You are on page 1of 13

IDEA DIMENSI, 2 DIMENSI.

PENDAHULUAN PnP afektif bergantung kepada peranan guru dan pelajar. Guru menyampaikan bahan pengajaran dgn baik manakala murid menerima pembelajaran dan mepraktikkan apa yg dipelajari. Oleh itu BBM penting dalam sesuatu PnP. Bentuk 2D dan 3D adalah merupakan antara BBM yang penting dalam PnP.

PENGERTIAN BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI


BAHAN 2 DIMENSI (2D) Bahan 2 dimensi (2D) adalah bahan-bahan visual yg dihasilkan di atas sekeping kertas yg berbentuk bahan cetakan seperti carta, graf, peta, gambar dan sebagainya. CARTA Carta digunakan untuk menunjukkan sesuatu idea atau konsep secara visual. Carta afektif adalahc arta yg mengambungkan pelbagai visual seperti gambar, lukisan, kartun, graf, gambarajah dan bentuk-bentuk garisan. Sharifah Alwiyah Alsagof (1988) Carta adalah satu bahan yg digunakan utk menerangkan idea atau konsep dlm bentuk visual.

JENIS-JENIS CARTA 1.Carta Aliran. 2.Carta Pohon. 3.Carta Jadual. 4.Carta Masa dan lain-lain. Carta yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah carta pohon, carta aliran, carta jadual dan carta pengalaman.

PRINSIP-PRINSIP PEMBINAAN CARTA 1.Mempunyai tujuan pengajaran yang jelas dan khusus serta berdasarkan satu idea sahaja. 2.Maklumat yang hendak disampaikan harus minimun dan bermakna serta tidak padat. (Tidak mengelirukan pelajar). 3.Menggunakan pelbagai jenis visual atau bahan-bahan sampingan bagi mencapai objektif PnP seperti : Gambar. Tampalan kertas. Bahan polistrin. 4. Dapat meringkaskan isi-isi penting. 5. Ada kesinambungan isi dalam menyampaikan idea. 6. Tajuk utama carta haruslah menarik dan mencabar. 7. Menggunakan pengetahuan asas grafik supaya lebih menarik dan efektif.

LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN CARTA 1.Tentukan objektif pengajaran. 2.Menyediakan bahan-bahan yg ingin digunakan. 3.Tentukan alemen-aleman grafik. (huruf, warna, rekabentuk dan bentuk lambang).

GRAF Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yg dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan yg berlaku dalam set data itu. Graf adalah satu persembahan visual yg menarik dan berguna dalam PnP. JENIS-JENIS GRAF 1.Graf bar atau batang. 2.Graf gambar atau piktograf. 3.Graf bulat atau pie. 4.Graf Garisan.

PETA Peta merujuk kepada perwakilan abstrak tempat sebenar di mana manusia tinggal. Peta terdiri dari simbol visual, garisan dan warna yg mungkin tidak ada kaitan atau persamaan dgn bahan2 sebenar yang diwakili.

POSTER Poster merupakan satu lukisan atau cetakan yg mengabungkan penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf dan warna-warna di dalam persembahan visual yg memaparkan satu atau lebih masej tertentu. Poster digunakan sebagai bahan penarik kepada peristiwa atau acara yang bakal diadakan. Poster boleh digunakan dgn berkesan kerana poster mempunyai bentuk yg dinamik dan berwarna. Menarik minat serta perhatian. Dalam membentuk poster, alemen-aleman seperti warna, corak dan huruf yang menarik amat diutamakan. Poster haruslah dibuat dalam bentuk yg mudah kerana murid tidak ada masa atau berminat untuk meneliti perkara yang terlalu terperinci atau rumit.

KELEBIHAN BAHAN BAHAN 2 D DAN 3D Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. PnP akan berlaku dgn lebih sempurna kerana murid dapat belajar drp penggunaan bahan yg sebenar. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dgn lebih baik. Memberi pengalaman tentang keadaan sebanar sesuatu bahan atau benda itu. Menimbulkan semangat ingin tahu yg akan membawa kpd konsep pembelajaran melalui penyelidikan.

KEKURANGAN BAHAN 2D DAN 3D. Tidak semua bahan mudah diperolehi dipasaran. Kekangan masa untuk membina bahan-bahan 2D dan 3D. Perlukan ruang yang luas untuk menyimpan bahan 2D dan 3D. Adakjala murid menghadapi masalah mentafsir dan memahami bahan 2D dan 3D. Kurang berkesan jika bahan 2D dan 3D tersebut tidak ditunjukkan kepada setiap murid.

You might also like