You are on page 1of 2

JAMUAN AKHIR TAHUN 2011 KELAB GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH (SMK SLIM) Atucara Majlis. Bismillahhirahmannirahim....

Yang Berusaha Pn. Hjh. Siti Mariam bt. Hj Joned, Pengetua SMK Slim. Yang Berusaha barisan Penolong-penolong Kanan;  Tn Hj. Aman Shah b. Idris (Penolong Kanan HEM)  Pn Sharifah bt. Sharif ( Penolong Kanan Petang)  Pn Hjh. Rusilah bt. Abd Rahman ( Penolong Kanan Kokurikulum) Yang Dihormati;       Barisan Guru-Guru Kanan Guru Kaunselor Guru Cemerlang Barisan Guru-Guru Staf-staf sokongan sekolah Serta tuan puan dan anak-nak yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum....,salam sejahtera...Bersyukur kita ke Hadirat Ilahi kerana dengan limpah dan kehendakNya maka dapat kita berkumpul bersama-sama pada satu majlis tahunan sekolah iaitu, Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru Dan Kakitangan Sekolah bagi tahun 2011. Untuk makluman semua majlis jamuan ini dinaugi oleh Tuan Pengetua ( Pn Hjh. Siti Mariam Bt. Hj Joned) dan dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Guru dan kakitangan sekolah 2011 serta mendapat sokongan daripada guru-guru dan staf-staf sokongan SMK Slim. Baiklah untuk tidak membuang masa lagi, majlis pada malam ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Kelab Guru Dan Kakitangan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput En. Hasri b. Hashim untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.... Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Hasri b. Hashim atas ucapan tadi. Baiklah, sekarang tibalah masanya ucapan daripada Penaung Kelab Guru Dan Kakitangan Sekolah, untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Pengetua, Pn Hjh.Siti Mariam bt. Hj. Joned untuk menyampaikan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.... Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn.Pengetua atas ucapan tadi.

Lebat rumbia di sungai Kedah, Sayang senduduk di tepi muara, Penganan mulia terletak sudah, Samalah duduk menjamu selera. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Penolong Kanan Kokurikum, Tn Hj. Aman Shah b. Idris untuk membaca doa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan... Malis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj Aman Shah b. Idris... Upacara Penyampaian Hadiah dan Cenderahati.

You might also like