You are on page 1of 3

MAS A

PERISTIWA Ketibaan Tetamu Khas

BUTIRAN PENYAMPAIAN Mengumumkan Ketibaan Y. Bhg. Haji Zainuddin Bin Yahya. Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan diiringi pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Temerloh, En Azmi Bin Saad,

Tetamu Khas Duduk Selesai Bersimpuh duduk mengayam mengkuang tetamu khas Dianyam oleh Si Anak Dara duduk Pemanis Kata Selamat Datang Lafaz Bismillah pembuka bicara Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt Yg. Berbahagia Haji Zainuddin Bin Yahya. Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan

Yang berusaha En Azmi Bin Saad, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Temerloh, En Auddin Bin Hussin, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Temerloh, En. Shaidon Bin Borham, Timbalan Pengarah Kemahiran IKBN Temerloh. Yang dihormati, Penceramah jemputan daripada EMJAY Training Consultancy. Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, dan semua kakitangan IKBN Temerloh yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya kita diberikan kelapangan masa berkumpul di Auditorium IKBN Temerloh ini untuk bersama-sama menjayakan Hari Pelancaran ISO 9001:2008 IKBN Temerloh

Bacaan doa

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.

Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil . untuk meminpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil .. atas bacaan doa sebentar tadi. Secara ringkasnya, ISO ialah satu nama samaran bukan akronim untuk International Organisation For Standardisation. Ia adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing. Di Malaysia, Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah badan yang bertanggungjawab terhadap siri ini. MS ISO 9000 ialah Satu standard bertulis yang menetap dan menerangkan elemen-elemen asas dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi kehendak pelanggan Objektif pelaksanaan MS ISO ini ialah Menyediakan sistem kerja yang berteraskan amalan pengurusan yang efektif. Pelancaran ISO 9001:2008 IKBN Temerloh adalah sebagai tanda komitmen Institut ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berterusan. UCAPAN PENGARAH Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En Azmi bin saad, Pengarah IKBN Temerloh untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh Pengarah mengucapkan ribuan terima kasih. UCAPAN TETAMU KEHORMA T

IKBN

Temerloh.

Majlis

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yg. berbahagia Haji Zainuddin Bin Yahya. Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Pelancaran ISO 9001:2008 IKBN Temerloh. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan perasmian oleh Yang berbahagia Haji Zainuddin Bin Yahya itu tadi

Dijemput Tuan Pengarah, En Auddin bin Hussin dan En Shaidon Bin Borham naik ke atas pentas. Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita diiringi oleh tuan pengarah, en auddin bin Hussin dan En. Shaidon Bin Borham untuk memecahkan ais yang mengandungi plak sebagai simbolik perasmian Hari Pelancaran ISO 9001:2008 .IKBN Temerloh. Dipersilakan. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pengarah IKBN Temerloh, EN Azmi bin Saad untuk upacara memotong kek sempena perasmian Hari Pelancaran Iso 9001:2008. Majlis mempesilakan

CENDERAH ATI KEPADA TETAMU KEHORMA T

Sebagai tanda penghargaan, dipersilakan yg berusaha Tuan Pengarah untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Haji Zainuddin Bin Yahya dengan diiringi en auddin bin hussin dan En shaidon Bin Borham.

Kini selesai sudah Majlis Perasmian hari pelancaran ISO 9001:2008 IKBN Temerloh Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Haji Zainuddin Bin Yahya dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini. Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Haji Zainuddin Bin Yahya khas diiringi Tuan Pengarah IBN Temerloh, , untuk menikmati juadah yang disediakan..Dipersilakan.

Untuk makluman semua kakitangan.. sebentar nanti akan di adakan Kursus kesedaran dan kefahaman keperluan Standard MS ISO 9001:2008 yang akan disampaikan oelh penceramah khas kita

You might also like