You are on page 1of 6

Nama lain:-.

Ka kayu dan sing pusing Mengikut peredaran zaman menjadi gasing

Nama Gasing.:Sejak 1930-an lagi gasing telah mengalami pelbagai perubahan pembaharuan. Pembaharuan ini bergantung kepada cirriciri bentuk , keligatan , kekuatan ,dan ketahanan. Setiap cirri gase diberikan mengibilankut cirri-ciri keadaannya… Antara jenis Gasing ialah:• • • • • • • • • Gasing Bergelen. G a s i n g To y o l . G a s i n g Ta n j u n g . Gasing Kuno. Gasing Pacitan. Gasing Lang Laut. Gasing Uri. G a s i n g L e p e r. Gasing Piring.

• • • • • • • • • • • • • • • • •

GasingBotol. Gasing Baba. Gasing Jambu. G a s i n g K a n a k - K a n a k J o h o r. Gasing Denak. Gasing Jantung. Gasing Timah. Gasing Berembang. Gasing Loceng. Gasing Bakal. Gasing Puyuh. Gasing Bunut. Gasing Leper Kelantan. Gasing Paku Jantung. Gasing Merlimau. Gasing Pekan. GasingPahang.

• • • • • • •

Gasing Bakal Boya. Gasing Bajau. Gasing Riau. Gasing Pari. G a s i n g Ta l a r J o h o r . Gasing Bugis . Gasing Payung.

Asal Usul:Terdapat beberapa cerita yang berkaitan dengan asal usul gasing. Antaranya adalah:Buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat.; licin dan agak leper. Buah ini mudah dipusingkan dengan ligat oleh tangan.Bagi ahli silat, buah ini untuk meguji kekuatan tangan.Oleh itu, timbulnya ilham untuk meniru bentuk buah ini dengan diperbuat daripada kayu. Ketika ligat, buah ini disebut ‘gah’ yang bermakna tegak dan kuat semasa berpusing. Daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing. Menurut seorang tua dari Kulim , Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan ‘laga telur’ yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya kerana dengan tangan kurang ligatnya dan pusingannya tidak tahan lama.

Negeri yang mempopularkan gasing ialah:• • • • • Johor. Melaka. Negeri Sembilan. Kedah. Pulau Pinang.

Kaum dan Etnik yang terlibat:• Melayu.

Tujuan dimainkan adalah:• Dalam kehidupan sara diri , mereka telah mengunakn gasing sebagai kegiatan menghiburkan hati bagi mengisi masa lapang yang terluang . •

Pada zaman kesultanan Melayu Melaka dimainkan mengikut musim. Pada zaman kini, gasing dimainkan pada bila-bila masa.

• • •

Gasing juga dimainkan sebagai pertunjukan pada majlis- majlis yang tertentu. Gasing juga dimainkan sebagai promosi pelancongan . Kadang –kadang gasing dimainkan sebagai pertandingan perlawanan.

Alat – alat yang digunakan:Tukang gasing Melayu tradisional tidak menggunakan alat yang terlalu rencam,besar dan mahal. Tetapi bahan-bahan ini penting bagi pembuatan gasing, iaitu; pembaris, kertas kaca, sesiku, penggarit, tolok luar, jangka lukis, ragum, kikir, berus kikir, ganding, apit ,pemutar skru, tukul, gerudi, playar, gunting , pahat, andas, kapak, mesin pelarik, acuan, gergaji dan lain-lain.

Cara dimainkan:• Gasing uri

Tukang gasing memerlukan dua pembantu; seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Gasing berpusing di atas bong sehingga dipindahkan oleh jong ( juru) cokok ke atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dianggap sebagai pemenang pertandingan Gasing Uri berupaya berpusing selama satu jam

Gasing pangkah

Dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan ‘lama berpusing’ diadakan antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah yang pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Diikuti dengan pasukan memangkah. Setiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya sama ada memecahkan gasing pasukan lawan atau sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing . Selesai pemangkahan, gasing-gasing di atas bong dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti pertandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah, pasukan yang memangkah tadi kini menjadi kumpulan menanti pula.