You are on page 1of 4

UNIT KOKURIKULUM PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA 47810 PETALING JAYA

PELAN STRATEGIK, PELAN TAKTIKAL & PELAN OPERASI (2011 2015)

SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA 47810 PETALING JAYA SELANGOR PELAN STRATEGIK 2011-2015 PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

1. RASIONAL Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) merupakan salah satu pasukan Unit Berunifom di sekolah. PBSM ditubuhkan untuk memenuhi minat murid untuk berkhidmat sebagai ..

2. ANALISIS 2.1 Program /Aktiviti yang dilaksanakan 2.1.1 Mesyuarat Agung dijalankan di Bilik Utiliti pada hari .. Januari 2011 bermula dari jam 7.20 hingga 9.00 pagi di bawah penyeliaan guru penasihat. 2.1.2 Mesyuarat Guru penasihat dan Ajk PBSM dilaksanakan untuk merancang aktiviti tahunan seperti: a) membaca ikrar PBSM, menyanyi lagu PBSM dan mengenali prinsip PBSM. b) Pengenalan dan sejarah PBSM c) Teori dan praktikal rawatan kecemasan. d) Anatomi badan e) Ikatan anduh, rawatan patah dan penggunaan usungan f) Penjagaan kesihatan dan pemakanan seimbang. g) Jenis-jenis ikatan h) Latihan kawad kaki ahli baru dan skuad utama untuk Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah i) Kursus dan ujian Pertolongan Cemas Asas (18 jam) untuk persijilan dan lencana dengan kerjasama BSM Cabang Petaling. j) Kursus Rawatan Kecemasan dengan kerjasama IPT tempatan k) Perkhemahan Perdana Peringkat Sekolah. l) Pinjaman /sewaan pakaian seragam. 2.1.3 Objektif aktiviti Program ini dilaksanakan untuk membolehkan murid berjaya mengikuti aktiviti PBSM selaras dengan matlamat penubuhannya. 2.1.3.1 Tindakan susulan berdasarkan analisis kejayaan/ kegagalan program. 2.1.3.2 Mengadakan latihan berterusan

2.1.3.3 Memastikan ahli yang terpilih menguasai kemahiran sepenuhnya untuk ke peringkat lebih tinggi. 2.1.3.4 Memantau kecekapan dan kehadiran ahli PBSM dari semasa ke semasa. 3. SWOT ANALISIS 3.1 Kekuatan 3.1.1 Terdapat sekumpulan pelajar SMK Seksyen 10 Kota Damansara sangat berminat dan menerima sokongan dan galakan daripada ibu bapa. 3.1.2 Sebahagian ahli belia BSMM sudah memiliki kemahiran asas kurikulum BSMM dari sekolah rendah. 3.2 Kelemahan 3.2.1 Terdapat sebilangan ahli BSMM yang tidak hadir setiap kali aktiviti dijalankan samada kelemahan sendiri, menghadiri tuisyen atau terpaksa bekerja bagi membantu ibu bapa. 3.2.2 Sebilangan murid pula hadir aktiviti tetapi tidak mahu mengambil bahagian dengan aktif semasa aktiviti dijalankan. 3.2.3 Sebilangan murid tidak mampu untuk membeli pakaian seragam ( dan tiada pakaian seragam yang sesuai untuk disewa) menyebabkan mereka merasa rendah diri dan tidak mahu aktif.

3.3 Peluang 3.3.1 Semua ahli belia PBSM berdaftar berpeluang menimba sebanyak mugkin ilmu yang diajar dalam kurikulum BSMM. 3.3.2 Belia BSMM berdaftar yang kurang berkemampuan untuk membeli unifom boleh membuat peminjaman/sewaan unifom belia BSMM. 3.3.3 Belia BSMM yang telah dalam lulus dalam ujian kursus Pertolongan cemas asas akan mendapat lencana pertama. Belia yang mempunyai ciri-ciri sukarelawan yang baik berpeluang mengikuti program pertukaran ke luar negara. 3.4 Halangan 3.4.1 Tidak semua ahli belia BSMM berpeluang mengambil ujian kursus pertolongan cemas asas kerana kekangan masa , (belia perlu menghadiri kursus selama 18 jam bersama jurulatih BSMM Cabang Petaling) dan kekurangan jurulatih daripada BSMM Daerah .

4. FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENDORONG KEJAYAAN PROGRAM BERKAITAN 4.1 4.2 4.3 Mendapat sokongan daripada pihak pengurusan sekolah secara berterusan. Kerjasama Belia BSMM yang komited dan berdedikasi untuk membantu guru-guru

menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada ahli baru. 4.4 Belia BSMM yang menunjukkan minat dan kesungguhan dalam program / aktiviti BSMM sekolah. 4.5 Sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa dengan membenarkan anak mereka terlibat dalam aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan.

5. 6.

You might also like