You are on page 1of 6

TAJUK : PENCEMARAN UDARA DAN JEREBU a) Bezakan konsep pencemaran udara dengan jerebu.

[ 6 Markah ]

Perbezaan konsep pencemaran udara dengan jerebu adalah seperti berikut: Pencemaran Udara (Air Pollution)
Konsep : Pencemaran udara bolehlah didefinasikan sebagai kehadiran satu atau lebih daripada bahan cemar (Pollutions) seperti gasgas, bahan berbau,habuk,zarah,debu dan sebagainya di dalam atmosfera. Ia boleh mengubah kuantiti,kualiti dan sifat semulajadi atmosfera dan akhirnya boleh memberikan kesan negatif samada kepada manusia,tumbuhan,binatang serta persekitaran fizikal sesuatu kawasan.

Jerebu (Haze)
Konsep : Jerebu (Haze) pula boleh ditakrifkan sebagai Partikel-partikel terampai(PM10) di dalam keadaan udara kering dengan kepekatan yang tinggi.. Partikel terampai (Partikulat) ini terbentuk di dalam keadaan cuaca kering (Dry Air) dan udaranya yang stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera sesuatu kawasan. Partikel-partikel ini boleh menyerak dan menyerap cahaya matahari, lantas menyebabkan keadaan sekelilingnya menjadi kabur dan kurang jelas. Proses penyerakan dan penyerapan cahaya matahari oleh partikulatpartikulat terampai ini dinamakan sebagai Serakan Mie (Mie Scattering) dan ianya boleh mengurangkan jarak penglihatan. Kandungan . Partikulat terampai (PM10) (disebut PM ten). Partikulat terampai ini adalah zarah-zarah pepejal yang amat halus dan ringan sifatnya bersaiz kurang daripada 10 mikrometer serta boleh terapung dalam udara dalam tempoh waktu yang lama. Ia terdiri daripada : 1. Debu halus seperti debu tanah, 2. Habuk gergaji dan simen, 3. Asap dan jelaga hasil pembakaran/kebakaran hutan, kawasan pertanian dan dari tapak pelupusan sampah. 4.Debu gunung berapi dan lain- lain yang mudah terapung dalam udara kering.

Kandungan : Bahan pencemar udara (Pollutions) boleh dibahagikan kepada tujuh kumpulan utama seperti berikut: 1. Zarah (Particulate matter) 2. Sulfur Oksida 3. Nitrogen oksida 4. Sebatian-sebatian organik. 5. Karbon monoksida dan karbon dioksida. 6. Hidrokarbon 7. Sebatian radioaktif.

b) Jelaskan faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu [ 10 Markah] Pencemaran udara dan jerebu disebabkan oleh kombinasi faktor fizikal dan aktiviti manusia seperti berikut:
1. Kebakaran hutan akibat cuaca panas El Nino. Kebakaran hutan akan melepaskan berbagai jenis partikulat terampai di dalam udara seperti asap, habuk,jelaga disamping gas-gas pencemar termasuklah karbon dioksida serta karbon monoksida. Kuantiti zarah terampai yang dilepaskan biasanya banyak kerana kebakaran jenis ini tidak lengkap yang akan menghasilkan hasil sampingan seperti karbon dan abu. Contohnya fenomena jerebu yang melanda Asia Tenggara pada tahun 1997 hingga 1998 adalah disebabkan oleh cuaca panas El-Nino yang menyebabkan kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Walaupun sumber kebakaran hutan itu berlaku di Indonesia tetapi hasilannya telah tersebar hampir ke seluruh Asia Tenggara termasuklah Malaysia, Singapura dan Berunai. Hal ini kerana angin selatan dan tenggara yang bertiup pada masa tersebut dari arah Sumatera dan Kalimantan telah membawa dan menyebarkan bersama-samanya debu dan abu kebakaran hutan khususnya ke Semenanjung dan Serawak serta Sabah. 2. Letusan Gunung Berapi. letusan gunung berapi juga secara semulajadinya boleh menyumbangkan kepada fenomena jerebu kerana ia turut mengeluarkan bahan-bahan pencemaran dan gas serta debu dalam kepekatan yang tinggi. Tenaga dari letupan gunung berapi tersebut mencukupi untuk debu dan gas dilepaskan sehingga lebih daripada 30 km tingginya di dalam ruang atmosfera. Contohnya, letupan Gunung Berapi Pinatubo di Pulau Luzon Filipina pada 4 jun 1991 telah menyebabkan hampir seminggu kepulauan Asia Tenggara dilanda cuaca jerebu. Letupan Pinatubo dianggap sebagai letupan terkuat di abad ini. Gas yang paling banyak dikeluarkan ialah sulfur. Kepulan asap yang tebal yang dipenuhi dengan abu dan debu naik hingga melebihi 18,000 meter. Langit menjadi gelap dan cuaca sekitar seolah-olah bertukar menjadi malam diselaputi berjuta-juta tan abu dan debu. Debu-debu yang berterbangan itu pula disebarkan oleh sistem angin timuran hinggalah sampai ke Malaysia. 3. Perlepasan asap dari industri/kilang dan stesyen janakuasa. Stesyen-stesyen janakuasa elektrik dan industri yang menggunakan minyak dan arang batu sebagai bahan apinya didapati telah melepaskan pelbagai gas pencemar khususnya karbn dioksida, karbn monoksida dan nitrus oksida. Ia berpunca daripada sistem pembakaran yang tidak lengkap. Selain daripada itu bahanbahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri tertentu seperti industri petrokimia serta industri kuari.

4.

Perlepasan asap dari kenderaan. Ia dikenali sebagai sumber bergerak. Meliputi sumber kenderaan bermotor yang merupakan sumber utama pencemaran udara di dalam kawasan bandar. Ekzos kereta-motor ini mengeluarkan bahan-bahan pencemar seperti karbon monoksida,karbon dioksida,plumbun dan hidrokarbon-hidrokarbon hasil pembakaran bahan apinya yang tidak lengkap terutama sekali minyak disel dan petrol berplumbum.

5. Amalan pembakaran terbuka. Sumbangan pembakaran secara terbuka juga tidak kurang hebatnya kepada permasalahan pencemaran udara dan jerebu ini. Aktiviti pembakaran terbuka dilakukan di tapak pelupusan sampah, di tapak-tapak pertanian dan juga pembakaran sekam padi, habuk kayu dan sebagainya. Kegiatan pembakaran terbuka ini memudaratkan lagi permasalahan pencemaran udara dan jerebu kerana ia turut melepaskan asap, jelaga, habuk dan juga pelbagai jenis gas pencemar udara.

c)

Jelaskan bagaimana fenomena jerebu terhasil

[ 6 Markah ]

Fenomena jerebu terhasil melalui proses-proses berikut: 1.


Pengumpulan partikel terampai (PM10) di dalam udara seperti debu, habuk, asap, jelaga dan lain-lain akibat pembakaran terbuka, asap kilang, kenderaan, kebakaran hutan, letusan gunung berapi dan lain-lain. Partikel-partikel tersebut akan berkumpul dalam keadaan udara kering (dry air). Iaitu kelembapan udara kurang daripada 95% Proses serapan dan serakan. Partikel-partikel tersebut seterusnya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari sehingga menyebabkan pandangan menjadi kabur dan jarak penglihatan terhad. Proses penyerakan cahaya matahari oleh partikel-partikel terampai ini dinamakan sebagai Serakan Mie (Mie Scattering). Selain itu partikel-partikel ini juga menyerap wap-wap air dalam atmosfera. Proses sebaran oleh tiupan angin. Seterusnya partikel yang terkumpul seperti debu dan asap akan disebarkan oleh angin ke kawasan lain. Misalnya kejadian jerebu di Asia Tenggara pada tahun 1998. Walaupun sumber jerebu terbentuk hasil daripada kebakaran hutan di Indonesia, tetapi hasilan jerebu telah tersebar hampir ke seluruh Asia Tenggara termasuklah Malaysia, disebabkan oleh angin selatan dan tenggara yang bertiup pada masa tersebut dari arah Sumatera dan Kalimantan ke negara lain. Fenomena ini dinamakan sebagai jerebu merentas sempadan.

2.

3.

d) Jelaskan kesan pencemaran udara dan jerebu ke atas alam sekitar manusia. [ 8 Markah ] Di antara kesan pencemaran udara dan jerebu ke atas alam sekitar manusia ialah:
1. Gangguan kesihatan . Daripada segi kesihatan manusia, kesan yang paling besar ialah ke atas sistem pernafasan. Ini kerana dianggarkan hampir 50% partikulat terampai yang bersaiz 0.01 hingga 0.1 mikrometer boleh menembusi sistem penapisan pernafasan dan didepositkan di dalam paru-paru. Jika ini berlaku kerosakan ke atas organ pernafasan akan terjadi dan amat berisiko tinggi bagi orang yang mengidap penyakit astma (lelah), sakit kerongkong,nemomia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Partikulat terampai/zarah halus ini boleh memberikan kesan toksik melalui salah satu atau lebih daripada cara-cara berikut: Kajian-kajian saintifik juga telah menunjukkan beberapa komponen di dalam jerebu boleh membawa pelbagai jenis penyakit kepada manusia. Secara ringkasnya lihat jadual di sebelah:

Jadual: Kesan Setiap Komponen Utama Dalam Jerebu Ke Atas Kesihatan Manusia.

Komponen Utama Jerebu


Karbon Monoksida

Kesannya Ke Atas Kesihatan Manusia


Melemahkan pengecutan jantung serta merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah. Mengurangkan keupayaan beriadah dan memberhaya bagi pengidap sakit jantung yang kronik. Meruncingkan lagi masalah penyakit yang sedia ada terutamanya bronkitis. Menggangu saluran pernafasan pengidap penyakit asma dan batuk. Merangsang hidung dan tekak terutamanya yang mengidap asma. Meningkatkan jangkitan penyakit melalui udara. Merosakkan sistem saraf dan otak. Meruncingkan penyakit paru-paru dan jantung, mengubah ketahanan badan melawan bahan yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru terutamanya yang berpenyakit jantung dan paru-paru yang kronik.

Sulfur Dioksida Nitrogen Dioksida Plumbum Partikulat terampai

2. Mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponenkomponen yang ada di dalam jerebu berupaya untuk menyerap dan menyerak cahaya matahari yang dikenali sebagai serakan MIE. Jarak penglihatan bergantung kepada kebolehan mata untuk melihat objek atau mengenalinya kerana objek akan berada dalam keadaan yang berbeza pada latarbelakang yang berbeza. Ia juga bergantung kepada pemindahan haba dari atmosfera. Apabila sesuatu objek tidak dapat dibezakan dengan latarbelakangnya maka pandangan menjadi kabur. Keupayaan mata untuk melihat semakin berkurangan akibat halangan dari penyerapan dan penyerakan partikulat-partikulat yang terampai di dalam udara. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah yang besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan menggangu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat. Resiko kemalangan seperti kapalterbang dan kapal laut atau kenderaan di jalanraya menjadi semakin besar 3. Menjejaskan produktiviti sektor pertanian. Selain daripada mengurangkan jarak penglihatan jerebu juga telah memberikan kesan negatif kepada sektor pertanian. Selimut jerebu telah menghalang kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosistesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan,pendebungaan dan penghasilan buah berkurangan. Disamping itu zarah-zarah dalam jerebu juga mengandungi unsur-unsur yang boleh memusnahkan tumbuhan semulajadi seperti unsur fluorida. Kesihatan haiwan juga akan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarahzarah beracun. Ternakan seperti lembu,kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan. 4. Kejadian hujan asid. Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Hujan dianggap sebagai pembersih udara. Namun begitu hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Partikulat terampai terutamanya yang mengandungi unsur sulfur dan nitrogen boleh bertindak sebagai nukleus kondensasi untuk menarik wap-wap air yang ada di dalam udara bercantum dan membesar bersama-samanya turun sebagai hujan asid.

Hujan asid ini seterusnya boleh merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus menggangu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara. Daripada segi persekitaran manusia pula hujan asid boleh melunturkan warna bangunan, mempercepatkan pengkaratan dan menggangu kesihatan manusia. Zarah-zarah di dalam udara yang berjerebu boleh bergabung dengan zarahzarah yang lain yang boleh menghasilkan asidik sebagai penghakis warna bangunan. Bangunan akan menjadi pudar . Kerosakan bangunan akan berlaku dan terpaks dibaik-pulih. Ini memerlukan kos yang besar.

e) Jelaskan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan fenomena pencemaran udara dan jerebu. [ 10 Markah ]
Tiga langkah yang boleh diambil iaitu : 1. LANGKAH PERUNDANGAN

Akta : Di bawah Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996), terdapat pelbagai peraturan bagi mengawal pelepasan pencemar udara seperti : Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 , Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996),Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, Akta dan kawalan pembakaran terbuka dan lain-lain. Agensi Penguatkuasaan : Agensi pelaksana seperti Jabatan Alam Sekitar, Pihak berkuasa Tempatan (PBT) mestilah menjalankan rondaan dan pemantauan yang lebih kerap untuk mengawal aktiviti perlepasan asap. Hukuman : Seperti denda/kompaun, menyitar premis, membatalkan lesen operasi, penjara dll mengikut lunas undang-undang yang ada. LANGKAH PENGURUSAN STRATEGIK.

2.

Penggunaan petroleum tanpa plumbum. Perlepasan asap dari industri dan kenderaan biasanya dikawal dengan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Meninggikan serombong asap kilang dan memasang sistem penapis di dalam serombong tersebut supada kadar perlepasan asap dapat dikurangkan. Kawalan dari kenderaan juga dilakukan dengan cara mengawal pelepasan dari ekzos kenderaan. Kebanyakan kenderaan di seluruh dunia memasang pengubah bermangkin (catalytic converter) pada enjin kenderaan. Pemasangan pengubah bermangkin ini akan membolehkan sifat pencemar yang terhasil dari pembakaran bahanapi diubah sebelum ianya dilepaskan ke atmosfera. Penggunaan sumber tenaga gantian yang bersih dan mesra alam seperti tenaga elektrik hidro, tenaga solar, biomass, tenaga angin dan sebagainya bagi menggantikan sumber tenaga fosil yang terbukti mencemarkan alam sekitar. Melarang aktiviti pembakaran terbuka sebaliknya menggantikan dengan kaedah tebangreput. Setiap pembakaran yang dilakukan hendaklah diselenggara dengan baik dan terkawal. Sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa bagi mengetahui kesesuaian jika ingin melakukan pembakaran. Penghijauan persekitaran. Banyak menanam pokok pokok peneduh yang bertindak menyerap dan menapis bahan kotoran jerebu.

3.

KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR.

Kempen penjimatan tenaga seperti kempen Earth Hours. Mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Sekiranya tidak perlu, elakkan pembaziran tenaga. Penggunaan tenaga yang tidak cekap akan melepaskan lebih banyak bahan pencemaran udara dan jerebu ke udara. Kempen menggunakan sistem pengangkutan awam seperti LRT, ERL, Komuter dan juga kempen berkongsi kereta. Pendidikan alam sekitar menerusi matapelajaran Geografi di peringkat sekolah dan IPT.

You might also like