You are on page 1of 2

MOHD AMRIE ABDUL RAHMAN(MAAR)

SMK CHUNG CHENG SIBU

FB:ORCA ORGA

TIMULAK KAPAL PERANG,(Azmah Nordin)


Sinopsis
Novel ini memaparkan kisah Andayu bersama rakan-rakannya, iaitu Unong,Suri,Tiah dan Sirah membantu Paduka Mat Salleh berjuang menentang pihak Inggeris yang cuba campur tangan dalam hal ehwal ekonomi dan politik di daerah Inanam, Sabah. Ayah Andayu seorang nelayan dan juga pemungut cukai bagi pihak Inggeris. Oleh itu, dia menentang keras perbuatan Andayu yang menentang pihak inggeris. Andayu dan rakan-rakan selalu berlatih ilmu persilatan daripada Paduka Mat Salleh.Paduka Mat Salleh adalah penghulu di daerah Inanam. Beliau handal dalam ilmu persilatan dan tangkas bermain senjata serta mempunyai ilmu kebatinan. Beliau memusuhi pihak Inggeris kerana mereka mengambil alih kutipan cukai daripanya. Andayu bertindak sebagai pemberi maklumat kepada Pasukan keamanan dan Paduka mat Salleh.Pak Cik Tidung ditangkap oleh pihak Inggeris kerana membunuh pegawai Inggeris yang memeras ugut seorang tua. Paduka Mat Salleh mengetuai pasukan menggempur kubu Inggeris di Pulau gaya. Paduka Mat Salleh berjaya menewaskan Inggeris dan berjaya menyelamatkan Pak Cik Tidung. Pihak Inggeris membalas dendam dengan membakar rumah dan juga harta benda penduduk kampung di daerah inanam dan mengkabung.Paduka Mat Salleh membawa pengikut dan orang kampung berlindung di teluk Meradu dan kemudian berpindah dan berkubu di lereng Gunung kinabalu. Pihak Inggeris menyerang mereka di lereng Gunung Kinabalu dan ramai askar Inggeris terbunuh manakala Pak Cik Tidung pula mati akibat terkena tembakan. Paduka Mat Salleh mengarahkan pengikutnya berundur ke tempat yang lebih selamat dan strategik. Paduka Mat Salleh Andayu Andayu dan

PERSOALAN
###Semangat cinta yang mendalam terhadap tanah air### rakan-rakan dalam usia muda telah menganggotai pasukan keamanan secara sukarela dan berani bertempur di medan peperangan menentang Inggeris.

###Kegigihan,keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan tanah air### Pak Cik Tidung berani membunuh pegawai inggeris.Dia juga gigih dan tabah menghadapi seksaan dalam tahanan pihak inggeris di Pulau Gaya.

###Kepatuhan pada ketua/pemimpin### Andayu dan pengikut-pengikut yang lain amat patuh pada arahan Paduka Mat Salleh.Kepatuhannya membuahkan hasil apabila mereka berjaya menewaskan pihak Inggeris.

Watak dan Perwatakan

berumur 15 tahun yatim piatu, ibunya meninggal semasa melahirkannya dan bapanya mati dipatuk ular. cantik, bermata kuyu dan berbadan langsing menanam padi huma di lereng bukit rajin berlatih silat tangkas bermain senjata dan hebat menunggang kuda bersemangat patriotik dan sanggup berjuang demi mempertahankan tanah air taat kepada perintah Tuhan

penghulu di daerah Inanam suami kepada Dayang Bandan keturunan bangsawan handal dalam ilmu persilatan dan ilmu batin tangkas bermain senjata mengetuai Pasukan keamanan pemimpin berwibawa dan bijaksana dalam mengatur strategi peperangan

TEMA
Bertemakan semangat perjuangan menentang campur tangan pihak asing di tanah air sendiri.Penduduk di daerah Inanam bangkit menentang Inggeris yang mahu campur tangan dalam urusan ekonomi, politik dan pungutan cukai di daerah mereka.

MOHD AMRIE ABDUL RAHMAN(MAAR)

SMK CHUNG CHENG SIBU

FB:ORCA ORGA

Pak Cik Tidung bersahabat dengan Paduka Mat Salleh sejak kecil dan merupakan orang kanan Paduka Mat Salleh dalam perjuangan menentang Inggeris bapa saudara kepada Andayu menjual garam di kawasan desa membunuh dua orang pegawai Inggeris yang cuba memeras ugut pedagang tua di pengkalan dibelasah dan diseksa sewaktu berada dalam tahanan Inggeris di Pulau gaya bersemangat patriotik.berjaya membunuh Jones,ketua angkatan perang Inggeris demi tanah air mati ditembak oleh askar Inggeris dalam pentempuran sengit di lereng Gunung kinabalu.

NILAI
*Cinta akan tanah air* Andayu dan rakan-rakan sanggup berkorban pada usia muda untuk menentang pihak Inggeris demi tanah air

* keberanian* Andayu begitu berani mengintip dan mengekori pihak Inggeris sehingga ke kubu pertahanan mereka di pulau Gaya

*Kecekalan dan ketabahan* Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya cekal dan tabah menghadapi seksaan ketika dalam tahanan Inggeris di Pulau Gaya

PENGAJARAN
~~kita mestilah mempunyai rasa cinta akan negara.Andayu sanggup berkorban demi negara dengan menentang pihak Inggeris di Sabah. ~~Kita hendaklah memberikan kerjasama kepada pemimpin.Para pengikut Paduka Mat Salleh mematuhi arahan dan memberi kerjasama kepada Paduka Mat Salleh. ~~Kita mestilah cekal dan tabah menghadapi dugaan.Pak Cik Tidung tidak putus semangat walaupun dia diseksa oleh pihak Inggeris di Pulau Gaya.

You might also like