You are on page 1of 7

Peta minda menunjukkan kesan perniagaan pasar malam di taman selasih,kulim,kedah darul aman.

Kesesakan lalu lintas

Harga tanpa kawalan

Kesan negatif perniagaan runcit pasar malam.

Persaingan dengan kedai runcit tempatan

Barangan tidak berkualiti

Dapatan kajian. 1) Mentakrifkan konsep dan menghuraikan jenis-jenis perniagaan runcit.

Perniagaan runcit ialah perniagaan kecilkecilan yang menjual barangan keperluan harian kepada pengguna terakhir.perniagaan runcit ialah pasar malam biasanya dijalankan oleh individu dan dibantu oleh ahli keluarga. Antara barangan yang dijual ialah makanan, buahbuahan, sayur-sayuran, barangan kraftangan,pakaian, ikan dan daging.

Kesan negative perniagaan runcit .


Kewujudan perniagaan runcit telah mendatangkan kesan negative kepada alam sekitar dan penduduk sekitar seperti berikut : 1) Persaingan dengan kedai runcit tempatan.
Kewujudan pasar malam telah memberikan persaingan kepada kedai runcit tempatan di kawasan tersebut dan kawasan hampiran. Di kawasan taman selasih memang sudah ada kedai buah-buahan dan terdapat kedai runcit di taman selasih. Oleh itu, tumpuan penduduk pada petang selasa ke pasar malam menyebabkan jualan mereka pada hari tersebut terjejas.

2) Harga tanpa kawalan


Masalah yang sering dihadapi oleh pembeli ialah penjual tidak meletakkan harga pada barangan yang dijual. Keadaan ini menyebabkan ada pengguna tertipu kerana pengguna barangan yang dibeli lebih mahal daripada yang sepatutnya.contohnya, sayur-sayuran yang dijual air pasar malam lebih mahal berbanding yang dijual di pasaranya tesco. Ada juga perniagaga yang memberikan alas an karya barangan meningkat kerana factor cuaca sepeti musim hujan dan musim tengkujuh.

3) Barang tidak berkualiti.


Melalui soal selidik 20% responden menyatakan barangan yang dijual di pasar tersebut tidak berkualiti.contohnya, ada buah-buahnya yang dijual murah tetapi sudah rosak.pakaian juga ada yang tiruan dan jahitannya tidak berkualiti. Oleh itu, sudah pasti pembeli tidak puas hati dan rasa tertipu.

4) Kesesakan lalu lintas


Kesesakan lalu lintas kerap berlaku di sekitar pasar malam kerana ada pembeli yang meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan. Hal ini demikian kerana sikap mereka yang mementingkan diri dan tidak mahu meletakkan kereta di kawasan parkir yang telah disediakan atau di taman perumahan yang berhampiran. Keadaan ini menyebabkan aliran trafik di Persiaran Bakti dan Persiaran Ikhlas menjadi perlahan. Saya sebagai penduduk berhampiran sedar dan perlu lebih bertanggungjawab untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perniagaan Runcit


Menghuraikan factor-faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit. 1) Goverman Factor goverman telah menggalakkan kewujudan pasar malam di taman selasih. Hal ini demikian kerana majlis perbandaran kulim di taman selasih telah menyediakan tapak yang sesuai untuk pasar ini. Tapak tersebut asalnya ialah pakir kenderaan dan telah disewakan kepada perniagaan pasar malam. Pasar ini hanya dibuka pada petang selasa sahaja.kemudian tapak pasar yang luas telah menggalakkan perniaga- perniaga menyewa tapak pasar tersebut. 2) Pertambahan penduduk Jumlah penduduk di taman selasih telah bertambah kerana kawasan tersebut sememangnya kawasan perumahan.melalui rujukan dari internet jumlah penduduk di taman selasih telah mencapai 3000 orang pada tahun 2011. Oleh itu , jumlah penduduk yang berhampiran taman selasih dianggar 30000 orang . jumlah penduduk yang ramai ini sudah pastinya dapat meluaskan pasaran barangan yang dijual di pasar malamtersebut pemintaan terhadap barangan harian juga akan meningkat. 3) Darjah ketersampian Darjah ketersampian, yang tinggal di kawasan tersebut telah menggalakkan kewujudan pasar malam. Pasar malam tersebut sangat mudah dihubungi dengan menggunakkan jalan raya system hala 3 lorong dan luas telah memudahkan penduduk berhampiran pergi ke pasar malam untuk membeli barangan keperluan. 4) Kesesuaian waktu berniaga Melalui temu bual dengan encik raju,beliau suka pergi ke pasar malam tersebut kerana masanya yang sesuai pada awal petang setiap selasa. Hal ini demikian kerana pada hari biasa mereka sibuk bekerja dan keadaan jalan raya agak sesak. Masanya yang sesuai menyebabkan pasar malam menjadi pilihan penduduk berhampiran untuk membeli barangan keperluan. Saya juga bersyukur kerana kewujudnya pasar malam pada masa yang sesuai telah memudahkan penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan.

Kepentingan perniagaan runcit. pasar malam Taman Selasih Kedah Darul Aman.

Kepentingan perniagaan runcit pasar malam di taman selasih adalah seperti: 1. Menyediakan barangan yang segar. Melalui soal selidik saya dapati barangan dijual di pasar malam di kawasan tersebut seperti sayur- sayuran dan ikan serta buah buahan dijualdalam keadaan yang segar. Melalui temu bual dengan pn.azizah beliau lebih suka membeli barangan basah di pasar mala mini kerana barang yang dijual pasarnya berdekatan tidak segar dan daging dijual dalam keadaan beku. 2. Menjimatkan kos pengguna Melalui temu bual, encik ali bin awang menyatakan barangan yang dijual seperti ikan,daging,makanan dan pakaian dijual dengan harga yang lebih murah berbanding pasaranya berdekatan.oleh iyu,kemudian pasar mala mini telah dapat menjinatkan kos pengguna dan meringankan beban kerana kos sara hidup di Bandar sememangnya tinggi. 3. Menyediakan peluang pekerjaan. Pasar malam ini,telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk berhampiran.melalui temu bual dengan salah seorang peniaga encik Amir, beliau tinggal tinggal di taman selasih sudah lebih 5 tahun berniaga sebagai penjual pakaian di pasar tersebut.oleh itu, peluang pekerjaan tersebut telah mendapat pendapatan tetap kepadanya untuk menyara keluarga. Peluang pekerjaan yang ditawarkan sudah pastinya dapat mengurangkan kadar penganguran penduduk di kawasan berhampiran. 4. Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan keperluan. Melalui soal selidik, sebanyak 80% responden menyatakan kewujudan pasar malam tersebut memudahkan mereka membeli barangan kerana kedudukanya yang berhampiranan dengan rumah mereka. Pelangan tetap pasar mala mini ialah penduduk taman selasih. Mereka lebih suka membeli barangan basah dan kering kerana lokasinya yang dekat berbanding pasaraya lain. Saya selalu penduduk di taman Selasih berasa bersyukur kewujudan pasar malam dapat memudahkan urusan dan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan berhampiran.

Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit.


Cadangan untuk mengurangkan kesan negative perniagaan runcit adalah seperti :
Menguatkuasakan undang-undang
Pihak berkuasa hendaklah bertindak tegas dengan mengenakan komponen kepada pemilik kenderaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan. Selain itu, kenderaan tersebut hendaklah ditarik segera supaya pemiliknya sedar dan tahu tindakan mereka itu mengurahkan orang ramai. Tindakan tegas dan dapat mengatasi kesesakan jalan raya terutamanya pada setiap petang selasa.

Pengawalan kawalan harga


Pegawai berkuasa hendaklah memeriksa dan memantau perniagaan supaya meletakkan tanda harga pada sikap barang yang dijual. Sekiranya ada perniaga yang tidak meletakkan harga barangan atau menjual barangan lebih mahal daripada di tempat lain,mereka perlu mengambil tindakan yang dilakukan ialah amaran,pembatalan lessen dan kompaunan. Peranan dan pemantauan persatuan penduduk. Persatuan penduduk seperti kejiranan hendaklah berkerjasama memantau keadaan kemudahan kepada penduduk untuk menyalurkan setiap adunan tentang pasar malam seperti facebook. Setiap aduan yang diterima perlu disiasat agar tiada peniaga yang menjual makanan yang sudah rosak atau barangan yang dijual mahal tetapi tidak berkualiti. Oleh itu, saya sedar amalan kerjasama dan bermuafakat antara penduduk dapat mengatasi masalah yang berlaku di kawasan kejiranan masingmasing.

You might also like