You are on page 1of 37

PRAKTIKUM: PD6210 JURNAL REFLEKSI

DISEDIAKAN OLEH: DANGSYUKRINAH BINTI HAJI OTHMAN 10ME003 SARJANA PERGURUAN UGAMA (FEQH)

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN 2010/2011

Kursus praktikum, berkodkan PD6210, adalah satu kursus yang telah kami jalani semasa semester kedua pengajian kami dalam program Sarjana Perguruan Ugama (Feqh) Kami ditempatkan di . sekolah-sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak pengajian. Tempoh bagi kursus ini dijalankan selama 4 ke 6 minggu. Kursus praktikum ini telah berlangsung bermula pada 16 Mei 2011 / 12 Jamadil Ahir 1432 dan berakhir pada 14 Julai 2011/ 12 Sya ban 1432. Saya yang bernama Dangsyukrinah binti Haji Othman, nombor pendaftaran 10ME003, mahsiswi program sarjana perguruan ugama (feqh) telah ditempatkan disebuah sekolah di daerah saya iaitu Sekolah Menengah Muda Hashim, Tutong. Mata pelajaran yang saya ajar ialah Pengetahuan Ugama Islam (IRK) bagi Tahun 8G dan Tahun 9sci 2. Kedua-dua kelas yang saya ajar ini mempunyai latar belakang yang berbeza,amatlah mencabar bagi saya untuk mengajar kedua-dua kelas yang berbeza tahap kepintaran pelajarnya dan berbeza dar i segi kawalan disiplinnya juga, apa lagi guru pelatih seperti kami bagi program Sarjana Perguruan Ugama (Feqh) yang pertama kali mengikuti kursuspraktikum. Alhamdulillah, hasil bantuan daripada guru pembimbing bersama saya yang seramai dua orang, cikgu Ahmad Danish Darwisy bin Abdullah dan cikgu Norul Faizah binti Haji Johan saya dapat menjalani kursus praktikum saya dengan lancar, setiap kelemahan, kesukaran yang saya hadapi mereka cuba membantu dengan sedayanya, mereka cuba membimbing saya untuk mempertingkatkan lagi mutu pengajaran saya dari masa ke semasa. Selain dari mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran, saya juga ikut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah tersebut, saya mengambil bahagian di dalam ko -kurikulum yang akan dijalankan pada setiap hari sabtu, 2 minggu di akhir setiap bulan. Saya juga melibatkan diri dalam perlawanan bahas antara sekolah-sekolah menengah Negara Brunei Darussalam, yang mana saya telah menjadi salah seorang ahli jawatan kuasa perhiasan pentas. Sepanjang tempoh kursus praktikum saya dijalankan, penyelia khas saya Pg. Dr Haji Abu Bakar bin Pg Haji Saifuddien telah datang untuk mencerap saya sebanyak dua kali iaitu pada 24 Mei/ 20 Jamadil Akhir dan pada 21 Jun/ 19 Rejab. Begitu juga dengan penyelia Am saya, Ustazah Hajah Zalihah binti Haji Ibrahim pada 27 Jun/ 25 Rejab dan 11 Julai/ 9 Sya ban. Tamatnya tempoh kursus praktikum ini saya telah membukukan dapatan pencerapan saya tiga orang guru di sekolah tersebut dan jurnal refleksi saya sebagai rujukan saya dan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran saya pada masa akan datang, Insya Allah.

Dengan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan selama tempoh praktikum saya dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang telah dicurahkan kepada saya. Amiin, amiin Amiin Ya rabbal , Alamin.

PENCERAPAN PERTAMA:
Nama guru Lama berkhidmat Kelulusan Pelajaran yang diajar Tajuk Tahun Masa Hari Tarikh Ramai pelajar Dirahsiakan. 7 tahun. Sarjana Muda pendidikan pengajian Islam. Pengetahuan Ugama Islam Percaya kepada kitab-kitab Allah (Tauhid) 8H 8.30 9.00 pagi Isnin 25 Julai 2011/ 23 Syaban 1432 17 orang

Aspek
1 Peraturan masuk kelas

Teknik pengajaran dan aktiviti


Sebelum masuk kelas guru memastikan pelajar bersiap sedia dengan kedatangan guru seperti berpakaian kemas dan menyimpan buku-buku bagi mata pelajaran yang sebelumnya.

Kelemahan Pengajaran

Kekuatan Pengajaran
Setiap melakukan apa pekerjaan haruslah dimulai dengan bismillah dan bacaan doa.

Cadangan Pembaikan

Walaupun semua pelajar bersedia dengan kedatangan guru tetapi masih tedapat beberapa pelajar yang tidak mengemaskan seragam seperti baju yang tidak Seterusnya guru dimasukkan ke dalam memberi salam dan seluar dan tidak membaca doa sebelum memakai songkok. belajar.

Kaedah merangsang pelajar menumpukan perhatian

Guru bertanyakan kepada pelajar tentang kerja yang diberikan pada minggu lalu, adakah semua pelajar telah menyiapkan kerja tersebut dan mengarahkan pelajarpelajar untuk

Masih terdapat beberapa pelajar yang tidak menyiapkan kerja tersebut.

Guru walaupun keadaan didalam kelas tersebut agak bising, guru masih dapat mengawal dan menegur seorang pelajar yang melakukan kerja sekolah mata

menghantar ke hadapan.

pelajaran lain.

Set Induksi

Guru menggunakan pendekatan deduktif dengan mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar: Rukun iman ada berapa perkara? Apa hukum mempercayai kitab-kitab Allah? Kenapa kita wajib mempercayai kitab-kitab Allah? Pada mulanya pelajar menjawab secara kelas, dan kemudian barulah guru memilih 4 orang pelajar secara rawak untuk menjawab soalansoalan tersebut. Keseluruhannya pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

Walaubagaimanapun masih terdapat seorang pelajar yang menjawab kurang tepat soalan kedua yang guru ajukan. Guru juga menegur seorang pelajar untuk menyusun ayat di dalam memberikan jawapan.

Guru menulis di papan tulis tajuk pelajaran pada hari ini Percaya kepada kitab-kitab Allah, dan seterusnya guru menulis satu rajah dan melukis petakpetak kosong untuk diisi oleh pelajar. ( lihat lampiran 1)

Penyampaian isi pelajaran

Guru menyampaikan isi pelajaran dengan melukis satu rajah yang menarik perhatian pelajar. (lihat lampiran 1)

Walau bagaimanapun masih terdapat pelajar yang tidak mengambil bahagian secara aktif dalam sesi perkembangan Guru mengemukakan ini, mungkin kerana soalan dan memilih ianya tidak terpilih pelajar secara rawak untuk menjawab untuk menjawab dan soalan yang seterusnya menulis dikemukakan oleh jawapan pada petak- guru. petak yang disediakan di papan tulis. Diantara soalan-soalan yang dikemukakan oleh

Setelah pelajar menjawab soalansoalan yang telah dikemukakan, guru sekali lagi menerangkan kembali, dengan perbuatan guru ini pelajar-pelajar dapat mengukuhkan ingatan mereka. Dalam penyampaian isi pelajaran guru tidaklah hanya menggunakan interaksi satu hala

guru : Kitab-kitab Allah terbahagi kepada bahagian? Suhuf diturunkan kepada beberapa orang Nabi, isikan nama-nama Nabi tersebut bersertakan dengan bilang suhuf yang diturunkan. Berapakah bilangan kitab yang diturunkan? Tuliskan Nabinabi yang diturunkan kitab yang empat itu dan tuliskan bahasa-bahasa yang diguna didalam kitabkitab tersebut. 5 Tugas kerja lanjutan Guru mengingati pelajar untuk membaca dan menghafal apa yang telah dipelajari pada hari ini. Pujian Very good yang diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab soalan dengan betul dan disusuli dengan ucapan terima kasih dari guru. Suara guru yang berkeadaan sederhana, tetapi masih boleh didengar pelajar-pelajar yang seramai 17 orang. Guru menggunakan ABM papan tulis semaksima mungkin dan pen marker yang warna

iaitu berpusatkan guru semata-mata bahkan guru juga menggunakan interaksi dua hala dalam proses ini iaitu dengan cara bersoal jawab dengan pelajar.

Pujian yang diberikan

Dengan pujian yang diberikan pelajar akan merasa dihargai dan menambahkan keyakinan kepada pelajar tersebut. Memandangkan kelas tahun 8H merupakan kelas tarbiyah, maka bahasa yang digunakan oleh guru, bahasa yang mudah difahami oleh pelajar dan jelas.

Gaya mengajar

warni membangkitkan suasana papan tulis walaupun kaedah Chalk and Talk adalah kaedah yang tertua tapi masih boleh diberikan nafas baru dengan menggunakan pen yang berwarna warni. Bahasa yang digunakan oleh guru bahasa melayu beku dan bahasa melayu brunei (harian). Guru juga menggunakan mimik muka mengikut keadaan. 8 Cara menilai kefahaman murid Pada peringkat perkembangan guru menggunakan teknik menyoal untuk mencungkil fikiran pelajar untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan sekaligus salah satu cara menilai kefahaman mereka. Di akhir pelajaran Guru mengakhirkan pengajaran dengan penutup kognitif iaitu dengan menyenaraikan isi-isi penting pelajaran. Tetapi masih terdapat pelajar yang tidak mengikut serta secara aktif dalam teknik soal jawab ini.

Cara mengakhiri pengajaran

Dengan mengakhiri pengajaran dengan cara penutup kognitif bertujuan mengukuhkan apa yang telah dipelajari pada hari ini. Ucapa salam dari guru dan ucapan terima kasih dari pelajari diikuti dengan surah alAsr.

Objektif khas tercapai atau tidak

Alhamdulillah melalui dari cerapan saya, guru ini telah mencapai Objektif khas dalam sesi

Walaupun objektif khas tercapai, tetapi tidak bermakna semua pelajar dapat

pengajaran dan pembelajan yang mana di akhir pembelajaran pelajar-pelajar dapat:  Menyatakan hukum percaya kepada kitabkitab Allah.  Memberikan nama-nama kitab.

memberikan namanama kitab Allah, disebabkan masih terdapat seorang pelajar yang tidak mengambil bahagian secara aktif dalam sesi perkembangan, susah untuk dinilai sama ada beliau dapat memberikan nama-nama kitab Allah atau tidak.

Penerapan akhlak/nilai/ moral

Guru menegur pelajar yang tidak berpakaian kemas. Guru terima pelajar. mengucapkan kasih kepada

Pujian yang diberikan oleh guru adalah salah satu cara untuk membangkitkan semangat pelajar. Lain-lain Latar belakang kelas tahun 8H: kelas ini bukanlah seperti kelas-kelas biasa yang lain (Tahun 8A-8F) dari segi sukatan pelajarannya (syllabus) kerana kelas ini lebih kearah tarbiyyah dan rata-rata pelajar di kelas ini mendapat Ungraded atau gagal semasa peperiksaan PSR (penilaian sekolah rendah). Pihak sekolah telah membuat 1 langkah untuk memberikan 1 kumpulan kelas yang di dalam pengajaran dan pembelajaran kelas tersebut lebih kearah tarbiyyah. Disini saya sertakan persediaan mengajar guru sebagai rujukan. (lihat lampiran 2) Alhamdulillah hasil cerapan yang saya buat pada 25 Julai 2011/23 Syaban 1432 pada hari Isnin, pengajaran guru ini pada tahap yang baik, memandangkan kelas tahun 8H bukanlah seperti kelas-kelas biasa bahkan ia memerlukan pembentukan daripada guru yang mengajar, apa yang saya dapati 80% daripada pelajar dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan bersemangat. Rangsangan guru terhadap pelajar seperti pujian, pemilihan pelajar secara rawak juga penyumbang utama dalam memberikan perhatian pelajar terhadap pembelajaran. Walaupun guru tidak menggunakan ABM yang canggihtetapi guru masih dapat mencapai objektif khas bagi tajuk pelajaran hari ini dan mendapat respon yang baik dari pelajar.

Rumusan keseluruhan

PENCERAPAN KEDUA:
Nama guru Lama berkhidmat Kelulusan Pelajaran yang diajar Tajuk Tahun Masa Hari Tarikh Ramai pelajar Dirahsiakan. 5 tahun. Sarjana Muda pendidikan pengajian Islam Pengetahuan Ugama Islam Perang siffin (Tarikh Islam) 8D 9.30-10.00 pagi Isnin 25 Julai 2011/23 Syaban 1432 17 orang

Aspek 1
Peraturan masuk kelas

Teknik pengajaran dan aktiviti


Guru masuk dan berdiri di hadapan pelajar tanpa bersuara, ianya bertujuan untuk pelajar bersiap sedia dengan kedatangan guru. Setelah pelajar bersiap sedia dengan kedatangan guru, barulah pelajar memberikan salam kepada guru, seterusnya membaca doa sebelum belajar dan membaca surah Insyirah.

Kelemahan Pengajaran
Masih terdapat seorang pelajar yang tidak memakai songkok.

Kekuatan Pengajaran
Guru telah membiasakan pelajar dengan membacakan surah Insyirah sebelum memulakan pembelajaran, disamping itu pelajar dapat mengamalkan surah Insyirah dan menghafalnya dengan baik.

Cadangan Pembaikan

Kaedah merangsang pelajar menumpukan perhatian

Guru merangsang pelajar dengan perubahan pergerakan guru dari satu tempat ke satu tempat lain dalam bilik darjah, untuk memastikan pelajar

Tetapi haruslah diingat bahawa pergerakan tersebut harus jangan mengganggu murid dengan pergerakkan yang

Apabila guru bergerak bebas, perhatian murid akan bertambah.

benar-benar bersedia terlalu pantas atau dengan sesi pengajaran gelisah. dan pembelajaran yang akan dimulakan, disamping itu guru menegur beberapa orang murid yang membuka songkok agar mereka memakai songkok mereka dengan betul.

Set Induksi

Sebelum guru memulakan Set induksi yang proses perkembangan, terlalu panjang dan guru telah menggunakan mengambil masa. set Induksi secara mengajukan soalan pelajaran yang telah lalu. Pelajar menjawab secara kelas. Sebutkan khalifah-khalifah ar-Rasyidin secara teratur. Perang siffin termasuk pada zaman khalifah apa? Adakah pelajar memahami sejarah tentang perang jamal? Guru mengulang serba sedikit tentang perang jamal sebelum memasuki tajuk baru. Ianya berlangsung selama 10 minit. Dengan set induksi tersebut guru mengaitkan dengan pelajaran pada hari ini iaitu perang siffin.

Walaupun set induksinya yang agak panjang tetapi memberi impak kepada pelajar dalam mengingati setiap isi cerita pelajaran yang lalu.

Penyampaian isi pelajaran

Guru menyampaikan isi pelajaran dengan cara biasa iaitu dengan kaedah

Semasa proses perkembangan dijalankan terdapat

Guru tidak menunggu di akhir pengajaran

penerangan, dan kuliah.

membaca

Guru juga mengarahkan pelajar untuk menandakan dengan high light bagi isi-isi penting yang terdapat pada tajuk perang siffin. Pada proses perkembangan ini guru juga menggunakan kaedah interaksi dua hala di antara guru dan pelajar. Selain daripada itu guru membuat di papan tulis isi-isi penting tentan peristiwa perang siffin. Dan melukis 1 gambar yang berkaitan dalam peristiwa perang siffin iaitu al-Quran yang di tusuk pada lembing. (lihat lampiran 3) Guru menggunakan ABM papan tulis sepenuhnya dengan baik.

seorang murid yang angan-angan dan guru terlepas pandang dari menegur pelajar tersebut.

dan pembelajaran untuk menilai kefahaman murid, guru juga menggunakan kaedah soal jawab dalam proses perkembangan ini. Guru mengemukakan bebrapa soalan kepada pelajar, dan guru memilih pelajar untuk menjawab soalan secara rawak. Tulisan guru pada papan tulis jelas dan teratur serta dapat difahami oleh pelajar. Guru juga menyelitkan maklumat tambahan kepada pelajar tentang puak syiah (syiits) yang kebanyakan dari puak tersebut berada di kawasan iran dan ritual puak tersebut bermandikan darah.

Tugas kerja lanjutan

Guru hanya mengarahkan pelajar untuk membaca apa yang dipelajari hari ini di rumah dan mengingati isi-isi penting.

Walaupun guru tidak memberikan kerja sekolah atau kerja rumah berbentuk secara

bertulis kepada pelajar, guru masih memberikan tugasan berbentuk lisan kepada pelajar untuk membaca dan mengingati isi pelajaran pada hari ini.

Pujian yang diberikan

Guru tidak berat mulut dalam melontarkan pujian bagus terhadap pelajar yang dapat menjawab dengan betul dan yang aktif dalam proses perkembangan ini.

Dengan pujian yang diberikan oleh guru kepada pelajar dapatlah meningkatkan semangat pelajar dan sekaligus merangsang pelajar untuk ikut serta aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat menyesuaikan kelantangan suaranya mengikut keadaan yang berbeza umpamanya semasa guru bertutur dengan individu, kumpulan atau seluruh kelas. Apabila guru bergerak bebas, perhatian pelajar akan bertambah dan merangsang pelajar untuk mengikuti setiap proses dalam pengajaran dan pembelajaran.

Gaya mengajar

Intonasi suara guru yang berubah-rubah mengikut jalan cerita pada hari ini. Guru mempunyai suara yang lantang dan jelas. Bahasa yang digunakan oleh guru adalah bahasa yang mudah difahami mengikut kesesuaian peringkat umur pelajar. Guru menggunakan dwibahasa iaitu bahasa melayu dan English. ABM yang diguna pakai oleh guru ialah papan tulis dan marker pen yang berwarna warni. Guru bergerak bebas dari kanan ke kiri, dari

kiri ke kanan dan ke hadapan, ke belakang bilik darjah. Guru juga mempunyai sikap sense of humour .

Cara menilai kefahaman murid

Guru menilai kefahaman pelajar dengan cara biasa yang digunakan iaitu kaedah soal jawab.

Tetapi masih terdapat pelajar yang tidak berkesempatan untuk menjawab Kaedah soal jawab ini apa yang tidak hanya dilakukan dikemukakan oleh oleh guru di akhir guru. pengajaran dan pembelajaran sahaja, bahkan pada proses perkembangan juga guru masih sempat menyelitkan kaedah soal jawab ini. Selain daripada kaedah soal jawab, guru menggunakan kaedah bercerita yang berpusatkan kepada pelajar. Yang mana 2 orang pelajar dikehendaki untuk menceritakan peristiwa perang siffin dan perang jamal.

Di sini guru telah melakukan interaksi dua hala di antara guru dan murid. Dengan itu pelajar dapat melibatkan diri secara aktif masa waktu pembelajaran.

Cara mengakhiri pengajaran

5 minit sebelum menamatkan pelajaran pada hari ini guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan pelajaran lalu dan hari ini. Siapakah nama penuh Khalifah Ali? Siapakah kanakkanak pertama yang memeluk ugama Islam?

Walaubagaimanapun tidak semua pelajar yang berpeluang untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

Guru dapat memnuhi masa 5 minit dalam sesi soal jawab dengan jayanya.

Apakah gelaran yang diberikan kepada Khalifah Ali? Bilakah perang jamal berlaku? Ceritakan tentang ringkas tentang perang jamal. Kenapakah ia dinamakan sebagai perang jamal. Ceritakan secara ringkas tentang perang siffin. Objektif khas tercapai atau tidak Alhamdulillah, dari dapatan ini objektif khas pengajaran dan pembelajaran guru ini telah dicapai dengan jayanya, yang mana di akhir pembelajaran pelajar-pelajar dapat:  Menceritakan kembali mengenai peristiwa perang jamal, perang siffin dan majlis tahkim. Guru mengingati pelajar untuk menghormati kitab suci al-Quran. Guru juga menegur bebrapa orang pelajar yang membuka songkok dengan menegur supaya memakai songkok mereka dengan kemas. Disamping pujian yang diberikan guru kepada pelajar, penerapan nilai akhlak di sana agar pelajar dapat menghargai

Penerapan akhlak/nilai/moral

sesama manusia dengan puji-pujian dan ucapan yang baik-baik. Lain-lain Guru mengemukakan soalan dan memilih pelajar pelbagai secara rawak, guru tidak hanya memilih pelajar yang pandai dan aktif sahaja.

Rumusan keseluruhan

Alhamdulillah, hasil cerapan saya pada 25 Julai 2011/ 23 Syaban 1432, guru ini telah membuat perisian sangat padat dan dalam masa yang sama pelajar dapat mengikuti apa yang diajar oleh guru, selain daripada itu pelajar kelas ini juga memberi respon yang sangat baik, walaupun guru ini hanya menggunakan ABM tradisi iaitu papan tulis, guru ini masih dapat menghidupkan papan tulis tersebut dengan kreativiti guru tersebut menggunakan marker pen yang berwarna warni. Dengan sebegitu ABM tersebut dapat merangsang pelajar untuk lebih menumpukan perhatian dengan isi pelajaran yang penting. Interaksi dua hala yang digunakan oleh guru ini amat berkesan apa lagi pelajaran hari ini adalah pelajaran sejarah yang memerlukan kepada mengingati fakta-fakta. Sikap guru yang sense of humour juga membuatkan pelajar merasa seronok sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran ini.

PENCERAPAN KETIGA:
Nama guru Lama berkhidmat Kelulusan Pelajaran yang diajar Tajuk Tahun Masa Hari Tarikh Ramai pelajar Dirahsiakan. 14 tahun Sarjana muda sastera pendidikan Pengetahuan ugama Islam Hadith larangan terikut-ikut. (Hadith) 7C 10.30-11.30 pagi Isnin 25 Julai 2011/ 23 Syaban 1432 20 orang

Aspek
1 Peraturan masuk kelas

Teknik pengajaran dan aktiviti


Guru masuk kelas dan member salam kepada murid, murid menjawab salam seterusnya membaca doa sebelum belajar. pergerakan bebas guru di dalam kelas dan guru memasang peralatan komputer riba dan projektor (overhead). Murid-murid tertumpu kepada perbuatan guru.

Kelemahan Pengajaran

Kekuatan Pengajaran
Mengamalkan sikap membaca doa belajar sebelum memulakan pembelajaran.

Cadangan Pembaikan

Kaedah merangsang pelajar menumpukan perhatian

Set Induksi

Guru menayangkan gambar-gambar perempuan yang memakai pakaian yang kurang elok sambil berpelukan dengan seorang lelaki. Guru mengajukan pertanyaan kepada pelajar, gambar apa yang mereka lihat disini?

Pelajar-pelajar menjawab secara kelas. Dengan gambar, jawapan dari pelajar, guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu hadith larangan terikut-ikut. 4 Penyampaian isi pelajaran Seperti yang sudah-sudah, cara penyampaian isi pelajaran yang paling popular digunakan ialah kaedah penerangan, kuliah dan membaca, begitu juga bagi guru ini, beliau telah menggunakan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru menayangkan tayangan slaid potongan ayat dari hadith larangan terikut-ikut dan membacakan hadith tersebut beserta dengan maksud hadith tersebut. Dalam peringkat perkembangan ini guru juga berinteraksi secara dua hala di antara guru dan pelajar, ianya menggunakan kaedah soal jawab. Guru ini juga banyak memberikan contohcontoh dalam peringkat perkembangan. komputer riba dan projektor (overhead), ABM yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, saya dapati seorang pelajar tidak mengambil perhatian semasa penerangan yang dibuat oleh guru, pelajar tersebut telah mengacau teman sebelahnya dan bermain dengan garisannya. Guru terlepas pandang dari menegur pelajar tersebut. Kawalan kelas agak kurang terkawal semasa proses soal jawab dijalankan. Dengan mengguankan kaedah pandang dengar atau dipanggil audio visual (tayangan slaid dan interpretasikan oleh guru) menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan kerana pelajar akan menggunakan pancaindera mereka dengan sebaik mungkin. Guru mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan sebenar dan realiti.

Pengajaran guru tidak hanya berpandukan dari buku sahaja, bahkan guru mengambil maklumat tambahan dari luar buku teks sekolah, seperti mengumpulkan data dari laman sesawang. 5 Tugas kerja lanjutan Guru mengarahkan pelajar untuk mengahafal isi-isi penting yang akan diajukan pada program BCAT yang akan dijalankan pada 28 Julai 2011/26 Syaban 1432, pada hari khamis. Guru tidak lokek memberikan pujian seperti bagus kepada pelajar dari permulaan hingga akhir pengajaran dan pembelajaran. Pujian yang diberikan adalah pembangkit semangat pelajar dan meningkatkan keyakinan seseorang pelajar itu. Disebabkan guru menggunakan komputer riba dan projektor (overhead) sebagai ABM, pergerakan guru begitu terhad. Kerana guru perlu menekan komputer untuk menukarkan tayangan slaid seterusnya. Guru masih boleh bergerak bebas walaupun menggunakan komputer riba dan projektor (overhead) sebagai ABM, sekiranya guru mempunyai pointer yang dari jarak mana pun guru masih boleh menukarkan tayangan slaid. Guru tidak menunggu berakhirnya proses

Pujian yang diberikan

Gaya mengajar

Suara jelas.

guru

besar

dan

Bahasa yang digunakan oleh guru bahasa melayu yang mudah difahami oleh peringkat umur pelajar. ABM guru yang canggih dan sangat membantu untuk kefahaman pelajar.

Cara menilai kefahaman murid

Seperti cara penilaian kefahaman pelajar yang biasa adalah menggunakan kaedah soal jawab begitu

juga dengan guru ini, mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk hadith larangan terikut-ikut ini.

perkembangan dalam menilai pelajar, bahkan guru telah mengemukakan soalan-soalan ketika sepanjang dalam proses perkembangan. Didalam proses soal jawab dilakukan, guru memilih pelajar secara rawak untuk menjawab.

Cara mengakhiri pengajaran

Guru mengakhiri pengajaran dengan cara biasa yang dilakukan iaitu membuat rumusan bagi tajuk yang dipelajari pada hari ini, dan guru juga bersoal jawab dengan pelajar. Selain daripada itu guru mengingati pelajar dengan peralatan yang perlu dibawa bagi program BCATs yang akan dijalankan pada hari khamis 28 Julai 2011/ 26 Syaban 1432, iaitu membuat poster.

Objektif khas tercapai atau tidak

Alhamdulillah, hasil dari pengajaran dan pembelajaran hari ini, guru ini telah mencapai objektif khasnya iaitu diakhir pembelajaran pelajar dapat:  menyebutkan 6 perkara yang bertentangan dengan Islam dari segi pakaian dan perhiasan.  Menyatakan 3 perayaan yang dilarang dan 3 perayaan yang diraikan dalam Islam.  Menjelaskan 1

cara pergaulan yang dibenarkan dan 1 cara pergaulan dilarang dalam Islam. Penerapan akhlak/nilai/moral Guru telah menerapkan akhlak, nilai moral kepada pelajar agar tidak mengikut pakaian orangorang barat, dan berpakaianlah menutup aurat seperti yang dituntut oleh ugama Islam. Guru mengingati pelajar supaya tidak bergaul secara bebas di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, kerana dari pergaulan tersebut akan menyalurkan kepada perbuatan zina. Guru menerapkan kepada pelajar agar pakaian dan perhiasan lelaki tidak menyerupai pakaian dan perhiasan perempuan. Lain-lain BCATs ialah singkatan nama dari Brunei Common Assesment Tasks. In the early stages of implementation, BCATs will be developed by the MOE and will assess how well students have achieved the objectives and learning outcomes in syllabuses. While students results from BCATs will form the 30% SBA, BCATs will have formative purposes as well. Students will still receive input through self and peer assessment and teacher feedback before and after each BCAT assessment. (lampiran 4) Disini saya sertakan persediaan mengajar guru ini untuk rujukan. (lihat lampiran 5) Rumusan keseluruhan Alhamdulillah, pengajaran guru ini pada tahap yang baik, guru telah Berjaya mencapai objektif khas pengajaran dan pembelajaran pada hari ini dengan: 4 pelajar menyebutkan 4 perkara yang bertentangan dengan Islam dari pakaian dan perhiasan. 3 pelajar dapat menyatakan 3 perayaan yang diraikan dalam Islam. Seorang pelajar dapat menjelaskan cara pergaulan dilarang dalam Islam. Keadaan pelajar yang sangat aktif sehinggakan pada sesi soal jawab kawalan kelas agak kurang oleh guru ia menjadi suasana yang gamat. ABM yang digunakan oleh

guru sangat bagus dan gambar-gambar yang terdapat pada tayangan slaid sangat jelas dan penyampaian isi pelajaran dari guru ini dapat disampaikan kepada pelajar dengan baik dan jelas. Guru menjawab segala kemusykilan dari pelajar dengan jelas dan dapat difahami oleh pelajar. Sikap keterbukaan guru amat disenangi oleh pelajar.

JURNAL REFLEKSI

Pelajaran yang diajar

Sejarah (Dawah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam) 8G 24 Mei 2011/ 20 Jamadil Akhir 1432 (selasa) 11.30 -12.30 Tengah hari

Tahun / kelas Tarikh Masa

Aspek
1. peraturan masuk kelas

Catatan
Setiap kali saya masuk kelas ini iaitu 8G saya sentiasa mengingati mereka akan peraturan yang saya tetapkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya selama dua bulan iaitu: Berpakaian kemas (tidak dibenarkan membuka songkok sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya) Pastikan keadaan kelas bersih dan kemas. Buku dan kertas catatan sentiasa dibawa. Kerja rumah dan latihan kelas dihantar pada waktu yang ditetapkan. Ambil perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Setelah mereka membetulkan pakaian mereka dan berdiri disebelah meja mereka, barulah saya memberikan salam diikuti dengan bacaan doa sebelum belajar beramai-ramai dan bacaan surah Insyirah. Saya kurang yakin bagaimana cara terbaik untuk merangsang pelajar saya memandangkan pelajar saya sebahagian daripada mereka disiplin yang kurang terkawal, saya bertanyakan kepada pelajar tentang kehadiran mereka, seterusnya saya membuat pergerakan ke papan tulis untuk menulis Bismillahir Rahmannir Rahim dan tarikh. Disebabkan ketiadaan bekalan elektrik disebabkan salah satu suis yang berada di dalam kelas tersebut rosak maka bekalan elektrik bagi bangunan tersebut terputus, dan saya tidak dapat menggunakan set induksi seperti yang saya rancang yang mana perancangan saya boleh dilihat pada perancangan mengajar saya yang telah saya lampirkan. (lihat lampiran 6) Dengan ketiadaan bakalan elektrik saya hanya membacakan dan menceritakan tentang peristiwa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam diturunkan wahyu pada pertama kalinya. Saya merasa kesal dan gelisah kerana tidak membuat persediaan lain. Seperti yang saya terangkan diatas tadi disebabkan bakalan elektrik yang terputus saya tidak dapat menggunakan Alat Bantu Mengajar (komputer riba dan projektor overhead) saya. Saya tiada pilihan lain selain daripada

2. Kaedah murid perhatian

merangsang menumpukan

3. Set Induksi

4. penyampaian isi pelajaran

menggunakan kaedah chalk and talk saya dapat rasakan peringkat perkembangan yang saya laksanakan pada hari ini adalah satu proses perkembangan yang membosankan, apa lagi pada waktu -waktu tengahari seperti ini. Beberapa orang pelajar kurang mengambil perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya berlaku memandangkan keadaan kelas yang panas. saya menggunakan papan tulis sebagai Alat Bantu mengajar saya dengan menulis isi-isi penting. 5. Tugasan lanjutan atau kerja Saya memberikan lembaran kertas kerja rumah kepada pelajar sebagai kerja lanjutan mereka yang mesti mereka buat dan dihantar kepada saya pada keesokan harinya 25 Julai 2011/ 21 Jamadil Akhir 1432.

6. Pujian yang diberikan

Saya memberikan pujian Alhamdulillah, bagus kepada pelajar yang dapat menjawab soalan yang saya kemukakan dengan betul. Walaupun begitu saya juga pernah terlupa untuk memberikan pujian dan mengarahkan pelajar terus duduk saja selepas menjawab soalan dengan betul. Suara saya yang besar dapat didengar dengan jelas oleh pelajar yang seramai 17 orang. Saya menggunakan bahasa melayu Brunei dan beku, agar mudah difahami oleh pelajar. ABM yang saya gunakan ialah papan tulis sahaja. Saya melakukan pergerakan bebas di dalam kelas, dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan untuk merangsang pelajar. Saya menilai kefahaman pelajar dengan kaedah soal jawab, yang saya lakukan pada peringkat perkembangan dan pada akhir pengajaran. Saya menyoal pelajar dan pelajar menjawab secara kelas, berkumpulan dan individu. Selain dari kaedah soal jawab ini, saya juga menggunakan kaedah bercerita, yang mana saya mengarahkan seorang daripada pelajar untuk menceritakan kembali sejarah mengenai dawah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

7. Gaya mengajar

8. Cara menilai kefahaman.

9. Cara pengajaran.

mengakhiri

Saya mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk pelajaran hari ini dan seterusnya saya menyimpulkan kembali isi-isi penting pelajaran pada hari ini. Kaedah yang saya gunakan ini adalah kaedah yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

10. Objektif pengajaran

Alhamdulillah di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:  Menyebutkan peringkat dawah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.  Menyenaraikan kalangan orang yang pertama masuk Islam.  Menyatakan sebab-sebab Rasullullahi Sallallahu Alaihi Wassalam

berdawah secara sulit. Pelajar secara kelas dapat menyebutkan peringkat dawah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam iaitu : pertama dawah Nabi secara sulit (sembunyi), kedua dawah Nabi secara terang-terangan. Saya mengarahkan seorang-seorang pelajar yang dipilih secara rawak untuk menyenaraikan kalangan orang-orang yang masuk Islam. Saya memilih lima orang pelajar untuk menyatakan sebab-sebab Rasullullahi Sallallahu Alaihi Wassalam berdawah secara sulit. 11. Lain-lain Masih terdapat pelajar yang kurang mengambil perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya menghadapi kesukaran di dalam menangani pelajar yang enggan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh saya walaupun saya memilih pelajar tersebut untuk memberikan jawapan.

Pelajaran yang diajar Tahun / kelas

Al- Quran (surah al-Falaq) 8G

Tarikh Masa

1 Jun 2011/ 28 Jamadil Akhir 1432 (rabu) 8.30 9.00 pagi

Aspek
1. peraturan masuk kelas

Catatan
saya membawa pelajar untuk belajar di bilik mesyuarat. Seperti biasa saya memastikan pelajar berpakaian kemas dan memakai songkok. Tetapi masih terdapat pelajar yang sukar untuk menerima teguran. Saya memberi salam, seterusnya bacaan doa sebelum belajar dan surah Insyirah beramai-ramai. Saya memasang peralatan ABM saya iaitu komputer riba, dan saya meminta untuk pelajar-pelajar bersedia dalam menerima pelajaran pada hari ini. Saya mulakan dengan membuka tayangan video sedutan dari filem melayu iaitu khurafat yang mana di dalam video itu seorang lelaki yang meminta pertolongan dari seorang bomoh untuk memberikan satu tangkal supaya wanita yang disukainya menyukainya kembali. saya bertanyakan kepada pelajar adakah perbuatan yang mereka lihat sebentar tadi boleh ataupun tidak? Adakah perbuatan baik atau jahat? Pelajar menjawab soalan yang saya ajukan secara kumpulan. Dengan set induksi itu saya mengaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari ini. Saya menyampaikan isi pelajaran dengan kaedah syarahan, bercerita dan latih tubi. Saya juga menayangkan bacaan surah al-falaq, tetapi video yang telah saya sediakan tidak berfungsi dengan sebaiknya, kesilapan yang saya buat adalah saya tidak memeriksa kembali video tersebut, dengan itu saya sendiri membacakan surah al-Falaq. Masa saya terbuang dengan mencuba berkali-kali tayangan slaid video surah al-Falaq itu. Saya menceritakan sebab turunnya ayat i i yang mana ia mengisahkan n tentang Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam terkena sihir dari seorang yahudi. Saya juga mengarahkan pelajar secara berkumpulan (3 ke 4 orang) untuk membacakan kembali surah al-Falaq dengan melihat kepada teks surah tersebut. Walau bagaimanapun maseh terdapat 29% pelajar yang kurang fasih dengan bacaan surah al-Falaq ini walaupun dengan melihat teks bacaan. Apabila saya mengarahkan pelajar-pelajar tersebut mengulang bacaan mereka saya memerlukan banyak masa untuk menegur dan membetulkan bacaan mereka.

2. Kaedah merangsang murid menumpukan perhatian 3. Set Induksi

4. penyampaian isi pelajaran

5. Tugasan atau kerja lanjutan

Saya mengarahkan pelajar untuk menulis surah al Falaq ke dalam buku nota mereka bersama dengan tafsirnya. Saya mengarahkan mereka

melakukan sedemikian dalam proses perkembangan. Dan tidak semua pelajar yang dapat menyiapkan dalam masa yang saya tetapkan. Saya juga mengarahkan pelajar untuk menghafal surah al-Falaq di rumah. 6. Pujian yang diberikan Seperti biasa saya memberi pujian bagus baik kepada pelajar-pelajar yang memberikan prestasi yang baik sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

7. Gaya mengajar

Suara saya yang besar, jelas didengar oleh pelajar. Saya hendaklah mempertingkatkan lagi cara penceritaan saya dan penggunaan bahasa. Kerana pelajar tahun 8G ini pada tahap yang lemah dan memerlukan bimbingan. ABM yang saya gunakan adalah komputer riba dan projektor (overhead). Saya memberikan contoh-contoh tentang perbuatan sihir kepada pelajar. Saya bergerak bebas, ke hadapan dan ke belakang, walaupun saya menggunakan computer riba, kerana saya mempunyai pointer yang dapat saya mengubah tayangan slaid walau jarak saya jauh dari komputer riba saya. Saya menilai kefahaman pelajar dengan meminta contoh lain selain dari yang saya berikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Saya juga mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar yang berkaitan dengan tajuk pelajaran pada hari ini. Saya mengakhiri pengajaran dengan mengarahkan membacakan surah al-Falaq beramai-ramai. pelajar untuk

8. Cara menilai kefahaman.

9. Cara mengakhiri pengajaran. 10. Objektif pengajaran

Alhamdulillah, di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:  Membacakan surah al-Falaq.  Menyebutkan kebaikan surah al-Falaq.  Menghafaz surah al-Falaq. Apa yang saya dapati, objektif pertama dan kedua dapat dicapai dengan jayanya, walaupun terdapat 29% dari pelajar yang kurang fasih membaca surah al-Falaq, tetapi bagi objektif yang ketiga hanya 60% dari pelajar yang dapat menghafal surah al-Falaq.

11. Lain-lain

Kesukaran yang dihadapi oleh saya berhadapan dengan pelajar yang non muslim, 3 orang pelajar dalam kelas ini adalah non muslim, sukar untuk saya memaksa mereka untuk membaca dan menghafalkan surah al Falaq memandangkan pelajar tersebut tidak mempunyai asas dalam membaca jawi. Dengan ini saya lampirkan persedian mengajar saya. (lihat lampiran 6)

Pelajaran yang diajar Tahun / kelas

Feqh (Najis) 8G

Tarikh Masa

21 Jun 2011/ 19 Rejab 1432 (Selasa) 11.30 12.30 Tengahari

Aspek
1. peraturan masuk kelas

Catatan
Sebelum saya memberi salam kepada pelajar saya memastikan pakaian seragam mereka dalam keadaan yang kemas, memakai songkok dan pelajar berdiri di tempat masing-masing. Setelah itu barulah saya member salam, membaca doa sebelum belajar beramai-ramai dan bacaan surah Insyirah. Sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa saya bertanyakan tentang kehadiran pelajar. Seterusnya saya memasang peralatan ABM saya, iaitu komputer riba dan projektor (overhead), saya juga meminta pertolongan dari pelajar untuk mengangkat meja ke hadapan dan memasangkan wayar. Seterusnya saya mengarahkan pelajar untuk duduk berkumpul di tengah, memandangkan kapasiti klas yang agak besar berbanding dengan keramaian pelajar. Tetapi masih ada seorang pelajar yang enggan mengikut arahan saya. Saya tidak dapat memaksa pelajar tersebut untuk ikut serta duduk berkumpul ditengah-tengah memandangkan ia akan mengambil masa dan masa akan terbuang begitu sahaja, tetapi saya akan memastikan pelajar tersebut mengikuti sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya memulakan set induksi saya dengan menayangkan tayangan slaid gambar, darah, orang yang muntah, babi dan orang sedang bersolat. Saya menyoal pelajar; Gambar apakah yang dilihat oleh pelajar? Darah, muntah dan babi adalah sejenis apa? Dan mengapakah cikgu letakkan gambar orang yang bersolat dan tanda pangkah? Sepanjang sesi soal jawab ini berlangsung, pelajar dapat menjawab dengan betul, ini disebabkan 82% daripada pelajar tahun 8G berugama Islam danmempunyai pengetahuan sedia ada kerana mereka telah mempelajarinya ketika mengikuti pengajian sekolah ugama sebelah petang. Dari tayangan gambar dan pertanyaan saya tadi, saya kaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu najis. Saya menyampaikan isi pelajaran dengan cara biasa yang dilakukan iaitu kaedah penerangan. Saya menerangkan pengertian najis, bahagian/ jenis najis. Dalam proses perkembangan saya juga menggunakan kaedah soal jawab, untuk menilai sejauh mana kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang diajar pada hari ini. Pelajar juga memberikan contoh yang lain selain dari yang saya ajar pada hari ini. Saya mengambil masa 30minit untuk menghabiskan proses perkembangan ini.

2. Kaedah merangsang murid menumpukan perhatian

3. Set Induksi

4. penyampaian isi pelajaran

Saya lebih suka memilih pelajar yang kurang mengambil perhatian di dalam kelas berbanding dengan pelajar yang mengambil perhatian dan pandai. Ini kerana dengan perbuatan begitu saya merasakan pelajar yang kurang mengambil perhatian itu akan dapat dirangsang melalui soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka. Kelemahan yang saya dapati dari cara saya ini, tidak semua pelajar yang mengambil bahagian secara aktif dalam proses perkembangan ini. 5. Tugasan lanjutan atau kerja 30 minit yang bakinya, saya menggunakan kaedah bermain, iaitu saya melakukan aktiviti kuiz. saya mengarahkan pelajar untuk membuat 3 kumpulan yang terdiri daripada 5 ke 6 orang pada setiap kumpulan. Di sini saya menghadapi kesukaran yang mana pelajar sukar untuk dikawal dan lambat mengikut arahan saya. Saya kurang pasti apakah sebenar masalah mereka sukar dikawal dan lambat mengikut arahan saya, mungkin ianya datangnya dari saya sendiri boleh jadi pelajar kurang faham dengan arahan saya. Kuiz ini berlangsung selama 20 ke 25 minit pada waktu ke dua. Saya menayangkan soalan-soalan kuiz pada tayangan slaid dan 3 soalan diberi bagi setiap kumpulan. (lihat lampiran 7) Saya juga memberikan peraturan-peraturan sebelum memulakan aktiviti kuiz ini. Seperti biasa, kawalan kelas yang kurang. Suasana kelas yang agak gamat membuatkan saya sukar mengawal pelajar kerana setiap kumpulan ingin menjawab soalan-soalan yang diajukan dan disini saya meminta pertolongan dari penyelia bimbingan bersama untuk menghakimi setiap kumpulan. Saya ada memberikan pujian dengan mengucapkan bagus dan disamping itu saya mempelbagaikan cara memberikan pujian kepada pelajar, iaitu melalui tayangan slaid tahniah dengan audio tepuk tangan. Suara saya yang besar dan jelas didengar, penggunaan bahasa yang mudah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Saya juga memberikan maklumat tambahan sebagai pengetahuan am mereka. Penggunaan ABM saya pada hari ini menarik minat pelajar dan mendapat merangsang perhatian pelajar. Selain dari menggunakan ABM yang canggih, saya tidak melupakan ABM tradisi iaitu papan tulis dan kad mahjong. Saya membawakan bahan maujud seperti tanah, air mutlak, batu, daun kering dan kertas tisu. Seperti yang sudah-sudah saya menilai kefahaman murid dalam kaedah soal jawab, meminta contoh-contoh lain dari pelajar. Sekiranya ada pelajar yang kurang tepat menjawab soalan yang saya ajukan, saya akan memilih pelajar yang lain untuk menjawab. Dan saya akan mengulang kembali jawapan tersebut sebagai peneguhan. Saya mengakiri pengajaran dengan kaedah biasa iaitu membuat rumusan isi-isi pelajaran pada hari ini, tetapi kerana waktu pelajaran ini pada waktu tengahari pelajar kurang ambil perhatian dan pelajar gelisah untuk

6. Pujian yang diberikan

7. Gaya mengajar

8. Cara menilai kefahaman.

9. Cara mengakhiri pengajaran.

balik. 10. Objektif pengajaran Alhamdlillah, di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:  Menyatakan pengertian najis.  Menyebutkan perbezaan najis dan hadath.  Memberikan contoh-contoh najis. Apa yang saya perolehi pengajaran dan pembelajaran hari ini, pelajar sangat seronok dan mengambil secara aktif, akan tetapi masih terdapat pelajar yang kurang menunjukan minat tetapi pelajar tersebut dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Alhamdulillah. Alhamdulillah, saya dapat merasakan penglibatan pelajar pada hari ini adalah sangat menggalakkan, tetapi saya masih perlu meningkatkan cara penilaian saya dan kemahiran menyoal saya. Dengan ini saya lampirkan persediaan mengajar saya yang bertarikh 21 Jun 2011/ 19 Rejab 1432. (lihat lampiran 8)

11. Lain-lain

Pelajaran yang diajar Tahun / kelas

Feqh (cara menyucikan najis) 8G

Tarikh Masa

28 Jun 2011/ 26 Rejab 1432 (selasa) 11.30 12.30 Tengahari

Aspek
1. peraturan masuk kelas

Catatan
Saya masuk kelas dan berdiri di depan pelajar dan memastikan mereka berpakaian kemas, setelah mereka mengemaskan pakaian mereka dan berdiri di tempat masing-masing barulah saya memberikan salam disusuli dengan bacaan doa sebelum belajar dan surah Insyirah beramai ramai. Saya merangsang pelajar membuat pergerakan bebas di dalam kelas, dari kanan ke kiri, dari belakang ke depan sambil memeriksa kelas dalam keadaan yang bersih dan teratur. Saya mengulang kembali pelajaran pada minggu lepas, iaitu najis dan bahagian-bahagiannya. Saya juga memasang tayangan slaid pelajaran yang lepas. Dengan set induksi ini saya mengaitkan dengan pelajaran pada hari ini iaitu cara menyucikan najis. Saya menyampaikan isi pelajaran dengan memvariasikan kaedah -kaedah pengajaran dan pembelajaran, saya tidak hanya menggunakan kaedah penerangan, saya juga menggunakan kaedah demonstrasi, kaedah praktikal dengan mengarahkan pelajar dan memilih pelajar secara rawak dan sukarelawan untuk melakukan semula cara menyucikan najis. Penglibatan pelajar adalah sangat aktif sama ada dalam menjawab soalan soalan yang dikemukakan, memberikan contoh-contoh lain dan menerangkan cara-cara menyucikan najis. Tugasan yang saya berikan adalah ketika dalam proses perkembangan, yang mana saya melibatkan pelajar untuk bergiat aktif di dalam mepraktikkan cara menyucikan najis. Kesilapan yang dilakukan oleh pelajar ketika melakukan praktikal saya tegur secara terus dengan harapan pelajar tersebut dan pelajar yang lain tidak melakukan silap yang sama. Saya sentiasa memberi pujian kepada pelajar yang berani untuk tonjolkan diri dari permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat. Dengan keyakinan yang ada pada pelajar membuatkan saya teruja dan sering memberikan pujian, dan berharap dengan pujian yang saya berikan dapatlah merangsang pelajar yang lain untuk tampil bersama. Saya menggunakan gabungan ABM canggih dan tradisi, seperti komputer riba, projektor (overhead), bahan maujud seperti baju yang terkena tahi ayam, air mutlak, tanah yang suci, kertas tisu, botol. Saya menggunakan bahasa yang mudah yang boleh difahami oleh pelajar memandangkan tahap pelajar 8G adalah tahap yang lemah dan amat memerlukan bimbingan.

2. Kaedah merangsang murid menumpukan perhatian 3. Set Induksi

4. penyampaian isi pelajaran

5. Tugasan atau kerja lanjutan

6. Pujian yang diberikan

7. Gaya mengajar

8. Cara menilai kefahaman.

Pada pelajaran kali ini saya menilai kefahaman pelajar dengan mengarahkan mereka untuk melakukan aktiviti praktikal. Memandangkan masa yang tidak mencukupi saya hanya memilih 3 orang pelajar untuk melakukan aktiviti praktikal tersebut. Saya mengakhiri pelajaran dengan cara biasa, ia merumuskan kembali tu pelajaran yang telah lalu dan pada hari ini, saya juga membukakan sesi soal jawab, yang mana pelajar boleh mengajukan soalan-soalan yang berkaitan dengan najis atau sekeliling mereka. Alhamdulillah, di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:  Menyebutkan alat-alat bersuci.  Menerangkan cara-cara bersuci daripada najis.  Mengenal pasti cara menyucikan najis mghallazah, mutawasitah dan mukhaffafah. Secara berkumpulan saya mengarahkan pelajar untuk menerangkan cara bersuci daripada najis. Dengan ini saya lampirkan beberapa gambar ketika aktiviti praktikal dijalankan. (lihat lampiran 9) Dan saya juga lampirkan persediaan mengajar saya. (lihat lampiran 10)

9. Cara mengakhiri pengajaran.

10. Objektif pengajaran

11. Lain-lain

Pelajaran yang diajar

Sejarah (Khalifah Marwan bin al-Hakam dan Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

Tahun / kelas Tarikh Masa

9sci 2 20 jun 2011/18 Rejab 1432 11.30 12.30 tengahari

Aspek
1. peraturan masuk kelas

Catatan
Saya membawa pelajar untuk belajar di bilik mesyuarat, saya berdiri di hadapan pelajar tanpa bersuara, pelajar mula mengemaskan pakaian mereka dan senyap, barulah saya memberi salam kepada pelajar seterusnya membaca doa sebelum belajar beramai-ramai. Pelajar mengambil tempat mengikut pilihan mereka sendiri, yang mana pelajar yang aktif duduk di hadapan dan yang kurang aktif duduk di belakang. Saya seperti biasa mengambil kedatangan pelajar yang mana pada hari ini hanya 23 orang pelajar yang hadir dari 24 orang. Saya menayangkan tayangan slaid salasilah khalifah bani Umaiyah, dan berdasarkan dari tayangan tersebut saya mengajukan beberapa soalan yang berkaitan, pelajar menjawab secara kelas. Dengan set induksi itu saya mengaitkan dengan pelajaran hari ini. Saya menyampaikan isi pelajaran menggunakan kaedah bercerita, saya menceritakan riwayat hidup kedua-dua Khalifah ini, disamping itu saya menyelitkan beberapa soalan bagi menilai kefahaman pelajar semasa dalam proses perkembangan. Tiada tugasan atau kerja lanjutan yang saya berikan kepada pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, kerana selama satu jam ini saya isikan dengan penerangan isi pelajaran.

2. Kaedah merangsang murid menumpukan perhatian

3. Set Induksi

4. penyampaian isi pelajaran

5. Tugasan atau kerja lanjutan

6. Pujian yang diberikan

Saya memberikan pujian kepada pelajar yang dapat menjawab soalan yang saya ajukan dengan tepat. Dengan memberi pujian dapatlah merangsang pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

7. Gaya mengajar

Dalam keadaan bilik mesyuarat yang agak sempit membataskan pergerakan saya. Saya hanya berdiri pada satu tempat. Pelajar sangat tertarik dengan ABM yang saya sediakan, ilustrasi-ilustrasi peperangan, makam khalifah dan gambar masjid. Dengan adanya gmabrgambar tersebut dapatlah merangsang otak pelajar untuk mengingati isi isi penting dalam tajuk tersebut. Saya juga menyelitkan maklumat tambahan yang tiada terdapat dari buku teks. Saya menilai kefahaman pelajar saya melalui kaedah soal jawab, sama ada dalam proses perkembangan mahupun pada mengakhiri pengajaran.

8. Cara menilai kefahaman.

9. Cara mengakhiri pengajaran.

Saya mengakhiri pengajaran dengan dua kaedah yang biasa digunakan dan popular iatu merumus kembali isi pelajaran pada hari ini dan kaedah soal jawab. Saya menyoal kembali yang berkaitan dengan tajuk pada hari ini. Saya juga mengingati pelajar sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pelajaran hari ini bolehlah pelajar bertanyakan kepada saya pada kelas yang akan datang. Alhamdulillah, diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:  Menyatakan riwayat hidup kedua khalifah.  Menyenaraikan jasa-jasa khalifah Abdul Malik bin Marwan. Walaupun objektif khas tercapai, tetapi masih ada pelajar yang tidak berpeluang untuk menonjol dan aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini.

10. Objektif pengajaran

11. Lain-lain

Saya dan pelajar kurang selesa belajar di bilik mesyuarat tersebut kerana keadaannya tidak dapat menampung keramaian pelajar tahun 9sci2. Dengan ini saya lampirkan persediaan mengajar saya yang bertarikh 20 Jun 2011/ 18 rejab 1432. (lihat lampiran 11)

Pelajaran yang diajar

Feqh Islam (zakat harta perniagaan)

Tahun / kelas Tarikh Masa

9sci 2 27 Jun 2011/ 25 Rejab 1432 11.40 12.30 Tengahari

Aspek
1. peraturan masuk kelas

Catatan
Saya memasuki kelas ini agak lewat ianya bukan berpunca daripada saya tetapi dari guru mata pelajaran sebelumnya, beliau telah mengambil masa saya selama 5 ke 7 minit. Apabila guru tersebut keluar, seperti biasa saya masuk dan memberi salam disusuli membaca doa sebelum belajar, tanpa menghiraukan keadaan pelajar dan kelas. Ini disebabkan saya merasa gelisah kerana kelewatan yang telah berlaku. Pada hari ini tiada rangsangan yang saya gunakan untuk menumpukan perhatian pelajar sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya terus memasang peralatan ABM saya iaitu komputer riba dan projektor (overhead). Saya meminta bantuan pelajar untuk memasangkan wayar sambungan ABM saya. Tetapi saya amat kesal kerana computer riba dan projector (overhead) saya tidak berfungsi dengan baik, dan saya tidak menggunakan ABM yang saya rancang sebaliknya saya hanya menggunakan papan tulis sebagai ABM saya. Oleh kerana komputer riba dan projektor (overhead) saya tidak berfungsi dengan sebaiknya, saya melekatkan gambar-gambar kedai, kedai gunting, tamu gerai di papan tulis dan kemudian saya edarkan kepada pelajar agar dapat melihat dengan jelas tentang gambar tersebut. Saya bertanyakan kepada pelajar tentang gambar yang mereka lihat itu. Saya mengaitkan gambar dan soalan yang saya ajukan dengan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu zakat harta perniagaan. Saya menyampaikan isi pelajaran dengan menggunakan kaedah tradisi chalk and talk. Saya menerangkan isi pelajaran, kemudian saya menggunakan kaedah soal jawab untuk menilai kefahaman pelajar. Memandangkan masa yang sangat terhad saya tidak dapat menerangkan isi pelajaran secara tersusun malah saya cuba mengikut langkah-langkah pengajaran yang telah saya buat di persediaan mengajar saya. (lihat lampiran 12) Saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran saya. Dan masih banyak langkah-langkah yang perlu saya selesaikan. Di dalam persediaan mengajar saya telah merancang melakukan kuiz selepas menyampaikan isi pelajaran tetapi apa yang telah dil ksanakan a tadi ialah hanya soalan biasa secara berkumpulan.

2. Kaedah merangsang murid menumpukan perhatian.

3. Set Induksi

4. penyampaian isi pelajaran

5. Tugasan atau kerja lanjutan

6. Pujian yang diberikan

Saya memberikan pujian kepada pelajar yang dapat menjawab soalan yang

saya ajukan dengan betul. Ada masanya juga saya lupa untuk memberikan pujian tersebut dan hanya mengarahkan pelajar untuk duduk selepas menjawab soalan yang saya ajukan dengan betul. 7. Gaya mengajar Pengajaran saya pada hari ini agak berserabut. Saya tidak dapat fokus di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Walaupun saya menggunakan papan tulis sebagai ABM saya tetapi saya tidak menggunakan papan tulis dengan sebaiknya.

8. Cara menilai kefahaman.

Saya menilai kefahaman pelajar saya melalui kaedah soal jawab, sama ada dalam proses perkembangan mahupun pada mengakhiri pengajaran.

9. Cara mengakhiri pengajaran.

Kerana kengkangan waktu saya mengakhiri pengajaran saya pada hari ini dengan bacaan doa selepas belajar, saya tidak sempat untuk mengikuti perancangan persediaan mengajar saya dengan sebaiknya. Banyak yang perlu saya tingkatkan lagi.

10. Objektif pengajaran

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:  Menyebutkan maksud harta perniagaan.  Menyenaraikan syarat-syarat wajib zakat harta perniagaan.  Menyatakan awal nisab dan kadar zakat harta perniagaan. Alhamdulillah, hanya objektif yang pertama dan kedua dapat dicapai, tetapi objektif ke tiga pelajar masih samar-samar dengan awal nisab dan kadar zakat harta pereniagaan. Hari ini di adakan reading program yang mana masa pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pendek kepada 50 minit bagi yang 1 jam, manakala bagi yang 30 minit menjadi 25 minit. Dan saya memulakan kelas saya sepatutnya pada pukul 11.40 tetapi disebabkan ada masalah dari guru sebelumnya saya lewat memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dan hasil dari itu saya tidak dapat melaksanakan perancangan seperti di dalam persediaan mengajar saya.

11. Lain-lain

Pelajaran yang diajar Tahun / kelas Tarikh Masa

Feqh Islam (zakat harta rikaz) 9sci 2 11 Julai 2011/ 9 Syaban 1432 11.30 -12.30 tengahari

Aspek
1. peraturan masuk kelas

Catatan
Saya masuk kelas dan menunggu pelajar untuk bersiap sedia, mengemaskan baju, memakai songkok dengan betul dan berdiri di tempat masing-masing, barulah saya memberi salam dan pelajar menjawab salam saya di ikuti dengan bacaan doa sebelum belajar beramai-ramai. Saya bertanyakan kehadiran pelajar. Saya menegurkan seorang pelajar yang asyik bercakap-cakap di dalam kelas. Saya meminta pelajar tersebut untuk memberi perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran hari ini. Saya mengajukan soalan yang umum, seperti : Jenis zakat ada berapa? Nyatakan jenis-jenis zakat itu. Murid-murid menjawab secara kelas dan individu yang saya pilih secara rawak. Dengan soalan umum yang saya kemukakan itu saya mengaitkan dengan pelajaran pada hari ini iaitu zakat harta rikaz. Saya menggunakan kaedah yang popular kaedah penerangan, latih tubi dan hafalan. Saya mengarahkan pelajar untuk membacakan pengertian harta rikaz, dan seterusnya saya mengarahkan pelajar untuk mengulang -ngulangkannya sehingga pelajar ingat dan hafal. Setelah itu saya memilih dua orang pelajar untuk menerangkan pengertiaan zakat harta r ikaz. Sepatutnya saya hendaklah menerangkan isi pelajaran tersebut kemudian barulah mengarahkan pelajar untuk mengulang bacaan sehingga hafal.

2. Kaedah merangsang murid menumpukan perhatian 3. Set Induksi

4. penyampaian isi pelajaran

5. Tugasan atau kerja lanjutan

Tiada tugasan atau kerja lanjutan yang saya berikan kepada pelajar, kerana saya memperuntukan hari ini adalah untuk penerangan isi pelajaran.

6. Pujian yang diberikan

Pada awalnya saya terlupa untuk memberikan pujian kepada pelajar untuk membangkitkan keyakinan dan semangat mereka seperti yang telah diulaskan oleh penyelia am tetapi semasa proses perkembangan saya memberikan pujian seperti bagus terima kasih tetapi penyelia am saya terlepas pandang untuk mencatit di ruang ulasan walau bagaimanapun saya telah berbincang bersama penyelia am saya bahawa saya ada memberikan pujian tersebut semasa proses perkembangan.

7. Gaya mengajar

Suara saya besar dan jelas didengar oleh semua pelajar. Teknik penyoalan saya perlu ditingkatkan. Saya memberikan contoh dengan keadaan semasa. Saya menggunakan bahasa melayu yang boleh difahami. Saya menggunakan papan tulis sepenuhnya sebagai ABM saya pada hari ini dan kad manila. Saya juga menggunakan pen marker berwarna warni bagi merangsang pelajar. Saya menilai kefahaman pelajar melalui kaedah soal jawab di dalam proses perkembangan dan di akhir pengajaran.

8. Cara menilai kefahaman.

9. Cara mengakhiri pengajaran.

Saya mengakhiri pengajaran dengan dua kaedah yang biasa digunakan dan popular iatu merumus kembali isi pelajaran pada hari ini dan kaedah soal jawab berkaitan dengan tajuk pada hari ini. Saya juga mengingati pelajar sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pelajaran hari ini bolehlah pelajar bertanyakan kepada saya pada kelas yang akan datang. Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:  Menyebutkan maksud harta rikaz.  Membacakan dalil hadith nabi mewajibkan zakat harta rikaz.  Menyatakan perbezaan harta rikaz dan harta luqatah. Alhamdulillah, semua pelajar dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini dan ketiga-tiga objektif hari ini tercapai. Dengan ini saya lampirkan persedian mengajar saya yang bertarikh 11 Julai 2011/ 9 Syaban 1432. Nisab zakat harta rikaz sama seperti nisab zakat emas dan perak iaitu: Emas; 20 misqal bersamaan 85gram 1 gram = $65 85 gram= $5525 Sekiranya harta rikaz tersebut sampai nisabnya $5525 maka wajib dikeluarkan zakat 1/5 atau 20% dari keseluruhannya. = $5,525 X 1/5 = $1105 = $5,525 X 20% = $1105 Saya telah mengira dan jawapannya masih sama. Penyelia ada membuat ulasan tentang jumlah zakat yang perlu dikeluarkan (rujuk muka surat 7 pada lampiran 13)

10. Objektif pengajaran

11. Lain-lain

You might also like