You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB FOTOGRAFI IPG INSTITUT PERGURUAN KAMPUS SARAWAK MIRI 1.

0 PENGENALAN

Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti -peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera. Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu phos ("cahaya"), dan graphis ("stilus", "berus lukis"), atau graph yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu. Kelab yang akan ditubuhkan ini merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran dalam seni digital seperti penggunaan kamera seperti kamera DSLR(Digital Single Lens Reflex) atau videografi dan penggunaan perisian komputer seperti Adobe Photoshop dan Adobe Lightroom .
2.0 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar unt uk mengembangkan potensi visual dan intelek dalam kemahiran seni digital melalui kamera mahupun komputer sebagai salah satu kemahiran dan bakat yang ada dalam diri pelajar.
3.0 OBJEKTIF 3.1 Memperkenalkan asas-asas penggunaan kamera kepada pelajar dan membolehkan pelajar memahami salah satu cabang dalam seni digital . 3.2 Membina keyakinan pelajar dan menyediakan mereka dengan kemahiran yang mereka ingin pelajari seperti asas-asas fotografi. 3.3 Melatih pelajar dalam kemahiran komunikasi dari segi tekstual mahupun visual. 3.4 Mengasah serta mencungkil bakat-bakat baru yang ada pada pelajar 3.5 Merancang aktiviti-aktiviti fotografi yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan pelajar.

3.6 Memudahkan lagi kerja bagi pihak Institut dalam melibatkan diri untuk pengambilan gambar ataupun video jika ada majlis -majlis penting atau besar yang berlaku di Institut ini. 3.7 Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah selain daripada memberi peluang kepada mereka untuk meredakan tekanan harian. 4.0 RASIONAL

Selain memastikan objektif projek ini tercapai, projek ini bertujuan untuk: 4.1 Melahirkan individu yang mempunyai minat dalam seni digital selain dari bidang seni yang lain seperti seni arca at aupun seni lukis. 4.2 Melahirkan bakal guru yang mempunyai pelbagai kemahiran selain daripada kemahiran yang mereka ada atau lain dari bidang yang mereka ceburi.
5.0 PERANCANGAN AKTIVITI

Antara aktiviti yang dirancang selepas penubuhan kelab ini adalah:


y y y y

Mesyuarat Agung Kelab Bengkel Fotografi Bengkel Perisian Adobe Photoshop Mini Outing

Aktiviti lain akan dirancang dan diputuskan semasa mesyuarat agung kelak.

6.0 PROTEM KOMITI

Pensyarah Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari

: : : : :

7.0 SASARAN AHLI

Terbuka untuk semua pelajar yang berminat


8.0 SENARAI NAMA PELAJAR YANG BERMINAT( RUJUK LAMPIRAN 1)

9.0 PENUTUP

Penubuhan kelab ini member i peluang kepada pelajar Institut Perguruan Kampus Sarawak Miri untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan, berkeyakinan serta mempunyai tahap pemikiran yang kreatif dan kritis, dan berkemahiran. Seandainya Kelab Fotografi ini diluluskan, kami mohon kerjasama daripada pihak Tuan untuk menyumbangkan sepenuh harapan agar kelab ini ditubuh kan dengan jayanya. Diharap Kertas Kerja Kelab Fotografi ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak atasan Institut Perguruan Kampus Sarawak Miri demi mempertingkat mutu dan kualiti guru -guru yang dihasilkan kelak dan seterusnya memartabatkan profesion perguruan ini di mata dunia . Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, ................................ ( ) Setiausaha Kelab Fotografi, Institut Perguruan Kampus Sarawak Miri.

You might also like