You are on page 1of 2

Kelas makanan

Pengambilan Karbohidrat ialah sebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen dalam nisbah 1:2:1, masing-masing. Karbohidrat terdiri daripada kanji, gula dan selulosa. Makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, ubi kentang, roti, gula dan pisang. Karbohidrat juga boleh dikategorikan kepada

Karbohidrat

karbohidrat ringkas (iaitu monasakarida dan disakarida) seperti gula, kek dan buah-buahan; dan karbohidrat kompleks (iaitu polisakarida) seperti kanji, pasta, roti, bijirin sarapan dan lain-lain lagi. Karbohidrat seperti gula dan kanji membekalkan sumber tenaga utama dalam menjalankan aktiviti harian manakala serat membantu merangsang tindakan di usus. Setiap satu gram karbohidrat menyumbangkan sebanyak empat kalori. Protein ialah makromolekul organik yang boleh dijumpai dalam semua organisma hidup. Protein ialah polimer yang terbentuk daripada proses kondensasi asid amino dengan terbentuknya ikatan polipeptida.

Protien

Protein mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Beberapa protein juga mengandungi sulfur dan fosforus. Makanan sumber protein ialah ikan, susu,SCE 3101 Hidupan dan Proses Kehidupan daging, putih telur dan kacang. Protein berperanan penting dalam membina sel baru untuk pertumbuhan, selain daripada menyumbangkan tenaga dengan setiap gram sebanyak empat kalori. Lemak ialah sebatian organik yang tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut organik seperti alkohol, eter dan kloroform. Lemak terdiri daripada asid lemak dan gliserol. Lemak boleh wujud dalam keadaan cecair

Lemak

atau pepejal pada suhu bilik bergantung kepada struktur dan komposisi lemak. Lemak terbahagi kepada lemak haiwan (seperti ghee, minyak ikan, minyak haiwan) dan lemak tumbuhan (seperti minyak bijan, minyak kelapa, minyak kacang, minyak bunga matahari). Dalam pada itu, lemak juga boleh dikategorikan kepada lemak tepu dan lemak tidak tepu, iaitu lemak tepu ialah lemak haiwan dan lemak tak tepu ialah lemak

tumbuhan. Lemak merupakan sumber tenaga simpanan badan dan setiap gram. lemak menyumbang tenaga paling tinggi iaitu sembilan kalori. Selain daripada membekalkan tenaga, lemak turut berfungsi sebagai penebat haba untuk mengelakkan kehilangan haba yang tinggi daripada badan, melindungi organ dalaman seperti jantung dan ginjal, serta pelarut kepada vitamin A,D,E dan K. Mineral ialah nutrien organik yang diperlukan oleh badan. Mineral boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan kuantiti yang keperluan oleh tubuh. Mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak secara relatifnya dikenali sebagai makromineral, manakala yang sebaliknya dikenali sebagi mikronutrien. Contoh Mineral makromineral ialah kalsium, klorin, magnesium, fosforus, potasium, sodium, dan sulfur. Contoh mikromineral ialah besi, kuprum, flourin, iodin, selenium, zink, kromium, kobalt dan molibdenum. Kekurangan mineral boleh menyebabkan penyakit, sebagai contoh kekurangan pengambilan kalsium akan menyebabkan seseorang mengidap penyakit oesteoporosis. Vitamin terdiri daripada 13 jenis vitamin: vitamin A, vitamin B kompleks (tiamin, riboflavin, niasin, vitamin B6, asid folik, vitamin B12, asid pantotenik dan biotin), serta vitamin A,D,E dan K. Vitamin ialah molekul organik yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit oleh badan, namun begitu vitamin memainkan peranan Vitamin penting dalam fungsi fisiologi badan. Ini bermaksud kekurangan pengambilan sesuatu jenis vitamin boleh menyebabkan penyakit yang akan menganggu kesejahteraan hidup kita. Contohnya manusia yang kurang pengambilan vitamin A boleh mengalami penyakit kulit, rabun malam dan anemia, manakala kekurangan vitamin D pula menyebabkan penyakit riket.

You might also like