You are on page 1of 10

BORANG ANALISIS & PENILAIAN BUKU TEKS

ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS SUBJEK PENULIS : PERDAGANGAN TINGKATAN : 5 :1) SITI AMNAH BT SAHRAN PENERBIT 2) RAHIMAH BT IBRAHIM 3) MAGGIE LOW POH LEAN

TEMPAT TERBIT:INFO DIDIK SDN BHD, KOTA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA, SELANGOR TAHUN TERBIT: 2003 ARAHAN Tandakan ( ) pada skor: 1: Lemah 2: Sederhana

3: Baik

4: Cemerlang

Dalam ruangan ulasan, anda perlu menyatakan halaman dan justifikasi. KOMPONEN A. KESESUAIAN ISI KANDUNGAN DENGAN TAHAP PERKARA 1. Kelengkapan isi kandungan SKOR ULASAN (Halaman & Justifikasi) 1 2 3 4 Isi kandungan buku teks ini didapati lengkap iaitu ia menyediakan pecahan setiap topik kepada sub topik tertentu secara teratur. Ia dilengkapkan dengan nota,contoh serta gambar dan sumber rujukan internet yang dapat digunakan oleh pelajar. Selain daripada itu ia turut menyediakan ruangan kecil yang memaparkan maklumat tambahan dan persoalan yang merangsang minda pelajar untuk berfikir. Seterusnya sebagai pelengkap isi kandungan, penulis menyediakan pelbagai bentuk latihan yang dapat menguji pengetahuan pelajar hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui Dari segi keluasan isi kandungan, didapati terdapat beberapa perkara yang tidak dimasukkan dalam buku teks sedangkan penggunaannya sudah lama dan meluas dalam dunia sebenar. Contohnya dalam bab 1(perbankan)dalam sub topik perkhidmatan bank tidak dinyatakan penggunaan perbankan online iaitu perkhidmatan bank secara internet. Perkhidmatan ini harus dimasukkan dalam bab perbankan memandangkan banyak bank sudah menyediakan kemudahan perbankann online untuk banyak urusniaga termasuklah urusan pemindahan wang antara bank, pembayaran bil dan sebagainya. Huraian bagi setiap bab mendalam dan menceritakan setiap aspek yang berkaitan dengan tajuk yang ada.

2. Keluasan isi kandungan

3. Kedalaman isi kandungan

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya kebanyakannya isi kandungan adalah bersesuaian dengan tahap pelajar di mana tajuk -tajuk adalah relevan bagi pelajar tingkatan lima yang semakin perlu kepada pengetahuan perdagangan, bantuan bantuan perdagangan, peranan kerajaan juga kesedaran kepenggunaan dan etika amalan perniagaan , namun harus ada penambahbaikan dan penambahan terhadap aspek yang kurang seperti dalam perkhidmatan perbankan, di mana sudah banyak perubahan yang berlaku pada realiti sebenar terutamanya dalam perkhidmatan bank yang semakin terkini dan memudahkan pelaggan. 4. Ketepatan konsep, definisi dan fakta 5. Ketepatan contoh, kes, gambar, diagram dan ilustrasi Konsep, definisi dan fakta yang digunakan bertepatan dengan isi kandungan 1. Kebanyakan contoh ada disertakan ilustrasi gambar juga penerangan bagi gambar disediakan dan sesuai dengan isi kandungan. Walaubagaimanapun terdapat contoh yang sudah tidak relevan digunakan. Contohnya pada dalam bab promosi m/s 169 penulis meletakkan halaman kuning sebagai media bercetak sedangkan pada masa kini sudah tidak banyak digunakan lagi kerana adanya kemudahan yang lebih mudah iaitu internet dalam pengiklanan. Selain itu ada beberapa lagi gambar contoh yang agak lama iaitu gambar telefon dan penggunaan ATUR dalam perkhidmatan telekomunikasi (ms 133) di mana sudah agak ketinggalan pada masa kini. Penulis menggunakan istilah yang konsisten etapi terdapat penggunaan istilah yang tidak jelas maknanya,seperti istilah radio navigasi (m/s 105) tidak di nyatakan apa itu radio navigasi. Penulisan adalah mengikut daftar ejaan yang tepat.

6. ketepatan dan konsistensi istilah dan simbol

7. Ketepatan penulisan mengikut daftar ejaan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan : Secara keseluruhannya isi kandungan yang dimuatkan dalam buku teks perdagangan Tingkatan 5 ini bertepatan dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Namun harus diperhatikan gambar contoh yang digunakan sesetengahnya sudah tidak relevan lagi pada masa kini. Perkara ini penting kerana pelajar harus tahu apa yang berlaku pada situasi sebenar dalam dunia perniagaan dan perdagangan. Dari segi ejaan dan penggunaan sesuatu istilah yang terkini dan jelas dapat memudahkan pelajar memahami isi kandungan dan arahan.

C. KEMUTAKH IRAN KANDUNGA N

8. Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi

Perkembangan isi kandungan hampir seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi, contohnya sub topik 4.1b (m/s 135, 136) ada menerangkan perkhidmatan komunikasi dengan internet dan emel dan dalam sub topik 6.3b (m/s171) menerangkan tentang penggunaan

2
internet dalam media pengiklanandan dalam sub topik kemudahan infrastruktur dan ruang niaga ada dinyatakan tentang kemudahan Taman Teknogi Malysia (m/s 193) dimana tumpuan utama pusat teknologi maklumat adalah untuk memupuk keusahawanan tempatan yang berkosepkan multimedia yang seiring dengan kemajuann teknologi masa kini. Namun terdapat juga kandungan yang agak ketinggalan contohnya dalam bab komunikasi sub topik perkhidmatan pembayaran ada dinyatakan tentang perkhidmatan wang pos dan kiriman wang (m/s 128,129), sedangkan pada masa kini kebanyakan urusan pembayaran jauh lebih mudah dengan menggunakan perbankan online tanpa perlu mengisi borang dan beratur.

9. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi, peraturan dan kes sebenar.

Sesetengah contoh,gambar adalah tidak terkini, sebagai contoh dalam bab 1.1a(m/s 2 gambar foto 1.1) menggambarkan bank Islam yang lama sedangkan sekarang Bank Islam jauh lebih moden dari yang digambarkan. Selain itu dalam topikkomunikasi dalam sub topik perkhidmatan mel ada dinyatakan tentang penggunaan poskad, sedangkan ianya sudah tidak banyak digunakan lagi dan contoh ini sudah tidak mutakhir lagi pada masa ini. Daftar ejaan dalam buku ini adalah yang terkini mengikut perkembangan ilmu dan teknologi semasa contohnya istilah Projek Usasama Transit Ringan Automati Sdn Bhd (PUTRA)) (m/s89), Sistem Transit Aliran Ringan(STAR LRT) (m/s 89)

10. Kemutakhiran daftar ejaan

Rumusan dan cadangan penambahbaikan : Secara keseluruhannya kemutakhiran isi kandungan buku ini hampir seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi namun harus diperhatikan dari segi gambar dan contoh yang lebih terkini seiring dengan perkembangan semasa agar pelajar tahu bahawa contoh yang diberi seiring dengan situasi sebenar.Selain itu, penggunaan contoh yang sudah agak lama dan ketinggalan haruslah dikeluarkan untuk memudahkan pemahaman pelajar.

D. KESESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN PELAJAR

11. Sesuai dengan perkembangan dan kemampuan pelajar

Kandungan buku teks adalah sesuai dengan perkembangan dan kemampuan pelajar bandar mahupun luar bandar, ini kerana kandungan isi buku teks ini relevan dengan cara kehidupan pelajar masa kini di mana pelajar didedahkan dengan aspek-aspek bantuan perniagaan yang ada bagi membolehkan pelajar mengetahui keadaan sebenar dalam dunia perdagangan hari ini. Informasi kini telah dapat dinikmati oleh kebanyakan tempat, kemudahan internet juga

3
semakin mudah didapati terutamanya dalam membantu pelajar untuk lebih memahami topik dalam buku teks ini tidak kiralah di bandar atau pun di luar bandar. Ini membolehkan pelajar mudah memahami konteks penggunaan teknologi maklumat dalam topik yang diajar. 12. Sesuai dengan keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar Contoh -contoh yang digunakan kebanyakannya sesuai dengan lingkungan sosiobudaya pelajar bandar . Sebaliknya mungkin sukar bagi pelajar luar bandar untuk mempelajari topik berkaitan pengkontenaan dan tajuk pengangkutan memandangkan pelajar jarang untuk melihat situasi sebenar tentang perkara ini. Namun guru boleh menggunakan inisiatifnya untuk mungkin mengadakan lawatan kepelabuhan untuk melihat situasi yang sebenar pada pelajar.. Kebanyakan gambar contoh adalah gambar tempatan agar pelajar lebih mudah memahami apa yang cuba disampaikan dalam buku teks..

13. Menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia)

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Melihat kepada isi kandungan dan contoh yang digunakan, semua pelajar dapat memahami apa yang disampaikan , tetapi hakikatnya pelajar yang tinggal di bandar mempunyai sedikit kelebihan kerana banyak tajuk didalam buku teks di mana contohnya banyak terdapat di bandar, contohnya tajuk pengangkutan, perbankan dan insurans. Namun bagi pelajar luar bandar, guru haruslah memainkan peranan dalam memberikan pendedahan yang sebenar dengan mengadakan contoh-contoh yang sesuai dan mengadakan lawatan ke tempat tempat sebenar bagi memberikan pendedahan dunia sebenar kepada pelajar. E. KEPEKAAN TERHADAP NILAI TEMPATAN 14. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilainilai tempatan (ikut subjek) Memupuk nilai-nilai murni dan menerapkan prinsip dan amalan positif seperti bertanggungjawab,amanah, rasional dalam membuat keputusan, jujur serta memberi kesedaran kepada penegeluar dan pengguna khususnya dalam topik konsumerisme. Dalam sub topik 8.2 etika amalan perniagaan (m/s218-220) ada dinyatakan tentang tanggungjawab penjual kepada pekerja, tanggungjawab penjual terhadap pelanggan, pembekal, pemodal, kerajaan dan masyarakat Juga dinyatakan tanggungjawab pembeli terhadap penjual dan tanggungjawab pembeli terhadap masyarakat, dengan ini nilai-nilai tempatan diterapkan agar pelajar bukan sahaja dibimbing untuk menjadi usahawan tetapi mengetahui nilai-nilai moral dan sosial yang baik. Ada dinyatakan tentang kepentingan insurans kepada Negara dan sumbangan insurans dalam pembangunan Negara (m/s 50) , juga dalam bab sistem perbankan dimana diberitahu tentang

15. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilainilai gagasan/

4
wawasan negara fungsi bank pusat dalam menjaga keseimbangan ekonomi Negara (m/s 5). Di sini pelajar akan mengetahui bahawa kepekaan terhadap nilai nilai negara penting bagi seorang peniaga dan usahawan, mereka bukan sahaja mencari untung tetapi sedar akan tanggungjawab terhadap negara.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Penulis sebenarnya ada menerapkan nilai-nilai murni dalam buku teks ini misalnya melalui aktiviti berkumpulan yang akan malahirkan sikap kerjasama, tolong menolong. Di samping itu berdasarkan Isi kandungan dapat membimbing pelajar bahawasanya banyak bantuan-bantuan yang ada dalam perniagaan, sekaligus memberi kesedaran kepada pelajar bahawa ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang itu memulakan perniagaan dan bijak dalam mengatur startegi dalam perniagaan. Selain itu pelajar juga diberi kesedaran tentang tanggungjawab menjadi peniaga yang amanah, berdaya saing serta berdikari seterusnya melahirkan bakal usahawan/individu yang dapat membantu meningkatkan kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara. Walaubagaimanapun guru masih perlu menekankan aspek -aspek ini dalam pengajaran agar pelajar tidak hanya belajar untuk peperiksaan, sebaliknya harus diterapkan nilai dan semangat untuk menceburi bidang perniagaan dalam diri pelajar dan juga sedar akan tanggungjawab kepada setiap ahli masyarakat dan Negara.

F. FOKUS KANDUNGAN

16. Mendorong perasaan ingin tahu pelajar.

Ruangan uji minda dalam buku teks ini akan

mendorong pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu perkara. Contohnya dalam bab insurans (m/s 59) Begitu juga penulis turut meletakkan rujukan laman web bagi tajuk tertentu yang boleh menimbulkan minat pelajar untuk cuba melayari laman web tersebut contohnya pada (m/s 65 dan m/s 67.)
Aktiviti berkumpulan dan individu dapat merangsang pelajar berfikir secara luas dan berusaha mengumpuldan memproses maklumat serta daripada pembelajaran ini dapat mendorong pelajar membina idea baru contohnya bagaimana untuk menambah pendapatan melalui perniagaan serta kaedah membuat promosi yang kreatif dan unik demi untuk memajukan perniagaan. Sebagai contoh dalam topik media elektonik (m/s 171) penggunan internet membolehkan laman web digunakan untuk mempromosikan keluaran dimana liputannya sangat meluas, di samping itu penggunaan teknik warna, suara dan animasi menjadikan penggunaannya dapat menarik minat pelanggan. buku teks ini banyak membawa pelajar untuk

17.Memperke mbangkan daya kreativiti

18.Mengemba ngkan daya kritikal

berfikir secara kritis dan kreatif dimana setiap keputusan harus melalui pertimbangan tertentu, sebagai contohnya dalam pemilihan jenis pengangkutan (m/s 111) dan pemilihan jenis promosi (m/s 177) memerlukan seseorang itu berfikir secara mendalam dan mempertimbangkan 4

5 segala faktor dalam pemilihan yang di buat. Ini menjadikan pelajar dapat membuat keputusan yang lebih bijak dalam menentukan sesuatu keputusan yang hendak diambil terutamanya dalam urusan perniagaan. Dalam topik perbankan ada di jelaskan bahawa kemudahan pembiayaan disediakan oleh pihak bank bagi pihak yang memerlukan seperti untuk memulakan perniagaan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya sebagai ikhtiar hidup,(m/s 21) ada dinyatakan bahawa pinjaman yang diberi iaitu pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan, dari sini pelajar akan tahu bahawa untuk meneruskan kehidupan ada bantuan bantuan yang diberikan oleh pihak tertentu dan di sini pelajar akan tahu bagaimana untuk perancangan masa depan nanti terutamanya dalam memulakan perniagaan.

19.Mengemban gkan kemahiran hidup

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dilihat dari sudut kandungan dan latihan yang disediakan dapat meningkatkan kreativiti dan daya kritikal pelajar. Selain daripada itu fokus kandungan buku teks ini juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang bantuan-bantuan perniagaan yang ada dalam memajukan perniagaan, ini akan dapat menarik minat pelajar untuk menceburi bidang perniagaan dan sekaligus dapat memberi kesedaran tentang pentingnya perancangan dan pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan. Walaubagaimanapun guru perlu membantu pelajar dengan penjelasan yang mendalam serta mengaitkan setiap kandungan yang sesuai dengan kehidupan seharian pelajar. Ini membolehkan pelajar menyedari manfaat setiap pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ini kerana keupayaan pelajar adalah berbeza berdasarkan pengalaman hidup dan pembelajaran mereka G. TEKNIK PENYAJIAN KANDUNGAN 20. Bab dan sub bab di paparkan secara konsistensi dan sistematik Setiap bahagian dipaparkan secara konsistensi dan menggunakan sistem pernomboran yang sistematik. Setiap tajuk besar menjadi pendahuluan dan akan diikuti oleh beberapa sub tajuk kecil yang memaparkan isi berdasarkan kandungan bab. Setiap bab juga mengandungi hasil pembelajaran pada permulaan bab dan ada terdapat ruangan info dagang, ruangan uji minda bagi tambahan info kepada pelajar. Dari sini pelajar dapat mencari maklumat-maklumat tambahan yang boleh digunakan dalam mempelajari tajuk yang berkenaan. Seterusnya diikuti oleh rumusan dan latihan sebagai penutup dan untuk menguji kefahaman pelajar pada akhir sesuatu bab. Setiap permulaan bab dimulakan dengan definisi dan penjelasan bagi setiap penggunaan istilah dan kemudiannya diikuti dengan nota dan diselang selikan dengan aktiviti kumpulan. Seterusnya bahagian rumusan dan latihan pengukuhan untuk bab tersebut Dapat mengembangkan kefahaman pelajar serta

21. Ketertiban konsep, definisi dan fakta

22. Bersifat

6
konstekstual membuatkan pelajar sedar akan kepentingan ilmu perdagangan dan bantuan perniagaan yang ada supaya bolehbertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar selaras dengan nilai dan etika perniagaan. Di samping itu menjadikan pelajar bertindak dengan bijak dan dapat menyesuaikan diri mengikut perkembangan teknologi semasa. Kemahiran mempertimbangkan sesuatu sebelum membuat keputusan akan mengembangkan lagi kemahiran mengendalikan urusan diri dan keluarga secara teratur, kemas dan bertanggungjawab selaras dengan nilai dan tatasusila masyarakat dan bijak mengumpul, memproses maklumat secara sistematik, seterusnya membuat keputusanyang rasional. Proses ini amat penting dalam kehidupan pelajar seharian dan dapat diaplikasikan dalam duania sebenar, dan dengan kata lain ianya terlibat dalam konteks kehidupan pelajar itu sendiri Kebanyakan kuantiti kandungan bab dan sub bab adalah seimbang . Kesinambungan antara bab dan sub bab adalah bersesuaian dengan dengan topik perbincangan bagi setiap bab dalam buku ini. Buku teks tingkatan lima adalah kesinambungan dari tingkatan empat di mana jika dalam buku teks tingkatan empat di perkenalkan dengan perdagangan dan keusahawanan, pada tingkatan lima pula pelajar didedahkan dengan bantuan-bantuan perniagaan yang membolehkan sesuatu perniagaan itu dapat dijalankann dengan lebih baik, ini menjadikan pengetahuan pelajar adalah mencakupi setiap aspek dalam perdagangan mengikut susunan yang betul terutamanya dalam mengendalikan perniagaan kelak. Isi kandungan nota yang ditulis dalam buku ini adalah menggambarkan tema berkaitan sukatan pelajaran untuk perdagangan.

23.Keseimbanga n di antara bab dan sub bab 24.Kesinambung an di antara bab/ sub bab/ topik.

25.Keutuhan makna yang terdapat dalam bab/ sub bab/ topik

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dapatlah dirumuskan bahawa teknik penyajian buku ini memuaskan di mana pelajar diperkenalkan kepada bantuan bantuan perniagaan seperti perbankan, insurans, pengangkutan, komunikasi, pergudangan, promosi, peranan kerajaan dalam perniagaan dan kosumerisme. Juga diberi kesedaran tentang hak-hak kepenggunaan bagi menjadikan seseorang pelajar itu dapat bertindak dengan lebih bertanggungjawab dan rasional. H. PAPARAN KANDUNGAN PEMBELAJAR AN 26. Berpusatkan kepada pelajar Sebahagian kandungan buku ini berpusatkan pelajar iaitu selain daripada nota, bentuk latihan yang disediakan aktiviti berkumpulan dan perbincangan dimana penglibatan pelajar diperlukan. Contohnya pada (m/s 153-154)

27.Pembelajara n kendiri

Dalam aktiviti kumpulan atau individu dinyatakan apa yang perlu pelajar lakukan serta terdapat latihan objektif dan esei pada akhir setiap bab. Selain itu juga terdapat soalan kajian kes bagi pelajar untuk menyelesaikannya secara individu atau kumpulan secara tidak langsung merangsang pemikiran pelajar. Contohnya pada bab 1(m/s 44) Penyampaian informasi dalam buku teks ini bervariasi iaitu selain penerangan nota, ia juga menggunakan peta konsep di hujung setiap bab bagi rumusan setiap topick yang dipelajari .Walau bagaimanapun paparan dalam buku ini kurang menarik kerana kebanyakan paparan gambar hanya menggunakan warna hitam putih. Ini menjejaskan imej keceriaan buku teks kerana pelajar menggunakan buku teks untuk membaca atau menggunakannya sebagai rujukan. Buku ini tidak bias kepada mana-mana pelajar namun mungkin pelajar bandar mempunyai kelebihan dalam lebih memahami sesuatu topik contohnya pengangkutan memandangkan contoh-contoh yang banyak terdapat di bandar seperti penggunaan Putra LRT, STAR dan KL Monorail. Begitu juga dengan tajuk perbankan dan promosi di mana banyak contohcontohnya terdapat di bandar. Gaya pemaparan kandungan pembelajaran dalam buku ini dapat membantu mengembangkan kemahiran proses pelajar iaitu pelajar mendapat pendedahan tentang prosedur contohnya dalam membeli polisi insurans(m/s 71) dan juga prosedur membuat tuntutan ganti rugi(m/s 73) dalam bab insurans. Melalui sesi perbincangan berdasarkan pelbagai bentuk latihan seperti kerja kumpulan dan kajian kes yang disarankan dalam buku ini dapat mewujudkan komunikasi yang interaktif dari pelbagai hala. Aktiviti ini akan merangsang pelajar berfikir, bekerjasama untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan. Dalam sub topik Bantuan Perniagaan mengajar pelajar tentang risiko dan menekankan kepentingan insurans untuk melindungi keselamatan perniagaan juga topik perbankan juga ada dijelaskan tentang cara menyimpan wang dengan selamat juga dalam bab konsumerisme juga memberi kesedaran tentang hakhak pengguna didalam menangani isu kepenggunaan barang dan perkhidmatan bagi memastikan pelajar dapat menjadi seorang yang berhati hati dan rasional .

28. Bervariasi

29. Adil & demokrasi (tidak bias lokasi, gender, etnik dll)

30.Mengembang kan kemahiran proses

31. Mencipta komunikasi interaktif

32. Menekankan aspek keselamatan (bagi subjek amali/ praktik)

8
Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Dapatlah dirumuskan bahawa bahagian pemaparan isi kandungan buku teks ini hampir lengkap dari segi penyediaan nota dan bentuk-bentuk latihan berbagai pengukuhan kepada pelajar, tetapi ada kelemahan dari segi paparan iaitu penggunaan warna dalam penyampaian buku teks ini mungkin disebabkan faktor untuk menjimatkan kos pengeluaran buku ini. Oleh yang demikian dicadangkan supaya penulis dan penerbit buku ini menilai semula dari segi paparan menggunakan pelbagai warna agar buku ini lebih menarik dan dapat merangsang minat pelajar menggunakannya dan secara tidak langsung, objektif buku ini dikeluarkanakan tercapai serta segala kos yang terlibat tidak sia-sia. Ini kerana terdapat banyak pilihan buku rujukan di pasaranpada masa kini lebih menarik berbanding buku teks sekolah. I. KELENGKAPA N DOKUMENTAS I 33. Ada kata pengantar Buku ini ada menyediakan ruangan kata pengantar dimana ia menjelaskan tentang tahap tahap kualiti penyediaanbuku ini melalui semakan semula dandiperakui oleh Kementerian Pelajaranserta memenuhi Sukatan dan Huraian sukatan Pelajaran.(m/s vii) Pada bahagian helaian belakang buku ada disediakan ruangan Glosari di mana pelajar dapat membuat rujukan bagi istilah yang digunakan dalam buku ini.(m/s 225-258) Pada awal pengenalan bab bagi setiap topik ada disediakan tajuk, hasil pembelajaran bagi bab tersebut. Namun tidak dibuat dalam bentuk carta Cuma diterangkan secara ringkas. Ini memudahkan pelajar mengetahui apa yang akan dipelajari atau apa yang perlu diketahui melalui pembacaan dan pembelajaran dari bab tersebut. Di samping itu penulis juga meletakkan ilustrasi gambar yang berkaitan dengan bab dan ini membantu memberikan gambaranyang lebih jelas kepada pelajar Berdasarkan sumber rujukan buku yang disenaraikan penulis buku ini kebanyakannya menggunakan sumber rujukan buku dalam lingkungan tahun1993 2002 dan juga dari sumber atas talian. (rujuk lampiran bahagian senarai rujukan

34. Definisi istilah dinyatakan

35. Ada carta/ Advance organizer pada awal bab

36. Sumber maklumat terkini: teks, data, gambar, jadual, diagram, nama, tarikh & sumber internet. 37. Ada rumusan pada setiap topik/ bab.

Setiap bab disediakan rumusan pada akhir topik, ringkas memudahkan pelajar melihat 'point' penting dalamsetiap bab. Walaubagaimanapun ringkasan yang baik tidak hanya mengulangi isi penting dari bab sahajatetapi perlu di selitkan maklumat baru supaya pelajar lebih berminat untuk membaca ruangan ini, disampingmenambah pengetahuan pelajar.contohnya (m/s 74) bagi topik insurans. Pada akhir setiap sub topik disediakan aktiviti kelas dan kumpulan berbentuk perbincangan ataupun soalanberkaitan. Bagi setiap akhir setiap bab pula di

38.Tugasan, latihan dan contoh soalan

9
diberi pada setiap bab. sediakan soalan berbentuk objektif, esei dan kajian kes sebagaiaktiviti pengukuhan pelajar. Contoh bagi topikpengangkutan(m/s 115 soalan objektif, m/s 116 soalan esei dan kajian kes) Daftar pustaka untuk buku ini dinyatakan pada bahagian awal buku iaitu dimulakan dengan judul buku,nama pengarang(seramai 3 orang), nama editor, nama dan alamat penerbit (Info Didik Sdn Bhd), tahun terbitanserta tempat cetakan buku ini di buat (Percetakan Laser Press Sdn. Bhd) (m/s 229-230) Ruangan Indeks dan Glosari ada di sediakan dan ini memudahkan pengguna buku ini mencari kedudukandan makna sesuatu istilah atau perkataan berkaitan teks dan ditulis mengikut turutan alphabet (rujuk m/s231dan 232). Buku ini ada menyediakan lampiran bagi ruangan Glosari, Senarai Rujukan, senarai Rujukan Laman Web dan Indeks di mana ia dapat menjadi panduan rujukan tambahan pelajar. (rujuk ms225 - 228).

39. Ada bibliografi/ rujukan terkini

40. Terdapat Indeks

41. Ada lampiran (bagi perkara yang berkaitan

Rumusan dan cadangan penambahbaikan: Secara keseluruhannya struktur dokumentasi buku ini adalah lengkap , dimulakan dengan kata pengantar sebagai bahagian pengenalan buku. Seterusnya berdasarkan susunan nota dan di selang selikan dengan latihan dapat menarik minat pelajar untuk menggunakan buku ini sebagai bahagian isi, diikuti bahagian penutup iaitu glosari, senarai rujukan dan indeks. Walaubagaimanapun ruangan sumber rujukan perlu dibuat menjadi lebih menarik supayadapat di manfaatkan dan merangsang pelajar untuk menggunakan sebagai rujukan tambahan misalnya meletakkan ilustrasi gambar buku yang menjadi rujukan tersebut dan guru perlu menerangkan kegunaan senarai rujukan tersebut

Sila lampirkan salinan dari mana-mana halaman buku teks (yang berkenaan) sebagai bahan-bahan bukti.

You might also like