You are on page 1of 15

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN SEBELUM 1970

1. Draft Development

Plan of Malaya.
(1950-1955)

2. Rancangan Malaya Pertama. (1956-1960)

4. Rancangan Malaysia Pertama. (1966-1970)

3. Rancangan Malaya Kedua. (1961-1965)

DRAFT DEVELOPMENT PLAN OF MALAYA (1950-1955)

Tradisi Perancangan Moden

Institusi Penting

Alat Politik

Tradisi Perancangan Moden

Sebagai satu tradisi moden, perancangan pembangunan dikekalkan sehingga kini.

Institusi Penting

Institusi penting ini membentuk watak dan wajah negara bangsa Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia

Alat Politik

Tradisi dan institusi ini memainkan peranan penting. melaluinya, perundingan dan kesepakatan antara kumpulan etnik dan kelas digubah.

RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)


Pemimpin tempatan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya sendiri.

Pemerintahan sendiri yang terbatas. (Selepas Pilihan Raya Umum tahun 1955).

Pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

1.Memajukan sektor luar bandar.

MATLAMAT UTAMA

2. Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi.

1. Rural & Industrial Development Authority (RIDA) - 1953. DUA BUAH AGENSI KERAJAAN DITUBUHKAN

2. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961- 1965)

Diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pemimpin tempatan.

Falsafah, bentuk, teknik, dan corak perancangan pembangunan adalah lanjutan daripada pembangunan kolonial British.

Walaupun begitu, dari segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian.

Perubahan dan penyesuaian dalam bidang pembangunan ini lebih jelas apabila negara bangsa Malaysia dibentuk pada tahun 1963.

Matlamatnya adalah sama dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu untuk memajukan penduduk luar bandar untuk merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar.

1. Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. MATLAMAT 2. Menambah peluang pekerjaan.

3. Menggalakkan kepelbagaian tanaman pertanian dan kegiatan perusahaan di luar bandar.

4. Menyediakan lebih banyak kemudahan sosial untuk kawasan luar bandar.

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)


Dilancarkan selepas Pilihan Raya Umum tahun 1964. Usaha untuk membangunkan Malaysia lebih agresif. Pelbagai dasar dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan. Untuk melengkapi rancangan pembangunan ini yang rata-rata bercorak ekonomistik. Rancangan pembangunan ekonomi melibatkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Membangunkan ekonomi luar bandar.

Meningkatkan pendapatan penduduk miskin.

Mengurangkan peangguran.

OBJEKTIF

Memajukan sektor perindustrian.

Mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.

Memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat.

Pelaksanaan dan Pencapaian Program RMK 1


Beberapa agensi baru ditubuhkan: 1. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA Malaysian Industrial Development Authority, 1967) dulunya ialah FIDA( Federal Investment Development Authority) 2. Lembaga Penasihat Tarif 3. MARA (Majlis Amanah Rakyat, 1966) 4. FELCRA (1966) 5. Bank Bumiputera (1966) 6. MARDI (1968) 7. PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad, 1969) 8. Bank Pertanian (1969)

MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif dibentuk bertujuan untuk membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. MARA ,Bank Bumiputera dan PERNAS pula ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan.

Rancangan ini terbantut seketika. Kesan daripada Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang berakhir pada tahun 1966. Namun begitu, pemerintahan berjaya menunjukkan kemampuan yang telah dilaksanakan. Contoh : kemudahan prasarana telah dirasakan. Tetapi, usaha ini tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Buktinya : pencapaian pihak parti pembangkang dalam arena politik kepartian. Pertentangan ini semakin meningkat dan akhirnya mencetuskan satu peristiwa berdarah.

PERISTIWA BERDARAH (13 MEI 1969)

Berlaku selepas Pilihan Raya Umum tahun 1969.

Bermula di Kuala Lumpur dan kemudian, merebak ke tempat-tempat lain, tetapi dapat dikawal dengan segera.

Parlimen digantung.

KESAN

Demokrasi terhenti.

Kedukaan daripada peristiwa dijadikan sempadan.

RUJUKAN
Mohd Syariefudin Abdullah et al. (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ekonomi/1362-rancanganmalaysia-pertama.html dilayari pada 20 Februari 2014 http://www.epu.gov.my/first-malaysia-plan-1966-1970 dilayari pada 20 Februari 2014.

You might also like