You are on page 1of 10

INSTITUT PERGURUAN IPOH PERAK, 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN

KERJA KURSUS PENDEK(BOLA BALING)

SEJARAH BOLA BALING DI MALAYSIA

Permainan bola baling diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976 oleh En.Lim Hock Han, iaitu seorang Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya, setelah beliau balik dari Sukan Olimpik pada tahun 1976 dan beliau juga membawa balik rakaman permainan bola baling dari Temasya Sukan Olimpik itu.Bagi memastikan permainan bola baling ini terus berkembang dan dikenali diserata tempat, beliau kemudiannya memberi kursus asas permainan ini kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu. Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 orang guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama, permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai permainan pertunjukan sempena Hari Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada 3 Jun 1978.Sambutan ketika itu amat meriah dan semua penonton yang hadir terhibur dengan persembahan yang ditunjukkan Satu Jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola Baling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada bulan September 1979 di Morib, Selangor. Kejohanan Bola Baling kebangsaan yang pertama berlangsung pada 7 Disember 1985 di padang SMK Sri Aman , Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987, permainan bola baling menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan permainan yang pertama dijalankan di Kelang, Selangor bagi kategori umur bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti MSSN (peringkat sekolah), MSSM (peringkat sekolah)), KAGUM (peringkat Maktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA ( Sukan Antara Institusi

Kementerian Pelajaran Malaysia) di mana bola baling adalah acara rasmi dalam kejohanan kejohanan itu. Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah dibentuk pada tahun 1985 dan Presiden MAHF yang pertama ialah En. Cheah Hai Su dan Setiausaha Kehormat yang dilantik ialah En.Kan Tong Leong. Pada tahun 1986, MAHF telah menjadi ahli gabungan dengan Asia Handball Federation (AHF), pada tahun 1990 menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Komenwel (CHF) dan pada tahun 1994 menjadi ahli gabungan dengan International Handball Federation (IHF). MAHF menyertai Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada bulan Mei 2004. Pada 27 Mei 2000, Persekutuan Bola baling Malaysia telah berdaftar dengan Persuruhanjaya Sukan Malaysia dibawah Akta Sukan Kebangsaan 1997.

PERATURAN ASAS PERMAINAN 1. Keluasan untuk permainan ini (40m*20) luas dengan satu garis pemisah pada pertengahan padang. 2. Separuh bulatan biasa 6 meter jauh dari gol. 3. Kawasan permainan hendaklah berukuran 15m panjang x 12 m lebar. 4. Ukuran tiang gol ialah 3 meter lebar dan 2 meter tinggi. 5. Kawasan Gol hendaklah berukuran 6 meter selari dari garisan tepi gol. 6. Ukuran zon gantian ialah 15m x 3m dan berada di tepi kawasan gantian.Penjaga gol dan pemain gantian mesti meninggalkan kawasan permainan terlebih dahulu jika ingin bertukar pemain. 7. Pengadil akan mengadakan undian terlebih dahulu untuk menentukan pilihan tempat gantian pemain dan kawasan permainan. Selepas separuh masa tidak ada pertukaran tempat gantian. 8. Setiap pasukan mempunyai tujuh orang pemain yang akan bermain dan lima orang pemain simpanan yang akan duduk dibangku simpanan. 9. Pemain-pemain boleh berada di mana-mana dalam kawasan permainan.

10. Masa permainan terdiri daripada 2 separuh masa dengan kiraan gol berasingan. Peruntukan masa 10 minit / 5 minit rehat / 10 minit. 11. Sekiranya jaringan sama pada separuh masa, Jaringan Emas akan dilakukan dengan Balingan Pengadil dan pemenang diberi 1 mata di mana pasukan yang menjaringkan gol dahulu dikira menang. .

12. Jika sekiranya satu pasukan menang satu separuh masa keputusannya adalah seri maka kaedah shoot-out digunakan. (seorang pemain gelanggang dan penjaga gol lawan akan bermain). 13. Masa permainan ditamatkan oleh Penjaga Masa atau jam pertandingan. 14. Time Out ditentukan oleh pengadil semasa; a. Hukuman diberikan b. balingan 6 meter c. team Time Out d. wisel Penjaga Masa atau pegawai teknikal e. perbincangan antara dua pengadil f. penggantungan kepada pegawai 15. Time Out pasukan diberi selama 1 minit setiap separuh masa.Boleh diminta apabila pasukan mengawal bola. 16. Saiz bola adalah seperti berikut; a. Lelaki - berat 350-370 gram dan lilitan 54-56 cm (Saiz 2)

b. Perempuan - berat 280 300 gram dan lilitan 50-52 cm (saiz 1) 17Permainan ini terbuka kepada lelaki dan perempuan; 18Pemain hendaklah memakai baju yang sesuai dan warnanya mesti berbeza dengan pasukan pihak lawan dan penjaga gol. 19.Pemain yang masuk sebagai Penjaga Gol perlu berpakaian yang berlainan warna dengan pemain lain. 20.Jersi pemain mestilah bernombor dengan ukuran 10 cm tinggi di hadapan.Adalah dibenarkan melekatkan nombor pada lengan atau

peha dengan bahan yang tidak membahayakan pemain. 21.Semua pemain mesti berkasut dan memakai stoking. 22. Pemain dan Penjaga Gol yang membuat gantian hendaklah mengikut kawasan masing-masing. Penjaga Gol boleh masuk ke kawasan permainan melalui kawasan penjaga gol sendiri tetapi penjaga gol boleh meninggalkan kawasan melalui kawasan permainan tanpa masuk ke kawasan gol. 23. Jenis hukuman: i.Gantung Pemain yang digantung boleh diganti atau masuk bermain apabila berlaku pertukaran kawalan bola. ii.Kad Kuning Pemain atau pegawai tidak boleh masuk berada di tempat gantian sepanjang permainan berlansung. Pasukan itu boleh menambah pemain apabila berlaku pertukaran kawalan bola di antara dua pasukan itu. iii. Singkir Pegawai atau pemain yang disingkir tidak boleh bermain dan berada di kawasan permainan. Pasukan tersebut akan meneruskan permainan dengan kekurangan tenaga pemain. 24. Balingan Pengadil dibuat untuk ;

a. b.

memulakan permainan memulakan jaringan emas

You might also like