You are on page 1of 4

Teori apresiasi- -disediakan oleh- nur hidayah bt mohamed Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman Berdasarakan terori

pengalaman pelbagai Dr Edmund Feldman , terdapat 4 alngakah dalam proses kritikan seni iaitu : deskripsi analisis interpretasi penilaian 1) Deskripsi Pada peringkat pertama ini, apresiasi dilakukan dengan memberi gambaran nyata tentang sesuatu iaitu berdasarkan apa yang dilihat Gambaran berdasarkan apa yang dilihat termasuk elemen sensori seperti warna , garisan ,bentuk dan ruang atau dalam erti kata lain penekanan diberikan kepada unsur seni. Penekanan diberikan kepada asas seni reka Pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya seperti imej dan bentuk pada karya seni tampak Elemen asas seni reka dinilai dan dikupas Pemerhatian tentang imej benda, subjek kajian dan penggunaan unsure-unsur seni dinilai dengan mendalam Kritikan deskripsi boleh dijadikan panduan dan rujukan serta membantu pengkarya. Melihat pada gaya karya , contohnya gaya realistic, suruelistik dan lain-lain. 2) Analisis Maksud : penyelidikan atau penghuraian seperti masalah dan keadaan untuk mengetahui pelbagai aspek komposisi yang digunakan secara terperinci dan mendalam Ciri-ciri: Pengkrikitik perlu menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah karya, Menganalisis secara terperinci untuk mengetahui bagaimana prinsip-prinsio seni digunakan dan dihubungkan dengan proses dan teknik, imej atau bentuk, isi dan makna serta bentuk dan ruang dan mencari pertalian persoalan idea dan perasaan mendalam sesebuah karya. Contoh, fokus dan penegasan imej imbangan antaranya ruang dan warna Kesesuaian objek dalam objek Kontra dan imej 3) Interpretasi Maksud : tafsiran ,penjelasan memperihalkan tentang makna, tujuan , implikasi bagi sesuatu perkara. Ciri-ciri : Mengkaji kualiti ekspresif seniman

Mengkaji makna yang disampaikan melalui karya Merujuk kepada penyataan perasaan Melibatkan mood dan idea dalaman Penyataan perasaan digunakan untuk menterjemahkan maksud dan makna karya seni 4) Penilaian Maksud : renungan tentang kebaikkan atau masalah bagi sesuatu perkara sebagai dasar bagi sesuatu keputusan melalui perhitungan dan pemerhatian. Berbentuk memberi pandangan , pendapat dan membuat keputusan terhadap sesuatu karya. Pandangan yang diberikan berdasarkan penilaian ilmiah yang mempunyai bukti-bukti kajian yang lengkap dan terperinci. Pandangan yang diberikan tidak bersifat peribadi Pertimbangan berbentuk formalism, ekspresivisme dan instrumentalisme. Pertimbangan dari sudut formalism ialah berasaskan aspek keindahan Ekspresif adalah keupayaan menyampaikan perasaan dan idea. Instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai satu alat dalam konteks seperti institusi , masyarakat dan negara, Teori Erwin Panofsky - Ikonografi PENGENALAN Teori ini membicarakan tentang objek dan makna Beliau telah mengutarakan suatu teori yang bercakap tentang objek dan makna melalui penyataan ikonografi atau sekarang ini disebut ikon. Objek dan makna bukanlah bentuk IKONOGRAFI Ikonografi merupakan persoalan ikon yang memperkatakan tentang objek dan makna Peringkat awal Panofsky menerangkan tetang objek dan makna apabila menceritakan bahawa kawannya menegur beliau dengan mengangkat topi. Dengan mengangkat topi itu beliau telah mengatakan itu suatu petanda tetang objek dan makna. Simbol mengangkat topi adalah suatu makna yang mendalam itu samada menghormati, menegur,bermesra atau sopan santun Makna itu juga boleh dikatakan sebagai makna inprisit atau makna dalaman. Makna tersebut tidak dapat diterima pada tempat yang lain. OBJEK DAN MAKNA DALAM KARYA SENI Terdapat 3 objek dan makna dalam karya seni 1. Objek yang natural atau primari 2. Objek yang biasa atau sekunder 3. Makna intrinsik atau isi.

1. Objek yang natural Objek yang natural atau primari terbahagi kepada Fakta dan Ekspesi Makna diberoleh daripada bentuk Menurutnya bentuk adalah dihasil daripada konfigurasi garisan, warna, diperbuat dari gangsa atau batu. Objek natural adalah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, rumah dan alatan. Makna yang berhubung dengan objek diperolehi dari peristiwa. Makna juga diperolehi dari perasaan seperti sedih dan suasana, misalnya suasana rumah mewah atau rumah yang biasa. Alam berbentuk demikian dipanggil objek primari dan motif seni yang asas. Motif-motif tersebut dihuraikan sebagai pra-ikonografi dalam karya seni.IKONOGRAFI 2. Objek yang biasa atau sekunder Beliau menggambarkan sebuah arca objek lelaki yang memengang pisau mewakili St. Bartholomew dan objek perempuan memengang buah peach adalah sebagai personaliti Kejujuran. Beliau juga menggambarkan objek karya lukisan The last supper dalam gambaran dua watak jahat dan baik. Dalam karya di atas menunjukkan peristiwa dan makna Dalam hal yang demikian, maka dalam pengolahan karya di atas terangkumlah persoalan objek yang digambarkan dengan peristiwa. Disamping karya tersebut mencantumkan persoalan komposisi.

3.

Makna Intrinsik atau Isi Beliau mendefinisikan makna melalui sejumlah prinsip yang menentukan sikap sesuatu negara, zaman, kelas atau pendirian agama dan falsafah. Kesemuanya adalah dinyatakan melalui personaliti seseorang melalui karya seni Beliau menyatakan kepentingan kaedah komposisi dan ikonogarafi dalam sesebuah karya. Beliau telah membuktikan sebuah karya bertajuk Virgin Mary dimana Mary terbaring diatas sofa melutut memujuk Baby jesus. Gambaran objek karya menunjukkan skema tiga segi. Dari segi ikonografi mempunyai makna yang intrinsic.

SUSANNE K. LANGER Beliau adalah ahli falsafah Amerika, pernah mengajar di Kolej Radcliffe dan Kolej Connecticut sebagai profesor. Karya belaiu ialah: An Introduction to symbolic Logic, Feeling and Form: A Theory of Art dan banyak lagi. Baliau menyatakan dalam falsafah seni, Bentuk atau Form menjadi tumpuan utama. Beliau menerangkan tentang definisi seni dan fungsi seni. Beliau berpengang kepada 7 konsep teknik yang pelbagai dalam karya seni iaitu: Lambang, abstraksi, ekspresi, perasaan, bentuk, ilusi dan imej yang tersirat. Lambang, abstraksi, ekspresi, perasaan dan bentuk adalah bersangkutan dengan takrif seni Sementara ilusi dan imej tersirat adalah tesis tentang fungsi seni. Perkataan perasaan yang digunakan oleh beliau merangkumi dalam semua hal yang dapat dirasakan tau dialami, termasuklah kesakitan, sedih, pilu, riang, gembira, dendam, ketengangan intelek dll. Menurut beliau bentuk mempunyai pengertian yang amal luas. Bentuk dapat difahami antara lain sebagai bentuk soneta dan balada dalam puisi dan bentuk simfoni dalam muzik. Dalam pengertian ini bentuk merupakan sebahagian kecil daripada bentuk yang dimaksudkan oleh beliau.

Dalam karya seni visual, bentuk adalah struktur, kejelasan, satu kesatuan yang dihasilkan daripada hubungan faktor-faktor yang saling berkaitan. Secara ringkasnya bentuk adalah suatu kesatuan yang disatukan. Perkataan perasaan yang digunakan oleh beliau merangkumi dalam semua hal yang dapat dirasakan tau dialami, termasuklah kesakitan, sedih, pilu, riang, gembira, dendam, ketengangan intelek dll. Menurut beliau bentuk mempunyai pengertian yang amal luas. Bentuk dapat difahami antara lain sebagai bentuk soneta dan balada dalam puisi dan bentuk simfoni dalam muzik. Dalam pengertian ini bentuk merupakan sebahagian kecil daripada bentuk yang dimaksudkan oleh beliau. Dalam karya seni visual, bentuk adalah struktur, kejelasan, satu kesatuan yang dihasilkan daripada hubungan faktor-faktor yang saling berkaitan. Secara ringkasnya bentuk adalah suatu kesatuan yang disatukan. Menurutnya Abstraksi tidak hanya terbatas kepada objek-objek, malah abstraksi juga dapat digunakan untuk peluahan rasa. Karya seni ialah lambang ikon pada perasaan manusia, yakni lambang bagi maksud sesuatu. Lambang bagi seni ialah unsur-unsur dalam karya seni yang bersifat seperti kekudusan dan cinta. Langer menyatakan bahawa semua karya seni adalah memiliki satu ciri yang sama iaitu mengabstraksi lambang melalui gambaran. Semua karya seni menggambarkan bentuk-bentuk peasaan manusia. Semua luahan perasaan dalam karya seni adalah luahan perasaan subjektif yang sukar difahami.

You might also like