan perahu kecil
sebagai muslihat
perang.
3. Tindakannya itu menyebabkan pihak Siam sukar megejar tentera Melaka.
4. Beliau mengarahkan beratus-ratus jamung diikat pada pokok di
sepanjang pantai oleh
tentera.
5. Tentera Siam menyangka bilangan tentera Melaka terlalu ramai
berbanding tentera Siam.
6. Tentera Siam membatalkan niat untuk menyerang, lalu pulang ke Siam.
Peristiwa serangan ke atas Pahang.
1. Tun Perak juga telah mengetuai serangan ke atas Pahang.
2. Pahang ketika itu di bawah naungan Siam.
3. Tun Perak berjaya dalam serangan tersebut dan Pahang menjadi tanah
jajahan Melaka.
Peristiwa pembunuhan Tun Besar
1. Tun Perak ialah pemimpin yang taat setia pada raja. Beliau tidak
menderhaka atau menuntut
bela apabila Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah membunuh
anak beliau Tun
Besar.
2. Kejadian itu berlaku akibat bola raga yang disepak oleh Tun Besar
terkena tanjak Raja
Muhammad.
3. Tun Perak tidak menuntut bela malah melarang pengikutnya bertindak ke
atas Raja
Muhammad. Beliau berkata È    
   
  
    È
4. Raja Muhammad tidak dilantik menjaid Sultan Melaka. Baginda dihantar
ke Pahang dan
ditabalkan menjadi Sultan Pahang.
5. Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan keamanan dalam Melaka serta
kesetian rakyat
kepada Sultan Melaka.
Kesan Perluasan Kuasa
1. Perluasan kuasa Melaka telah membawa beberapa kesan, iaitu:
(a) Sumber kekayaan wilayah yang ditakluki dapat dikuasai.
(b) Perdagangan di pelabuhan Melaka menjadi semakin maju dan pesat.
(c) Ekonomi Melaka semakin bertambah pesat kerana semua perdagangan
jajahan takluk
dikehendaki melalui pelabuhan Melaka sahaja.
(d) Melaka juga menjadi semakin kaya dengan pemberian ufti wilayah
jajahannya.
(e) Melaka muncul sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia
Tenggara.
2. Penaklukan dan perluasan kuasa menjadikan Melaka semakin kuat dan
maju kerana
kerajaan Melaka dapat menguasai kekayaan wilayah yang dijajah dan
ditaklukinya.
3. Perluasan kuasa ini juga membolehkan agama Islam dapat disebarkan ke
wilayah-wilayah
yang di bawah kekuasaan Melaka.
4. Melaka juga telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan
merupakan
penyambung keagungan kerajaan Srivijaya.
5. Melaka telah muncul sebagai kuasa teragung di Selat Melaka.
6. Keadaan ini adalah disebabkan Melaka mempunyai ramai pemimpin yang
bijak dan
berwawasan serta mendapat sokongan daripada rakyat dan tentera.
7. Melaka bukan sahaja maju dalam politik tetapi dari segi ekonominya dan
terkenal di seluruh
dunia.
8. Sebagai seorang rakyat, kita seharusnya berbangga dengan
yang dicapai oleh
kerajaan Melaka.
ã  X

    

c 
 *+ c 
c +
  +$  *
1. Tarikh 31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bererti bagi semua rakyat Malaysia.
2. Pada hari tersebut, negara kita telah bebas daripada penjajahan kuasa asing.
3. Pada setiap tahun kita akan menyambut Hari Kemerdekaan dengan mengadakan upacara yang
penuh gemilang sebagai tanda kesyukuran dan kebanggaan terhadap negara tercinta.
4. Hari Kemerdekaan disambut kerana:
(a) Berterima kasih kepada pejuang negara yang berjaya membebaskan
negara daripada penjajah.
(b) Negara kita merdeka dan berdaulat.
5. Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari guru di sekolah dan segala kejadian yang
berkaitan dengan diri, keluarga, masyarakat dan negara adalah sebahagian daripada sejarah kita.
6. Mengetahui erti sejarah membolehkan kita lebih memahami dan mempelajari tentang diri,
keluarga dan negara.
7. Mempelajari sejarah juga membolehkan kita lebih mengenali diri kita.
8. Apabila kita mengenali diri kita, ini akan dapat membina cara hidup yang bermatlamat dan
berwawasan.
9. Mengenali negara kita pula membolehkan kita menghargai, berbangga serta mencintai negara
ini.
10. Semangat ini amat penting bagi generasi pewaris kepada negara Malaysia.
Contoh-contoh Peristiwa Bersejarah
a)Y Upacara Pengisytiharan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 oleh Allahyarham Yang
Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj.
b)Y Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan oleh Tun Dr.
Mahathir Mohamad pada 1 Februari 2001.

  *  c 
1. Istilah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab, iaitu
 
2. Syajaratun bermaksud:
(a) Pohon atau pokok
(b) Salasilah
(c) Riwayat
(d) Keturunan
(e) Asal usul
3. Terdapat pelbagai definisi mengenai sejarah daripada tokoh-tokoh sejarah seperti berikut:
(a) Ibnu Khaldun - Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, atau
peradaban manusia, tentang perubahan- perubahan yang berlaku
pada sifat-sifat masyarakat itu.
(b) Herodotus - Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka
melakukannya.
(d) Muhd. Yusof Ibrahim - Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai
sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa
yang lalu.
4. Kesimpulannya, sejarah ialah penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku.
5. Rekod- rekod lalu dikaji oleh para sejarawan dan hasil kajian mereka dikeluarkan dalam bentuk
penulisan, foto, filem dan lain-lain.

&  %&  c 


1. Ciri-ciri sejarah dapat membantu merekonstruksi peristiwa yang telah berlaku.
2. Gambaran sesuatu peristiwa yang lalu dapat dibentuk, dengan mengumpulkan dan menjalinkan
maklumat yang diperoleh daripada ciri-ciri sejarah.

'"*
1. Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa, tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan
kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih.
2. Fakta sejarah tidak boleh direka dan ditokok tambah.
3. Fakta sejarah juga perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.
4. Sebagai contoh:
(a) Penemuan arkeologi di Kota Tampan, Perak membuktikan petempatan awal di negara kita
bermula sejak 35 000 tahun dahulu.
(b) Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001.
 
1. Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat penting dan
bermakna pada dirinya.
2. Oleh itu, sesuatu peristiwa sejarah itu dianggap penting dan bermakna.
3. Peristiwa sejarah itu amat penting kerana memberi kesan kepada
individu, masyarakat dan negara.
4. Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi
Maklumat pengenalan diri dan lesen memandu.
5. Kad Pintar ini akan memudahkan diri kita untuk berurusan.
6. Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian
seseorang yang rapat dengan kita adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang.
7. Kad Akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor
mengandungi maklumat perkahwinan seperti tarikh perkahwinan. Kad ini boleh mengingatkan
individu tentang tarikh ulang tahun perkahwinannya.
8. Selain daripada sambutan Hari Kebangsaan, terdapat upacara yang
disambut bersama oleh masyarakat di peringkat kebangsaan seperti:
(a) Majlis Sambutan hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2001 yang
disambut di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 12 Mei 2001.
(b) Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2001 yang
disambut di Kompleks Kota al-Azim, Melaka pada 16 Mei 2001.
9. Majlis ini bertujuan untuk menghargai jasa pekerja serta guru dan disambut di peringkat
kebangsaan.
10. Selain itu, tarikh permulaan sekolah ialah peristiwa bermakna bagi diri pelajar.

c 
1. Sejarah ialah bidang ilmu yang bertujuan mencari kebenaran tentang sesuatu peristiwa yang lalu.
2. Sejarah juga menjelaskan sebab dan akibat sesuatu peristiwa berlaku.
3. Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu
peristiwa:
(a) Apa,
(b) Siapa,
(c) Bila,
(d) Di mana,
(e) Mengapa, dan
(f) Bagaimana sesuatu peritiwa itu berlaku
4. Kesahihan sesuatu fakta dapat dibuktikan dengan cara berikut:
Contoh: Kemasukan imigran kaum Cina dan India ke Tanah Melayu
semasa zaman penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang
mempunyai budaya dan amalan sendiri.
5. Kota A Famosa pula membuktikan Melaka pernah dijajah oleh Portugis.
6. Peninggalan sejarah telah menjadi iktibar kepada kita bahawa kezaliman dan perpecahan
perpaduan akan membawa kebinasaan dan kemungkinan kita akan dijajah semula.
7. Sejarah mendorong seseorang itu kepada sikap ingin tahu seperti mengapa, bagaimana dan
kesannya terhadap sesuatu peristiwa.
8. Perkara ini dapat dijadikan panduan kepada masyarakat Malaysia untuk hidup dalam
suasana aman dan bersatu padu kerana kita mengetahui ciri- ciri budaya dan amalan setiap kaum.

c$ c 


1. Sumber sejarah memberikan maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa.
2. Sejarah ditulis berasaskan sumber sejarah.
3. Sebagai contoh, buku 
merupakan sumber sejarah bagi mendapatkan
maklumat tentang sejarah di Malaysia.
4. Sumber sejarah terbahagi kepada:
(a) Sumber pertama atau sumber primer
(b) Sumber kedua atau sumber sekunder

c
1. Sumber pertama juga dikenali sebagai  .
2. Sumber ini ialah kumpulan sumber atau bahan yang boleh dirujuk dalam keadaannya masih
asli, belum ditafsirkan, diolah atau dicetak.
3. Sumber primer adalah dalam bentuk:
(a) Kertas
(b) Fosil
(c) Artifak
(d) Keterangan lisan
4. Contoh-contoh surat pertama ialah:
(a) Surat peribadi
(b) Diari
(c) Fail rasmi jabatan
(d) Manuskrip yang belum dicetak
(e) Batu bersurat
5. Sejarawan digalak menggunakan sumber pertama kerana ini dapat membawa sejarawan
menghampiri situasi sebenar yang berlaku.
6. Muzium negara dan arkib negara merupakan tempat menyimpan bahan- bahan yang boleh
dirujuk.

c
1. Sumber kedua dikenali sebagai  .
2. Sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis.
3. Sumber ini merupakan sumber kedua bahan yang ditulis dan ditafsir oleh sejarawan.
4. Contoh-contoh sumber kedua ialah:
(a) Buku
(b) Ensiklopedia
(c) Majalah dan surat khabar
(d) Buku teks
(e) Rencana
(f) Jurnal
(g) Laporan tahunan jabatan
(h) Risalah

 +   c 


1. Untuk memperoleh sumber kedua terdapat beberapa kaedah yang digunakan, iaitu:
(a) kaedah lisan
(b) kaedah bertulis
(c) kaedah arkeologi

!

1. Sumber lisan ialah sesuatu yang diucapkan atau diberitahu oleh orang sumber.
2. Sejarawan memperoleh maklumat melalui cerita-cerita lisan atau pengucapan oleh seseorang
tokoh.
3. Maklumat yang diperoleh terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan dan perbualan
dinamakan kaedah lisan.
4. Sumber sejarah yang diperoleh melalui kaedah lisan berkait rapat dengan sastera rakyat
seperti mitos, lagenda dan puisi.
5. Sejarawan akan memilih, mentafsir dan membandingkan fakta untuk mendapatkan kebenaran
maklumat tersebut.
6. Sejarawan perlu berbuat demikian kerana terdapat kelemahan pada sumber lisan ini seperti
wujud unsur tokok tambah yang dicampuradukkan dengan mitos, legenda dan dongeng.
7. Perkembangan pesat ilmu sains dan teknologi menyebabkan televisyen, internet, televideo,
cakera padat dan pita rakaman menjadi sumber lisan utama. Ini juga dikenali sebagai kaedah
pandang dengar.
8. Menonton dan mendengar berita atau liputan secara langsung melalui televisyen dianggap sebagai
sumber lisan.
9. Kaedah mendapatkan sumber lisan yang lain ialah melalui:
(a) Temu ramah
(b) Penceritaan
10. Kaedah temuramah dan penceritaan ini bertujuan untuk mendapatkan latar belakang
ataupun pandangan daripada seorang tokoh.

! 
1. Kajian terhadap sesuatu fakta juga boleh didapati daripada bahan bertulis.
2. Pengkaji telah mentafsir menggunakan bahan-bahan seperti:
(a) Catatan perjalanan
(b) Diari
(c) Tulisan dan gambar pada kulit binatang
(d) Duit syiling
(e) Daun
(f) Kesan pahatan di batu nisan atau di dinding gua, daun kayu, kulit kayu,
gading dan kertas.
(g) Surat
(f) Manuskrip
3. Melalui sumber yang ditulis, dilakar dan dipahat sejarawan memperoleh maklumat
mengenai:
(a) Sesuatu perkara
(b) Peristiwa atau kejadian
(c) Tokoh
(d) Perundangan
(e) Adat resam

4. Sumber tulisan juga akan memudahkan kita memahami sesuatu situasi atau tempat dengan
mudah dan jelas.
5. Sebagai contoh, melalui pembacaan buku Sejarah Melayu, kita dapat menggambarkan sistem
sosial, ekonomi dan politik yang diamalkan pada zaman pemerintahan kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka.

! 
1. Melalui kaedah arkeologi, fakta diperolehi menggunakan proses cari gali bahan-bahan purba
yang biasanya tertanam di dalam tanah atau dasar laut.
2. Kaedah arkeologi juga merupakan cara memperoleh maklumat berdasarkan kajian saintifik.
3. Selain kaedah proses mencari gali, cabang bidang arkeologi lain ialah angkasa lepas dan maritim.
4. Bahan-bahan purba yang ditemui melalui proses cari gali seperti candi, monumen,
tembikar, pinggan mangkuk, fosil, alat-alat pertanian dan perhiasan dikenali sebagai artifak.
5. Kebanyakan artifak ini boleh dilihat di muzium manakala dokumen pula disimpan di arkib.
6. Melalui penemuan artifak ini, ahli arkeologi ,memperjelaskan kegiatan dan budaya sebenar
masyarakat pada zaman dahulu.
7. Melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon, ketepatan usia bahan-bahan
tinggalan sejarah dapat disahkan.
8. Ahli arkeologi dan sejarawan dapat membuat tafsiran terhadap maklumat yang diperoleh.

 *'c  c 
1. Terdapat pelbagai pandangan atau tafsiran mengenai bagaimana sesuatu peristiwa itu
berlaku.
2. Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya.
3. Sejarah akan menjadi kaku dan tidak bermakna jika tidak dibuat tafsiran.
4. Sejarawan perlu berusaha mencari sesuatu jawapan atau menerangkan tentang sebab dan musabab
berlaku sesuatu peritiwa itu.
5. Pengkaji sejarah juga perlu mengkaji dan membuat penyelidikan mengikut tatacara yang betul
dan tepat.
6. Tafsiran tentang sesuatu peristwa sejarah berbeza mengikut kaca mata antara ahli sejarah.
7. Sebagai contoh, berikut ialah perbezaan pendapat mengenai peritiwa pembunuhan J.W.W. Birch,
Residen Inggeris di Perak.
8. Tafsiran sejarah berbeza kerana seseorang pengkaji cenderung untuk mendorong sesuatu pihak.
9. Perkara ini dikaitkan dengan bias atau kecondongan dalam sejarah. Sebagai contoh:
(a) Peristiwa kedatangan Inggeris di Tanah Melayu.
(b) Perjuangan Dato' Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh dan Dato' Maharajalela.
10. Sejarawan atau pengkaji sejarah perlu menilai dan membuat pentafsiran tentang sesuatu
peristiwa sejarah dengan jujur dan bertanggungjawab.
11. Tafsiran yang benar dan tepat bertujuan untuk memberi maklumat yang benar kepada
masyarakat tentang sesuatu peristiwa itu.

  *  c 
1. Kepentingan sejarah ialah:
(a) Sejarah dapat mebantu kit mengenali diri sendiri, masyarakat, bangsa dan negara.
(b) Sejarah dijadikan iktibar dan pengajaran sebagai panduan untuk masa kini dan hadapan.
(c) Sejarah dapat memupuk semangat setia, jujur, berani dan bangga kepada negara kita.
(d) Sejarah membantu menghargai dan memelihara apa yang dimiliki dan menjadi
warganegara yang bertanggungjawab mempertahankan negara.
*)) c)!
1. Pengetahuan yang banyak boleh diperoleh dengan mempelajari sejarah.
2. Perkara-perkara yang boleh dilakukan dengan pengetahuan sejarah ialah:
(a) Membuat penilaian mengenai sesuatu peritiwa.
(b) Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa.
(c) Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa.
3. Mempelajari sejarah dapat memberi pemahaman tentang tamadun awal bangsa kita yang
telah wujud, di negara kita iaitu:
(a) Zaman Paleolitik
(b) Zaman Neolitik
(c) Zaman Logam
4. Melalui penemuan tapak-tapak awal petempatan manusia Zaman Paleolitik di Kota Tampan,
membuktikan bahawa:
(a) Negara dan bangsa kita telah menempuh zaman tersebut.
(b) Dapat melahirkan rasa jati diri yang tinggi.
(c) Membentuk keperibadian bangsa.
(d) Menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia.
5. Ramai tokoh dan pemimpin negara telah menyumbang khidmat bakti untuk
mempertahankan negara. sebagai contoh, Tunku Abdul Rahman Putra bersama pemimpin
yang lain berusaha memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957 tanpa berlaku pertumpahan
darah.

6. Dengan mempelajari sejarah membolehkan kita mengetahui:


(a) Mengapa kemerdekaan tanah air berlaku tanpa pertumpahan darah?
(b) Bagaimana kemerdekaan tanah air berlaku tanpa pertumpahan darah?
(c) Di mana berlaku proses kemerdekaan?
(d) Bilakah kemerdekaan tanah air diisytiharkan?
(e) Apakah kesan kemerdekaan tanah air daripada penjajah terhadap diri,
keluarga, masyarakat dan negara?
7. Selepas merdeka, pemimpin negara yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra berusaha
memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
8. Warganegara Malaysia perlu menghargai jasa dan usaha pemimpin dahulu dan kini.
9. Generasi muda seharusnya tidak leka dan perlu memenuhi kemerdekaan dengan penuh
tanggungjawab dan berhati-hati supaya kesilapan masa lampau tidak berulang.
10. Keamanan dan kemajuan yang dikecapi membolehkan generasi kini merangka wawasan masa
depan dengan lebih yakin.
11. Usaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara juga dapat dilaksanakan.

'!) c)!
1. Sejarah boleh memberikan kita panduan dan iktibar pada masa kini dan hadapan.
2. Sejarah juga memaparkan segala peristiwa, iaitu sama ada yang baik ataupun buruk.
3. Sejarah juga dapat memberi pengajaran dan panduan untuk kita membetulkan diri daripada
sebarang kesilapan yang berlaku pada masa dahulu.
4. Kejayaan bangsa kita pada masa dahulu boleh menjadi perangsang untuk terus berjaya, iaitu
bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Seterusnya negara dijajah oleh Portugis,
Belanda dan Inggeris selama 450 tahun sehingga negara kita mencapai kemerdekaan.

5. Kita juga perlu menghayati kegigihan pemimpin-pemimpin kita yang berusaha untuk mencapai
kemerdekaan dan kemudian berusaha mengisi kemerdekaan dengan merancang pelbagai
pembangunan.
6. Negara kita yang dahulunya mundur semasa penjajahan berubah dengan pembangunan yang
begitu pesat sekali.
7. Kini, Malaysia berusaha menjadi sebuah negara yang maju pada tahun 2020.
8. Sejarah telah memberi pengajaran kepada kita sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu
peristiwa yang tidak diingini tidak akan berulang.
9. Sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme, iaitu perasaan cintakan tanah air.
10. Semangat patriotisme akan lahir jika kita tahu siapa diri, bangsa dan negara kita.
11. Mempunyai asas sejarah yang teguh membolehkan kita menjadi rakyat yang bangga akan
negara dan rela berkorban untuk mempertahankan negara.
12. Sejarah juga membantu kita memelihara dan menghargai kemerdekaan dan kedaulatan
negara.
13. Mempelajari sejarah bermakna kita mempelajari tentang diri, keluarga, masyarakat dan
negara demi kebaikan bersama.
14. Dengan asas sejarah yang kukuh, rakyat Malaysia boleh hidup dengan aman walaupun terdiri
daripada pelbgai kaum.
Y

You might also like