You are on page 1of 9

OBJEKTIF

• Sebagai satu usaha untuk memupuk, memulihara, membangun dan


mengembangkan seni permainan gasing terutamanya dikalangan
golongan remaja dan kanak-kanak.

• Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang teknik pembuatan dan


permainan gasing yang betul.

• Menarik minat terhadap permainan gasing di segenap lapisan masyarakat


tanpa mengira kaum, sekaligus mewujudkan semangat perpaduan
dikalangan masyarakat.

• Menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar melalui


pengembelengan unsur budaya melalui permainan gasing.

• Bagi memeriahkan Festival Gasing pelbagai aktiviti sokongan akan


diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya persembahan
kesenian, pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak, pertandingan
permainan tradisional, pameran dan gerai jualan.

Komponen
• Pertandingan Gasing
Kejohanan ini akan melibatkan 14 buah negeri di Malaysia dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
• Demonstrasi Permainan Gasing
Selain daripada Demonstrasi Gasing Uri, demonstrasi juga akan
melibatkan penyertaan Kumpulan Pemain Gasing Kaum Cina dan
Kumpulan Pemain Gasing Kaum India.

• Bengkel Pembuatan Gasing dan Jualan Gasing


Bengkel ini akan menonjolkan cara pembuatan gasing secara tradisional
dan moden, cara membuat tali gasing dan proses membuat gasing
bermula daripada awal sehingga gasing boleh dipusingkan. Disamping itu
akan diadakan juga jualan pelbagai jenis gasing samada gasing untuk
permainan dan cenderahati.

AKTIVITI SOKONGAN

• Persembahan Kesenian
Persembahan kesenian ini akan melibatkan persembahan kesenian
setempat seperti Baba Nyonya, Dondang Sayang dan sebagainya
terdapat juga artis jemputan bagi menarik khalayak.

• Pertandingan Melukis dan Mewarna Kanak-Kanak


Pertandingan ini akan diselaraskan oleh Balai Seni Lukis Negara
melibatkan beberapa kategori seperti :

a. 5 hingga 6 tahun (TADIKA)- Mewarna

b. 7 hingga 9 tahun - Mewarna

c. 10 hingga 12 tahun - Melukis

d. 13 hingga 15 tahun - Melukis


• Pertandingan Permainan Tradisional
Permainan akan dipertandingkan seperti :

i. sepak raga bulatan


ii. tarik tali
iii. galah panjang

• Pameran dan Gerai Jualan


Pameran akan melibatkan penyertaan daripada sektor kerajaan, badan-
badan bukan kerajaan, swasta dan pengusaha-pengusaha tempatan.

Maklumat Gasing Tradisi Melayu di Malaysia

Asal-usul Permainan Gasing di Malaysia

Hanya asal usul permainan ini yang belum dapat dipastikan hingga ke hari
ini. Terdapat berbagai-bagai cerita yang berbeza tentang asal usul
permainan ini, mengikut daerah dan kampung. Ini menjadikan faktor
mengapa permainan gasing antara negeri berbeza antara satu dengan
yang lain.

Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah
berembang. Buah berembang yang mudah diperolehi di tepi-tepi pantai
berbentuk bulat, licin dan agak leper. Ia pula mudah dipusingkan dengan
tangan. Buah yang ligat dan lama pusingannya dikira menang. Bagi ahli
silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah
berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan
diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan
tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut ”gah”, yang bermakna
tegak dan kuat semasa berpusing. Daripada istilah inilah dikatakan
bermulanya permainan gasing.
Menurut seorang tua dari Kulim, Kedah. Permainan gasing berasal
daripada permainan ”laga telur” yang dimainkan oleh kanak-kanak.
Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan
melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan
dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya kerana
memusingkan dengan tangan kurang ligat dan pusinganya tidak tahan
lama.

Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai


Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan
alat memburu binatang yang berbentuk bulat dan leper. Apabila
dilemparkan alat ini akan berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai
binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan
pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai
satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan
mengenai sasaran. Permainan itu akhirnya diminati. Alat tersebut
kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk gasing
yang terdapat pada hari ini.

FISIOLOGI GASING

Bentuk Gasing

Terdapat tiga asas bentuk asas gasing iaitu gasing telur, gasing jantung dan
berembang. Daripada bentuk-bentuk ini, pelbagai rekaan telah dicipta oleh
pemain gasing di seluruh Negara berdasarkan keperluan dan keligatan gasing
itu. Gasing telah diberikan nama berdasarkan sifatnya yang berbeza. Nama ini
kadangkala berlainan antara satu dengan yang lain biarpun sifat dan bentuknya
sama.

Tali Gasing

Tali gasing diperbuat daripada beberapa jenis benang, sama ada benang kapas,
nilon atau jerami daripda kulit kayu seperti kulit pokok. Panjang tali ini pula
berbeza mengikut bentuk tali dan gasing yang digunakan. Panjang tali yang
biasa digunakan biasanya mengikut negeri dan keselesaan pemain.

Paksi Gasing

Paksi gasing merupakan tapak utama pusingan sesebuah gasing. Sifat paksi ini
mestilah keras, kuat, tahan karat dan diperbuat daripada bahan logam. Kayu
kempas, cengal dan eranan bukan logam. Paksi juga mesti mampu menahan
beban geseran, tindakan kimia dan tidak mudah karat.
Terdapat banyak bentuk paksi gasing, ada yang pendek, membulat dan
sebagainya. Bentuk bentuk ini pula sesuai untuk tujuan tertentu. Bentuk pendek
dan membulat sesuai untuk memusing, terutama di gelanggang kering dan
berdebu. Paksi mestilah sesuai dengan keperluan gelanggan, pemain, bentuk
gasing, fungsi dan kemahiran pemain mengendalikan gasing.

Paksi Gasing

Paksi gasing merupakan bahagian terpenting dan terletak di bahagian terbawah


gasing. Paksi ini dibuat dalam pelbagai-bagai bentuk dan kebanyakannya
merupakan loggam besi keluli.

Temin

Temin dipasangkan di bahgian petak bagi menglakkan gasing daripada


mengalami kecederaan ketika dipangkah.gasing tradisional tidak dipasangkan
dengan temin kerana ia membahayakan pengguna.

Turap

Turap dipasangkan dibahagian kepala gasing untuk menjaga bahagian kepala


daripada retak, tanggal atau mengelakkan gasing daripada pecah.

Labu
Labu ialah bahagian antara bahu dengan patak. Ia juga merupakan bahagian
lilitan. Di bahagian labu ini selalunya dipasangkan simpai sebagai langkah
mengelakkan gasing daripada pecah dan berfungsi sebagai pemberat gasing.

Bahu
Bahu gasing ialah bahagian yang terletak antara leher dengan labu gasing. Bahu
mmerupakan bahagian yang sering mengalami kecederaan kerana ia
merupakan sasaran pemangkah.

Leher
Leher gasing terletak di antara kepala dengan bahu gasing. Leher berfungsi
sebagai tempat menetapkan tali gasing semasa melilit tali.

Kepala
Kepala gasing sangat kecil. Ia dilindungi dengan menggunakan turap yang
terletak di bahagian atas gasing. Ada juga pemain yang menggantikan kepala
gasing ini dengan besi.
Patak
Patak gasing ialah bahagian bawah gasing iaitu bahagian labu ke bawah.

Jenis - jenis gasing

1. Gasing Begelen

Bentuk : Rendah / piring


Berat : 0.5 kg
Lilitan : 30 cm
Tinggi : 8 cm

Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper
Johor dan gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau
gelam tetapi telah disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga
terdapat di Sabah dan Brunei. Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh
digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan
untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja.

2. Gasing Toyol

Bentuk : Tinggi / berembang


Berat : 0.6 kg
Lilitan : 36 cm
Tinggi : 12 cm

Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering
mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang
digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah
bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah
dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain. Sekarang
pemain Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai
pengacau.

3. Gasing Tanjung

Bentuk : Tinggi / berembang


Berat : 0.6 kg
Lilitan : 40 cm
Tinggi : 10 cm

Gasing tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan
oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Fungsinya sebagai gasing pengacau dan
untuk memangkah. Di negeri Selangor gasing ini dinamakan gasing labu lemak.
Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.

4. Gasing Kuno

Bentuk : Sederhana / berembang


Berat : 0.6 kg
Lilitan : 30 cm
Tinggi : 10 cm
Gasing jenis ini banyak diperolehi di kabanyakkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka
bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia hanya
digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti
dan keranji. Di Pahang, terutama di Kuala Lipis dan Temerloh, bentuk gasing
amat bulat sedikit dan di Johor pula paksinya lebih besar dan panjang.

5. Gasing Pacitan

Bentuk : Tinggi / berembang


Berat : 0.8 kg
Lilitan : 40 cm
Tinggi : 10 cm

Gasing ini berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini hanya boleh diperoleh di kalangan
pemain Jawa dari Pacitan. Di Selangor pula, gasing ini banyak terdapat di
kawasan Lembah Kelang, tetapi disini mereka menamakannya gasing bunut.
Gasing jenis ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi,
mudah mencelah dan melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai
binaan yang kukuh dan agak melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di
Pahang, gasing jenis ini banyak didapati di Kuala Lipis, terutama di mukim –
mukim pedalaman di sepanjang Sungai Jelai.

6. Gasing Lang Laut

Bentuk : Sederhana / berembang


Berat : 0.6 kg
Lilitan : 30 cm
Tinggi : 12 cm

Pada masa dahulu gasing jenis ini banyak terdapat di Johor, kini ia lebih mudah
di Selangor. Bentuk gasing ini tinggi sementara patak pula meruncing dan rata
dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang
menyambar dari atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.

7. Gasing Uri
Bentuk : Rendah / leper
Berat : 6 kg
Lilitan : 60m
Tinggi : 8 cm

Gasing jenis ini banyak terdapat di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja
dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai dengan menggunakan timah, besi,
atau plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk
memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Dipetik daripada ”Gasing Melayu” Ditulis oleh Yunos Pipet, cetakan pertama
tahun 1993, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Sumber : Unit Dokumentasi Bahagian Kebudayaan dan Kesenian.

You might also like