You are on page 1of 18

BAB 2 : UNSUR PERDAGANGAN

Maksud Perdagangan Ialah semua kegiatan yang berkaitan dengan pengagihan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia Terbahagi kepada Perniagaan danBantuan Perniagaan Maksud Perniagaan Ialah aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan

Bantuan Perniagaan Merupakan perkhidmatan yang membantu dan menyokong aktiviti dan operasi perniagaan Bertindak sebagai minyak pelincir yang melicinkan perniagaan

PERBEZAAN PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN


PERDAGANGAN PERNIAGAAN

- merupakan cabang pengeluaran - aktiviti agihan barang

- merupakan cabang perdagangan - aktiviti jual beli barang

- tujuan agih barang sampai - tujuan dapat untung kepada pengguna - terdiri daripada perniagaan dan bantuan perniagaan - terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa

CABANG PERDAGANGAN
Perniagaan
Perniagaan Dalam Negeri
Perniagaan Luar Negeri/Antarabangsa

Perdagangan

Perbankan
Insurans

Bantuan Perniagaan

Pengangkutan Komunikasi Pergudangan Promosi

JENIS PERNIAGAAN
PERNIAGAAN DALAM NEGERI perniagaan yang dilakukan oleh penduduk dalam sempadan sesebuah Negara PERNIAGAAN LUAR NEGERI / ANTARABANGSA urusan jual beli yang melintasi sempadan sesebuah Negara

JENIS PERNIAGAAN
PERNIAGAAN DALAM NEGERI Terbahagi kepada perniagaan runcit dan perniagaan borong Perniagaan Runcit - peniaga yang membeli barang daripada pemborong dan menjual kepada pengguna dalam kuantiti yang diperlukan ( sedikit )

JENIS PERNIAGAAN
PERNIAGAAN DALAM NEGERI Perniagaan Borong - peniaga yang membeli barang secara pukal daripada pelbagai pengeluar dan menjual kepada peruncit

JENIS PERNIAGAAN
PERNIAGAAN LUAR NEGERI / ANTARABANGSA Terbahagi kepada import, eksport dan enterport Import terdiri daripada import nyata ( barang )dan import tak nyata ( perkhidmatan )

JENIS PERNIAGAAN
PERNIAGAAN LUAR NEGERI / ANTARABANGSA Terbahagi kepada import, eksport dan enterport Import terdiri daripada import nyata ( barang )dan import tak nyata ( perkhidmatan )

JENIS PERNIAGAAN
PERNIAGAAN LUAR NEGERI / ANTARABANGSA Eksport terdiri daripada eksport nyata dan eksport tak nyata

JENIS PERNIAGAAN
PERNIAGAAN LUAR NEGERI / ANTARABANGSA Eksport terdiri daripada eksport nyata dan eksport tak nyata

PERANAN BANTUAN PERNIAGAAN


PERBANKAN

- kemudahan penyimpanan, ( akaun simpanan, akaun semasa) - pembayaran ( cek, pindahan kredit ) - Beri modal / pembiayaan( pinjaman , overdraf )

- perujuk
- khidmat nasihat - Perkhidmatan lain -peti simpanan selamat- cek kembara

PERANAN BANTUAN PERNIAGAAN


INSURANS - melindungi para peniaga daripada risiko yang boleh diinsuranskan - membayar premium - wang pampasan akan dibayar - dapat memulihkan kepada kedudukan asal - perniaga lebih yakin - berani kembang perniagaan

PERANAN BANTUAN PERNIAGAAN


PENGANGKUTAN - aktiviti penghantaran barang - bawa barang dari tempat lebih ke tempat kurang

- selaras permintaan dan penawaran bagi menstabilkan harga - elakkan pembaziran - mengurangkan kos penyimpanan stok
- edar barang ke merata dunia/pasaran lebih luas

- Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah

PERANAN BANTUAN PERNIAGAAN


KOMUNIKASI - aktiviti penyampaian maklumat - hubungi pembekal / pelanggan secara lisan (telefon, radio) dan tulisan (surat, telegram)

- urusniaga cepat melalui teleks , telefon


- memudahkan promosi

- meningkatkan jualan / untung


- kurangkan risiko kerugian / kerosakan - mudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan

PERANAN BANTUAN PERNIAGAAN


- penyimpanan barang

PERGUDANGAN

- menjamin bekalan barang yang berterusan ke pasaran ( menyimpan barang keluaran dan memasarkannya beransur-ansur mengikut permintaan ) - menyelaraskan penawaran dan permintaan dan seterusnya menstabilkan harga

- Kerja akhir dapat dilakukan seperti menimbang, membungkus


- Lindungi risiko kecurian / selamat

- Gudang berbon mudahkan aktiviti impot dan ekspot


- Penyetoran sejuk elakkan barang rosak seperti daging, buahan

PERANAN BANTUAN PERNIAGAAN PROMOSI - memberitahu , memperkenalkan, memujuk pengguna untuk membeli - memperluaskan pasaran / meningkatkan jualan - meningkatkan / mengekalkan permintaan

- didik orang ramai guna barang


- menambahkan jualan dan meningkatkan keuntungan - tingkatkan imej barang / syarikat

- tingkatkan daya saing

PERKAITAN ANTARA PENGELUARAN, PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAAN Pengeluaran Aktiviti menghasilkan barangan untuk memuaskan kehendak manusia.Terbahagi kepada pengeluaran langsung dan pengeluaran tak langsung. Pengeluaran tak langsung menyebabkan berlaku lebihan barang dan perlu diagihkan melalui perdagangan. Perdagangan Aktiviti pengagihan barangan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir.Proses agihan dilakukan melalui perniagaan dan bantuan perniagaan.Perdagangan adalah cabang pengeluaran Perniagaan Aktiviti jual beli untuk mendapat keuntungan.Barangan boleh dijual beli melalui perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa. Perniagaan akan lancar dengan adanya bantuan perniagaan iaitu perbankan, insurans, pengangkutan, komunikasi, pergudangan dan promosi.Perniagaan adalah cabang perdagangan

PERKAITAN ANTARA PENGELUARAN, PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAAN


Kesimpulannya pengeluaran tidak akan berfaedah sekiranya barang dan perkhidmatan tersebut tidak sampai ke tangan pengguna. Barangan hanya akan sampai ke tangan pengguna dan dapat digunakan oleh pengguna jika diagihkan dengan aktiviti perdagangan . Perdagangan pula dapat dilaksanakan dengan aktiviti perniagaan dan bantuan perniagaan. Pengeluaran, perdagangan dan perniagaan adalah aktiviti yang saling bergantung bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

You might also like