You are on page 1of 6

PERKARA 18/20 : Hak dan Kesedaran Nama Wakil :___________ BIL Nama E-mail/ HP Contact Nama Tempat :____________

Tandatangan Komen

Nota Peringatan 1. Digalakkan untuk mencetak tetapi sila pakai yang berwarna 2. Tidak dibenarkan meletak simbol parti 3. Lampirkan dengan Newsletter Januari dan Februari 4. Jika tidak cukup, sila cetak lagi. (Kos sendiri) 5. Penuh diisi sila, hantarkan kepada pengedar daerah anda SSKM, Hak kita, suara kita dan pembebasan kita *Petition online :- http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights/sign.html Nama Pengedar Borang :Contact :-

Perkara 18/20 Saya ingin mengambil beberapa bukti dalam perjanjian 20 perkara yang menjadikan Sabah dan Sarawak adalah bebas daripada menjalankan kehidupan mereka seharian pada waktu pembentukan Negara Malaysia,antaranya ialah, PERKARA 1: AGAMA. "walaupun tiada bantahan terhadap islam menjadi agama rasmi malaysia, agama rasmi tidak ada di borneo utara dan peruntukan berhubung dengan islam mengikut pelembangaan malaya hendaklah tidak merangkumi borneo utara." PERKARA 2: BAHASA "(a) bahasa melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan persekutuan. (b) bahasa inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari malaysia. (c) bahasa inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi borneo utara, untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun persekutuan tanpa had tempuh." PERKARA 3: PERLEMBAGAAN. "walaupun perlembagaan persekutuan malaya diterima sebagai asas perlembagaan malaysia, perlembagaan malaysia hendaklah menjadi dokumen antara negeri dan bukan berbentuk beberapa siri pindaan terhadap perlembagaan yang dipersetujui dalam keadaan yang berlainan

sama sekali. perlembagaan baru untuk borneo utara sudah tentu perlu." PERKARA 5: NAMA PERSEKUTUAN "Malaysia" bukannya "melayu raya". PERKARA 6: IMIGRESEN "kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke borneo utara perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri. kerajaan persekutan tidak boleh menghalang kemasukan orang ke borneo utara untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas sebab keselamatan. borneo utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergarakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di malaysia ke dalam borneo utara, selain daripada yang bekerja dengan kerajaan persekutuan di borneo utara." PERKARA 8: BORNEOSASI (PERKHIDMATAN AWAM) "Pengambilalihan perkhidmatan awam oleh rakyat borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin."

PERKARA 9: PEGAWAI BRITISH. "segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai british kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang-orang yang layak dari borneo utara." PERKARA 10: KEWARGANEGARAAN "saranan-saranan dalam perengaan 148 (k) laporan suruhanjaya cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat borneo utara dalam persekutuan, tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut: (a) perenggan kecil (i) tidak harus mengandungi peruntukan menetap selama lima tahun; (b) demi menyelaraskannya kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepulah tahun" dan bukkannya "lapan daripada dua belas tahun"; dan (c) perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa - seseorang yang lahir di borneo utara selepas malaysia mestilah menjadi warganegara persekutuan." PERKARA 11: TARIF DAN KEWANGAN "borneo utara hendaklah berhak mengawal kewangan tabung pembangunan dan tarifnya sendiri." PERKARA 12:KEDUDUKAN ISTEMEWA KAUM BUMIPUTERA

"pada prinsipnya suku kaum bumiputera di borneo utara hendaklah menikmati hak-hak istemewa seperti yang dinikmati oleh kaum melayu di malaya, tetapi formuka malaya yang digunakan di malaya ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk borneo utara." PERKARA 13: KERAJAAN NEGERI "(a) ketua menteri hendaklah dipilih oleh anggota-anggota majlis perundangan tidak rasmi; (b) sistem menteri yang sempurana hendaklah diujudkan di-borneo utara." PERKARA14: TEMPOH PERALIHAN "tempoh tujuh tahun peralihan hendaklah diserahkan pada negeri borneo utara oleh perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan." PERKARA15: PELAJARAN "sistem pendidikan yang ada di-borneo utara sekarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri."

PERKARA 16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN "kerajaan pusat tidak boleh membuat sebarang pindaan, mengubahsuai atau menarik balik mana-mana perlindungan khas yang telah diberikan kepada borneo utara tanpa persetujuan kerajaan borneo utara. Kuasa meminda perlembagaan negeri borneo utara adalah hak mutlak rakyat negeri itu." PERKARA 17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN "ini hendaklah mengambil kira bukan saja jumlah penduduk borneo utara tetapi juga saiz dan petensinya dan dalam apa keadaan pun tidak harus kurang daripada singapura." PERKARA 18: GELARAN KETUA NEGARA "yang di pertua negara" ini bererti Borneo Utara dan Sarawak adalah sebuah Negara merdeka dan bukannya negeri biasa. PERKARA 20: TANAH,HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN "peruntukan dalam perlembagaan persekutuan berhubung dengan kuasa majlis tanah negara tidak harus merangkumi borneo utara. majlis kebangsaan bagi kerajaan tempatan juga tidak harus merangkumi borneo utara." Berikut adalah beberapa bukti tentang kebenaran yang saya perkatakan dalam memorandum ini,Cobbold mendedahkan catatan penting:

"Ini adalah keadaan yang perlu bahawa, sejak awal, Malaysia harus dianggap oleh semua pihak sebagai rakan persatuan, menggabungkan dalam kepentingan bersama untuk mencipta sebuah bangsa baru tapi tetap mempertahankan hak-hak individu-individu mereka sendiri. Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962 adalah tentang pandangan rakyat Sabah dan Sarawak pada usulan pembentukan Malaysia. Satu alasan untuk pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dalam menyokong pembentukan Malaysia adalah apakah Persekutuan yang baru akan menjadi Negara Islam. Anggota Inggeris Suruhanjaya Cobbold mengesyorkan bahawa penyisihan bahawa Islam adalah agama rasmi tidak harus diperluas ke Sabah dan Serawak tetapi ahli kerajaan Malaya memberikan jaminan bahawa Malaysia sebagai "negara sekular". Tunku Abdul Rahman & Tun Hussein Onn mendedahkan catatan penting: Pidato penting oleh Tunku Abdul Rahman pada hari ulang tahunnya ke-80 tanggal 8 Februari 1983 di acara makan malam besar diadakan oleh Barisan Nasional, dihadiri oleh semua pemimpin Barisan Nasional atas termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, di mana Tunku paling penting mesej untuk para pemimpin Barisan Nasional tidak menukar Malaysia menjadi negara islam.Ini sebenarnya judul di halaman depan semua surat khabar bahasa hari berikutnya. 9 Februari 1983, misalnya, membawa tajuk halaman depan berikut: "Ternyata Tunku 80 - Jangan Jadikan Malaysia Sebuah Negara Islam: Tunku". Tunku menekankan bahawa Malaysia ditetapkan sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi dan ini diabadikan dalam Perlembagaan, yang harus dihormati dan dipatuhi. Sokongan awam yang penuh untuk panggilan Tunku untuk para pemimpin Barisan Nasional untuk tidak mengubah Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang diberikan oleh Perdana Menteri ketiga Malaysia, Tun Hussein Onn, empat hari kemudian ketika merayakan ulang tahun ke-61 nya pada 12 Februari 1983. Ini judul Star depan-halaman pada tarikh 13 Februari 1983: "Hussein berkata Tidak Untuk Negara Islam" Hussein mengatakan "tidak bijaksana dan tidak praktikal" untuk menukar Malaysia menjadi Negara Islam,Malaysia boleh berfungsi sebagai negara sekular,dengan Islam sebagai agama rasmi. Tahun 1957 laporan Jawatankuasa Perlembagaan, Ayat 169, mengesyorkan Perlembagaan untuk Malaya terhadap pencapaian kemerdekaan, yang membuatnya sangat jelas bahawa Malaya adalah negara sekular. Nota. Memorandum ini akan dikemukakan dihadapan pihak berkuasa dunia untuk tujuan memantau dan menjalankan siasatan tentang krisis yang berlaku di Sabah hari ini serta ciri-ciri keselamatan terhadap rakyat di Sabah.Saya memberikan satu harapan besar kepada pihak berkuasa dunia agar dapat menyelamatkan ekonomi Sabah.Satu suara harus di buat untuk mempertahankan tanah air kita Sabah.Rakyat Sabah harus berhenti memperbodohkan diri sendiri dan menjual negeri sendiri kepada tanah melayu.Kita harus ingat bahawa pembentukan Malaysia pada awalnya ditolak oleh pemimpin kita dahulu seperti Tun Fuad Stephen,G.Sundang dan Tun Mustapha. Penolakan itu juga telah disuarakan oleh Filipina dan Indonesia kerana mereka berpandangan bahawa pemimpin tanah malaya akan menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai willayah jajahan mereka masa akan datang,dan tafsiran mereka itu benar hari ini.Pihak British dan BangsaBangsa Bersatu juga telah tertipu dengan pujukan Tunku Abdul Rahman.Hari ini kita sudah

melihat semua kekayaan kita mereka sudah kuasai dan pemimpin-pemimpin kita mereka jadikan sebagai patung dan rakyat kita dijadikan sebagai pelarian di negeri sendiri,ini harus kita ingat.Jika Tun Fuad Stephen masih hidup hari ini kita sudah merdeka seperti Brunei dan Singapura.Saya bukan membangkitkan isu sensitive untuk kepentingan diri sendiri,tetapi ini adalah masa depan negeri kita dan generasi kita akan datang,kita harus bersatu untuk mengambalikan hak-hak kita. Kita harus mentadbir Sabah Sarawak seperti Negara Brunei dan Singapura.Bangsa-bangsa bersatu perlu bertindak bijak dalam krisis di Sabah dan Sarawak agar perkara ini dapat dibawa ke Mahkamah pengadilan antarabangsa.

You might also like