You are on page 1of 31

PMS 2013 FIQAH MUAMALAT

TEORI AKAD KHIYAR


1

KHIYAR

Khiyar

Dari segi bahasa : Memilih, menyisihkan, dan menyaring (menapis) Dari segi istilah : Suatu hak yang diberikan kepada pihak yang berakad sama ada hendak meneruskan akad yang dibuat atau membatalkannya bertujuan untuk memastikan adanya kerelaan hati mereka dan menjaga kepentingan pihak-pihak yang berakad.

Khiyar

KHIYAR

Hukum khiyar adalah harus mengikut syarat-syaratnya yang tertentu. Penjual dan pembeli harus melakukan khiyar selagi kedua-duanya belum berpisah. Hukum ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam, berkata ia : Rasulullah telah bersabda : Penjual dan pembeli harus melakukan khiyar selagi keduaduanya bersikap benar dan menerangkan, diberkati bagi keduaduanya pada jualbeli kedua mereka, dan jika kedua-duanya menyembunyikan dan berbohong, dimusnahkan keberkatan jualbeli keduanya itu.
3

KHIYAR SYARAT KHIYAR NAQDU KHIYAR TAYIN

KHIYAR QABUL

KHIYAR

KHIYAR RUYAH

KHIYAR MAJLIS KHIYAR RUJUK

KHIYAR AIB

KHIYAR SYARAT

Khiyar

Khiyar Syarat
Suatu pihak atau kedua-dua pihak yang berakad mempunyai hak untuk berkhiyar jika disyaratkan dalam akad. Tempoh berkhiyar syarat mengikut ulama fiqah:

Mazhab Syafii dan Hanafi : Tempoh itu tidak melebihi 3 hari berdasarkan kepada hadith sahih Rasulullah s.a.w. Mazhab Hambali : Tempoh itu boleh lebih dari 3 hari asalkan satu tempoh yang ditentukan tanpa mengira lama atau sekejap masanya.

KHIYAR SYARAT

Khiyar

Khiyar Syarat

Akad yang Dibolehkan Khiyar Syarat

Akad yang boleh menerima fasakh adalah akad-akad lazim yang tidak mutlak dan akad-akad tidak lazim seperti akad jualbeli, sewaan, wadiah, ariyah dan sebagainya. Akad yang masih terikat dengan syarat pilihan ini dianggap sebagai akad yang tidak mengikat.

Kesan Syarat Pilihan kepada Akad

KHIYAR SYARAT

Khiyar

Khiyar Syarat

Syarat khiyar ini akan tamat:

Apabila pihak yang diberi pilihan itu telah meneruskan atau membatalkan akad yang dibuat semasa tempoh pilihan tersebut. Tamatnya tempoh pilihan tanpa sebarang tindakan daripada pihak yang berkenaan. Berlakunya kerosakan pada barang tersebut sewaktu berada di tangan orang yang sedang membuat pilihan. Apabila pihak yang diberi pilihan itu meninggal dunia. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan Hambali. Bagaimanapun, mazhab Syafii dan Maliki berpendapat hak khiyar itu akan berpindah kepada warisnya kerana hak itu ialah hak harta.
7

KHIYAR TAYIN

Khiyar

Khiyar Tayin
Salah satu pihak diberi peluang untuk membuat pilihan dengan menentukan subjek akad itu. Biasanya ia berlaku pada akad yang ada balasan dan berbentuk benda seperti akad jualbeli. Bagaimanapun sebahagian besar ulama tidak membenarkannya kerana ia akan menjadikan subjek akad itu tidak jelas (gharar) melainkan Imam Hanafi, Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad.

KHIYAR TAYIN

Khiyar

Khiyar Tayin

Contoh: Seorang pembeli diberi pilihan oleh penjual terhadap 2 buah jam tangan pada harga yang berlainan .Pembeli tersebut berhak memilih atau memilih satu sahaja. Contoh: kereta yang mempunyai 3 jenis kereta yang berlainan iaitu Audi,Perdana V6,Dutson yang mempunyai kualiti dan harga yang berlainan .Dalam keadaaan ini penjual mempunyai pilihan untuk menentukan barang, harga dan kualiti subjek kontrak tersebut.
9

KHIYAR TAYIN

Khiyar

Khiyar Tayin

Syarat khiyar ini:

Subjek akad ini mestilah tidak lebih dari 3 jenis. Subjek akad ini tidak sama di antara satu sama lain. Setiap subjek akad ini dinyatakan harganya. Tempoh membuat khiyar ini ditentukan.

Mengikut Imam Hanafi : Tidak melebihi 3 hari. Mengikut Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad : Boleh melebihi daripada 3 hari asalkan ditentukan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Hak memilih ini akan gugur jika pihak yang diberi pilihan itu telah menentukan subjek akad tersebut sama ada secara langsung dan secara tidak langsung atau subjek akad itu telah rosak ketika dalam tangan pihak yang diberikan hak khiyar tersebut. 10

KHIYAR TAYIN

Khiyar

Pendapat sebahagian fuqaha tentang Khiyar Tayin Imam Syafie dan Hambali: mereka tidak menerima khiyar ini kerana: mereka berpendapat sekiranya subjek kontrak tersebut tidak ditentukan dengan teliti, ianya tidak akan selari dengan prinsip asas urus niaga dalam islam. mereka juga berpendapat tidak ada sebarang hadis yang menyentuh tentang khiyar ini

11

KHIYAR RUYAH

Khiyar

Khiyar Ruyah
Hak khiyar diberikan kepada salah satu pihak yang berakad sama ada hendak meluluskan akad yang dibuat atau membatalkannya setelah melihat subjek akad itu. Khiyar ini diberikan sekiranya pihak berkenaan belum lagi melihat benda yang dijadikan subjek akad ini semasa atau sebelum akad itu dibuat. Jarak masa antara melihat atau membuat akad itu harus pendek sehingga tidak mungkin berlaku perubahan pada subjek akad itu dalam tempoh tersebut atau bergantung kepada jenis barang dagangan tersebut sama ada tahan lama atau tidak atau bergantung kepada uruf setempat.

12

KHIYAR RUYAH

Khiyar

Pendapat fuqaha tentang Khiyar Ruyah Imam Hanafi, Maliki:

mereka berpendapat khiyar boleh di gunakan oleh pembeli sahaja dan bukannya penjual menolak dengan tegas Beliau berpendapat setiap urusniaga adalah tidak sah jika barangan yang tidak wujud dan tidak di lihat memberi kuasa pemilihan kepada kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual.
13

Imam Shafii:

Imam Hambali:

KHIYAR RUYAH

Akad yang Boleh Menerima Khiyar Ruyah ialah:


Akad jual beli yang subjeknya adalah barang jualan tertentu. Akad sewaan yang boleh pihak berkenaan melihat dahulu subjek akad tersebut. Perjanjian perdamaian ke atas sesuatu subjek itu yang belum dilihat oleh pihak yang berkenaan.

14

KHIYAR RUYAH

Khiyar

Khiyar Ruyah

Syarat-syarat Khiyar Ruyah:

Pihak yang berakad belum melihat subjek akad semasa atau sebelum akad dibuat. Subjek akad ialah suatu zat yang tertentu bukannya sifat tertentu. Akad tersebut boleh menerima fasakh. Pilihan hanya boleh dibuat sesudah pihak berkenaan melihat subjek akad tersebut.

15

KHIYAR RUYAH

Khiyar

Khiyar Ruyah

Waktu Membuat Khiyar dan Tempohnya.

Ia hendaklah dilakukan setelah melihat subjek akad itu walaupun tidak dinyatakan dalam perjanjian semasa akad dilakukan. Tidak ada tempoh masa tertentu untuk tamat. Bagaimanapun, sebahagian ulama berpendapat khiyar ini mesti terhad dalam tempoh tertentu yang membolehkan pihak berkenaan menerus atau membatalkan akad tersebut.

16

KHIYAR RUYAH

Khiyar

Khiyar Ruyah

Kesan Khiyar Ruyah

Hak membuat penentuan setelah melihat subjek akad tersebut adalah hak yang sabit secara mutlak. Sesiapa pun tidak boleh menafikan hak ini walaupun pihak yang berhak sendiri. Akad yang tertakluk kepada syarat khiyar ini ialah akad harus bagi pihak yang memperolehi hak tersebut dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa.

17

KHIYAR RUYAH

Khiyar

Khiyar Ruyah

Perkara-perkara yang Menggugurkan Hak Khiyar Setelah Melihat


Pihak yang berhak tersebut rela dengan akad itu. Pihak yang berhak tersebut telah melakukan sesuatu ke atas subjek akad itu seperti menjual, menghadiahkan atau sebagainya. Subjek akad itu rosak di tangan pihak yang berhak itu. Pihak yang berhak itu meninggal dunia sebelum melakukan sesuatu tindakan. Mazhab Maliki berpendapat, hak tersebut berpindah kepada waris si mati.

18

KHIYAR AIB

Khiyar

Khiyar Aib
Hak memilih untuk membatalkan akad disebabkan kecacatan pada subjek akad berkenaan. Hak ini digunakan jika subjek akad itu suatu yang ditentukan zatnya. Sekiranya subjek akad itu telah ditentukan sifatnya seperti akad salam, maka hak ini tidak boleh digunakan.

Kecacatan yang Mengharuskan Hak Memilih Digunakan

Kecacatan ini ialah yang mengurangkan nilai harga barang tersebut.


19

KHIYAR AIB

Khiyar

Khiyar Aib

Syarat Khiyar Aib

Kecacatan subjek akad tersebut berlaku sebelum diterima oleh pihak penerima akad tersebut. Pihak penerima akad tersebut tidak mengetahui adanya kecacatan tersebut sewaktu akad dilakukan dan tidak bersedia menerimanya. Semasa akad dibuat, tidak disyaratkan supaya pihak yang menerima akad berkenaan melihat terlebih dahulu subjek akad berkenaan.

20

KHIYAR AIB

Khiyar

Khiyar Aib
Waktu Membuat Khiyar Aib dan Tempohnya. Pendapat fuqaha mengenainya

Pandangan fuqaha Hanafi dan Hambali: Bolehlah dilakukan secara bertangguh kerana ia disyariatkan untuk mencegah kemudaratan, oleh itu tiada terbatal kerana lewat. Pandangan fuqaha Shafii dan Maliki: Hendaklah dilakukan dengan segera dan serta-merta Kalau ada keperluan lain yang lagi mendesak seperti sakit, hendak solat, itu tidak dikira sebagai tangguh, oleh itu boleh.
21

KHIYAR AIB

Khiyar

Khiyar Aib

Kesan Khiyar Aib

Kecacatan pada subjek akad tidak memberi kesan kepada hukum akad, akad tetap wujud dan sah. Bagaimanapun, akad boleh dibatalkan oleh pihak yang rugi disebabkan kecacatan tersebut kerana ia merupakan akad harus yang boleh dibatalkan. Ia boleh dibatalkan walaupun tidak dipersetujui oleh pihak yang satu lagi.

22

KHIYAR AIB

Khiyar

Khiyar Aib

Perkara-Perkara yang Menggugurkan Hak Khiyar Aib

Pihak yang berkenaan bersetuju dengan kecacatan tersebut secara jelas ataupun secara tindakan. Terjadinya kecacatan baru pada subjek akad itu sewaktu berada di tangan pihak yang diberi hak khiyar tersebut. Berlaku pertambahan atau perubahan pada subjek akad tersebut setelah diterima oleh pihak penerima seperti pertambahan secara terpisah iaitu melahirkan anak atau pertambahan secara tidak terpisah iaitu baju yang sudah tercelup warna lain.

23

KHIYAR MAJLIS

Khiyar

Khiyar Majlis
Hak membuat pilihan atau memilih kepada kedua-dua pihak yang berakad sama ada untuk menerima atau menolak sebarang urus niaga selagi berada dalam majlis akad serta belum berpisah darinya. Hanya kepada sesuatu akad yang bersifat mengikat kedua belah pihak yang melaksanakan akad seperti akad al-bai atau al-ijarah.

24

Khiyar Majlis

KHIYAR MAJLIS

Pendapat fuqaha mengenai Khiyar Majlis


Pandangan fuqaha Syafii dan Hambali: Mereka menyatakan khiyar ini sah dan termaktub selagi kedua-dua pihak masih berada dalam majlis akad atau di dalam tempat untuk mementerai penjanjian tersebut. Kedua-dua belah pihak mempunyai hak sama ada untuk menerima atau membatalkan perjanjian tersebut. Pandangan fuqaha Hanafi dan Maliki: Mereka menolak khiyar majlis selagi tidak berpisah dengan menyatakan bahawa sekali perjanjian tersebut dipersetujui tiada pihak yang berhak membatalkan perjanjian yang telah termaktub. Oleh itu, kedua-dua pihak hanya boleh membuat khiyar majlis hanyalah sebelum selesai akad jualbeli tersebut.

25

KHIYAR RUJUK

Khiyar

Khiyar Rujuk

Hak untuk membatalkan sesuatu tawaran yang telah ditawarkan yang hanya melibatkan pihak yang menawarkan sesuatu perjanjian dan bukannya pihak yang menerima sesuatu tawaran.

26

Khiyar Rujuk

KHIYAR RUJUK

Pendapat fuqaha mengenai Khiyar Rujuk


Pandangan Hanafi dan Hambali: Mereka berpendapat tawaran yang dilakukan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum tawaran tersebut diterima oleh pihak yang satu lagi. Pandangan Syafii: Mereka berpendapat tidak boleh ditarik balik ,terdapat pencanggahan kerana hak untuk menerima tawaran mestilah dilaksanakan dengan serta-merta sebaik sahaja tawaran tersebut dilakukan. Pandangan Maliki: Pihak yang memberi tawaran terikat dengan tawaran yang telah diutarakan sehingga majlis dibubarkan. Pihak yang memberi tawaran tidak boleh menarik balik tawaran yang telah diberikan dan tawaran tersebut terikat kepadanya sehingga majlis berakhir.
27

Khiyar Qabul

KHIYAR QABUL

Pilihan untuk menerima apabila sesuatu tawaran itu telah ditawarkan atau jika sesuatu tawaran dibuat, pembeli boleh membuat pilihan. Pendapat fuqaha mengenai Khiyar Qabul

Pandangan Hanafi, Maliki dan Hambali: Mereka berpendapat tawaran yang dilakukan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum tawaran tersebut diterima Berpendapat bahawa penerima tawaran mestilah diberikan masa untuk mempertimbangkan tawaran yang diberikan. Pilihan untuk menerima mesti dilakukan pada bila-bila masa sebelum perjumpaan tersebut berakhir.. Pandangan Syafii: Tawaran ini mesti diterima dengan serta merta tanpa sebarang penangguhan.
28

KHIYAR NAQDI

Khiyar

Khiyar Naqdi

Khiyar yang mensyaratkan pembeli apabila mereka tidak menyerahkan kesemua jumlah harga dalam masa yang tertentu iaitu dalam masa 3 hari maka jual beli di antara mereka akan terbatal dengan sendirinya.

29

Khiyar Naqdi

KHIYAR NAQDI

Sebab-sebab khiyar ini terbatal:


Pembeli mati. Pembeli menjualkan barang tersebut dalam tempoh khiyar ini, jual beli itu sah dan pembeli mesti membayar harta tertunggak. Pembeli merosakkan barang yang dibelinya pada masa khiyar tersebut. Pembeli telah menyebabkan barang tersebut menjadi cacat yang ia tidak boleh dikembalikan semula kepada penjual dan waktu itu ia belum lagi membayarnya. Namun begitu,penjual berhak meminta ganti rugi di atas kecacatan tersebut..

30

KHIYAR

Bayaran Ganti Rugi

Sekiranya hak khiyar tidak boleh digunakan, pihak yang berkenaan tidak boleh membatalkan akad yang dilakukan sebaliknya boleh meminta bayaran ganti rugi daripada pihak yang satu lagi.

31

You might also like