You are on page 1of 11

Model Disiplin Asertif Canter

Mohd Zubir Bin Razip Syazwan Bin Mohd Sanosi Nabila Syazween Binti Farid Nurul Liyana Binti Abd Razak

Pengenalan
Pada tahun 1976, Lee dan Marlene Canter menubuhkan Canter & Associates yang menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Assertive Dissipline : A Take-Charge Approach for Today s Educator (1976). Pada tahun berikutnya, Canter & Associates menerbitkan bahan-bahan dan program-program yang melibatkan disiplin asertif kepada guru-guru dan pentadbir sekolah.

Konsep Model Disiplin Asertif Center


Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan didalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan yang ditetapkan. Model ini menyerupai model modifikasi tingkah laku skinner, Cuma model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas.

Guru harus merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk. Pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). Beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini. Konsep utama model ini ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara profesional dan tanpa gangguan.

Model ini menggariskan tiga jenis guru


Guru agresif - lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur. Guru tidak asertif - menggunakan pendekatan pasif, tidak konsisten dan mengelirukan. Guru asertif - jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid.

Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanankannya dalam bilik darjah. Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh megurangkan situasi ketegangan. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.

Boleh menyuruh murid menyalin peraturan bilik darjah, dan kemudian menyuruh mereka membawa pulang ke rumah untuk ditandatangani oleh ibu bapa mereka. Merancang program latihan asertif dan melaksanakannya dengan secepat mungkin.

Memahirkan diri dengan teknik asertif: - Apabila tingkah laku yang tidak diingini berlaku, ambil tindakan mengikut peraturan bilik darjah dengan serta merta. - Mengenal pasti sebab berlakunya dan menberi respons dgn tingkah laku yang sesuai. - Belajar menggunakan teknik memecah rekod dengan mengulang arahan duakali atau lebih sehingga murid mematuhi arahan guru. - Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi peraturan supaya semua murid mengetahui apa yang patut dilakukan.

Sekiranya murid baru yang tidak mengetahui tingkah laku dajah yang diingini, mengajar mereka dengan peraturan bilik darjah atau melalui main peranan untuk menggalakan tingkah laku yang bertanggungjawab.

You might also like