You are on page 1of 4

SEJARAH Mengikut sejarah,merejam atau membaling lembing merupakan acara paling tertua dan dipercayai dilakukan sejak zaman

purba lagi.Dalam Sukan Olimpik Kuno,merejam lembing termasuk sebagai salah satu acara dalam penthatlon iaitu gabungan lima acara acara larian,lontaran, dan lompatan.Walau bagaimanapun,semua pihak berasa hairan kerana permainan ini tidak termasuk sebagai acara Sukan Olimpik Moden yang bermula pada 1896 di Athens. Merejam Lembing tidak dapat menarik minat perhatian pihak penganjur kejohanan sebagai acara olahraga termasuk Sukan Olimpik pertaman dan kedua.Hanya pada tahun 1912,acara merejam lembing diterima sebagai olahraga.Pada peringkat awal pertandingan merejam lembing,cara rejaman adalah berlainan daripada cara rejaman yang kita lihat sekarang. Pada masa itu peserta boleh menggunakan pelbagai cara termasuklah menggunakan tangan.Cara rejaman ini tidak sesuai dengan jarak yang dikehendaki.Oleh itu,teknik melakukan dicipta dan dibaiki dari semasa ke semasa.Pada tahun 1950 an barulah teknik rejaman dicipta dan digunakan sehingga sekarang. Penggunaan terknik rejaman yang sistematik menyebabkan jarak yang diperoleh sama ada di peringkat antarabangsa serta peringkat nasional terus dibaiki dari semasa ke semasa.Contonhya Mohd Yazid Imran telah merejam lembing sejauh 66 meter sekaligus mencatatkan rekod kebangsaan.Rekod dunia untuk acara ini dicipta oleh S.Backley dari Great Britain dengan jarak lontaran sejauh lebih 92 meter.

PERALATAN DAN KAWASAN YANG DIGUNAKAN 1) Lembing Lembing merupakan alat yang paling penting dalam acara ini.Lembing ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagia kepala,bahagian pemegang atau grip dan bahgia hujung ekor.Pada keseluruhannya,panjang lembing adalh di antara 220 cm hingga 270 cm.Ini bergantung kepada kumpulan umur dan jantina.Kepala lembing diperbuat daripada yang panjangnya di antara 25 cm hingga 33 cm. Pemegang atau grip terletak di bahagian tengah berukuran antara 15 cm hingga 16 cm bagi lelaki dan manakala wanita dan kumpulan lelaki 18 tahun ke bawah pula ialah antara 14 cm hingga 15 cm.Pusat graviti lembing terletak di grip.Bahagian belakangdan berbentuk menirus.Pihak penganjur hendaklah menyediakan beberapa lembing yang sesuai untuk pertandingan.Lembing juga hendaklah disimpan dengan baik supaya ia dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.

2) Gelanggang Rejaman Kawasan khas hendaklah disediakan oleh pihak pengajur untuk acara ini.Kawasan ini bebas atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai menyaksikan acara tersebut dijalankan.Kawasan ini biasanya disediakan di atas padang atau stadium terbuka.Semua ukuran mestilah mengiktu garisan dan ukuran yang diiktiraf oleh IAAF.Kawasan rejaman terdiri daripada 5 bahagian serta mempunyai fungsi tersendiri.

3) Kawasan Larian Landas Kawasan larian landas yang akan digunakan oleh setiap peserta untuk membuat larian sebelum ditandakan seperti berikut.Panjang maksimum kawasan ini ialah 36.5 meter manakala lebar pula ialah 4 meter maksimum.Kawasan ini hendaklah ditandakan dengan terang oleh garisan setebal 5 cm.Kebiasaanya kawasan ini berbentuk segi empat bujur.

4) Garisan Garisan atau penanda merupakan sempadan antara kawasan larian dengan kawasan rejaman atau pendaratan lembing. Garisan arc dibentuk pada bahagian hadapan kawasan larian.Garisan ini sebagai pemisah antara pergerakan larian dan rejaman peserta dalam acara ini.Peserta boleh memijakkan kaki ke dalam kawasan arc ini tetapi tidak bloeh menyentuhnya dengan kaki atau tangan.Jika perkara tersebut berlaku,maka rejaman yang bakal dilakukan oleh peserta dikira batal.

5) Kawasan Rejaman. Kawasan ini dikenali juga sebagai kawsan pendaratan yang merupakan kawasan luas yang dibentuk daripada kedua dua bahagian tadi.Kawasan ini hendaklah bersudut 29 darjah daripada bahagian tewngah garisan belakang kawasan larian dan menjulur keluar sehingga menjangkau 120 meter untuk pertandingan oeringkat dunia atau tidak kurang 80 meter pada peringkat sekolah atai negeri.Kawasan ini juga hendaklah ditandakan dengan garisan lurus setebal 5 sentimeter pada keseluruhan jarak.Pada sesetengaj jarak,umpamanya pada 50,60,70 meter dan sebagainya ditandakan sebagai panduan kepada peserta untuk mengarahkan rejaman mereka.

6) Pita Pengukur Sebagai salah satu acara lompatan di mana seorang pemenang ditentukan jarak merejamnya menerusi ukuran,pita pengukur amatlah diperlukan dalam permainan ini.Setiap rejaman hendaklah diukur kecuali rejaman yang dibatalkan.Pada masa ini,alat pengukur elektronik banyak digunakan terutamanya semasa kejohanan antarabangsa .Contonhya Sukan Sea dan Sukan Asia.Pengukuran cara ini lebih efisien dan tepat.

7) Pakaian Setiap peserta yang mengambil bahagia dalam acara ini hendaklah mematuhi etika berpakaian.Pakaian hendaklah sesuai dengan acara yang dipertandingkan.Pemilihan kasut juga sangat penting ketika menyertai permainan ini iaitu kasut tersebut perlu mempunyai spikes.Jika menggunakan kasut getah,peserta hendaklah memastikan kasut tersebut berada dalam keadaan baik.Pastikan juga bahagian tapak sesuai dan memberi keselesaan kepada pemakai.

FASA FASA MEREJAM LEMBING Dalam acara merejam lembing,terdapat fasa fasa lakuan tertentu yang perlu dijalankan mengikut susunan ansur majunya.Para peserta perlu mengikut fasa fasa yang telah ditetapkan dalam merejam lembing. 1. 2. 3. 4. Fasa Permulaan (pegangan dan lakuan sedia) Fasa Larian Landas Fasa Merejam Fasa Ikut Lajak

1.Fasa Permulaan (pegangan dan lakuan sedia) a) Pegangan Lembing dipegang dengan salah satu daripada tiga cara.Batang lembing memanjang mengikut tapak tangan.Tapak tangan menghadap ke atas dan sentiasa di bawah lembing untuk mengelakkan sebaran kecederaan berlaku pada siku.Pelaku akan memegang lembing pada bahagian pusat graviti daripada memegang jauh ke bahagian atas atau bawah

You might also like