You are on page 1of 5

BANDINGAN KEPIMPINAN TRASFORMASI DENGAN KEPIMPINAN LAIN

Perbezaan dengan kepimpinan transaksi


Burns (1978) membandingkan kepimpinan transformasi kepada kepimpinan transaksi. Dalam kepimpinan transaksi hubungan antara ketua dan pengikut tidak melebihi proses tawar menawar. Dalam gaya kepimpinan ini, ketua dan pengikut mengambil bahagian untuk sama mendapat keuntungan. Setiap mereka sedar akan kuasa yang ada pada setiap mereka dan pertukaran mungkin dalam bentuk ekonomi, politik atau psikologikal. Sebaliknya ketua transformasi adalah ketua yang mermoral kerana lebih kepada ideal dan nilai berbanding keperlua dan kemahuan pengikut. Burns (1978) melihat kepimpinan transaksional dan transformasi sebagai jelas, manakala Bass (1985) pula merasakan seorang ketua boleh menggunakan kedua-dua gaya kepimpinan tersebut. Bass melihat kepimpinan transformasi dan transaksi sebagai dimensi yang bebas dan menganungi faktor-faktor yang jelas (Seltzer dan Bass, 1990). Teori asal menyatakan kepimpinan transaksi terdiri daripada dua tingkah laku dan kepimpinan transformasi pula terdiri daripada tiga tingkah laku.

Tingkah laku kepimpinan transaksional ialah penggayaan pilihaan dan pengurusan melalui pengecualian. Penggayaan pilihan termasuk pujian, kenaikan pangkat, pengiktirafan atau lain-lain penghargaan untuk persembahan atau kerja yang baik. Ia juga merangkumi dendaan atau reaksi negatif untuk persembahan buruk. Tiga dimensi asal kepimpinan transformasi ialah kepimpinan yang berkarismatik dan berinpirasi, memikirkan individu dan berintelek. Ketua yang berkarisma dan berinspirasi boleh di katakan sebagai tingkah laku dan personaliti yang mewujudkan ketaatan, rasa hormat dan kepercayaan daripada pengikut. Memikirkan individu termasuk menilai potensi pengikut dan memberi tugasan

yang akan membangunkan perkembangan dan moivasi mereka. Berintelek bermaksud ketua yang boleh menyebabkan pengikut menjadi kreatif dalam melihat masalah dan menyelesaikanya. Burns (1978) menyatakan kepimpinan bukan hanya tertumpu pada produktiviti tetapi perkembangan pengikut juga sebahgian daripada proses kepimpinan.

Bass (1985) membangunkan Multifactor Leadership Questionaire (MLQ) untuk mengukur tingkah laku transaksional dan transformasi seorang ketua. Sejak 1985, MLQ telah membangun dan memperlihat enam dimensi kepimpinan karisma/inspirasi, intelek, memikirkan individu, ganjaran pilihan, pengurusan aktif melalui pengecualian dan tingkah laku kepimpinan pengelakkan pasif (Avolio, 1999). Pengurusan aktif secara pengecualian memantau perkembangan masalah dan membetulkanya, manakala pengelakan pasif ialah berdepan dengan masalah hanya apabila ia timbul.

Teori Bass (1985) adalah berdasarkan idea bahawa kepimpian transformasi berkisar kepada persaan sayang pengikut kepada ketuanya. Hasil daripada tingkah laku ketua menyebabkan pengikut percaya, sanjung, taat dan menghormatinya. Bass menyatakan kepimpinan transformasi boleh dicapai dengan cara meningkatkan fahaman pengikut tentang kepentingan cara bekerja dan hasil kerja mereka dengan menggalakkan pengikut melebihkan kepentingan pasukan daripada individu atau keperluan individu yang tamak (Bass, 1985)1.

Selain daripada memfokus kepada keupayaan ketua untuk menggalakkan dan menurunkan kuasa kepada ahli organisasi, budaya organisasi juga penting kepada kepimpinan transformasi. Budaya organisasi termasuk kepercayaan dan andaian yag dikongsi oleh ahli-ahli dalam organisasi (Yukl, 1999). Schein (1992) menerangkan lima mekanisma untuk mengubah budaya organisasi; perhatian, reaksi kepada krisis, model contoh, pemberian ganjaran dan kriteria pemilihan dan pemecatan. Mekanisma lain ialah reka bentuk sistem dan prosedur, reka bentuk struktur organisasi, reka bentuk kemudahan, cerita, lagenda dan kenyataan formal. Tichy dan Deranna (1986) telah menemu bual pemimpin dan ahli-ahli dalam organisasi untuk mengenal pasti karekteristik dan kaedah pemimpin
1

Tesis Kepimpinan transformasi pengetua dan kepuasan kerja guru di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya oleh Marina Abas pada tahun 2011, m/s 40

transformasi. Hasil daripada temu bual, mereka mencadangkan pemimpin transformasi mula mengenal pasti keperluan untuk berubah dalam organisasi, kemudian mengurus masa peralihan, kemudian membina wawasan baru dan melaksanakan perubahan. Mereka juga menyatakan pemimpin transformasi dalam kajian mereka mempunyai beberapa trait yang sama iaitu sebagai agen perubahan, berani dan percaya pada orang lain, mengejar nilai, belajar sepanjang hayat, mempunyai kebolehan kognitif untuk berdepan dengan masalah yang kompleks.

Perbezaan dengan kepimpinan islam

Dalam kepimpinan Islam, terdapat 4 prinsip asas pengurusan ( kepimpinan Islam) yang terdiri daripada2 : 1. Amanah 2. Syura 3. Keadilan

Amanah ialah tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang individu. Amanah ini dihitungkan oleh Allah dan dilihat oleh masyarakat. Amanah ialah setiap yang wajib dipelihara dan ditunaikan oleh ahli: sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyempurnakan amanat kepada hak yang menerima ( al-nisa 4: 58) Ahmad Ibrahim ( 1991) mengutarakan ciri-ciri amanah: y Membuat kerja dengan jujur dan ikhlas y Menguruskan masa dengan sebaiknya y Tidak menggunakan jawatan bagi kepentingan peribadi

Syura ialah proses penyempurnaan atau penglibatan orang bawahan atau ahli jawatankuasa dalam proses membuat keputusan. Tidak dapat dipisahkan daripada pengurusan atau kepimpinan Islam. Syura ialah perbuatan yang wajib dilaksanakan oleh semua. dan bagi orang yang menerima seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka diputuskan dengan mesyuarat antara mereka( al-syura 42:38)

Abdullah Hassan (2007),Berdakwah Dengan Efektif , PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd, m/s: 16

Perbezaan dengan kepimpinan situasi

Model kepemimpinan situasi merupakan pengembangan model watak kepemimpinan dengan fokus utama faktor situasi sebagai penentu kemampuan kepemimpinan. Kajian -kajian kepemimpinan situasi mencuba mengidentifikasikan karakter situasi atau keadaan sebagai faktor penentu utama yang membuat seorang pemimpin berhasil melaksanakan tugas-tugas organisasi secara efektif dan efisien. Dan juga model ini membahas aspek kepemimpinan lebih berdasarkan fungsinya, bukan lagi hanya berdasarkan watak keperibadian pemimpin. Hencley (1973) menyatakan bahawa faktor situasi lebih menentukan keberhasilan seorang pemimpin dibandingkan watak peribadinya, menurut pendekatan kepemimpinan situasi ini seseorang boleh dianggap sebagai pemimpin atau pengikut tergantung pada situasi atau keadaan yang dihadapi. Banyak studi yang mencuba untuk mengidentifikasikan karakter situasi khusus yang mempengaruhi kerja para pemimpin. Hoy dan Miskel (1987) menyatakan bahawa terdapat empat faktor yang mempengaruhi kerja pemimpin, iaitu sifat struktur organisasi, iklim atau lingkungan organisasi, karakter tugas atau peranan dan karakter bawahan. Kajian model kepemimpinan situasi lebih menjelaskan fenomena kepemimpinan dibandingkan dengan model terdahulu. Namun demikian model ini masih dianggap belum memadai karena model ini tidak dapat mengaplikasikan kecakapan kepemimpinan yang mana yang lebih efektif dalam situasi tertentu3.

Jurnal pengurusan dan kepimpinan pendidikan oleh Institut Aminuddin Baki ,pada tahun 2004, m/s : 52

You might also like