You are on page 1of 6

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

1. Nyatakan ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berpalimen

Perlembagaan

Raja berpelembagaan

Parlimen

Pilihan raya

Kuasa pemerintah

Parti-parti politik

Kebebasan asasi

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Demokrasi Berpalimen?

Rakyat melibatkan diri dalam pemerintahan negara

Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat

Rakyat berpeluang membentuk kerajaan

Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya

Rakyat berhak menyokong, mengekalkan/menukar kerajaan yang sedia ada melalui

pilihan raya

3. Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan?

Undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan

Dijadikan dokumen rasmi

Terkandung segala peraturan dan prinsip

Panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara

Menjamin kerajaan menunaikan tangungjawab kepada rakyat

4. Jelaskan ciri-ciri Perlembagaan Malaysia

Mula diperkenalkan pada 16 Setember 1963

Mengandungi 183 perkara

Mengandungi Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaaan Negeri

Institusi Yang Di-Pertaun Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman

Perlembagaan Malaysia membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan

dengan Kerajaan Negeri

Perlembagaan Malaysia telah memperuntukan Senarai persekutuan, Senarai Negeri dan

Senarai Bersama

5. Apakah yang dimaksudkan dengan Keluhuran Perlembagaan

Keagungan dan ketertinggian undang-undang Keluhuran Perlembagaan Malaysia

mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah

Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia tidak sah

Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan

6. Apakah yang dimaksudkan dengan Ketinggian Perlembagaan Malaysia?

Peruntukan kuasa parlimen, kedudukan Yang di-Pertuan Agong kuasa perundangan dan

kebebasan asasi

Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan

Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia

7. Apakah yang ada pada mahkamah?

Berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan

ketertinggian Perlembagaan Malaysia

8. Nyatakan kepentingan perlembagaan

Untuk menjamin kestabilan sesebuah negara

Membantu dalam menjamin kecekapan/kejujuran/ketelusan pentadbiran dan

pemerintahan sesebuah kerajaan

Menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara

Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat

Menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara kerajaan

persekutuan dan kerajaan negeri

Menjadi rujukan utama dalam pengubalan undang-undang persekutuan dan negeri

Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu, bumiputera Sarawak dan Sabah tidak

boleh dipersoalkan

9. Apakah yang anda tahu tentang pindaan Akta Hasutan 1970?

Akta yang menghadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya

sehingga menyentuh perkara yang sensetif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di
negara ini

10. Apakah tujuan Akta Hasutan 1970?

negara ini

Memelihara keselamatan.ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di

PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

1. Apakah tujuan Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan?

Untuk membasmi kemiskinan

Menyusun semula masyarakat tanpa kiraan kaum

2. Apakah matlamat utama Rancangan Malaya Pertama?

Untuk membangunkan kawasan luar bandar supaya jurang pendapatan antara penduduk

luar bandar dengan penduduk bandar dirapatkan

Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar

Mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya negara tidak

terlalu bergantung pada getah dan bijih timah

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Rancangan Malaya Pertama dan terangkan bagaimanakah
rancangan ini dilaksanakan?
Maksud RMP

Rancangan pembangunan bersepadu yang memberikan penekanan dan perhatian yang

serius terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam


Jelaskan kegiatan sektor ekonomi, sosial dan awam dalam Rancangan Malaya Pertama
Dalam sektor ekonomi:

Pembukaan tanah baru untuk pertanian digiatkan

Penamaan semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang digalakkan

Hasil keluaran pertanian dipelbagaikan

Perusahaan perlombongan diperluaskan

Dalam sektor sosial:

Pelbagai perkhidmatan diberikan seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan

Dalam sektor awam:

Infrastruktur balai polis, kem tentera, mahkamah, rumah kakitangan kerajaan disediakan

4. Bagaimakaha Rancangan Malaya Pertama dilaksanakan?

Dua agensi uatama kerajaan memainkan peranan iaitu Lembaga Pembangunan Industri

Desa (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

5. Nyatakan matlamat dan peranan RIDA dalam RMP

Matlamat RIDA ialah untuk membangunkan masyarakat luar bandar

Peranan RIDA

Memberikan pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil

Membantu pemasaran hasil pertanian

Mengalakkan penyertaan orang Melayu dlaam sektor perniagaan

Membangunkan dan memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan ekonomi,

sosial dan infrastruktur

6. Nyatakan peranan FELDA dlaam Rancangan Malaya Pertama

Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar

Meningkatkan hasil pertanian negara

Membuka tanah baru secara besar-besaran untuk pertanian dan sebagai petempatan

baru yang dilengkapi kemudahan asas

7. Mengapakah pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan?

Ancaman komunis

Sejumlah pembelanjaan negara dialihkan kepada keselamatan negara

Kejatuhan harga bahan komuditi getah dan bijih timah di pasaran dunia

8. Nyatakan tujuan Rancangan Malaya Kedua serta pelaksanaannya

Untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan

penduduk bandar

Mengurangkan kadar kemiskinan

Meningkatkan taraf hidup rakyat

Pelaksanaan dan penekanan Racangan Malaya Pertama

Program pembukaan tanah di bawah FELDA digiatkan

Mempelbagaikan jenis tanaman untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ditubuhkan

Memberi tumpuan penyediaan infrastruktur sosial seperti pelajaran dan kesihatan

Menyediakan peluang pekerjaan diberi perhatian

Mewujudkan Bilik Gerakan Negara untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan

peringkat negeri, daerah dan kampung

Pelancaran Buku Merah yang mengandungi program pelaksanaan dan kaedah mengesan

tahap pencapaian

9. Apakah yang anda faham tentang Rancangan Malaysia Pertama

Rancangan lima tahun yang pertama setelah penubuhan Malaysia

Integrasi nasional menjadi tumpuan pertama

Semua program pembangunan memfocuskan kesejahteraan rakyat

Bersifat bersepadu

Merangkumi semua bidang ekonomi

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan perindustrian

10. Jelaskan usaha-usaha yang telah dijalankan bagi menjayakan Rancangan Malaysia Pertama

Pembukaan tanah oleh FELDA semakin pesat

Penubuhan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FeLCRA) bagi

membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar

RIDA telah digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Bank Bumi Putera ditibuhkan untuk mengalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor

perusahaan dan perdagangan

Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) bagi menggiatkan bumiputera

dalam bidang tersebut

Penubuhan MARDI bagi menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi

meningkatkan hasil pertanian kecuali getah

Penubuhan MIDA bagi pembangunan sektor perindustrian

You might also like