You are on page 1of 28

ISL MINGGU 16 Mengdokumentasikan maklumat tentang penubuhan jawatankuasa kerja dan penyediaan kertas kerja serta laporan

IAN JUNIL SAMSON UDJIAN ALVIN SAPUN

KERTASKERJA ARTRACE

PENGENALAN
Aktiviti

Art Race ialah salah satu aktiviti pengisian utama yang dilaksanakan di dalam program induk iaitu Pesta Seni Kanak-Kanak. Berdasarkan konsep Pesta Seni KanakKanak itu sendiri, dapat dilihat ia suatu program yang melibatkan aktiviti yang menyeronokkan kerana ia menggabungkan pembelajaran secara formal dan non-formal.

Objektif Art Race dilaksanakan ialah :

Menguji kebolehan, kemahiran, kreativiti serta ketangkasan murid untuk menghasilkan karya seni dalam masa yang singkat. Memberikan peluang kepada murid-murid berkarya melalui pendekatan yang bersifat pembelajaran luar kelas dan secara pertandingan. Murid-murid diberi peluang untuk menghasilkan karya yang merangkumi 4 bidang utama dalam Pendidikan Seni Visual iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Memenuhi kehendak kanak-kanak iaitu inginkan keseronokkan melalui aktiviti seni. Memupuk semangat bekerjasama di kalangan murid-murid untuk menghasilkan karya seni.

TARIKH HARI DAN MASA


29 September 2010 (Rabu) 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

9.00 pagi hingga 9.30: Taklimat kepada peserta 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari : Art race bermula

TEMPAT
Aktiviti ini dijalankan di sekitar IPG Kampus Kent. Aktiviti ini melibatkan beberapa lokasi memandangkan Art Race dilaksanakan secara stesen ke stesen. Stesen dan lokasi adalah seperti berikut : Stesen permulaan : Dewan Tun Mustapha Stesen 1 : Sekitar Dewan Hone Stesen 2 : Sekitar Surau Nurul Yaqin Stesen 3 : Astaka IPG Kampus Kent Stesen 4 : Dewan Tun Mustapha

SASARAN
20 orang murid Tahun 6 daripada 5 buah sekolah rendah di sekitar Tuaran. Setiap sekolah akan menghantar 4 orang murid. Berikut ialah senarai sekolah rendah yang terlibat : SK Selupoh SK Tambalang SK St. John SK Gayang SK Tambalang

AJKPELAKSANA

Pengerusi : Ian bin Junil Timbalan Pengerusi : Ak. Mohd Azmi bin Ak Jiar Setiausaha : Samson Udjian Penolong setiausaha : Nazim Juhari Bendahari : Sabirun bin Rubin

PANEL HAKIM
Azlizuan bin Haris, Ak. Azwan bin Pg Ali Noorhayati bt Kaling, Farizah bt Hamid Mohd Daud bin Ahmad Sabari,Nur Salam bin Salim Noorazwaniza bt Awang, Nooratihah bt Basir Noraniza bte Abu Hamsin

AJK KESELAMATAN
Roslianna Bily @ Sylvester, Susan Sailin, Nur Syzwani bt Awang Besar, Mohd Shah Rizal bin Mohd Jasrin, Sheena Sheery Avellinus Gom

PERALATAN
Bil

Peralatan

Unit

Kuantiti

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Kertas lukisan A3 Pensil warna Warna krayon Berus warna Warna air Kertas warna origami Gam air Tanah liat Pensil

Rim Dozen Dozen Batang Dozen Pek Botol Kilogram Batang

2 2 2 30 2 10 12 5 24

10

Palet warna

Keping

24

11

Benang kait

Gulung

12

Gunting

Bilah

24

13

Pen marker

Kotak

14

Kertas mahjong

Keping

24

15

Meja gerak kerja seni

Buah

12

16

Meja panjang

Buah

Aktiviti yang dijalankan berdasarkan 4 bidang utama Pendidikan Seni Visual : Stese n 1

Bidang Menggambar

Aktiviti

Panel hakim

Murid menghasilkan karya Noorhayati bt Kaling, Farizah bertemakan alam flora yang bt Hamid dilihat di persekitaran mereka. Murid bebas menggunakan alat dan bahan dalam menghasilkan karya mereka.

Membuat corak dan Murid menghasilkan corak rekaan melalui teknik ikatan dan celupan.

Mohd Daud bin Ahmad Sabari, Nur Salam bin Salim

Membentuk dan Murid menghasilkan Noorazwaniza bt Awang, membuat binaan tengkolok. Murid bebas Nooratihah bt Basir menggunakan alat dan bahan dalam menghasilkan tengkolok.

Mengenal kraf tradisional

Murid menghasilkan Azlizuan bin Haris, tembikar dengan Ak. Azwan bin Pg Ali menggunakan tanah liat.

AJK Keselamatan terlibat untuk mengiringi murid sepanjang aktiviti Art Race berlangsung.
AJK Keselamatan terlibat untuk mengiringi murid sepanjang aktiviti Art Race berlangsung. Kumpulan 1 : Roslianna Bily @ Sylvester Kumpulan 2 : Susan Sailin Kumpulan 3 : Mohd Shah Rizal bin Mohd Jasrin Kumpulan 4 : Nur Syzwani bt Awang Besar Kumpulan 5 : Sheena Sheery Avellinus Gom

Peraturan pertandingan tertakluk kepada rubrik pemarkahan untuk setiap bidang :


Aspek Pemarkahan

Ketepatan kehendak tajuk dan tema

15

Kreativiti dan keaslian

15

Kekemasan

10

Kerjasama

Peruntukkan maksimum untuk menyiapkan karya untuk setiap stesen ialah Ialah 25 minit sahaja. Selepas tamat tempoh tersebut, kumpulan harus bergerak ke stesen yang seterusnya. Peruntukkan masa yang diberikan untuk bergerak dari stesen ke stesen ialah 5 minit sahaja. Sekiranya kumpulan dapat menyiapkan aktiviti itu lebih awal, mereka boleh bergerak ke stesen seterusnya.

Berikut ialah pergerakan setiap kumpulan dari stesen ke stesen


Setiap kumpulan bermula dari Stesen Permulaan untuk sesi taklimat Kumpulan 1 Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Stesen 4 Kumpulan 2 Stesen 3 Stesen 2 Stesen 1 Stesen 4 Kumpulan 3 Stesen 2 Stesen 3 Stesen 1 Stesen 4 Kumpulan 4 Stesen 1 Stesen 3 Stesen 2 Stesen 4

LAPORAN

Laporan sebelum
Laporan sebelum ini merangkumi proses perancangan aktiviti Art Race yang dilaksanakan bermula pada minggu pertama Ogos sehinggalah pada minggu keempat September. Tempoh perancangan ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan kronologi berikut : Pelantikan Ahli Jawatankuasa Art Race. Berbincang tentang pengisian dalam aktiviti Art Race secara umum. Membuat kertas kerja serta penambahbaikan kertas kerja. Berbincang tentang pengisian dalam aktiviti Art Race dengan lebih teliti.

Menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan. Ahli Jawatankuasa Kerja Art Race membentangkan senarai aktviti yang akan dijalankan Pengagihan alat dan bahan mengikut bidang aktiviti dalam Art Race Semua Ahli Jawatankuasa Kerja Art Race membuat persiapan dan persediaan dalam Pesta Seni Kanak-kanak berdasarkan bidang tugas masing-masing

Laporan semasa

Laporan ini merangkumi perjalanan serta pelaksanaan aktiviti Art Race sepanjang Pesta Seni Kanak-kanak berlangsung pada minggu keempat September. Setiap Ahli Jawatankuasa Art Race telah menjalankan tugas masing-masing sebagai fasilitator untuk setiap stesen. Pengerusi Ahli Jawatankuasa Art Race telah menjalankan tinjauan sepanjang aktiviti ini berlangsung untuk memastikan perjalanan aktiviti selaras dengan perancangan yang telah ditetapkan di dalam kertas kerja.

Laporan selepas
Laporan semasa ini merangkumi sesi post mortem yang dijalankan pada minggu pertama dan minggu kedua Oktober. Laporan ini boleh diringkaskan kepada tiga aspek utama iaitu kekuatan aktiviti, kelemahan aktiviti dan cadangan penambahbaikan aktiviti.

Kekuatan aktiviti
Peserta-peserta dapat memberi komitmen yang baik dalam pertandingan ini. Aktiviti ini pertama kali dilaksanakan dan hasil tinjauan mendapati aktiviti ini sangat sesuai dijalankan di kalangan murid-murid sekolah rendah. Alat dan bahan yang pelbagai memberi ruang kepada peserta untuk menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri. Penggunaan masa iaitu 25 minit setiap stesen sangat sesuai dan didapati peserta dapat menyiapkan karya mereka dalam tempoh masa tersebut.

KEKUATAN AKTIVITI
Keselamatan dan disipilin murid-murid sentiasa terkawal kerana pihak penganjur telah melantik AJK Keselamatan yang juga bertindak sebagai fasilitator untuk setiap kumpulan peserta. Arahan soalan adalah mudah dan dapat difahami oleh murid-murid. Kedudukan setiap stesen sangat sesuai, selamat dan teduh. Semua AJK menjalankan tugas dengan baik. AJK yang terlibat ialah AJK Keselamatan serta Panel Hakim.

KELEMAHAN AKTIVITI
Aktiviti untuk Bidang Menggambar agak membosankan kerana hanya bersifat lukisan. Aktiviti ini sudah sering kali dilakukan oleh murid-murid di sekolah. Ketiadaan pemadam menyebabkan peserta tidak dapat memadam kesilapan semasa melakar atau melukis. Ruang yang agak sempit membataskan pergerakan peserta serta kurang selesa. Terdapat kekeliruan dalam rubrik pemarkahan pertandingan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Aktiviti melukis dalam bidang menggambar diubah kepada aktivti membuat kolaj. Sentiasa memastikan alat dan bahan cukup. Menambah bilangan meja agar ruang berkarya lebih luas dan memberikan keselesaan. Menyemak semula rubrik pemarkahan berulang kali atau meminta pendapat dari pihak yang lebih arif tentang sistem pemarkahan.

You might also like