You are on page 1of 15

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

TOPIK 2

MAKANAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP ANDA

Sinopsis Makanan merupakan sumber tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk membiak, membesar dan berkembang, serta bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Tubuh memerlukan pelbagai jenis nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan serat daripada makanan untuk memperoleh kesihatan yang baik bagi mencapai kesejahteraan hidup. Tidak ada satu makanan pun yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan mengikut jumlah yang diperlukan oleh badan. Dengan demikian, adalah penting untuk mengambil pelbagai jenis makanan yang sihat dan seimbang untuk mencapai kesejahteraan hidup. Dalam topik ini anda akan mempelajari tentang pengelasan makanan, diet seimbang, makanan berkhasiat, perkembangan dalam teknologi makanan dan amalan penyelidikan berkaitan makanan yang terdapat dalam kurikulum sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran

Senaraikan pengelasan makanan. Jelaskan kepentingan diet seimbang dan makanan berkhasiat. Tulis laporan berkenaan perkembangan teknologi makanan.

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Ringkasan topik

Makanan dan Kesejahteraan Hidup Anda

Pengelasan Makanan

Diet Seimbang

Makanan Berkhasiat

Perkembangan dalam Teknologi Makanan

Latihan Penyiasatan dalam Kurikulum Sekolah Rendah

Rajah 2.1: Ringkasan Isi Kandungan

2.1

Pengelasan Makanan

Makanan boleh dikelaskan kepada lima kelas makanan iaitu karbohidrat, lemak, protein, mineral dan vitamin. Makanan dikelaskan mengikut nutrien utama yang terkandung dalam makanan tersebut. Nutrien yang terdapat dalam makanan boleh dibahagikan kepada makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien ialah nutrien yang diperlukan dalam kauntiti yang banyak oleh tubuh seperti karbohidrat, protein dan lemak, mikronutrien pula ialah nutrien yang diperlukan dalam kauntiti yang sedikit oleh badan iaitu mineral dan dan vitamin. Karbohidrat

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Karbohidrat ialah sebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen dalam nisbah 1:2:1, masing-masing. Karbohidrat terdiri daripada kanji, gula dan selulosa. Makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, ubi kentang, roti, gula dan pisang. Karbohidrat juga boleh dikategorikan kepada karbohidrat ringkas (iaitu monasakarida dan disakarida) seperti gula, kek dan buah-buahan; dan karbohidrat kompleks (iaitu polisakarida) seperti kanji, pasta, roti, bijirin sarapan dan lain-lain lagi. Karbohidrat seperti gula dan kanji membekalkan sumber tenaga utama dalam menjalankan aktiviti harian manakala serat membantu merangsang tindakan di usus. Setiap satu gram karbohidrat menyumbangkan sebanyak empat kalori.

Rajah 2.1: Pengambilan pelbagai jenis makanan mesti diambil dalam jumlah yang betul. [Sumber: www.watatita.wordpress.com] Protein

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Protein ialah makromolekul organik yang boleh dijumpai dalam semua organisma hidup. Protein ialah polimer yang terbentuk daripada proses kondensasi asid amino dengan terbentuknya ikatan polipeptida. Protein mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Beberapa protein juga mengandungi sulfur dan fosforus. Makanan sumber protein ialah ikan, susu, daging, putih telur dan kacang. Protein berperanan penting dalam membina sel baru untuk pertumbuhan, selain daripada menyumbangkan tenaga dengan setiap gram sebanyak empat kalori.

Rajah 2.2: Protein memainkan peranan penting dalam mempastikan kesihatan badan yang baik.. [Sumber: www. me.leokid.my] Lemak Lemak ialah sebatian organik yang tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik seperti alkohol, eter dan kloroform. Lemak terdiri daripada asid lemak dan gliserol. Lemak boleh wujud dalam keadaan cecair atau pepejal pada suhu bilik bergantung kepada struktur dan komposisi lemak. Lemak terbahagi kepada 9

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

lemak haiwan (seperti ghee, minyak ikan, minyak haiwan) dan lemak tumbuhan (seperti minyak bijan, minyak kelapa, minyak kacang, minyak bunga matahari). Dalam pada itu, lemak juga boleh dikategorikan kepada lemak tepu dan lemak tidak tepu, iaitu lemak tepu ialah lemak haiwan dan lemak tak tepu ialah lemak tumbuhan. Lemak merupakan sumber tenaga simpanan badan dan setiap gram lemak menyumbang tenaga paling tinggi iaitu sembilan kalori. Selain daripada membekalkan tenaga, lemak turut berfungsi sebagai penebat haba untuk mengelakkan kehilangan haba yang tinggi daripada badan, melindungi organ dalaman seperti jantung dan ginjal, serta pelarut kepada vitamin A,D,E dan K.

Rajah 2.3: Pengambilan lemak dalam kuantiti yang betul penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal. [Sumber: laely-widjajati.blogspot.com]

Mineral

10

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Mineral ialah nutrien organik yang diperlukan oleh badan. Mineral boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan kuantiti yang keperluan oleh tubuh. Mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak secara relatifnya dikenali sebagai makromineral, manakala yang sebaliknya dikenali sebagi mikronutrien. Contoh makromineral ialah kalsium, klorin, magnesium, fosforus, potasium, sodium, dan sulfur. Contoh mikromineral ialah besi, kuprum, flourin, iodin, selenium, zink, kromium, kobalt dan molibdenum. Kekurangan mineral boleh menyebabkan penyakit, sebagai contoh kekurangan pengambilan kalsium akan menyebabkan seseorang mengidap penyakit oesteoporosis.

Vitamin Vitamin terdiri daripada 13 jenis vitamin: vitamin A, vitamin B kompleks (tiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6, asid folik, vitamin B12, asid pantotenik dan biotin), serta vitamin A,D,E dan K. Vitamin ialah molekul organik yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit oleh badan, namun begitu vitamin memainkan peranan penting dalam fungsi fisiologi badan. Ini bermaksud kekurangan pengambilan sesuatu jenis vitamin boleh menyebabkan penyakit yang akan menganggu kesejahteraan hidup kita. Contohnya manusia yang kurang pengambilan vitamin A boleh mengalami penyakit kulit, rabun malam dan anemia, manakala kekurangan vitamin D pula menyebabkan penyakit riket.

Latihan

Rujuk kepada mana-mana sumber, senaraikan contoh makanan dan kefungsiannya dalam Jadual 2.1 mengikut kelas makanan.

11

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Jadual 2.1: Pengelasan Makanan dan fungsinya. Kelas Makanan Karbohidrat Lemak Protein Mineral Vitamin Contoh Makanan Fungsi

Pengumpulan Maklumat

Pelajar diminta mencari maklumat tentang langkah-langkah eksperimen untuk mengkaji kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lemak dalam sampel makanan. Maklumat ini akan dibincangkan bersama pensyarah dalam aktiviti berikutnya.

12

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Eksperimen

Eksperimen 1: Menguji kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lemak dalam sampel makanan. Pensyarah atau wakil pelajar akan diminta ke hadapan dan menjalankan demonstrasi di hadapan kelas. Pensyarah akan menjalankan sesi soal jawab bersama pelajar semasa demonstrasi dijalankan bagi mengenalpasti tahap pemahaman pelajar setelah tugasan diatas dijalankan.

2.2

Diet Seimbang

Diet seimbang adalah diet yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein, mineral, vitamin, serat dan air dalam kauntiti yang betul mengikut keperluan badan yang diperlukan oleh badan. Tambahan lagi, dengan pengambilan makanan yang sihat akan dapat membekalkan badan dengan semua nutrien yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kesihatan yang baik, mengelakkan daripada mengalami kekurangan atau berlebihan pemakanan dan membaiki tisu-tisu yang rosak. Ini kerana keperluan nutrien seseorang adalah berbeza mengikut umur, jantina, cara hidup dan aktiviti fizikal harian. Beberapa panduan untuk mencapai pengambilan makanan yang seimbang ialah: 1. 2. 3. 4. Nikmatilah pelbagai jenis makanan dengan mengabungkan pilihan makanan berdasarkan piramid makanan. Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal. Pilih diet yang mengandungi banyak bijirin dan kekacang. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. 13

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

5. 6. 7. 8. 9.

Pilih diet yang rendah lemak dan kolesterol. Pilih diet yang rendah gula dan garam. Minum air kosong dengan banyak. Makan makanan bersih dan selamat. Amalan pemakanan perlukan berlandaskan fakta dan bukannya mitos.

Rajah 2.4: Panduan Piramid Makanan untuk pengambilan diet seimbang. [Sumber: www.nutriweb.org.my/]

Cuba fikirkan

1. Kita adalah apa yang kita makan. Bincangkan maksud dan signifikan kenyataan di atas. 2. Orang Eropah boleh makan sebanyak 80 g makanan berlemak, manakala Orang Eskimo boleh mengambil sebanyak 300 g sehari. Apakah alas an kepada fenomena di atas?

14

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

3. Pelajar sekolah rendah makan lebih banyak daripada guru. Terangkan kenapa. Bincangkan bersama pensyarah anda tentang persoalan di atas.

Berehat sebentar!

2.3

Makanan berkhasiat

Makanan berkhasiat ialah makanan yang mengandungi pelbagai jenis nutrien dalam kandungan yang tinggi pada bahagian yang boleh dimakan tetapi mengandungi kalori,gula, lemak dan garam yang rendah serta turut memberikan manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup kita. Salah satu makanan berkhasiat ialah pisang yang mengandungi dua jenis karbohidrat iaitu karbohidrat ringkas (glukos) dan kompleks (fruktos dan sukros) yang berupaya memberikan kita tenaga segera juga dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, pisang mengandungi kandungan potassium yang tinggi (lebih kurang 4673mg) tetapi sodium (1mg) yang rendah, iatu satu ratio yang sesuai bagi mengelak penyakit tekanan tinggi. Kandungan zat besi yang tinggi secara relatif juga membantu dalam pembentukan darah merah bagi mengelakkan anemia. Pisang juga membantu kesejahteraan hidup kerana mengandungi triptofan (sejenis asid amino) yang boleh ditukar ke bentuk serotonin yang mana penting dalam membaiki mood seseorang.

Selain daripada makanan segar, terdapat juga makanan terproses yang berkhasiat dengan menggunakan bahan mentah berkhasiat dan halal serta diproses dalam keadaan bersih dan selamat. Dalam pengambilan makanan terproses adalah penting untuk kita membaca maklumat pemakanan yang 15

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

terdapat pada pembungkusan untuk mengetahui kandungan kalori, makronutrien dan mikronutrien serta tidak mengandungi bahan yang tidak halal atau merbahayakan kesihatan seperti lemak trans yang boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular dua kali ganda daripada lemak tepu.

Rajah 2.5 : Maklumat pemakanan pada pembungkus makanan dapat membantu memilih makanan berkhasiat. [Sumber : www. oliveswellness.com]

Eksperimen

Eksperimen 2: Menguji kehadiran vitamin C dalam buah-buahan tempatan dan import. Bahan: 1.0% larutan dichlorophenolindophenol (DCPIP) 0.1% larutan asid askorbik Jus buah betik, jambu dan mangga tempatan segar yang baru disediakan Jus buah kiwi, lemon dan orange 16

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Picagari berjarum (1ml dan 5ml) Tiub spesimen Kain kasa Pisau Bikar Prosedur: 1. 2. 3. 4. 5. Larutan 1ml 1.0% DCPIP dimasukkan ke dalam tiub spesimen dengan menggunakan 1ml picagari. 0.1% larutan asid askorbik dipenuhi dalam 5ml picagari. Jarum picagari yang mengandungi 0.1% larutan asid askorbik dimasukkan ke dalam larutan 1.0% DCPIP. Asid askorbik dimasukkan perlahan-lahan tanpa mengacau larutan DCPIP sehingga warna biru DCPIP terluntur. Langkah 1-3 diulangi dengan mengantikan larutan asid askorbik dengan jus buah-buahan segar yang baru disediakan. Kuantiti jus buah yang digunakan untuk melunturkan warna DCPIP ditentukan. Keputusan dimasukkan dalam jadual. Peratusan dan kepekatan Vitamin C dalam jus buah-buahan dikira dengan menggunakan formula dibawah.

Keputusan: Larutan/Jus buah Kuantiti jus buah yang diperlukan untuk melunturkan warna DCPIP 1 Larutan asid askorbik Jus betik Jus mangga Jus jambu Jus kiwi Jus lemon Jus orange Pengiraan: Isipadu 0.1% asid askorbik untuk menyahwarnakan DCPIP = x cm3 Isipadu jus buah untuk menyahwarnakan DCPIP = y cm3 17 2 3 Purata Peratusan Vitamin C dalam jus buah Kepekatan Vitamin C dalam jus buah

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

x cm3 0.1% asid askorbik (kepekatan 1mg/cm3) boleh menyahwarnakan 1cm3 1.0% DCPIP dan y cm3 jus buah-buahan kepada k mg/cm3 boleh menyahwarnakan 1cm3 1.0% DCPIP

jadi, kuantiti asid askorbik dalam x cm3 0.1% asid askorbik = kuantiti asid askorbik dalam y cm3 0.1% jus buah dengan itu, x cm3 x 1mg/cm3 = y cm3 x k mg/cm3 k mg/cm3 = x cm3 x mg/cm3 y cm3 = x mg/cm3 y Dengan demikian kepekatan asid askorbik dalam jus buah ialah x mg/cm3 y 2.4 Perkembangan Teknologi Makanan Pengumpulan Maklumat

Bahagikan tugasan berikut mengikut kumpulan tertentu: Kumpulan 1: Kumpulkan maklumat teknologi makanan. berkenaan perkembangan

Kumpulan 2: Kumpulkan maklumat berkenaan pemprosesan makanan dalam industri makanan. Kumpulan 3:

18

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Kumpulkan maklumat berkenaan teknik pengetinan dan pembotolan makanan dan ringkaskan maklumat tersebut dengan menggunakan peta minda/peta konsep/carta alir. Semua maklumat tersebut dikumpulkan melalui pelbagai sumber samada melalui internet, buku, jurnal dan apa saja bentuk sumber yang lain. Semua maklumat yang diperolehi dibentangkan menggunakan power point di hadapan kelas.

Adakah anda setuju! Kemajuan dalam teknologi maklumat telah menyumbang kepada lebih banyak penghasilan produk makanan berkhasiat.

2.5

Amalan penyelidikan dalam kurikulum sekolah rendah. Latihan

Kumpulkan maklumat melalui pelbagai sumber. Pilih satu kaedah pengawetan makanan, rancang dan sediakan bahan makanan dan peralatan yang perlu. Buatkan satu rakaman demonstrasi penyediaan pengawetan makanan, simpan maklumat dalam cakera padat. Hantarkan laporan aktiviti dan cakera padat kepada pensyarah

Rujukan Campbell, N., Reese, J, Taylor, M, Simon, E. (2006). Biology concepts & connections. (5th Eds.). San Francisco: Pearson Education Asia Pte Ltd. Kaskel, Albert and Hummer, Paul.J. (2003). Biology an everyday experience. New York: GlencoeMcGraw Hill

19

SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan

Lee S.C, Liew S.L, Choong N.M (2004). Success in Biology for STPM Vol.2. Kuala Lumpur:Fajar Bakti, Lum How Kee (2000) Biology The Living Science. Singapore:Pearson Mader, Sylvia S (2007) Biology. (9th eds.). New York:McGraw Hill Kementerian Kesihatan Malaysia. (1999). Panduan Diet Malaysia. Kuala Lumpur: UKM

Bahan Bacaan

Untuk pembacaan lebih lanjut, sila rujuk laman web di bawah: http://en.wikipedia.org/wiki/Food_guide_pyramid http://en.wikipedia.org/wiki/Carbohydrate http://slimwithyoga.com/nutritious/index.html http://www.lifeclinic.com/focus/nutrition/food-pyramid.asp http:www.mbbe.com/raven7 http://bananasweb.com/bananas/Health+Benefits+of+Bananas http://. www.nutriweb.org.my/

20

You might also like