You are on page 1of 5

30 cara menjimatkan air di dalam dan di sekitar rumah

Air atau kekurangannya telah menjadi isu yang penting di Malaysia kebelakangan ini. El Nino yang berlaku pada 1997/98 telah menunjukkan kekurangannya sumber air. Beratus ribu penduduk di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan kawasan lain Selangor, Balik Pulau di Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan telah hidup dalam sengsara pemotongan bekalan air dan catuan air.

TANDAS 1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah. 2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari. 3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan. BILIK MANDI 4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah. 5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman. 6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun. SINKI 7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas. 8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air. TAMAN 9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan. 10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan. 11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah. 12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.

13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air. 14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak. 15. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan. 16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap. 17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman. DAPUR 18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki. 19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis. 20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk 21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir 22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja. GARAJ 23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah. 24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN. 25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda. 26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran. 27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta. 28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda. 29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air. 30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

AMALAN 3R DI RUMAH

Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil sumber-sumber terbatas. Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya. 1. Reduce Pengurangan Hanya beli apa yang diperlukan: Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan. 2. Beli produk yang boleh diguna semula: Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula. 3. Beli pencuci serbaguna: Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan. 4. Beli barangan yang kurang bungkusan: Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas. 5. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan: Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan. 6. Beli produk tidak bertoksik: Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya. 7. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:

Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik. Reuse Guna Semula 1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah. 2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap. 3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah. 4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi. 5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca. 6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang. 7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula. Recycle Kitar Semula

1 Kitar semula di rumah: Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong

kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula. o Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula. o Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.

Mengitar semula di laman anda: Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses

pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur. o Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput. Mengitar semula di sesebuah komuniti: o Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula. o Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.

Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

Memerangi Pembaziran - Di Rumah


Tuesday, 08 June 2010 11:20

Kita boleh memerangi pembaziran di rumah. Begini caranya; 1. Kurangkan penggunaan elektrik dengan memasang lampu penjimat tenaga. Ia kurang mengeluarkan haba maka bilik tidak terlalu panas dan tidak perlu disejukkan. 2. Beli buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan. Ini akan mengurangkan pengeluaran karbon ketika menghantar makanan ke setiap

negara. 3. Kurangkan pembaziran makanan dengan membuat senarai membeli-belah mingguan. Apabila makan di luar,cuba pesan makanan yang kurang daripada terlebih pesan. Jika masih lapar lagi, anda masih boleh pesan lagi. 4. Periksa tarikh luput makanan yang disimpan dalam peti sejuk untuk mengelak daripada membuang makanan yang sudah tamat tempohnya, lantas mengurangkan membeli makanan baru. 5. Ketika melancong, beli tiket elektronik supaya tidak perlu mencetak tiket. 6. Jika anda tidak menggunakan perkakas atau mainan bayi, pinjamkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai. 7. Gunakan laman web sosial untuk menawarkan barang-barang yang tidak digunakan lagi tetapi masih dalam keadaan yang baik kepada mereka yang inginkannya. 8. Didih air dengan menggunakan cerek di atas dapur dan elakkan penggunaan cerek elektrik 9. Tanam pokok-pokok di sekitar rumah untuk menyerap haba dan menyejukkan rumah. 10. Jangan lupa memadamkan suis barang-barang elektrik dan elektronik. Memadamkannya menggunakan remote control dan membiarkan dalam keadaan standby masih lagi menggunakan elektrik. 11. Air bilas yang diguna oleh mesin basuh kain boleh dikumpul dalam tong dan diguna semula. Contohnya, menggunakannya untuk membersih tandas.

Virtual water in various products Agricultural products It is essential to recognize that virtual water is cumulative. To produce one kilogram of wheat about 1000 liters of water are needed, but for beef about 15 times as much is required. The majority of the water that we consume is embedded in food:

the production of 1 kg wheat costs 1,300 L water the production of 1 kg eggs costs 3,300 L water the production of 1 kg broken rice costs 3,400 L water the production of 1 kg beef costs 15,500 L water

Household products Not only is there virtual water in food, but it is in various products in common use:

Jeans (1000g) contain 10,850 liters of embedded virtual water A cotton shirt (medium sized, 500 gram) contains 4,100 liters of water A disposable diaper (75g) contains 810 liters of water A bed sheet (900g) contains 9,750 liters of water

Industrial products Industrial goods also contain embodied water. One needs to understand how internal water resources are being used to produce cars, bicycles, teacups, and the like - particularly because industry usually uses only blue water for production (though rainwater harvesting is becoming more common). On average, a 1.1 tonne passenger car has about 400,000 liters of water embedded in it. This fact is compiled from several different resources including the UNESCO-IHE study and the Australian Food & Grocery 2003. Another source suggests Australian cars require one million litres of water, though this is from using a different method. The construction of a house, using a combination of methods, requires about 6 million litres of water.

You might also like