You are on page 1of 1

Ketibaan……

Bismillahirrahmanirrahim…….

Wassalatuawasalamuala saiyidina muhammad, waala alihi wasahbihi ajmaiin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh……

Yang berusaha En. Mohd Shaharom bin Azmin, Ketua Pegawai Operasi Kolej UNITI Kota Bharu,

Yang dihormati En Mohd Zamri bin Said, Pengurus Operasi UNITI Asia Link Kota Bharu,

Barisan Pensyarah, Kakitangan Kolej UNITI Kota Bharu serta para hadirin sekalian.

Selamat datang ke Program Halatuju Peluang Kerjaya Graduan Lepasan KUKB Bersama Bisnes Unit UNITI
Asia Group.

Pada hari ini, kita berasa bertuah kerana dapat bersama En. Zamri, wakil daripada UNITI Asia Link bagi
sesi perkongsian berkaitan Peluang Perniagaan dan Kerjaya bersama UNITI Asia Link.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput dan mempersilakan En. Mohd Zamri bin Said untuk
meneruskan upacara.

Dipersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Zamri kerana sudi memberi perkongsian kepada kita
semua.

Seterusnya, majlis mempersilakan En. Mohd Shaharom bin Azmin, Ketua Pegawai Operasi Kolej UNITI
Kota Bharu bagi menyempurnakan penyampaian cenderahati.

Dipersilakan En.Mohd Zamri bin Said untuk menerima cenderahati daripada pihak kolej.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Shaharom atas kesudian menyampaikan cenderahati itu tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah program pada hari ini.

Kita tutup majlis dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Majlis bersurai.

You might also like