You are on page 1of 3

Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah akan mengadakan Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Politeknik

Kota Kinabalu pada

Tarikh : 5 Mei 2011 (Khamis) Masa : 9.00 pagi.

Tujuan audit ini adalah untuk mengenalpasti tahap keselamatan pekerjaan di PKK.

Pasukan audit ini akan memeriksa semua tempat kerja di PKK termasuklah ruang pejabat, bilik kuliah, bengkel, makmal dan lain-lain lokasi yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, diminta semua warga PKK dan Pegawai Keselamatan Jabatan/Unit untuk memastikan perkara-perkara berikut disediakan

i) Dasar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan PKK - sila baca & fahami dasar tersebut. Sila pastikan ditampal di ruang pejabat, bilik kuliah, bengkel, makmal ii) Carta aliran kerja semua aktiviti iii) Semua prosedur kerja selamat di tempat kerja (SOP) iv) Rekod pemberian & penyelenggaraan Alat Kelengkapan Diri (PPE) v) Rekod latihan keselamatan vi) Rekod penyelenggaraan peralatan, bangunan, pendawaian elektrik vii) Rekod pemeriksaan tempat kerja viii) Rekod kemalangan ix) Laluan kecemasan

x) Peti Pertolongan Cemas xi) Minit mesyuarat di peringkat jabatan/unit yang pernah membincangan hal-hal berkaitan xii) Rekod aktiviti berkaitan keselamatan di peringkat jabatan/unit seperti fire drill, 5S, taklimat keselamatan dan sebagainya. xiii) Lain-lain rekod yang berkaitan

Berikut adalah dapatan audit DOSH pada tahun lepas. Diharap semua staf memberi perhatian, terutamanya terhadap perkara 2, 3, 4, 5 & 6.

Susulan pemeriksaan di premis tuan, dikehendaki: Memastikan dasar am polisi keselamatan dan kesihatan dirujukkan kepada Ibu Pejabat Politeknik di Kuala Lumpur bagi memastikan keseragaman. Memastikan MSDS/CSDS (Material Safety Data Sheet/ Chemical Safety Data Sheet) disediakan di tempat yang mempunyai bahan-bahan kimia Memastikan First Aid Box tidak diletakkan/ dimasukkan bahan-bahan ubatan yang boleh dimakan, etc:panadol Memastikan Air Receiver didaftarakan di pejabat JKKP dengan segera Memastikan Guarding Machine diadakan bagi mesin-mesin yang diperlukan Memastikan HIRARC dibuat bagi memastikan SOP (Prosedur Kerja Selamat) yang telah sedia ada lebih komprehensif Memastikan laporan kemalangan menggunakan borang JKKP 8 dilakukan bagi setiap hujung tahun Memastikan sesalinan minit mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dihantar ke pejabat JKKP Sabah bagi tindakan pemantauan.

Susulan daripada email en. Jayakumaran (bertarikh 8 april) berkenaan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak unit OSHA jabatan memohon kerjasama daripada semua penyelia makmal/dewan/bilik kuliah agar memastikan perkaraperkara seperti yang di senaraikan dapat di sediakan/lengkapkan.

i) Dasar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan PKK - sila baca & fahami dasar tersebut. Sila pastikan ditampal di ruang pejabat, bilik kuliah, bengkel, makmal ii) Carta aliran kerja semua aktiviti iii) Semua prosedur kerja selamat di tempat kerja (SOP) iv) Rekod pemberian & penyelenggaraan Alat Kelengkapan Diri (PPE) v) Rekod penyelenggaraan peralatan, bangunan, pendawaian elektrik vi) Rekod pemeriksaan tempat kerja vii) Laluan kecemasan viii) Peti Pertolongan Cemas ix) Minit mesyuarat di peringkat jabatan/unit yang pernah membincangan hal-hal berkaitan x) Rekod aktiviti berkaitan keselamatan di peringkat jabatan/unit seperti fire drill, 5S, taklimat keselamatan dan sebagainya. xi) Lain-lain rekod yang berkaitan

kerjasama tuan/puan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

unit OSHA jabatan.

You might also like