You are on page 1of 7

Perjanjian Perkara 18 – Sarawak

Perkara 1 – AGAMA

Islam agama rasmi persekutuan sementara Sarawak hendaklah tidak mempunyai sebarang agama
rasmi. Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipakai di Sarawak.

Perkara 2 – BAHASA

Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa rasmi di Persekutuan. Bahasa Inggeris hendaklah
digunakan dalam tempoh sepuluh tahun selepas Hari Kemerdekaan Malaysia.

Perkara 3 – PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada diterima sebagai asas Perlembagaan
Malaysia. Perlembagaan Malaysia hendaklah merupakan satu dokumen yang baru sama sekali.
Sebuah perlembagaan negeri adalah perlu bagi Sarawak.

Perkara 4 – KETUA NEGERI

Ketua Negeri perlu dipilih di antara warga tempatan. Kaedah akan dibincangkan dengan lebih
terperinci.

Perkara 5 – KETUA PERSEKUTUAN

Ketua bagi Sarawak tidak berhak atau tidak layak untuk dipilih menjadi ketua persekutuan.

Perkara 6 – NAMA PERSEKUTUAN

Nama persekutuan ialah Malaysia, bukan Melayu raya.

Perkara 7 – KUASA IMEGRESEN

Kawalan ke atas imegresen ke mana-mana bahagian Malaysia daripada luar hendaklah berada dalam
kuasa kerajaan persekutuan tetapi kemasukan ke Sarawak hendaklah juga mendapat kebenaran
daripada kerajaan negeri. Kerajaan persekutuan tidak boleh membatalkan kemasukan sesiapa ke
Sarawak untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas alasan keselamatan yang kukuh. Sarawak
hendaklah mempunyai kawalan yang tidak terbatas terhadap pergerakan manusia, kecuali
kakitangan kerajaan persekutuan.

Perkara 8 – HAK UNTUK BERPISAH

Sarawak tidak mempunyai hak untuk berpisah daripada Malaysia.


Perkara 9 – BORNEONISASI

Pegawai awam yang dilantik merupakan warga Tempatan Sarawak.

Perkara 10 – PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH

Segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan pegawai british kekal dalam perkhidmatan
awam sehinggalah tempat mereka diambil alih oleh mereka yang layak dan sesuai dari kalangan
rakyat negeri berkaitan.

Perkara 11- KEWARGANEGARAAN

Cadangan dalam perenggan 148 (K) dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah mentadbir hak-
hak kewarganegaraan dalam Sarawak tertaluk kepada pindaan-pindaan, peruntukan “sehinggalah
pemastautin dibaca “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukannya “lapan daripada dua belas
tahun”.

Perkara 12 – KEWANGAN, PEMBANGUNAN DAN TARIF

Sarawak hendaklah mengawal kewangan, pembangunan dan tarifnya sendiri.

(a) Menubuhkan Tabung Pembangunan Sarawak , Malaya berjanji untuk menyediakan dana yang
mencukupi untuk memastikan perkembangan pesat Sarawak.

(b) Menurut cadangan dalam perenggan 217 Laporan Suruhanjaya

Cobbold untuk memastikan Sarawak , sama ada sekarang atau pada masa akan datang mempunyai
pendapatan yang mencukupi untuk membiayai pembangunan.

(c) Sistem cukai akan beransur-ansur meningkat kepada tahap yang sama dengan Malaya.

Perkara 13 – Kedudukan Istimewa Penduduk Asli

Pada dasarnya, kaum pribumi Borneo (Sarawak) harus menikmati hak istimewa sejajar dengan apa
yang dinikmati oleh Melayu di Malaya.

Perkara 14 – KERAJAAN PERSEKUTUAN

(a) Di bawah terma Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ke 13 , Sarawak mesti mempunyai
perwakilan maksimum di Parlimen persekutuan, kedua-dua di Dewan Negara atau Dewan Rakyat.

(b) Mesti mempunyai perwakilan yang mencukupi di jabatan-jabatan Kabinet, daripada untuk
pegawai peringkat tinggi sehingga rendah untuk memastikan Sarawak dalam perwakilan dan
perlindungan dalam hak-hak Sarawak.

Perkara 15 – KERAJAAN SARAWAK


(a) Ketua Negeri bagi Sarawak Menteri sepatutnya dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Mesyuarat
Negara.

(b) Harus menubuhkan sebuah Jawatankuasa atau sistem yang sama dalam bentuk istilah, supaya
ahli Majlis Tertinggi ( kabinet ) untuk melaksanakan tugas-tugas khas.

Perkara 16 – TEMPOH PERALIHAN

Selama tiga sehingga lima tahun dan dalam tempoh itu, kuasa perundangan hendaklah dipegang
olehkerajaan Sarawak melalui perlembagaan bukan diwakili kepada

kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.

Perkara 17 – JAMINAN PERLEMBAGAAN

Tidak ada pindaan, perubahan, penarikan sebarang jaminan istimewa yang diberi kepada Sarawak
oleh kerajaan Persekutuan tanpa persetujuan positif kerajaan negeri yang berkaitan.

Perkara 18 -TANAH, PERHUTANAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN

Peruntukan dalam kerajaan Persekutuan bersangkutan dengan Kuasa Majlis Tanah Negara tidak
boleh diguna pakai bagi Sarawak. Begitu juga dengan Majlis Kerajaan Tempatan Negara hendaklah
tidak boleh diguna pakai di Sarawak.
Perjanjian 20 Perkara Sabah

Perkara 1: Agama

Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi
agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai
agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo
Utara.

Perkara 2: Bahasa

 Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan

 Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Malaysia

 Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan
berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

Perkara 3: Perlembagaan

Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk


Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh
pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah
perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam
keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat
diperlukan.

Perkara 4: Ketua Persekutuan

Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

Perkara 5: Nama Persekutuan

"Malaysia" bukan "Melayu Raya".

Perkara 6: Imigresen

Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di
bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan
persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam
Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan
sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang,
kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia
di Borneo Utara.

Perkara 7: Hak Menarik Diri

Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.
Perkara 8: Borneonisasi

Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara
seharusnya diwujudkan secepat mungkin.

Perkara 9: Pegawai-pegawai British

Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan
perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh
orang-orang tempatan yang berkelayakan.

Perkara 10: Kewarganegaraan

Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya
menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :

 Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5
tahun

 Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya


menyatakan "7 daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun"

 Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan


kewarganegaraan ibu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia
semestinya menjadi warganegara persekutuan.

Perkara 11: Cukai dan kewangan

Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai
sendiri.

Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara

Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang
diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak
semestinya digunapakai oleh Borneo Utara.

Perkara 13: Kerajaan Negeri

Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya
mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.

Perkara 14: Jangkamasa Peralihan

Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan
Borneo Utara mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.

Perkara 15: Pelajaran

Sistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus
diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.
Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan

Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat
kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan
kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan

Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada
keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah
perwakilan dari Singapura.

Perkara 18: Nama Ketua Negeri

Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Perkara 19: Nama Negeri

Sabah.

Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain

Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus
melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus
melibatkan Borneo Utara.
http://s4sarawakian.com/en/2016/08/13/perjanjian-18-sarawak/

http://www.sabahsarawakmerdeka.com/p/memorandum-18-20-perkara-perkara-1.html

You might also like