You are on page 1of 9

Model Kurikulum Tyler (1950) adalah berasaskan kepada objektif dan proses.

Di dalam bukunya Basic Principles of Curriculum and Instruction, Tyler memberi definisi kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan.

Menurut beliau, objektif pelajaran hendaklah merangkummi dua aspek yang berkaitan, iaitu :
Perkembangan tingkah laku kendiri pelajar, dan Isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajarn.

Tyler berpendapat bahawa dengan adanya pernyataan objektif pelajaran dalam sesuatu kurikulum, guru akan dapat merancang dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum itu. Maka tyler mencadangkan empat perkara yang utama harus dirangkumi dalam kurikulum sekolah, iaitu :
Perkara dan aktiviti yang harus dilakukan oleh guru. Topik dan konsep untuk setiap pelajaran hendaklah disenaraikan. Tingkah laku bersama dengan objektif perkembangannya hendaklah dinyatakan dalam setiap topik pelajaran. Objektif pelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk objektif eksplisit agar menjadi panduan guru untuk menghasilkan perubahan tingkah laku.

Berdasarkan huraian tersebut, Tyler mengusulkan suatu Model Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara berikut :
Matlamat pendidikan yang harus dicapai. Isi pelajaran yang berdasarkan objektifnya. Methodologi yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum berdasarkan objektif. Penilaian untuk mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Model Kurikulum Taba


Model kurikulum Taba (1945) adalah berlandaskan kepada Kurikulum Sekolah Dewey (1896-1904) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941) di USA. Di bawah kurikulum Sekolah Dewey, objektif pelajaran ditentukan berdasarkan falsafah pragmatisme yang mengandungi logik penyelesaian masalah melalui aktiviti inkuiripenemuan.

Selepas mengkaji Kurikulum Sekolah Dewey, Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941), menyeneraikan empat komponen utama berikut sebagai garis panduan untuk melaksanakan sesuatu kurikulum sekolah :
Pengenalpastian objektif-objektif kurikulum Penentuan kaedah dan strategi untuk mencapai objektif-objektif kurikulum. Organisasi kaedah dan strategi. Penilaian untuk pencapaian objektif

Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatkan pelajar sebagai objektifobjektif utama..

Masalah
Kurikulum berpusatkan kepada tujuan pendidikan ditentukan oleh penggubal kurikulum. Oleh yang demikian, kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid tidak berpeluang untuk mengesyorkan kandungan yang hendak dipelajari dan bagaimana untuk mempelajarinya. Objektif pengajaran yang berbentuk eksplisit membawa implikasi bahawa perubahan tingkahlaku semata-mata bersifat objektif, mekanikal dan boleh diukur. Secara praktikal, agak sukar untuk mengenalpasti impak satu-satu pengalaman pendidikan ke atas murid dalam masa yang singkat, iaitu sebaik sahaja tamatnya sesi pengajaran. Kadangkala, impak pengajaran hanya dapat dirasai setelah kita sudah tinggalkan bangku persekolahan.

You might also like