You are on page 1of 4

PEMERIKSAAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

Pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan merupakan satu prosedur yang


perlu dilaksanakan bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja
terpelihara dan selamat. Tujuan pemeriksaan keselamatan adalah untuk mencari,
melihat, merekod dan menganalisa keadaan yang tidak selamat. Pemeriksaan
diperlukan untuk menguji semua faktor (peralatan, proses, bahan, bangunan,
prosedur) yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kecederaan atau penyakit,
dan mengenal pasti tindakan yang perlu untuk mengawal bahaya tersebut daripada
berulang.

Majikan perlu memastikan organisasi mempunyai polisi dan prosedur


keselamatan yang sesuai. Fokus utama program ini adalah untuk mencegah
kemalangan, penghapusan hazard dan sistem penyelenggaraan yang selamat.
Lebihlebih lagi jika terdapat penggunaan peralatan atau bahan yang berpotensi
mendatangkan kemudaratan atau kemalangan.

Melalui pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan, kita dapat mengenal pasti


dan merekodkan risiko keselamatan dan kesihatan. Tindakan pembetulan dan
penambahbaikan dapat dikenalpasti dan dilaksanakan yang mana boleh
mengakibatkan kemudaratan dapat dihindari.

Semasa melakukan kerja pemeriksaan, pemeriksa perlulah terlebih dahulu


menjalani latihan atau menghadiri seminar keselamatan. Pemeriksaan yang
berkesan bergantung kepada keupayaan untuk mengenal pasti bahaya. Pemeriksa
harus dibekalkan dengan rujukan, panduan atau senarai semak pemeriksaan bagi
memastikan pemeriksaan yang konsisten dan menyeluruh dapat dilakukan.

Majikan perlu membangunkan senarai semak pemeriksaan berdasarkan kepada


keperluan sesebuah projek yang dijalankan. Antara indikator yang boleh dijadikan
sebagai standard untuk kerja yang dijalankan ialah:

i. susun atur tempat kerja


ii. struktur bangunan
iii. pelan lantai peralatan dan kelengkapan kerja
iv. penyelenggaraan tempoh syif/pengiliran
v. bahan-bahan hazard di tempat kerja
vi. penyimpanan keluar
vii. peraturan syarikat
viii. spesifikasi peralatan dan manual
ix. Kelengkapan perlindungan personal
x. kawalan kejuruteraan
xi. prosedur kecemasan
xii. perkhidmatan pertolongan cemas.
xiii. laporan siasatan kemalangan
xiv. aduan pekerja
xv. laporan hazard di tempat kerja
xvi. cadangan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan
xvii. laporan penyelenggaraan

Satu sistem yang merekodkan pemeriksaan, tindakan pembetulan dan


pemantauan perlulahdibangunkan oleh organisasi. Setelah pemeriksaan selesai
dilakukan, laporannya perludiserahkan kepada pihak pengurusan, jawatankuasa
keselamatan dan penyelia. Ini adalahuntuk membolehkantindakan pembetulan
dilakukan bagi memperbaiki kekurangan yang telah didikenal pasti.

Bagi tempat kerja yang mengamal sistem pengurusan keselamatan, pemeriksaan


tempat kerja secara berjadual merupakan bahagian yang penting dalam sistem
tersebut. Sebagai kaedah mengukur pencapaikan, pemeriksaan yang dijalankan
perlu dirancang secara sistematik, direkodkan dan ditambah baik dari masa ke
semasa. Bergantung kepada piawaian sistem yang digunapakai, pemeriksaan
tempat kerja dirangka mengikut keperluan yang sedikit berbeza.

Sungguhpun dikatakan pemeriksaan keselamatan mampu mencegah


kemalangan, tetapi kejadian yang tidak diingini masih terus berlaku seolah-olah
menggambarkan kegagalan amalan pemeriksaan di tempat kerja. Oleh itu, majikan
perlu lebih peka dan sentiasa melakukan pemeriksaan keselamatan dengan lebih
tegas dan mengikut standard yang telah ditetapkan.
KESELAMATAN PERSEKITARAN TEMPAT KERJA

Persekitaran kerja yang selamat adalah satu situasi di mana seseorang pekerja
atau pelajar berada di tempat kerja tanpa menerima atau ditimpa sebarang risiko
teruk dan situasi yang tidak selamat ketika berada di kawasan yang berisiko tinggi
untuk berlakunya kemalangan. Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan
sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan
bekerja. Persekitaran tempat kerja yang selamat hendaklah meliputi perkara-perkara
berikut:

i. Tidak membiarkan bahan dan alatan bersepah tanpa dikemaskan dan di

susun semula di tempatnya. Ini dapat mengelakkan bahan dan alatan

tersebut daripada dilanggar, disepak atau dipijak.

ii. Elakkan minyak atau gris tertumpah kerana minyak sangat licin dan boleh

menyebabkan kita mudah tergelincir dan jatuh.

iii. Mempunyai ruang dan mendapat bekalan cahaya yang terang, mempunyai

peredaran yang baik, mempunyai laluan untuk berjalan dan hendaklah

dilengkapkan dengan rak tempat menyimpan alatan dan bahan supaya alat-

alat tangan disusun dengan kemas dan teratur.

iv. Sistem pencahayaan dan peredaran udara yang baik diperlukan dalam

sesebuah bengkel. Bengkel yang bising, gelap, tidak selesa dan buruk tidak

berupaya membekalkan persekitaran yang selamat untuk bekerja. Ruangan

yang disediakan untuk sesebuah bengkel mestilah mengambil kira aspek

pencahayaan, peredaran udara dan bunyi bising.

Pemeriksaan pesekitaran dan peralatan perlu dibuat sebelum memulakan


sebarang aktiviti bagi memastikan alatan yang digunakan adalah selamat.
Pemeriksaan ini hendaklah berpandukan kepada borang pemeriksaan keselamatan
yang disediakan oleh Jawatankuasa Keselamatan sesebuah organisasi.
Pemeriksaan yang dilakukan adalah meliputi semua aspek keselamatan iaitu
persekitaran, peralatan, mesin dan analisis risiko kerja yang hendak dilakukan.
Semua perkara berikut hendaklah diisi di dalam borang senarai semak pemeriksaan
keselamatan dan diperakui oleh Ahli Jawatankuasa Keselamatan. Senarai semak
pemeriksaan tempat kerja boleh digunakan untuk menilai tahap persekitaran tempat
kerja yang selamat, kemas dan tersusun.

Amalan pemeriksaan yang mengikut standard dapat mencegah dari berlakunya


sebarang kecederaan, kemalangan mahupun kematian semasa di tempat kerja.
Perlaksanaan melibatkan semua pihak, prosedur yang lengkap dan analisa yang
terperinci ke atas hasil pemeriksaan yang telah dijalankan. Pengamal keselamatan
dan kesihatan terutamanya Site Safety Supervisor (SSS) dan Safety Health Office
(SHO) disarankan menyemak semula hasil pemeriksaan bagi memastikan objektif
tercapai dan menilai tahap keberkesanan pemeriksaan dilakukan.

Di tempat kerja, majikan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada SSS dan
SHO sahaja dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin. Ahli
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) atau penyelia tapak yang dilantik
dalam sesebuah organisasi juga boleh turut membantu melaksankan pemeriksaan
dan melaporkan setiap penemuan sebarang isu berkaitan keselamatan dan
kesihatan.

You might also like