You are on page 1of 6

PENGHIJRAHAN INTRAWILAYAH SEBELUM ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

NUR AdTIKAH NURUL SYAMILAH NUR HAMIZAH (PISMP 3.06)

Penghijrahan merupakan aktiviti biasa sesebuah masyarakat bagi memenuhi keperluan hidup. Penghijrahan berlaku di pelbagai tempat sama ada secara dalaman ataupun luaran. Dalaman berbentuk dari satu kampung ke kampung yang lain. Luaran berbentuk dari sebuah negara ke negara yang lain.

Penghijrahan akan terus berlaku untuk membentuk pelbagai masyarakat baru yang lebih majmuk sifatnya. Sebelum kewujudan KMM, kerajaan Maritim Asia Tenggara menjadi pusat pertemuan pelbagai bangsa pada era Zaman Perdagangan . Masyarakat yang menetap di Kepulauan Melayu berpindah dari satu pulau ke pulau yang lain untuk mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dan sebagainya.

Perpindahan masyarakat membawa pelbagai tujuan dan seterusnya menjalin hubungan etnik yang baik dengan komuniti pedagang dan bukan pedagang. Banyak kerajaan maritim telah wujud dan menjadi pusat penjanaan ekonomi yang mengamalkan sistem ekonomi perdagangan. Kedudukan kerajaan maritim di pesisiran pantai menarik pedagang dari rantau Alam Melayu bagi menjalankan kegiatan pertukaran barang dagangan (rempah-ratus, ubat-ubatan dan damar).

 Salah satu faktor penting menyumbang kepada kedudukan Kepulauan Melayu sebagai kerajaan maritim yang penting ialah kemudahan asas yang disediakan iaitu: - tempat tinggal - bekalan air - stor menyimpan - tempat berniaga - bengkel membaiki kapal

SUMBER RUJUKAN Dr.Zaid Ahmad, Dr.Ho Hui Ling, Dr. Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ku Halim Ku Arifin, Lee Yok Fee, Nazri Muslim dan Ruslan Zainuddin (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Shamsul Amri Baharuddin (2008). Modul Hubungan Etnik. Universiti Teknologi Mara Shah Alam.

You might also like