You are on page 1of 12

Tajuk : Tahap penguasaan pelajar Tingkatan Enam bagi mata pelajaran Pengajian Am dalam bahagian kenegaraan

1. Pengenalan 1.1 Keperluan menjalankan kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara bagi mata pelajaran Pengajian Am dalam bahagian Kenegaraan dengan melihat sejauhmana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam tajuk berkaitan Kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am. Kajian ini diharapkan dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk menguasai bahagian berkenaan. Selain itu, teknik dan strategi yang digunakan oleh guru akan semakin berkesan dan dapat menarik minat pelajar supaya lebih cepat memahami mata pelajaran Pengajian Am terutamanya bahagian kenegaraan. 1.2 Pernyataan masalah Dalam pembelajaran Pengajian Am, kebanyakan pelajar masih lagi menghadapi masalah dalam menguasai bahagian kenegaraan terutamanya subtopik kehakiman dimana, pelajar sukar untuk mengaitkan sesuatu fakta dengan perkembangan isu semasa tentang Kenegaraan. Masalah lain yang dihadapi ialah kepada guru itu sendiri dimana, terdapat guru yang tiada pengalaman untuk mengajar mata pelajaran Pengajian Am menyebabkan mereka kurang pendedahan dan pengetahuan dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, bahan bantu mengajar yang biasa digunakan kurang membantu para pelajar untuk memahami bahagian kenegaraan dengan baik dan berkesan. 1.3 Tujuan kajian Kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian P&P kepada pelajar dalam tajuk kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh

kebanyakan pelajar untuk menguasai tajuk berkenaan. Selain itu untuk meningkatkan keberkesanan teknik pengajaran dan strategi yang diambil oleh guru dalam penyampaian P&P untuk bahagian kenegaraan. 1.4 Soalan kajian
1.4.1 Sejauhmanakah keberkesanan penyampaian P&P kepada pelajar dalam tajuk

Kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am?


1.4.2 Apakah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar untuk menguasai

tajuk kenegaraan?
1.4.3 Apakah teknik dan strategi yang sesuai dan berkesan yang diambil oleh guru

dalam penyampaian P&P untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahagian Kenegaraan? 1.5 Hipotesis 1.5.1
1) 2)

Hipotesis kajian Pelajar akan dapat menguasai bahagian Kenegaraan dengan lebih baik dan berkesan disamping dapat mengingati fakta-fakta penting. Guru akan dapat mencari kaedah-kaedah yang berkesan dan mengadaptasikannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membantu neningkatkan pengetahuan dan kefahamam tentang mata pelajaran Pengajian Am terutamanya bahagian Kenegaraan.

1.2.1
1)

Definisi istilah Pelajar Tingkatan Enam Tingkatan Enam merupakan satu peringkat yang menjadi laluan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Mengikut perangkaan, bilangan pelajar Tingkatan Enam meningkat setiap tahun (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2006). Pada tahun 2008, seramai 180,630 orang pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2007 telah didaftarkan memasuki Tingkatan Enam di 765 buah sekolah menengah harian dan teknik di seluruh negara (Syuhada Choo, 2007). Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama dua tahun dan perlu melalui satu peperiksaan iaitu Sijil

Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebelum diterima masuk ke mana-mana universiti. Keadaan ini menunjukkan bahawa pengajian pra-universiti atau Tingkatan Enam semakin popular dalam kalangan pelajar pada masa kini.
2)

Pengajian Am Pengajian Am merupakan satu mata pelajaran wajib yang perlu diambil oleh setiap pelajar tingkatan enam tanpa mengira jurusan pengajian. Pencapaian dalam mata pelajaran ini merupakan prasyarat penting untuk dipertimbangkan memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Secara spesifiknya, Kertas 1 dalam mata pelajaran ini lebih menjurus kepada komponen sastera manakala Kertas 2 pula lebih berfokus kepada sains. Namun begitu, kebanyakan pelajar Tingkatan Enam tidak memperoleh skor yang tinggi dalam Pengajian Am (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007). Hal ini mungkin kerana Pengajian Am memerlukan penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang seperti Matematik, Sains, Geografi, Bahasa Melayu dan Sains Kemasyarakatan kerana ia melibatkan fakta-fakta penting yang perlu diingat.

3)

Kenegaraan Pengetahuan tentang kenegaraan Malaysia meliputi sistem pentadbiran dan perundangan Malaysia yang berasaskan perlembagaan negara. Kenegaraan Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pentadbiran dan perundangan. Dalam bahagian pentadbiran, isu yang dibincangkan meliputi sistem pantadbiran kerajaan Malaysia yang dilihat secara menyeluruh yang merangkumi struktur dan organisasi pentadbiran diperingkat persekutuan, negeri dan daerah serta peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh organisasi pentadbiran. Dalam bahagian perundangan membincangkan tentang sejarah perundangan di Malaysia, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sebagai badan penggubal undang-undang dan sistem kehakiman Malaysia. 1.2.1 Signifikan kajian

Kajian ini dibuat adalah kerana pencapaian pelajar tingkatan 6 dilihat semakin merosot dalam mata pelajaran Pengajian Am terutamanya dalam bahagian kenegaraan. Mata pelajaran pengajian Am merupakan subjek penting kerana apabila pelajar gagal dalam subjek ini, pelajar tersebut tidak dapat meneruskan pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi. Masalah yang dihadapi juga adalah berkaitan dengan guru yang kurang berpengalaman dan kepakaran dalam bidang kenegaraan menyebabkan kajian ini dijalankan bagi meningkatkan lagi pengetahuan guru tersebut. 1.2.2 Rumusan Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara bagi mata pelajaran Pengajian Am dalam bahagian Kenegaraan dengan melihat sejauhmana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam tajuk berkaitan Kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am. Kajian ini diharapkan dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk menguasai bahagian berkenaan. Selain itu, teknik dan strategi yang digunakan oleh guru akan semakin berkesan dan dapat menarik minat pelajar supaya lebih cepat memahami mata palajaran Pengajian Am terutamanya bahagian kenegaraan. Selain itu, pencapaian pelajar tingkatan 6 dilihat semakin merosot dalam mata pelajaran Pengajian Am terutamanya bahagian kenegaraan. Mata pelajaran pengajian Am merupakan subjek penting kerana apabila pelajar gagal dalam subjek ini, pelajar tersebut tidak dapat meneruskan pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi. Masalah yang dihadapi juga adalah berkaitan dengan guru yang kurang berpengalaman dan kepakaran dalam bidang kenegaraan menyebabkan kajian ini dijalankan bagi meningkatkan lagi pengetahuan guru tersebut. 2. Kajian literatur 2.1 Pengenalan

Kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian P&P kepada pelajar dalam tajuk kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar untuk menguasai tajuk berkenaan. Selain itu untuk meningkatkan keberkesanan teknik pengajaran dan strategi yang diambil oleh guru dalam penyampaian P&P untuk bahagian kenegaraan. 2.2 Latar belakang kajian Pengajian Am perupakan satu mata pelajaran wajib yang sangat penting kepada pelajar Tingkatan Enam di semua sekolah. Tujuan mewujudkan mata pelajaran ini adalah untuk adalah untuk mengembangkan dan meningkatkan kefahaman, kematangan berfikir, dan keberkesanan penyampaian dalam pelbagai bentuk komunikasi pada tahap posmenengah dan prauniversiti. Kajian ini juga menekankan kepada bahagian kenegaraan yang merangkumi sistem pentadbiran dan perundangan di Malaysia yang berasaskan perlembagaan negara. Dalam pentadbiran melihat kepada sistem pentadbiran kerajaan Malaysia secara keseluruhan termasuk struktur dan organisasi diperingkat persekutuan, negeri dan daerah, dan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh organisasi tersebut. Dalam bidang perundangan pula termasuklah sejarah perundangan negara, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan badan penggubal undang-undang, dan sistem kehakiman di Malaysia. Dalam format menjawab soalan Pengajian Am, soalan berbentuk aneka pilihan diberikan sebanyak 60 soalan selama dua jam merangkumi semua bahagian dalam mata pelajaran Pengjian Am bagi Kertas 1. 2.3 Kajian berkaitan
2.3.1 Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Hazimah Hj. Samin dan Dr.

Ramlee Mustapha (E-Pembelajaran: Sistem Kehakiman Di Malaysia, Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 7 Disember 2005. Putrajaya), menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar lebih cepat memahami tajuk berkaitan sistem kehakiman di Malaysia. Beliau telah

menggunakan perisian multimedia khusus untuk mata pelajaran pengajian Am dalam tajuk Sistem kehakiman bagi membantu pelajar meningkatkan pemahaman dalam tajuk berkenaan kerana beroeientasikan pembelajaran kendiri dan belajar mengikut rentak mereka sendiri. Perisian ini juga boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi sistem kahakiman di Malaysia dan dapat membantu guru-guru mata pelajaran Pengajian Am selain dapat mempelbagaikan kaedah P&P disamping menjadikannya sebagai bahan rujukan yang menarik bagi mendalami dan memahami keperluan pengetahuan semasa yang berkaitan dengan mata pelajaran ini.
2.3.2 Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Ishak Habeb Abu Bakar dan

Dariah

binti

Jawatin

(2007),

dalam

kajiannya

yang

bertajuk

Menggunakan kaedah kuiz bertulis dalam menguasai tajuk Badan Pentadbiran Dalam subjek pengajian Am Kertas 1 bagi kelas 6 Atas 2 dan 6 Atas 4. Kajian dijalankan dimana menggalakkan pelajar menggunakan kaedah kuiz bagi memudahkan mereka untuk mengingati fakta dan menarik minat mereka mempelajari tajuk itu. Hasil kajian menunjukkan bahawa, kaedah ini lebih sistematik dan boleh membantu mereka untuk memahami dan menguasai tajuk berkenaan tanpa perlu merujuk teks sepanjang masa. Selain itu, didapati bahawa kebanyakan soalan adalah berbentuk aplikasi dan pelajar hanya perlu memahami konsep dan fakta untuk memudahkan mereka menjawab soalan dalam bahagian pentadbiran. Para guru juga merasa lebih bersemangat untuk meneruskan kaedah ini kerana dapat membantu pelajar lebih bersemangat untuk belajar dan bersaing antara satu sama lain. 2.4 Rumusan Pengajian Am perupakan satu mata pelajaran wajib yang sangat penting kepada pelajar Tingkatan Enam di semua sekolah. Tujuan mewujudkan mata pelajaran ini adalah untuk adalah untuk mengembangkan dan meningkatkan kefahaman, kematangan berfikir, dan keberkesanan penyampaian dalam pelbagai bentuk komunikasi pada tahap posmenengah dan prauniversiti. Kajian ini juga menekankan kepada bahagian

kenegaraan yang merangkumi sistem pentadbiran dan perundangan di Malaysia yang berasaskan perlembagaan negara. 3 Metodologi 3.1 Pengenalan Kajian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian P&P kepada pelajar dalam tajuk kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar untuk menguasai tajuk berkenaan. Selain itu untuk meningkatkan keberkesanan teknik pengajaran dan strategi yang diambil oleh guru dalam penyampaian P&P untuk bahagian kenegaraan. 3.2 Reka bentuk kajian Kajian ini dijalankan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut : Peringkat pertama : Mengenalpasti isu dan masalah yang dikaji Mengenalpasti isu dan masalah yang hendak dikaji iaitu, kajian tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Enam dalam meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran Pengajian Am terutamanya bagi bahagian kenegaraan. Kajian juga melihat kepada strategi dan kaedah penyampaian P&P yang digunakan oleh guru Pengajian Am dalam usaha mereka membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.

Peringkat kedua : Merancang dan pelaksanaan tindakan Sebanyak 30 borang soal selidik akan diedarkan kepada seramai 30 orang pelajar Tingkatan Enam untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dan guru-guru untuk mata pelajaran berkenaan. Kami akan menjalankan kaedah pemerhatian di dalam kelas untuk memantau proses pembelajaran pelajar. Melalui pemerhatian di dalam kelas kami dapat mengenalpasti dan melihat sendiri proses pengajaran dan pembelajaran.

Kami akan menemubual sesetengah pelajar Tingkatan Enam dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dan guru-guru. Kami juga akan menjalankan kaedah pemerhatian ke atas pelajar Tingkatan Enam tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian akan dijalankan secara berperingkat-peringkat dimulai dengan mengedarkan borang selidik yang telah dibuat. Peringkat ketiga : Pemerhatian dan menganalisis data Kami akan menganalisis data berdasarkan jawapan daripada soal selidik pelajar dan guru. Ia akan dianalisis dalam bentuk jadual dan carta supaya dapat mengenal pasti masalah dengan mudah. Peringkat keempat : Refleksi dan penilaian Hasil daripada kajian ini membuktikan bahawa pelajar dapat menguasai bahagian kenegaraan ini dengan baik. Manakala guru dapat mengenal pasti dan menggunakan strategi dan kaedah P&P yang berkesan bagi memastikan pelajar-pelajar dapat memahami dengan mudah bahagian kenegaraan ini. 3.3 Partisipan Sampel untuk kajian ini ialah guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am seramai dua orang dan sampel pelajar diambil daripada satu kelas seramai 30 orang pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara bagi mewakili populasi pelajar Tingkatan Enam di sekolah tersebut. 3.4 Instrumen Kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah dengan menggunakan kaedah temubual, soal selidik dan pemerhatian.
a. Kaedah temubual dijalankan dengan menemubual seramai lima orang

pelajar daripada pelajar di sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam menjalankan kajian ini. Soalan temubual lebih kepada pertanyaan tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk

meningkatkan pemahaman tentang bahagian kenegaraan. Temubual juga dibuat keatas guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am bagi mendapatkan gambaran tentang kaedah penyampaian yang digunakan ketika proses pembelajaran dijalankan.
b. Dalam kaedah soal selidik, sebanyak 30 borang soal selidik diagihkan

kepada 30 orang pelajar di dalam kelas tersebut untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka. Soalan yang diajukan merangkumi persoalan tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar, pencapaian semasa, cadangan dan kaedah yang perlu digunakan oleh guru untuk membantu pelajar maningkatkan pemahaman mereka.

c. Kaedah pemerhatian juga dijalankan dengan melihat sendiri proses

penyampaian P&P bagi mata pelajaran Pengajian Am yang dijalankan di sekolah berkenaan. Pemerhatian ini menekankan kepada kaedah yang digunakan oleh guru dalam penyampaian dan juga alat bantu mengajar yang digunakan ketika di dalam kelas. Pada masa yang sama, pemerhatian terhadap pelajar juga diambil kira untuk melihat reaksi dan penumpuan mereka ketika proses pembelajaran berlangsung.

2.1 Prosedur pengumpulan data Proses pengumpulan data adalah melalui borang soal selidik berkaitan dengan permasalahan pelajar Tingkatan Enam dan kaedah serta teknik yang digunakan untuk pengajaran guru di dalam kelas.

2.2 Prosedur analisis data Data mentah utama dalam kajian ini adalah melalui set soal selidik yang dikutip kembali selepas pelajar menjawab item-item yang dikemukakan. Data mentahmentah ini seterusnya diproses melalui microsoft excel.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


KOD KURSUS & KUMPULAN KPR 5063 (KUMPULAN R) KURSUS KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN TAJUK PROPOSAL:
TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN ENAM BAGI MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM DALAM BAHAGIAN KENEGARAAN

DISEDIAKAN OLEH:
1. NORAINI BINTI ZAINAL 2. MALINA BINTI A.RASHID 3. HASRYYATI BINTI HASBULLAH L20092004813 L20092004823 L20092004832

DISEMAK OLEH :
ENCIK ZULKIFLI BIN

You might also like