You are on page 1of 9

CABARAN DALAM MEMUPUK HUBUNGAN ETNIK

1. Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang amat beruntung kerana didiami oleh pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai budaya,agama dan kesenian yang pelbagai dan unik. Di samping itu, Malaysia juga telah menjadi salah satu negara yang maju walaupun baru mencecah separuh abad usia kemerdekaan. Ini mampu dicapai dengan wujudnya perpaduan dan adanya hubungan yang baik antara semua etnik yang ada. Hubunga ini telah terbentuk sejak dahulu lagi dimana kita telah melihat bahawa kemerdekaan kit a sendiri berjaya dicapai dengan adanya perpaduan dan tolak ansur antara semua etnik. Kecemerlangan ini telah berlanjutan dengan membolehkan Malaysia terus bangun dari peralihan zaman sehingga kini telah mencapai status negara membangun yang mana semakin menghampiri kepada taraf status negara maju. Dengan adanya perpaduan dan hubungan yang baik ini, pelbagai kejayaan telah dicapai. Dengan kepesatan kemajuan dan pembangunan, peningkatan pencapaian ekonomi, kemanan dan keharmonian yang mana bertunjangkan perp aduan etnik telah membawa Malaysia jauh lebih maju dihadapan berbanding negara -negara serantau yang juga mempunyai etnik yang berbilang kaum. Menjadi satu kebiasaan mendengar pujian dan kekaguman pelancong asing dan orang luar terhadap keharmonian dan hubungan antara etnik-etnik di Malaysia dimana setiap orang tanpa mengira kaum,agama,warna kulit dan budaya dapat duduk semeja tanpa merasa terancam dari segala segi. Dengan keamanan inilah kita menjadi sebuah negara bangsa yang berjaya dan dikagumi.

Namun begitu, masih terdapat keluhan dari berberapa pihak yang menimbulkan isu tentang hubungan etnik. Yang pertama ialah golongan yang pernah melalui era perpaduan dalam masyarakat dimana mereka membesar, bermain, belajar, dan berkongsi sejarah dalam masyarak at majmuk dengan kepelbagaian etnik, budaya, dan agama. Golongan ini sering membuat perbandingan antara masyarakat sekarang dengan masyarakat dulu dimana pada mata mereka masyarakat sekarang seperti sudah hilang perpaduan. Mereka berpendapat hubungan etnik pada zaman sekarang ini tidak lagi semurni zaman dahulu kerana telah dikotori oleh politik . Politik zaman sekarang tidak lagi benar -benar memperjuangkan hak kepentingan rakyat namun lebih kepada mementingkan ahli politik itu sendiri. Masalah inilah telah menimbulkan kepincangan dalam hubungan antara etnik dimana yang menerima akibat dan dipermainkan oleh mainan politik. Keluhan itu juga datangnya daripada golongan yang melihat hubungan etnik sebagai sesuatu yang tidak relevan. Mereka hanya melihat kepentin gan sendiri, sama ada individu ataupun kelompok dalam segi ekonomi atau politik pada masa sekarang atau masa depan sebagai sesuatu yang lebih penting. Usaha mencapai perpaduan yang dijalankan dilihat sebagai boleh melemahkan secara sengaja atau tidak kepentingan dan kedudukan mereka yang selalunya sangat fokus, kepada etnisiti, bahasa, budaya, ekonomi, serta politik. Mereka melihat perpaduan dan toleransi ini sesuatu yang melemahkan kedudukan mereka dari segala segi dimana menunjukkan seolah-olah mereka tidak mempercayai konsep kesaksamaan. Perkara-perkara inilah yang akan menjadi duri dalam daging dalam keamanaan dan keharmonian hubungan etnik di negara kita.

2. Cabaran yang dihadapi dalam hubungan etnik. Di sebalik kejayaan kita dalam membentuk perpadu an dan hubungan yang baik dikalangan etnik yang menjadi rakyat Malaysia, masih terdapat sedikit kepincangan dalam pembentukan dan pemeliharaan hubungan ini. Keharmonian hubungan etnik masih perlu ditekankan kerana terdapat ancaman yang boleh menjejaskan hu bungan antara entnik dan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Terdapat berberapa faktor yang menimbulkan konflik dan ancaman dalam masyarakat kita. Faktor yang pertama ialah perbezaan unsur kebudayaan. Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat ini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka sendri yang menjadi identiti mereka. Namun begitu, elemen ini akan menjadi ancaman jika sensitivitinya disentuh dan dipersoalkan. Faktor yang kedua ialah dari segi jarak sosial yang wujud akibat kurangnya interaksi. Faktor ini timbul akibat kekangan bahasa yang membataskan interaksi bangsa yang berlainan bahasa. Ini wujud bukan sahaja kerana tidak memahami bahasa lain, ia juga boleh menimbulkan salah sangka kerana kita tidak memah ami apa yang diperkatakan. Faktor yang seterusnya ialah perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan yang juga telah mengakibatkan kurangnya interaksi antara kaum. Ini berlaku apabila tempat tinggal dan pekerjaan adalah mengikut kaum dimana percaya atau tidak pe rkara ini masih lagi wujud. Faktor keempat ialah wujudnya kekeliruan dan kesamaran tentang sesuatu isu dalam negara. Ini boleh menimbulkan salah faham jika kerajaan tidak mengambil langkah segera untuk menerangkan sasuatu isu. Ini bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang ini untuk mencemari minda dan pemikiran rakyat dan masyarakat. Faktor kelima ialah keengganan membuka dunia sosial kepada masyarakat lain.mereka merasakan identiti bangsa mereka akan tercemar jika memberi ruang kepada kaum lain dalam budaya mereka. Faktor terakhir ialah dominisi kaum dalam sesuatu bidang sama ada dari segi politik,perniagaan atau pembangunan. Setiap kaum akan cuba untuk mengekalkan dominasi mereka dalam bidang mereka dan ini akan menyebabkan kaum lain tidak dapat memecah masuk kedalam bidang tersebut. Dengan adanya konflik seperti diatas, maka usaha untuk mengekalkan dan mengukuhkan hubungan etnik perlu diteruskan. Namun begitu, usaha ini tidak mudah kerana adanya cabaran-cabaran yang menjadi kekangan dan kepincangan yang nyata.

Terdapat lima cabaran utama yang menjadi duri dalam daging yang boleh menjadikan usaha memupuk hubungan etnik menjadi sukar. Walaupun cabaran ini mungkin nampak kecil dan sepertinya tidak mengganggu gugat keharmonian Negara, namun ia masih menjadi api dlam sekam yang mungkin secara sedikit demi sedikit menghakis keamanan dan keharmonian hubungan antar etnik -etnik di Malaysia. 2.1 Cabaran dari segi politik

Dunia politik sememangnya penuh kontroversi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan. Parti -parti politik wujud demi mempertahankan dan memperjuangkan hak rakyat dan demi Negara namun begitu pada zaman sekarang , seb enarnya perkara ini tidak wujud dan jika benar-benar ada sekalipun, amatlah jarang dan susah ditemui. Cabaran timbul kerana setiap kaum diwakili oleh parti politik sendiri yang bertujuan untuk memelihara hak kaum, meperjuangkan nasib dan menyuarakan pendapat mereka. Namun begitu, terdapat pemimpin yang bermain taktir kotor dengan menghasut, meracuni pemikiran rakyat dan mengapi -apikan sentiment perkauman demi kepentingan mereka sendiri. Hal ini menyebabkan setiap kaum seolah-olah berdendam,bersangka buruk d an tidak mahu berbaik-baik akibat termakan hasutan mereka. Cabaran juga timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinya sudah semestinya mempunyai corak kepimpinanya sendiri. Mereka hanya akan berburuk snagka dan sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan kepincangan kepimpinan. Setiap individu mempuyai pegangan dan prinsip mereka sendiri dan setiap parti dan pemimpin mempunyai agenda mereka sendiri, namun begitu terdapat juga parti yang memelihara dan mementingkan perpaduan namun kebanyakan etnik memilih untuk menyokong parti etnik mereka sahaja.

2.2

Cabaran dari segi ekonomi

Ekonomi merupakan nadi bagi sesebuah negara dan menjadi penggerak utama kemajuan. Jika kita lihat, sistem ekonomi kita sejak kita mencapai kemerdekaan adalah tidak stabil dan sama. Cabaran dari segi ekonomi yang pertama ialah perbezaan dari segi pekerjaan. Perbezaan pekerjaan ini sebenarnya wujud akibat dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh kerajaan British semasa mereka memerintah di tanah Melayu. Kerajaan British telah memisahkan kaum-kaum di tanah Melayu mengikut pekerjaan dan tempat tinggal mereka. Kaum Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan kampong dan luar Bandar sebagai petani atau nelayan, o rang india kebanyakan menjadi buruh di estet-estet dan lading-ladang manakala orang cina pula berada di Bandar sebagai pelombong dan peniaga. Ini telah menwujudkan perasaan curiga antara kaum dan telah menwujudkan jurang ekonomi antara kaum serta polarisas i antara kaum. Akibat dari dasar itu masih lagi dapat dilihat pada masa sekarang dimana sector perniagaan masih lagi di dominasi oleh orang cina dan kebanyakan orang India masih lagi tinggal di lading -ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial kerana mereka hanya dapat meluangkan banyak masa ditempat kerja dengan berkomunikasi dengan rakan sekerja. Jika rakan sekerja terdiri dari kaum sama, maka interaksi dan komunikasi mereka berada dalam lingkungan kaum yang sama. Ini menyebabkan perasaan perkauman dan kurangnya hubungan semakin menebal. Cabaran kedua dari aspek ekonomi ialah wujudnya dominasi kaum dalam satu-satu bidang tertentu yang menyebabkan kaum lain tidak dapat menyelit masuk ke dalam bidang tersebut kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Sebagai contoh, seperti yang kita tahu, bidang perniagaan telah di dominasi oleh kaum cina sejak dahulu lagi. Dan sehingga sekarang, masyarakat cina masih lagi mendominasi sektor tersebu t walaupun mereka digalakkan untuk menceburkan bidang lain seperti polis dan perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor penjawat awam namun tidak beitu mendapat sambutan. Rujuk lampiran 1. Mereka yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka. (Dr. Ridhuan Tee, 2009).

Di Semenanjung Malaysia, Bumiputera memiliki 32.3 peratus daripada jumlah pertubuhan perdagangan runcit, ma nakala kaum Cina sebanyak 60.8 peratus dan kaum India sebanyak 6.3 peratus. Di Sabah dan Sarawak, pemilikan Bumiputera adalah lebih rendah iaitu 17.4 peratus dan kaum Cina adalah 79.3 peratus. Bagi pertubuhan perdagangan borong, pemili -kan kaum Cina adalah jauh lebih tinggi. Di Semenanjung Malaysia, kaum Cina memiliki 85.2 peratus daripada jumlah pertubuhan perdagangan borong berbanding dengan 10.2 peratus Bumiputera dan 2.9 peratus kaum India. Bagi Sabah dan Sarawak pula, pemilikan kaum Cina adalah 94.5 peratus dan Bumiputera sebanyak 3.8 p eratus.Kaum melayu pula kekal engan sektor pertanian,penjawat awam manakala kaum india juga masih lagi di estet dan penjawat awam. Keadaan ini telah menyebabkan ketidak seimbangan pendapatan dan wujudnya jurang ekonomi ya ng besar dalam kalangan kaum. Walaupun kerajaan telah menjalankan dasar -dasar, DEB dan RMK, kerajaan hanya mampu mengurangkan jurang ini dan bukannya menghapuskannya.ini menyukarkan pembentukan hubungan etnik lantaran wujudnya jurang-jurang ini kerana tida k ada percampuran antara masyarakat yang berlainan taraf memandangkan mereka terpisah dari dunia masing -masing. Golongan yang berpendapatan lebih tinggi pastilah tinggal di kawasan elit dan mewah dan sekali gus memisahkan mereka dari golongan yang lain. Disamping wujudnya jurang ini, semua etnik berusaha untuk mengaut keuntungan secara maksimum dari apa yang telah tersedia. Masing -masing mementingkan etnik sendiri terlebih dahulu dalam mengejar kekukuhan tapak dalam sektor ekonomi. Ini dapat dilihat dalam sektor awam sendiri. Rujuk lampiran 2. Selain itu, dalam perniagaan, etnik dan kaum sendiri diberikan peluang dan bukannya dari etnik lain. Seperti terjadinya satu kes baru -baru ini dimana seorang Melayu telah berkunjung ke sebuah restoran iaitu Old Town w hite coffe untuk memohon membuka francais restoran itu. Namun maklum balas yang diterima ialah pihak Old Town tidak memberi peluang ini untuk orang Melayu Islam. Ini jelas menunjukkan terdapatnya unsur mementingkan kaum sendiri dalam membuka peluang perniagaan. Begitu juga dalam member peluang pekerjaan dimana kebanyakannya memilih pekerja dari bangsa sendiri untuk diambil bekerja. Ini bukan sahaja menghalang pembentukan dinamika ekonomi, ia juga akan menggagalkan usaha untuk memupuk hubungan etnik.

2.3

Cabaran dari segi sosial

Dari segi juga terdapat cabaran yang menjadikan usaha pemupukan hubungan etnik menjadi pincang. Ini berlaku apabila kurangnya percampuran dan interaksi sosial antara kaum. Apabila perkara ini berlaku, tidak akan timbul rasa kepercayaan dan kekitaan dalam diri setiap kaum dan etnik. Apabila tiada kepercayaan maka satu hubungan yang baik tidal mungkin dapat dibentuk. Kekurangan ini terhasil daripada pemisahan yang berlaku.

2.3.1 Pemisahan dari segi fizikal.

Pemisahan fizikal ini berlaku pada asasnya akibat keadaan geografi yang memisahkan etnik. Kedudukan yang jauh terpisah telah Ini di tambah lagi oleh dasar pecah dan perintah yang mengasingkan pemerintahan dan penempatan dimana orang melayu berada diluar Bandar untuk menjalankan kegiatan ekonomi bertani dan ke laut. Orang India pula berada di estet dan ladang untuk bekerja disana sedangkan orang cina berada di Bandar untuk melombong dan menjalankan perniagaan. Untuk menyempurnakan dasar ini, British telah menyediakan segala kelengkapan termas uk system pendidikan di tempat yang diasingkan ini. Akibat pemisahan ini, bukan sahaja merenggangkan hubungan dan interaksi,tetapi juga menguatkan lagi etnosentrisme dan menimbulkan prasangka antara kaum.

2.3.2 Pemisahan dari segi pendidikan

Pemisahan ini berlaku pada asalnya apabila kerajaan british memperkenalkan sistem sekolah vernakular iaitu sekolah mengikut bahasa ibunda masing -masing dalam menjalankan P&P. Terdapat 3 jenis sekolah vernakulaar iaitu mengikut kaum, Melayu, Cina dan Tamil. Sekolah Tamil ditubuhkan di kawasan estet memandangkan kaum India mendiami kawasan estet. Setiap kaum lebih suka menghantar anak anak ke sekolah kaum etnik masing-masing yang mana menyebabkan

perpaduan melalui pendidikan tidak dapat dijalankan. Ini akan melahirkan generasi yang tiada semangat perpaduan yang utuh. Ini kerana mereka hanya berinteraksi dalam kalangan mereka ketika disekolah. Kekurangan interaksi ini akan meghalang mereka menenali bangsa-bangsa lain dan membina kepercayaan terhadap kaum lain.

2.3.3 Pemisahan dari segi agama dan budaya

Faktor ini merupakan faktor yang tidak dapat dielakkan kerana semua kaum mempunyai kepercayaan,budaya dan agama mereka yang tersendiri. Setiap kaum mempunyai semangat yang menebal terhadap kebudayaan mereka dan bahasa mereka. Mereka hanya ingin menggunakan bahasa mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka kerana beranggapan jika terdapat yang lain selain bangsa mereka. Identity bangsa mereka akan hilang dan tiada lagi keistimewaannya. Disamping itu,terdapat juga juga batasan d an peraturan sosial yang perlu diambil kira kerana perbezaan budaya. Ini kerana apabila terdapatnya perbezaan ini, kita tidak tahu apa yang diperkatakan dan apa yang menjadi dalam kalangan bangsa lain. Masalah bahasa ini juga menunjukkan akan kurangnya in teraksi dimana pelajar tidak bnyak bergaul dan bersaidIni menunjukkan wujud

2.3.4 Kontrak sosial Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Kontrak ini diwujudkan idengan tujunan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri ata u kelompok masing masing. Ia juga bagi memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing -masing.

Kontrak ini juga akan memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun temurun kerana persetujuan dianggap memenuh i kepentingan yang berpanjangan dan mesti kekal selama-lamanya demi keamanan dan kemakmiran negara. Ia juga memastikan memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan dan seterusnya akan menimbulkan isu yang dapat menggugat hubunga n yang terbina. Antara isi kandungan kontrak ini ialah yang pertama, Orang Melayu akan menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara dimana seperti yang dicadangkan oleh prinsip Jus Soli dan o rang Cina dan India harus mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan. Mereka juga harus mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan serta kedaulatan Raja Raja Melayu. Orang Cina dan India juga mesti mengiktiraf dan menerima h ak keistimewaan pertuanan orang Melayu.

You might also like