You are on page 1of 2

Kaedah pameran Dalam pendidikan moral, kaedah pameran adalah antara kaedah yang boleh digunakan oleh guru

untuk menerapkan nilai-nilai yang diperlukan oleh pelajar. Namun begitu kaedah ini jarang sekali digunakan oleh para guru kerana kekangan masa dan tenaga untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Disini saya kan cuba menjelaskan sehabis baik makna sebenar pameran dan peranan guru untuk menjalankan kaedah tersebut. Pameran dalam kamus dewan bahasa edisi empat adalah pertunjukan barang-barang seperti buku dan hasil seni. Berdasarkan makna tersebut, tidaklah sesukar mana untuk para guru mengaplikasi kaedah pameran dalam pendidikan moral. Perkara penting yang guru perlukan hanyalah mengetahui peranan mereka dalam menjalankan kaedah ini. Menurut Mohamad Johdi Hj. Salleh, Institut Pendidikan International Islamic University Malaysia, pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Kaedah pameran boleh digunakan untuk memberi pelajaran kepada murid contoh-contoh hasil kerja terbaiik yang digemari oleh guru. Ini untuk sekolah yang mempunyai kekangan untuk bahagian kewangan. Untuk sekolah yang mempunyai sumber yang pelbagai, mereka bolehlah bergabung dengan sumber-sumber lain seperti Persatuan Bulan Sabit Merah untuk mengadakan pameran. Antara pameran yang boleh diadakan adalah pameran anti dadah ataupun pameran pertolongan cemas. Perkara utama yang diperlukan oleh kaedah ini adalah bagaimana guru menerapkan nilai dalam diri pelajar. Berdasarkan penjelasan diatas, dapatlah kita terangkan serba sedikit peranan guru untuk kaedah pameran. Antaranya ialah, mengatur tempat pameran dan menentukan bahan-bahan untuk dipamerkan. Ini kerana ada juga pameran yang disalah erti oleh para pelajar dan guru gagal untuk menerapkan nilai yang sepatutnya. Peranan seterusnya ialah aktiviti yang perlu guru atur untuk proses penerapan nilai. Pendidikan moral merupakan matapelajaran yang mementingkan pelajar mengetahui buruk baik satu-satu tindakan. Oleh itu guru haruslah tahu aktiviti yang sesuai dengan tahap umur murid.

Bukan itu sahaja, guru juga berperanan untuk menjelaskan kepada murid tujuan pameran itu diadakan sebelum murid bergerak ke tempat pameran. Ini untuk memudahkan murid memahami objektif pameran yang sebenar dan memerhati dengan lebih mendalam lagi perkara yang dipamerkan. Perkara ini juga untuk mengelakkan murid daripada melarikan diri daripada pameran ataupun bermainmain. Guru boleh juga mengingatkan murid untuk mengambil catatan di sepanjang pameran tersebut. Ini lah antara peranan guru dalam kaedah ini dan inilah yang sepatutnya dilakukan oleh para guru. Walaupun kaedah ini jarang dilakukan, kita tidak patut membiarkan sahaja kaedah ini. Kita harus ingat bahawa guru yang afektif akan mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka dan mencuba pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar.

Rujukan (letak kat rujukan t): Artikel Mohamad Johdi Hj. Salleh. Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar, Institut Pendidikan International Islamic University Malaysia

You might also like