Seminar Kebangsaan Tadbir Urus Kemudahan Kediaman Pelajar 2008 12 – 14 November 2008, Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis
39
bentuk program dalam pelbagai peringkat pengajian di pelbagai fakulti yang meliputipelbagai disiplin bidang pengajian (UiTM, 2008)Sejarah penubuhan UiTM bukan hanya berada di negeri Selangor sahaja,ianya turut melibatkan pembinaan kampus cawangan di setiap negeri secaraberperingkat-peringkat. Jadual 1 menunjukkan jumlah bilangan pelajar di setiapkampus negeri UiTM di seluruh negara, tahun penubuhan kampus, bilangan dankapasiti yang boleh ditampung oleh kemudahan kediaman di kampus tersebut.
Jadual 1: Maklumat penubuhan dan bilangan pelajar di kampus UiTM negeri.
Bil. Nama Kampus Bilangan pelajarkeseluruhan(orang)TahunberoperasiBilanganKolejKediaman(buah)KapasitiKemudahankediaman(orang)
1. UiTM Sabah 2600 1973 2 20002. UiTM Sarawak 5100 1973 3 42003. UiTM Perlis 7000 1974 14 65004. UiTM Kedah 4,000 1997 3 33005. UiTM Pulau Pinang 6,000 1996 3 30006. UiTM Perak 9,500 1985 4 72007. UiTM Negeri Sembilan 400 1999 1 4008. UiTM Melaka 8,000 1984 17 55009. UiTM Johor 6,000 1983 2 440010. UiTM Pahang 4500 1985 3 450011. UiTM Terengganu 6400 1975 7 480012. UiTM Kelantan 4100 1985 4 3400
Sejarah kemudahan kediaman pelajar di UiTM
Dalam tempoh hampir 52 tahun, proses transformasi dari Dewan LatehanRIDA kepada UiTM turut mempengaruhi sejarah dan perkembangan kemudahankediaman pelajar di UiTM. Bermula dengan penyewaan bangunan diluar kampusdemi untuk menyediakan kemudahan kediaman sehinggalah pembinaankemudahan kediaman di dalam kampus. Kemudahan kediaman pelajar yangpertama merupakan bangunan awam yang disewa iaitu kemudahan kediamanpelajar lelaki di bangunan Petaling Tin di Petaling Garden, Petaling Jaya; manakalakediaman pelajar perempuan di bangunan kompleks Jalan Bangsar. Apabila DewanLatehan RIDA bertukar kepada Maktab MARA, maka bilangan pengambilan pelajarturut meningkat sehingga satu lagi bangunan terpaksa disewa iaitu Bangunan”Happy Mansion” yang diletak di Seksyen 17, Petaling Jaya (Wan Zawiyah danFairus, 2006).Apabila Maktab MARA bertukar kepada Institut Teknologi MARA (ITM) dankemudian berpindah daripada Jalan Othman, Petaling Jaya ke Seksyen 1, ShahAlam maka bermulalah pembinaan kemudahan kediaman pelajar di dalam kampusdengan pembinaan pertama melibatkan Kolej kediaman Cempaka dan Kolejkediaman Kenanga. Namun, bilangan kemudahan kediaman yang terhad di dalamkampus, menyebabkan pengurusan universiti turut membeli kediaman awam untukdijadikan kemudahan kediaman pelajar iaitu rumah pangsa di Sg. Renggam danrumah teres di Seksyen 2, Shah Alam.Pada hari ini, jumlah kemudahan kediaman pelajar semakin bertambahseiring dengan peningkatan bilangan pelajar pengajian sepenuh masa yang