You are on page 1of 41

ISU ISU DALAM SUKAN

NURUL ATIKAH BT ABDUL MAJID NURUL FATINAH BT HALIDEH NURSUHAILA BT MOHAMAD ZAINI MOHAMAD NUR NAIM BIN MOHD HAMIN MUHAMMAD HAFIZ BIN MD NORDIN

WANITA DAN SUKAN

PERBEZAAN TUBUH DAN RANGKA


` `

` ` ` `

Lelaki 10% lebih tinggi daripada wanita. Berat badan : lelaki > 11kg dari wanita kerana struktur tulang yang lebih besar pada lelaki dan otot yang lebih banyak pada lelaki. Rupa bentuk tubuh badan : lelaki > wanita Tulang : lelaki >berat daripada wanita Tulang kaki, tulang tangan : lelaki > panjang daripada wanita Sendi : lelaki >besar daripada wanita (kecuali sendi lutut, wanita lebih besar untuk kestabilan tubuh wanita)

Pelvik girdle wanita yang lebih lebar menyebabkan lutut wanita membengkok ke dalam tapak dirian wanita lebih sempit. ` Bentuk pelvis dan tulang femur wanita lebih tirus dan membengkok ke dalam menjadi pengalang kepada prestasi larian ` Amnya, prestasi sukan wanita lebih rendah : Abdomen yang lebih besar apabila meningkat dewasa berbanding lelaki yang besar dan lebar di bahagian atas tubuh badan
`

Kesan daripada perbezaan tubuh : wanita mengalami masalah untuk aktiviti berlari, melompat atau menukar arah tiba-tiba (bola jaring, tenis). ` Rupa bentuk tubuh : wanita = endormorf (kegemukan), lelaki = mesomorf (tubuh berotot).
`

FAKTOR FIZIKAL
Rangka wanita lebih kecil ` Pusat graviti 2.3cm lebih rendah dan lebih berat di bahagian bawah tubuh terutamanya di bahagian punggung (gimnastik) ` Pusat graviti yang lebih rendah tidak dapat menyaingi lelaki dalam acara lompat tinggi ` Sebelum akil baligh, lelaki dan perempuan adalah lebih kurang sama, apabila dewasa lelaki lebih tinggi 12.7cm daripada wanita beri kelebihan kepada lelaki dalam acara renang
`

Tangan wanita lebih pendek dan bersudut keluar dari tubuh (mengelak pelvis yang luas) menghasilkan daya tuil yang kurang berkesan. ` Sendi pada siku yang bersudut pada wanita mengurangkan prestasi untuk permainan badminton ` Lelaki lebih tepat membuat balingan lebih tepat kerana tangan lebih lurus dan fungsi tuas yang lebih cekap berbanding wanita
`

Bahu wanita lebih sempit tetapi lebih bulat mengurangkan daya kuasa. Tetapi lebih aerodinamik, mengurangkan rintangan air untuk berenang ( tidak boleh menandingi lelaki kerana otot lelaki lebih kuat). Wanita mempunyai simpanan lemak yang lebih banyak ` menahan suhu sejuk dengan lebih baik ` mempunyai daya tahan yang lebih lama ` membantu dalam acara jarak jauh samada berenang atau berlari ` memberi sumber tenaga yang lebih besar ` daya apung yang tinggi

` `

Kelenturan wanita lebih baik kerana menghasilkan hormon relaxin membantu dalam gimnastik. Wanita tidak boleh menandingi lelaki yang bersaiz sama dengannya kerana secara semulajadi tubuh wanita lebih berlemak berbanding lelaki yang berotot ` kekuatan bahagian atas tubuh : 40% <dari lelaki ` kekuatan bahagian atas tubuh : 25% <dari lelaki

SAIZ DAN KUALITI OTOT


Kekuatan adalah berkadar terus dengn luas keratan lintang dan saiz otot. ` Kekuatan wanita adalah 2/3 lbh rendah berbanding tahap kekuatan lelaki. ` Punca perbezaan : hormon testoteron ` Penggunaan steroid dan testoteron tiruan bagi membantu pertumbuhan otot tetapi mempunyai banyak kesan sampingan.
`

KEUPAYAAN BERLATIH DAN MENAHAN SAKIT


` ` ` `

Keupayaan wanita untuk berlatih adalah lebih kurang sama dengan lelaki. Tetapi wanita kini tidak begitu aktif bersukan disebabkan faktor masa atau kepercayaan. Wanita secara semulajadi berkemampuan menahan kesakitan. Dapat melakukan beban kerja yang tinggi tanpa rungutan.

Semasa bersenam wanita tidak banyak mengeluarkan asid laktik dan membolehkan mereka bersenam lebih lama. ` Oleh itu, wanita lebih sesuai melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan daya tahan. ` Wanita juga tidak begitu cenderung mengalami kekejangan
`

FAKTOR FISIOLOGI
Lelaki mempunyai lebih kurang 1000ml atau 1.0 liter lebih banyak darah dalam tubuh berbanding dengan wanita yang sama saiz. ` Darah lelaki membawa dan membekalkan lebih banyak oksigen berbanding wanita ` Saiz jantung dan isi padu darah yang dapat diedarkan oleh sistem kardiovaskular serta kapasiti paru-paru wanita adalah 10 peratus lebih kecil berbanding lelaki.
`

Walaupun kadar denyutan jantung maksimum bagi lelaki dan wanita adalah sama dan ditentukan oleh umur, nadi rehat seorang wanita lebih tinggi daripada lelaki. ` Wanita sanggup menjalani latihan yang berat tanpa menunjukkan kesan sampingan yang buruk ` Juga sanggup bersaing dengan lelaki di arena sukan.
`

HAID DAN KEHAMILAN


Kedatangan haid dan kehamilan tidak menghalang wanita untuk berlatih sukan. ` Beban senaman bagi wanita hamil hendaklah dikurangkan. ` Suhu tubuh harus diawasi supaya anak dalam kandungan tidak terdedah kepada suhu yang berlebihan akibat latihan yang berat.
`

Tidak digalakkan bersukan terlalu aktif dalam tempoh bulan pertama hingga bulan keempat. ` Sukan yang berbahaya seperti menunggang kuda dan mendaki gunung tidak digalakkan sama sekali. ` Berjalan dan berjoging adalah senaman yang lebih selamat dan bermanfaat untuk dipraktikkan.
`

Atlet wanita yang mempunyai peratusan lemak tubuh yang rendah seperti atlet gimnastik dan pelari jarak jauh akan mengalami masalah kitaran haid, iaitu kurang dua atau tiga kali setahun. Apabila berat tubuh meningkat dan peratusan lemak naik ke paras normal, atlet berkenaan akan pulih seperti sediakala. kini sudah ada cara mengawal kedatangan haid supaya sesuai dengan keperluan jadual pertandingan, umpamanya dengan menggunakan pil pencegah hamil.

PEMAKANAN
lebih banyak zat besi. ` Penting untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. ` Perlu kalsium untuk bentuk tulang yang kuat. ` Perlu banyak vitamin B12 bantu hasilkan sel darah.
` Perlukan

KECEDERAAN
cedera bahagian lutut. ` Kerana sendi tulang paha di bahagian lutut wanita tercondong keluar pada posisi lutut. ` Hormon relaxin mengelakkan kekerapan berlaku kecederaan akibat kelenturan.
` Kerap

PENYERTAAN SUKAN
` ` ` ` `

Malu dalam penyertaan sukan yang tidak sesuai dengan peranan jantina. Lebih suka kepada kecantikan boleh diperolehi dari sukan. Ketahanan diri yang baik kerana mempunyai lemak di bawah kulit yang berlebihan. Menyertai sukan untuk keseronokan bersukan. Tinggi tahap kebimbangan pendedahan kepada situasi mencabar.

Bird (1973)ciri wanita


` `

Tidak mempunyai keinginan dan kehendak yang tinggi untuk mencapai matlamat Motivasi pencapaian terbentuk hasil daripada latihan awal dan tahap itu akan kekal.

Atlit sekarang - Tidak lagi mudah berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehi dan sentiasa cuba perbaiki.

Politik dan sukan

Politik Dalam Sukan


`

Politik dalam sukan menjelaskan wujudnya campur tangan kuasa politik kerajaan dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu badan sukan. Kebanyakan pucuk pimpinan badan-badan sukan di negara kita dikuasai oleh ahli-ahli politik dan sektor korporat.

Kuasa politik memberikan kesan besar terhadap perkembangan dan kemajuan sukan peringkat dunia. Ia boleh mengakibatkan keretakan hubungan antara negara kerana perbezaan ideologi dan ia juga boleh merapatkan hubungan negara-negara serta mewujudkan integrasi nasional.

` `

Isu-isu politik dalam sukan seringkali terjadi kerana perbezaan pendapat. Isu-isu yang sering berlaku adalah seperti perebutan kuasa dalam badan sukan,pemilihan penyertaan atlet dalam sesuatu pertandingan,kemerosotan prestasi atlet dalam sukan,displin atlet dan pegawai serta perkara yang berkaitan dengan pembayaran gaji dan elaun.

Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi: AHLI-ahli politik atau kerabat diraja boleh menyandang jawatan utama dalam sukan asalkan mereka memberikan komitmen tinggi terhadap sukan yang diceburi.

Menurut bekas Perdana Menteri, penglibatan golongan (ahli politik) ini tidak memberi masalah kepada sukan, sebaliknya mereka juga boleh memainkan peranan sebaik golongan profesional atau mereka yang mempunyai latar belakang sukan.

Kesan positif penglibatan ahli politik dalam sukan

Seperti yang diketahui, sesebuah badan sukan yang aktif memang memerlukan pertolongan dari segi kewangan. Dengan adanya bantuan daripada ahli politik, maka sumber kewangan badan sukan tersebut sedikit sebanyak dapat dipertingkatkan. Selain itu, badan sukan tersebut juga boleh menggunakan nama ahli politik untuk mendapatkan penaja-penaja yang dapat memberi sumbangan dari segi kewangan.

Secara tidak langsung, dengan adanya sumber kewangan, maka badan sukan tersebut dapat mencari jurulatih-jurulatih yang berkebolehan dan berkemampuan untuk memberi latihan kepada ahli-ahli sukan dalam badan tersebut. Latihan yang profesional dapat membantu dalam mempertingkatkan kejayaan ahli-ahli sukan dan ini juga dapat akan membantu dalam meningkatkan kebolehan mereka untuk mendapatkan johan dalam pelbagai pertandingan sukan.

Apabila terdapatnya pertandingan yang melibatkan pertandingan antarabangsa seperti sukan ASEAN sebagainya, ahli-ahli politik akan dihantar ke luar negara untuk mengadakan persahabatan dengan negara lain. Perhubungan yang baik antara negara akan dapat membantu badan sukan dalam negara ini mendapat pelbagai maklumat bagaimana hendak mempertingkatkan prestasi sesebuah badan sukan dan sebagainya.

Selain, kebanyakan pemimpin dalam persatuan sukan yang ada sekarang kurang arif dalam menyelesaikan masalah politik dalaman dan ini akan memberi kesan yang negatif kepada pengerakan persatuan tersebut. Sekiranya persatuan sukan ditadbir oleh ahli politik, maka perkara seperti itu tidak akan berlaku kerana mereka arif dalam menyelesaikan masalah dalaman.

Kesan negatif penglibatan ahli politik dalam sukan

Terdapat sesetengah ahli politik yang suka benar memegang pelbagai jawatan dalam persatuan sukan dan belia. Ini kerana mereka tahu jawatan-jawatan tersebut sudah tentu dapat mempopularkan nama mereka selain ianya juga boleh digunakan untuk membantu mereka ketika pemilihan parti dan pilihanraya umum.

Keterlibatan ahli politik dalam menerajui sesuatu persatuan kadang-kadang akan menjejaskan penumpuan mereka mentadbir negeri dan negara. Selain itu ianya juga menjejaskan persatuanpersatuan itu sendiri kerana pemimpin ini juga sibuk dengan urusan pentadbiran kerajaan dan politik.

Malah kadang-kadang persatuan-persatuan terjejas kerana urusan politik dicampuradukkan dengan urusan persatuan. Akhirnya kedua-dua jawatan iaitu jawatan kerajaan dan persatuan diabaikan oleh kerana kesuntukan masa dan kurangnya penumpuan.

Media Massa Dan Sukan


y

Media masa berperanan sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan dalam pentadbiran negara. Kerajaan dan rakyat dapat berhubung melalui maklumat akhbar. Rakyat dapat mengetahui segala proses yang dijalankan dalam mesyuarat kabinet dan urusan politik kerajaan. Segala corak pemerintahan kerajaan difahami oleh rakyat. Rakyat juga dapat meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap program atau perancangan tertentu yang dilaksanakan oleh kerajaan

` `

Pendapat-pandapat rakyat dapat disuarakan kepada kerajaan melalui media massa. Di samping itu, media massa juga penting dalam bidang sukan untuk melaporkan keputusan kemenangan atau kekalahan pemain. Kita dapat mengetahui pemain badminton yang terbaik di negara kita atau kebangsaan. Bagi golongan yang meminati sukan, mereka mendapat maklumat masa sesuatu perlawanan diadakan dan keputusan melalui media massa.

Gambar-gambar aksi pemain yang menarik turut disiarkan melalui media massa. Dengan itu, kita dapat merasai suasana semasa pertandingan itu dijalankan walaupun tidak dapat hadir ke gelanggang. Kegembiraan kemenangan pemain negara kita turut dikongsi bersama oleh rakyat. Jelaslah di sini bahawa media massa merupakan alat yang berkesan untuk menyampaikan berita-berita kepada rakyat.

Kesimpulannya, media massa merupakan alat penyebaran yang berkesan walaupun manusia sudah mencapai zaman teknologi yang canggih. Oleh itu, amalan membaca akhbar haruslah disemai sejak dari kecil lagi kerana pelbagai fungsinya yang terbukti banyak memberikan faedah kepada khalayak pembaca. Sesungguhnya, tidak menghairankan lagi jika Profesor Diraja Ungku Aziz mengatakan bahawa jika sehari tidak membaca akhbar, maka kita akan menjadi bodoh sehari.

You might also like