You are on page 1of 21

Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap.

(wikipedia) atau merujuk kepada pelbagai komponen fizikal bagi suatu sistem komputer.(Pengenalan komputer: 2001) Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device). Perkakasan komputer boleh diklasifikasikan kepada 5 kategori utama iaitu: Masukan (input) Pemproses Ingatan Keluaran (Output) Storan

Rajah 1: Contoh perkakasan komputer

Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM). Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003).

1.1

CPU CPU atau unit pemprosesan pusat ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses.

Rajah 2: Contoh CPU Istilah unit pemprosesan pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang penting di dalam komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada komputer yang menggunakan cip mikropemproses moden. Fungsi-fungsi tersebut (cache, dan kawalan input/output) disertakan di dalam litar bersepadu.

1.2

RAM Ingatan capaian rawak atau random access memory (RAM) ialah gabungan beberapa cip di atas satu modul ingatan. Modul ingatan ini kemudian dimasukkan ke slot RAM di atas papan induk. Jumlah kapasiti pada sesuatu modul RAM itu biasanya gandaan dari angka dua. Manakala unit ukuran yang digunakan untuk mengukur RAM pula ialah MegaBytes (MB). 1 MB bersamaan dengan 100 KiloBytes (KB). Contoh kapasiti modul RAM ialah 64 MB, 128 MB dan 256 MB. Pada kebanyakan papan induk slot untuk sesuatu modul ingatan biasanya ada empat. Ini membolehkan kita memasukkan beberapa modul ingatan di atas papan induk. Teknologi dual channel berteraskan kepada dua modul yang kecil untuk membentuk satu kapasiti yang besar. Ini membolehkan capaian data pada kadaran yang lebih cepat. Misalnya untuk memiliki jumlah sebanyak 512 MB, kadar capaian data untuk dua keping modul 256 MB adalah lebih cepat berbanding dengan satu memori modul sebanyak 512 MB. Kegunaan RAM Kegunaan utama RAM adalah untuk menyimpan maklumat-maklumat sementara yang sedang digunakan oleh aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan (running application). Memori-memori yang disimpan oleh

aplikasi-aplikasi ini akan terpadam dengan sendirinya apabila sesuatu aplikasi itu ditutup Oleh itu, RAM hanyalah ingatan sementara dan akan terpadam apabila komputer ditutup berbanding dengan cakera keras (hard disk) yang mempunyai ingatan secara kekal (permanent storage). Jumlah kapasiti yang lebih besar menjanjikan perjalanan aplikasi-aplikasi lebih lancar. Jumlah yang tinggi ini juga diperlukan oleh aplikasi-aplikasi yang yang dahagakan RAM seperti Adobe Premiere dan permainan-permainan komputer seperti Far Cry dan Grand Theft Auto (Vice City). Kebaikan RAM

Rajah 4: Contoh RAM Antara kebaikan RAM ialah pengendalian aplikasi yang lebih lancar. RAM juga mempunyai kadar perpindahan data yang lebih tinggi berbanding dengan cakera keras. RAM juga pada masa sekarang boleh didapati dalam harga yang berpatutan. RAM juga bersifat plug and play dimana kita hanya terus pasang sesuatu modul memori itu di slotnya dan terus boleh menggunakannya sebaik sahaja komputer dihidupkan.

Ingatan Fizikal dan Ingatan Maya Ingatan fizikal ialah jumlah kapasiti memori yang dimasukkan ke dalam komputer yakni modul-modul RAM. Manakala ingatan maya ialah jumlah

kapasiti memori secara maya. Ingatan maya ditempatkan di dalam cakera keras sebagai pengganti ingatan fizikal/RAM apabila kapasitinya sudah penuh. Namun, ingatan maya mempunyai kadar perpindahan data yang lebih rendah berbanding ingatan fizikal. Secara umumnya, jumlah optimum ruang cakera keras yang perlu diperuntukkan untuk dijadikan ruang ingatan maya ialah bersamaan 1.5 kali jumlah ingatan fizikal yang dipasang pada komputer, contohnya jika komputer anda dilengkapi dengan 1 GB RAM, anda perlu memperuntukkan sebanyak 1.5 GB ruang cakera keras untuk dijadikan ruang ingatan maya.

1.3

BIOS

Rajah 5: BIOS BIOS, dalam pengkomputeran, merupakan kependekan Basic

Input/Output System (Sistem Input/Output Asas) atau Basic Integrated Operating System (Sistem Pengendalian Bersepadu Asas). BIOS merujuk kepada kod perisian yang dijalankan oleh komputer apabila ia mula dihidupkan. Fungsi utama BIOS ialah untuk menyediakan mesin supaya aturcara perisian lain yang disimpan di pelbagai media (seperti cakera keras, cakera liut dan CD) boleh dimuat, dilaksana dan mengambil alih komputer tersebut. Proses ini dikenali sebagai but (booting up).

Rajah 5: Contoh lain BIOS BIOS juga boleh dikatakan sebagai atur cara berkod yang dibenamkan dalm suatu cip yang mengenali dan mengawal papan induk serta pelbagai peranti komputer. Istilah BIOS adalah khusus untuk komputer peribadi. Untuk jenis komputer lain, istilah generik boot monitor, boot loader atau boot ROM biasa digunakan. Walaupun nama BIOS itu adalah akronim, ia boleh menjadi permainan kata Greek (bios), yang bermaksud kehidupan. Istilah ini pertama kali muncul dalam sistem pengendalian CP/M, memerikan bahagian CP/M yang dimuat ketika masa but yang mengantaramuka terus dengan perkakasan (mesin CP/M biasanya hanya mempunyai pemuat but mudah dalam ROM). Kebanyakan versi DOS mempunyai fail bernama "IBMBIO.COM" atau "IO.SYS" yang seakan-akan BIOS cakera CP/M.

1.4

Bas Bersiri Sejagat (USB) Bas Bersiri Sejagat (USB) memberikan piawai bas bersiri untuk peranti penyambung, biasanya untuk komputer peribadi dan Apple Macintosh, dan semakin juga untuk konsol permainan video seperti Microsoft Xbox 360, Nintendo Wii, Sony PlayStation 2, dan PDA, serta untuk perkakas seperti televisyen dan kelengkapan stereo rumah. Pelaksanaan USB berdasarkan spektrum radio dikenali sebagai USB Wayarles atau WUSB.

Rajah 6: Gambar USB Pengenalan Sistem USB mempunyai reka bentuk asimetri, mengandungi pengawal hos dan berbilang peranti disambung menurut bentuk pohon dengan menggunakan peranti hab khas. Terdapat had lima aras cabang hab bagi setiap pengawal. Sehingga 127 peranti boleh disambungkan kepada pengawal hos tunggal, tetapi peranti hab mesti turut diambil kira. Komputer moden kemungkinannya mempunyai beberapa pengawal hos dengan itu jumlah peranti berguna yang disambung jauh lebih rendah berbanding dari apa yang boleh disambungkan kepada pengawal tunggal. Pemutus (terminator) tidak diperlukan untuk bas USB, sebagaimana yang diperlukan bagi SPI-SCSI dan beberapa yang lain.

Rajah 7: Contoh penyambung USB Rekabentuk USB adalah bertujuan untuk memansuhkan keperluan untuk menambah kad tambahan berasingan kepada slot ISA atau PCI, serta menambah baik keupayaan Palam dan Main dengan membenarkan peranti untuk disambungkan atau dutanggalkan secara terus tanpa menghidupkan semula komputer. Apabila peranti baru disambungkan buat pertama kali, komputer hos akan mengecam peranti tersebut dan seterusnya memuatkan fail pemacu yang diperlukan untuk menjalankannya.

1.5

HARD DISK Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM, atau pita. Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari. Mekanik

Data-data dalam cakera keras disimpan di permukaan piring magnetik yang berputar. Maklumat disimpan dengan menghantar fluks elektromagnet melalui satu antena atau kepala tulis (write head) yang amat berdekatan dengan permukaan piring, yang menjadikan permukaan magnetik itu menukar polarisasinya. Begitu juga maklumat dapat dibaca, apabila medan magnetik piring menghasilkan cas elektrik pada kepala baca (read head) yang menghampirinya.

Rajah 8: Gambar Hard Disk Secara fizikal, cakera keras dibina daripada satu paksi tengah dan piring magnet itu akan berpusing pada satu kelajuan tetap. Dan diantara piringpiring tersebut terdapat satu kepala baca/tulis untuk setiap permukaan pada satu angker (armature) umum. Angker itu akan mengerakkan kepala ke mana-mana bahagian yang dikehendaki.

1.6

Cakera Liut Cakera liut (floppy disk) adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan pemacu cakera liut.

Rajah 9: Gambar floppy disk Cakera 5-inci dengan medium bermagnet separa terdedah berputar pada paksi tengah. Sarungnya mempunyai lapik kain bagi menyapu habuk daripada medium. Perhatikan "slot membenar penyimpanan" di sebelah atas kanan dan lubang berhampiran paksi yang menyelaras kepantasan pemancu.

1.7

Compact Disk Read-Only Memory CD-ROM atau nama penuhnya compact disk read-only memory (ingatan baca sahaja cakera padat) ialah sejenis cakera padat yang menyimpan data yang boleh dibaca oleh komputer. Pada asasnya pemacu cakera padat boleh membaca data yang terkandung di dalam sesebuah cakera padat. Kini, dengan teknologi terbaru pemacu cakera padat bukan sahaja boleh membaca malah ia juga boleh merekodkan data ke dalam cakera padat melalui teknologi laser.

Rajah 10: CD-R

Penyimpanan Data Data boleh disimpan melalui 2 kaedah, kaedah kekal (rewritable) dan kaedah bolehubah (recordable). Kaedah kekal hanya membolehkan sesuatu data direkod hanya sekali secara kekal ke atas cakera padat dan data tersebut tidak boleh dipadamkan langsung. Manakala kaedah bolehubah membenarkan data direkod dan dipadam mengikut kepada keperluan pengguna. Pemacu cakera padat terdiri daripada 3 jenis: 1. . Pemacu cakera padat yang hanya boleh membaca data (CD-ROM), 2. . Pemacu cakera padat yang boleh merekod sekali dan membaca memori (CD-R) dan 3. . Pemacu cakera padat yang boleh merekod serta memadamkan memori berkali-kali mengikut keperluan pengguna dan membaca memori (CD-RW).

1.8

MONITOR Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik. Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri.

Rajah 11: Gambar Monitor Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan. Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT.

1.9

Unit pemprosesan grafik (GPU) Unit pemprosesan grafik (GPU) adalah sebuah perkakasan komputer yang bertugas untuk memproses data grafik yang dihantar oleh CPU sebelum dipaparkan ke monitor. Unit pemprosesan grafik boleh jadi sama ada terbina di dalam papan induk ataupun dipakejkan dalam bentuk kad tambahan. Unit pemprosesan grafik yang dipakejkan dalam bentuk kad tambahan dikenali sebagai kad grafik. Kad grafik disambungkan ke

papan induk sama ada melalui slot PCI (sehingga tahun 1998), slot AGP (sehingga tahun 2005) ataupun slot PCI Express (piawaian terkini).

Rajah 12: Contoh GPU Lazimnya, unit pemprosesan grafik mempunyai 4 komponen utama:1. Pemproses grafik - bertugas memproses data grafik. Pemproses grafik yang lebih berkuasa dapat memproses lebih banyak data grafik yang berat dan kompleks, terutamanya ketika bermain permainan komputer ataupun ketika melakukan kerja-kerja grafik berat. 2. Ingatan grafik - ingatan capaian rawak yang dipasang pada unit pemprosesan grafik, berfungsi untuk menyimpan data grafik secara sementara untuk diproses. 3. Penukar digital-analog - menukarkan isyarat grafik digital dari kad grafik ke isyarat analog yang digunakan oleh monitor. 4. Port VGA - menyediakan antaramuka dari kad grafik ke monitor, berfungsi menghantar isyarat akhir grafik yang telah diproses ke monitor. Antara pengeluar utama unit pemprosesan grafik ialah NVIDIA dan ATI.

1.9 Pencetak komputer Pencetak komputer

Rajah 13: Pencetak berjenama Epson Stylus C84 inkjet Pencetak adalah salah satu peranti keluaran yang berkeupayaan untuk menghasilkan laporan dan dokumen perniagaan. Pencetak telah dibangunkan dan berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga lebih 20,000 baris per minit dengan setiap baris mempunyai hingga 150 aksara. Kiraan ringkas menunjukkan kelajuan cetakan maksimum adalah dalam anggaran 50,000 aksara persaat. Pencetak boleh mencetak atas kertas biasa atau atas borang satu atau berbilang salinan yang disediakan khas seperti invois, alat tulis, label, cek, bil dan lain-lain borang bertujuan khas yang digunakan dalam perniagaan dan industri. Ia boleh cetak teks dan grafik dalam bentuk hitam putih atau warna. Pencetak boleh dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu:

pencetak hentaman pencetak tanpa hentaman

1.10

Pengimbas Pengimbas

Rajah 14: Sebuah pengimbas jenama Canon Pengimbas imej (image scanner) merupakan peranti yang menukarkan semua teks, lukisan, gambar, objek dan lain-lain ke bentuk digital. Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen elektronik (electronic document imaging) dengan menggabungkan penggunaan pengimbas, kamera digital dan lain-lain. Teknologi imbasan Pengimbas menggunakan dua jenis teknologi optik iaitu sama ada Charge-Coupled Device (CCD) atau Contact-Image Sensor (CIS). CCD adalah teknologi lama yang digunakan oleh pengimbas dan ia menyerupai teknologi mesin fotokopi manakala CIS adalah teknologi baru yang menggunakan penderia sebagai perantara tangkapan imej. Namun begitu teknologi CIS tidak mampu menghasilkan gambar yang baik walaupun ia mampu menghasilkan pengimbas yang nipis dan ringan. Manakala teknologi CCD pula membolehkan gambar diimbas dengan baik dan cantik walaupun ia berat dan agak sensitif kepada gegaran. Dari segi harga pula CIS adalah mahal berbanding dengan CCD. Kini pengimbas juga mengadakan sejenis ciri mudah dalam

penggunaannya iaitu imbasan sesentuh (one-touch scanning). Dengan ciri ini ia memberikan kemudahan sebuah mesin fotokopi kepada pengimbas

dan pengguna hanya perlu meletakkan dokumen pada pengimbas kemudian tekan butang pada pengimbas, seterusnya pengimbas akan menghantar data kepada PC.

1.11

Pemacu kilat USB Pemacu kilat USB

Rajah 15: Pemacu kilat USB jenama PenDrive Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja. Setakat November 2006, kapasiti memori pemacu kilat USB adalah dari serendah 32 MB sehingga setinggi 64 GB. Kapasiti memori pemacu kilat bergantung kepada ketumpatan ingatan kilat yang digunakan. Pemacu kilat USB menawarkan banyak kelebihan berbanding peranti storan mudahalih lain, terutamanya cakera liut. Ia lebih kecil, lebih pantas, boleh meyimpan lebih banyak data serta lebih boleh diharap (kerana tiada bahagian bergerak serta rekabentuk yang lebih tahan lama) daripada

cakera liut. Pemacu kilat USB menggunakan piawaian alat storan massa USB yang disokong oleh sistem pengoperasian moden seperti Windows, Mac OS X dan Linux. Sebuah pemacu kilat terdiri daripada papan litar bercetak kecil di dalam bekas plastik, menjadikannya kecil dan mudah disimpan di dalam kocek. Penyambung USB pula ditutup dengan penutup plastik yang boleh ditanggalkan untuk melindunginya daripada kemungkinan kerosakan akibat elektrik statik. Hampir kesemua pemacu kilat menggunakan penyambung piawai USB jenis A supaya boleh disambung terus ke komputer. Untuk mengakses pemacu tersebut, pemacu kilat perlulah terlebih dahulu disambungkan ke komputer melalui port USB. Pemacu kilat USB memperoleh bekalan kuasanya melalui port USB sendiri.

1.12

Kad ingatan Kad ingatan

Rajah 16: 4 jenis utama kad ingatan (dari kiri ke kanan: CompactFlash, Memory Stick, Secure Digital, dan xD) Kad ingatan ataupun kad ingatan kilat adalah sejenis storan komputer yang menggunakan ingatan kilat dan digunakan secara meluas di dalam peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain audio digital dan konsol permainan video. Kadang-kadang ia juga dipanggil "mem-card" di kalangan pengguna. Kad ingatan pernah dicadangkan sebagai pengganti kepada cakera liut, tetapi pemacu kilat

USB telah pun mengambil alih peranan sebagai pengganti cakera liut. Hari ini, hampir kesemua komputer riba model terbaru disertakan dengan pembaca kad ingatan yang serasi dengan pelbagai format kad ingatan yang terdapat di pasaran.

1.17

Storan komputer Storan komputer Istilah storan dan ingatan merujuk kepada bahagian komputer yang mengekalkan keadaan fisikalnya (data) untuk suatu jangka masa tertentu, walaupun jika kuasa elektrik ke komputer tersebut dimatikan. Biasanya istilah "ingatan" (memory) digunakan untuk peranti yang lebih laju, manakala "storan" (storage) untuk yang lebih perlahan. Di dalam komputer rumah, jenis storan selalunya terdiri daripada:

Cakera keras, yang menyimpan program dan fail pengguna. Ia boleh menyimpan data walaupun tanpa bekalan kuasa, dan mempunyai muatan yang besar.

Cakera liut bersaiz 1.44 MB (kini menjadi kurang popular dengan adanya cakera optikal dan pemacu kilat USB Cakera optikal, iaitu sama ada CD-ROM, DVD-ROM atau cakera Bluray. Cakera optikal mempunyai saiz storan yang besar, iaitu 650 MB (cakera padat), 4.7 GB (DVD) dan 25 GB (cakera Blu-ray).

Pemacu kilat USB adalah jenis peranti storan yang semakin popular bagi menggantikan disket disebabkan saiznya yang kecil tetapi mampu menyimpan data yang jauh lebih besar, malah sesetengah model mempunyai saiz storan lebih besar daripada sekeping DVD. Pemacu kilat USB menggunakan ingatan kilat yang tidak meruap tetapi boleh dipadam dan ditulis semula dengan pantas.

RAM, digunakan untuk menyimpan program atau data untuk sementara semasa komputer sedang menggunakannya. Ia boleh berfungsi dengan laju, namun segala maklumat yang ada di dalamnya akan hilang apabila komputer dimatikan.

Ingatan cache, biasanya dipasang terus pada mikropemproses, cakera keras atau peranti lain. Ia merupakan satu ingatan kecil berkelajuan tinggi yang menyimpan salinan data supaya pemproses boleh bekerja dengan pantas tanpa perlu menunggu peranti lain yang perlahan.

Satu analogi yang sesuai ialah ingatan manusia, di mana cakera keras merupakan ingatan jangka panjang dan RAM merupakan ingatan jangka pendek.

1.18

Bebola jejak Bebola jejak

Rajah 17: Bebola jejak Logitech. Bebola Jejak (trackball) ialah peranti input yang menjalankan tugas yang sama seperti tetikus. Prinsip operasi bebola jejak ini juga sama seperti tetikus. Keadaan bebola jejak ini sama seperti tetikus apabila diterbalikkan (upside down). Bola getah berada di bahagian atas bebola jejak.

Pengguna perlu memusingkan dengan tangan bola getah yang sebesar bola snuker (snooker). Penuding (pointer) akan digerakkan pada skrin monitor. Biasanya bebola jejak akan di gunakan jika tiada ruang di atas meja untuk menggunakan tetikus. Dulu komputer notebook banyak menggunakan bebola jejak tetapi sekarang kebanyakannya telah menggunakan pad sentuh (touch pad) untuk mengerakkan penuding (pointer) pada skrin monitor. Penuding akan bergerak mengikut bahagian pad sentuh (touch pad) yang disentuh oleh anda.

1.19

Kayu ria

Rajah 17: Unsur kayu ria: 1. Kayu 2. Asas 3. Picu 4. Butang tambahan 5. Suis tembak automatik 6. Pendikit 7. Suis sudut pandangan 8. Cawan sedut Kayu ria, juga dikenali sebagai kayu bedik merupakan tambahan perkakasan komputer atau peranti kayu kendali tangan kegunaan umum yang berputar pada satu hujung dan menghantar perutusan mengenai sudutnya dalam dua atau tiga dimensi pada komputer. Kayu ria sering kali digunakan bagi mengendalikan permainan video, dan biasanya

mempunyai satu atau lebih butang tekan yang kedudukannya boleh dibaca komputer. Istilah kayu ria menjadi sebati dengan kawalan permainan yang boleh disambungkan kepada komputer kerana komputer mengiktiraf input ini sebagai "input kayu ria". Selain bagi kawalan komputer, kayu ria turut digunakan bagi mengawal mesin seperti lif, kren, lori, kerusi roda bermotor dan sebahagian mesin potong rumput putar setempat. Kini kayu ria mini telah digunakan sebagai peranti mengendali perkakasan eletronik lebih kecil seperti telefon bimbit.

You might also like