You are on page 1of 6

Gasing

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gasing Jepun

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil
mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang
Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing
dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing
mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang.
Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada
tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang.
biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali
gasing.

Jenis gasing

• Gasing toyol
• Gasing begelen
• Gasing berembang
• Gasing buku benang
• Gasing jantung
• Gasing kelamar
• Gasing kepala duri
• Gasing kuno
• Gasing lang laut
• Gasing leper
• Gasing leper Kelantan
• Gasing pacitan
• Gasing pangkah
• Gasing piring
• Gasing pinang
• Gasing tanjung
• Gasing telor
• Gasing Cina
• Gasing Melayu
• Gasing uri

[sunting] Cara bermain gasing

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun
1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan
daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing
dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua
pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan
membela uri gasing.

[sunting] Melilit tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari
kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali
yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik.
Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan
pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul
hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.
Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan
kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan
pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain.
Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin
pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi
akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang
telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan
cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing,
pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa
sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan
ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak
tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

[sunting] Melilit gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan
dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang
diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada
pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama.
Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya
dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan
dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan
cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu
gasing.

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula
bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing.
Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik
dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan
pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk
mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak
bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua
orang.

[sunting] Memusing gasing

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang
betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan
pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya
gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan
yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan
sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang.
Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan
gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing
mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing
ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak
jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut
hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak
rendah dan dekat.

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan
kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala
ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan.
Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke
hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan
dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan
pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

[sunting] Memangkah gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,
perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan
menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa
digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah
hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

[sunting] Pangkah totok

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.
Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah.
Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini
bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan
gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi
adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

[sunting] Pangkah hentak

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula
diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun
tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan
pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai
sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah
dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk
melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini
bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

[sunting] Pangkah layang

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala
dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat,
cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus
keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu,
labu, kepala atau tengkuk gasing.

[sunting] Pangkah tebang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga
merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan
pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak
dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah
gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan
pepat.

[sunting] Mengangkat gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang
sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing
memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.
Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah
pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau
kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah
yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah
pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan
menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan
berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan
tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali
yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak
akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.

Negeri asal

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang


memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu
dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan

Membuat Gasing

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah,
merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih.
Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga
menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku
atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing
yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke
dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika
melarik.

Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan


timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat
lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya
maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan
varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

Pertandingan Gasing

Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat
individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

Gasing Uri

Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang
cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan
berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat
danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di
hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau
arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25
meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.

Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah
dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang
pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada
dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan
memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-
pasukan yang mengambil bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah


pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing
mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah
gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu
gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan
ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya
cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai
pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas
lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti
berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi
pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

You might also like