You are on page 1of 17

Komponen elektronik terbahagi kepada dua jenis iaitu komponen aktif dan komponen pasif.

Kebiasaannya komponen aktif diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti germanium dan silikon. Komponen aktif berfungsi sebagai komponen yang boleh mengawal, membentuk dan memproses isyarat elektrik, contohnya ialah diod pemancar cahaya (LED) transistor dan buzer. Manakala komponen pasif diperbuat daripada bahan penebat seperti mika, seramik, kertas atau elektrolit. Ia berperanan sebagai komponen peranti sokongan kepada kendalian komponen, contohnya perintang, suis dan kapasitor.

KOMPONEN ELEKTRONIK AKTIF Diod Pemancar Cahaya

Bahagian Diod pemancar cahaya (LED) berserta simbolnya

Diod pemancar cahaya atau dikenali sebagai Light Emitting Diode (LED) adalah komponen elektronik yang berfungsi dengan menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya di mana LED hanya membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah sahaja dalam kadaran 1.7 volt hingga 3 volt. Jika arus besar melaluinya iaitu melebihi 5 volt, LED akan rosak. LED berbeza dengan diod lain kerana ia akan menghasilkan cahaya apabila ada arus mengalir melaluinya. Dengan kelebihan ini, LED digunakan sebagai satu komponen yang berfungsi sebagai penunjuk kehadiran arus elektrik pada sesuatu litar elektronik. Kebiasaannya LED berbentuk bulat atau bersegi yang mana diperbuat daripada bahan semikonduktor yang boleh diperoleh dalam pelbagai warna seperti warna merah, hijau, jingga dan kuning. Terdapat juga satu LED mampu menghasilkan pelbagai warna. LED dibina dalam bentuk tidak berfilamen dan berupaya tahan lebih lama berbanding mentol. Selain itu, LED lebih menjimatkan berbanding mentol kerana arus yang sedikit sahaja diperlukan bagi LED berfungsi iaitu dalam 10 mA. Cahaya LED lebih terang dan jelas berbanding mentol.

LED hanya mempunyai dua kaki iaitu anod (kaki positif) dan katod (kaki negatif). LED tidak akan menyala jika proses penyambungannya kekutubannya adalah salah di mana kaki anod mesti disambung dengan punca positif manakala kaki katod harus disambung pada punca negatif. Ini kerana LED hanya membenarkan arus elektrik mengalir sehala sahaja.

Contoh LED menyala kerana proses penyambungan yang betul

Contoh LED tidak menyala kerana proses penyambungan yang salah

Bagi menjamin ketahanan LED dalam masa yang panjang, perintang harus disambung pada litar agar tidak membenarkan arus yang berlebih mengalir dalam litar dan mencegah LED daripada terbakar atau rosak. LED banyak digunakan pada peralatan elektrik dan elektronik seperti radio, televisyen, komputer, alat perakam video, kamera yang berfungsi sebagai indikator kehadiran arus dalam litar.

Transistor

Jenis-jenis transistor dalam pelbagai bentuk

Transistor adalah komponen elektronik yang diperbuat daripada tiga lapisan bahan semikonduktor seperti silikon dan germinium dan boleh didapati dalam pelbagai saiz. Transistor berfungsi sebagai komponen elektronik yang mampu meninggikan arus voltan dan kuasa serta dapat bertindak sebagai suis dalam litar. Transistor banyak digunakan pada peralatan elektrik dan elektronik seperti radio, komputer, televisyen dan sebagainya. Transistor yang biasa digunakan ialah C9013, TIP 31A, C9012 dan BC 108. Lazimnya transistor mempunyai tiga kaki atau tamatan iaitu pemungut (C-collector), tapak (B-bace) dan pemancar (E-emitter). Fungsi-fungsi tamatan adalah seperti berikut:

Terdapat 2 jenis transistor yang sering digunakan iaitu NPN dan PNP. Jenis transistor ini boleh dibezakan dengan kehadiran anak panah pada kaki pemancar. Transistor jenis NPN menunjukkan anak

panah mengarah keluar daripada litar skematik. Manakala transistor jenis PNP menunjukkan anak panah yang mengarah ke dalam pada litar skematik.

Contoh binaan transistor NPN

Contoh binaan transistor PNP

Pengaliran arus maksimum yang dibenarkan mengalir pada pemungut (C) dan pemancar (E) adalah bergantung pada jenis transistor yang digunakan. Transistor mempunyai kadaran voltan dan arus yang berbeza seperti yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Berikut adalah contoh lembaran data transistor:

Buzer

Contoh buzer jenis elektromagnet dan simbolnya

Contoh buzer jenis piezo dan simbolnya

Buzer berperanan sebagai alat penggera yang menukarkan tenaga elektrik kepada gelombang bunyi yang berfrekuesi tinggi di mana hanya menggunakan arus yang kecil. Buzer sesuai digunakan pada jarak dekat. Buzer banyak digunakan pada kenderaan seperti kereta dan motosikal yang berperanan sebagai penggera yang menghasilkan isyarat bunyi. Terdapat dua jenis buzer iaitu buzer jenis elektromagnet dan buzer jenis piezo. Buzer jenis elektromagnet yang tidak mempunyai kutub dan hanya berupaya menghasilkan bunyi yang berfrekuensi rendah. Buzer jenis elektromagnet ini hanya memerlukan votlan serendah 6 volt hingga 12 volt. Manakala buzer jenis piezo berupaya menghasilkan bunyi berfrekuensi tinggi (nyaring) kerana mempunyai kutub positif dan negatif. Buzer jenis piezo ini mempunyai sepasang wayar penghubung yang berwarna hitam dan putih. Wayar berwarna merah disambungkan ke tamatan positif manakala wayar hitam disambungkan kepada tamatan negatif. Buzer jenis ini hanya memerlukan votlan serendah 1.5 volt hingga 12 volt.

KOMPONEN ELEKTRONIK PASIF Perintang

Perintang merupakan antara komponen yang paling banyak digunakan dalam litar elektronik. Perintang berfungsi sebagai mengawal atau menghadkan pengaliran arus atau menyediakan nilai susutan voltan pada satu litar. Lazimnya setiap perintang mempunyai kadaran kuasa yang berperanan untuk menyerap haba yang berlebihan ketika arus elektrik melaluinya. Dalam membuat pemilihan perintang beberapa aspek harus diambil kira iaitu: Perintang sering digunakan dalam kebanyakkan peralatan elektrik dan elektronik seperti radio, komputer dan kamera. Terdapat dua jenis perintang yang sering digunakan dalam projek elektronik iaitu: i. perintang tetap ii. perintang boleh laras

Unit perintang di sukat dalam ohm ().

Membaca nilai rintangan perintang Terdapat dua kaedah untuk menanda nilai pada badan perintang tetap iaitu: Kaedah pertama dengan menggunakan kod huruf dan nombor

Perintang dengan menggunakan kod huruf dan nombor

Kaedah kedua dengan menggunakan kod warna.

Perintang dengan menggunakan kod warna Terdapat dua kaedah untuk menanda nilai pada badan perintang tetap iaitu:

Mempunyai 4 jaluran warna pada badan perintang Bacaan kod perintang adalah seperti berikut :

Jalur 1: angka nilai pertama Jalur 2: angka nilai kedua Jalur 3: bilangan sifar Jalur 4: had terima

Kod warna had terima adalah seperti berikut:

Berikut merupakan contoh cara membaca kod warna perintang:

Suis 1. Suis togel

Suis togel Suis ini juga dikenali sebagai suis satu kutub satu arah. Suis togel berfungsi sebagai pengawal litar dengan memutuskan atau melengkapkan sesuatu litar. Suis togel merupakan suis yang sering digunakan dalam penghasilan produk elektrik dan elektronik. Apabila punat suis dihidupkan (on) akan mengakibatkan arus mengalir dalam litar dan arus akan terputus apabila punat suis dimatikan (off). Terdapat 2 jenis suis togel iaitu: i. Suis satu kutub satu arah (SKSA) ii. Suis satu kutub dua arah (SKDA) 2. Suis tekan Suis tekan adalah bersaiz kecil dan mempunyai punat yang harus ditekan bagi membolehkan suis berfungsi. Suis ini terdiri daripada suis tekan buka (mati) dan suis tekan tutup (hidup). Bentuk kedua-dua suis adalah sama tetapi cara operasi atau kendaliannya adalah berbeza. Suis tekan buka akan beroperasi apabila suis ditekan mengakibatkan arus tidak mengalir dalam litar. Arus akan mengalir semula apabila punat dilepaskan. Kebiasaannya suis ini digunakan pada litar penanda lampu untuk pintu kereta dan pintu peti sejuk.

Suis tekan buka berserta simbolnya Suis tekan tutup akan beroperasi apabila suis tekan tutup ditekan mengakibatkan arus akan mengalir dalam litar. Arus akan terputus apabila punat suis dilepaskan. Kebiasaannya suis ini digunakan pada litar loceng bas dan suis buzer.

Suis tekan tutup berserta simbolnya

Kapasitor

Contoh kapasitor

Kapasitor atau turut dikenali sebagai pemuat berfungsi dengan menyimpan dan membuang cas elektrik dalam litar elektronik. Kebolehan kapasitor menyimpan dan mengecas dinamakan kapasitans. Semakin tinggi nilai kapasitans pada kapasitor semakin banyak cas elektrik yang boleh disimpan. Kebiasaannya kapasitor digunakan dalam litar peralatan elektrik seperti televisyen, radio, perakam video dan sebagainya. Terdapat dua jenis kapasitor yang biasa digunakan iaitu kapasitor berkutub (elektrolitik) dan kapasitor tanpa kutub (bukan elektrolitik).

Perbezaan kapasitor berkutub dengan tidak berkutub

Simbol kapasitor berkutub dan kapasitor tak berkutub SIMBOL KAPASITOR BERKUTUB SIMBOL KAPASITOR TIDAK BERKUTUB

Lukisan skematik atau lukisan bergambar amat penting dalam projek elektronik. Ini kerana lukisan skematik terdiri daripada komponen-komponen elektronik yang dilukis menggunakan simbol bagi memudahkan proses dalam projek elektronik. Bagi memastikan projek elektronik dibina dengan betul dan tepat, kemahiran membaca dan mengenal pasti komponen dan menterjemahkan simbol yang digunakan amatlah penting. 1. Lukisan Skematik Litar skematik terdiri daripada susunan komponen-komponen elektronik dalam bentuk simbol. Penggunaan simbol dapat membantu dalam pembacaan litar dan dalam pemilihan komponen yang betul. Berikut merupakan satu litar elektrik yang dilukis menggunakan lukisan skematik:

2. Lukisan Bergambar Lukisan bergambar adalah lukisan yang diterjemahkan daripada lukisan skematik dengan menggunakan gambar sebenar komponen elektronik itu. Penggunaan lukisan bergambar dapat membantu pemasangan elektronik dengan mudah dan tepat. Berikut merupakan satu litar elektrik yang dilukis menggunakan lukisan bergambar:

LUKISAN SKEMATIK

LUKISAN BERGAMBAR

Dalam proses penghasilan projek elektronik, terdapat tiga prosedur penting sebelum dan selepas menjalankan projek iaitu mengenali alatan tangan yang hendak digunakan, mengetahui bahan dan proses pematerian dan mengetahui langkah-langkah dalam penghasilan projek elektronik.

Dalam memastikan projek elektronik yang dirancang boleh disiapkan pada masa yang ditetapkan, bantuan alatan perlu digunakan bagi menjimatkan masa dan memudahkan kerja-kerja yang rumit. 1. Playar muncung tirus Ciri-ciri Mempunyai muncung hujung yang tirus. Mempunyai mata pemotong. Mempunyai rahang. Kegunaan Membentuk kaki komponen. Memotong wayar. Memotong lebihan kaki atau tamatan komponen. 2. Pemotong sisi Ciri-ciri Juga dikenali sebagai playar kacip. Mempunyai mata sisi yang tajam. Pemegang tempat memegang semasa proses memotong. Kegunaan Memotong wayar. Memotong lebihan kaki atau tamatan komponen.

3. Penjalur wayar Ciri-ciri Mempunyai mata pemotong. Mempunyai mata menjalur bagi menjalurkan wayar. Pemegang tempat memegang semasa proses memotong. Kegunaan Memotong wayar. Menanggalkan penebat wayar Ciri-ciri Mempunyai rahang bagi menanggalkan penebat pada wayar. Pemegang tempat memegang semasa proses menanggalkan. Kegunaan Memotong wayar. Menanggalkan penebat wayar

4. Set pemutar skru Ciri-ciri Dipasarkan dalam kotak kecil yang mempunyai 4 hingga 6 pemutar skru mata kecil. Kegunaan Mengetat dan melonggarkan skru kecil pada peralatan elektronik seperti jam tangan. 5. Alat pemateri elektrik Ciri-ciri Bit- memanaskan balapan dan kaki komponen. Selain itu berfungsi sebagai pencair pateri semasa memateri. Elemen pemanas- memanaskan bit. Pemegang tempat memegang semasa proses memateri. Wayar bekalan- mengalirkan arus elektrik. Plag - membekalkan kuasa elektrik. Kegunaan Membekalkan haba bagi mencair atau meleburkan pateri. Memindahkan pateri yang lebur atau cair ke atas bahagian logam yang hendak dipateri. Memateri hujung wayar dan kaki komponen elektronik pada bahagian bod litar projek. 6. Penyedut pemateri Ciri-ciri Mempunyai hujung dan punat penyedut yang berperanan menyedut lebihan pateri. Badan berfungsi menyimpan lebihan pateri yang telah disedut. Pelaras pump penyedut melaraskan tekanan di dalam penyedut.

Kegunaan Menyedut pateri yang berlebihan pada sambungan pateri. Menyedut pateri yang melimpah pada balapan bagi mengelakkan berlaku litar pintas. Menyedut pateri pada sesuatu sambungan untuk menukarkan komponen yang rosak. 7. Pemegang papan litar Ciri-ciri Juga dikenali sebagai soldering aid. Mempunyai klip buaya pengapit bagi memegang bod litar. Kegunaan Digunakan untuk mengapit dan memegang bod litar supaya tidak bergerak. 8. Pemegang alat pemateri Ciri-ciri Mempunyai gegelung wayar yang diperbuat daripada besi yang tahan karat bagi meletakkan bahagian elemen pemanas dan bit alat pemateri. Kegunaan Meletakkan alat pemateri semasa alat pemateri masih dalam keadaan panas. Rujukan Menyelenggara alatan tangan Alat tangan hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Alatan yang rosak akan membahayakan pengguna dan mengakibatkan projek yang dirancang tidak sempurna. Oleh itu, alatan tangan harus disenggara dari semasa ke semasa. Terdapat beberapa langkah untuk menyenggarakan alatan tangan iaitu: 1. Alatan tangan dibersihkan selepas digunakan. 2. Menggunakan alatan tangan berdasarkan fungsinya. 3. Selepas menggunakan alatan tangan, simpan alatan itu di tempat yang telah dikhaskan. 4. Mengasah mata alatan yang tumpul dan elakkan menggunakan alatan yang tumpul kerana ia boleh merosakkan bahan atau komponen yang hendak digunakan. 5. Selepas menggunakan alat pemateri, biarkan sejuk dan kemudian simpan di tempat yang telah di khaskan. 6. Sentiasa mengutamakan keselamatan diri, rakan dan guru.

Kelengkapan dan bahan pematerian Dalam gerak kerja pematerian, beberapa bahan penting harus disediakan iaitu bahan pateri, fluks, kertas las dan span.

1. Bahan pateri Pateri adalah sejenis aloi yang terdiri daripada campuran 60% timah dan 40% plumbum. Saiz pateri yang biasa digunakan adalah berdiameter 0.8 mm hingga 1.0 mm dan mempunyai takat lebur pada suhu lebih kurang 190oC. Pateri digunakan bagi mencantumkan hujung-hujung wayar atau kaki komponen pada balapan bod. 2. Bahan fluks Fluks juga dikenali sebagai bahan lakur yang digunakan untuk mengasingan lapisan oksida pada tempat yang hendak dipateri. Bahan fluks ini berfungsi menghasilkan cantuman pematerian yang kekal dan kukuh. Selain itu, tujuan pateri berbentuk dawai diisikan dengan fluks adalah untuk memudahkan kerja pematerian dilakukan pada kaki komponen elektronik.

3. Kertas las Kertas las ini digunakan untuk membersihkan hujung bit alat pemateri daripada oksida dan bahan pateri yang berlebihan bagi menghasilkan pematerian yang baik dan kukuh.

4. Span Span lembap digunakan untuk membersihkan hujung bit alat pemateri dan menguji kepanasan bit alat pemateri. Kebiasaannya span lembap ini diletakkan pada tapak pemegang alat pemateri.

Proses pematerian Bagi menghasilkan pematerian yang tepat, kukuh, kemas dan selamat , beberapa kaedah memateri harus dipraktikan iaitu: Bit alat pemateri dipastikan bersih,tidak berminyak dan sebelum digunakan pastikan ia cukup panas. Bit alat pemateri disentuhkan pada tempat yang hendak dipateri dan diikuti dengan bahan pateri. Pateri yang cair akan mengalir ke bahagian sambungan dan elakkan menggunakan pateri secara berlebihan. Kemudian, pateri diangkat dan diikuti dengan alat pemateri. Selepas itu, simpan alat pemateri di dalam pemegang alat pemateri. Pateri dibiarkan membeku dengan sendiri. Cara memateri pada tamatan

1. Bersihkan bit alat pemateri dan tamatan yang ingin disambungkan dengan kertas las dan span yang bersih

2. Panaskan alat pemateri. Sambungkan wayar ke tamatan. Pastikan bit cukup panas dan sentuhkan bit pada bahagian sambungan

3. Sentuh dawai pateri ke bahagian yang telah dipanaskan.

4. Pastikan bahan pateri mengalir ke bahagian sambungan. Angkat dawai pateri dahulu diikuti dengan alat pemateri.

5. Elakkan penggunaan bahan pateri yang berlebihan. Pastikan pematerian dalam keadaan sempurna dan kukuh. 6. Biarkan pateri membeku. Kemudian, buang wayar yang berlebihan menggunakan pemotong sisi.

Memateri pada bod litar 1. Potong dan jalurkan wayar. Masukkan wayar dari permukaan atas bod litar secara berasingan.

2. Bengkokkan wayar di bahagian bawah permukaan bod litar

3. Pasangkan alat pemateri ke bekalan elektrik. Pastikan bit cukup panas sebelum memateri

4. Sentuhkan bit yang panas pada hujung wayar dan balapan

5. Sentuhkan dawai pateri ke bahagian sambungan dan pastikan pateri mengalir ke bahagian yang hendak dipateri

6. Pastikan pematerian sempurna dan kukuh. Buang wayar berlebihan dengan pemotong sisi.

Faktor sambungan pateri tidak baik 1. Permukaan sambungan tidak bersih dan berminyak 2. Alat pemateri tidak cukup panas 3. Penggunaan pateri yang terlalu banyak 4. Memateri dengan terlalu cepat dan tidak sempurna 5. Pateri dipanaskan terlalu lama. Bahan lakur telah habis terbakar.

Sesuatu projek dapat dihasilkan dengan memasang komponen-komponen elektrik pada bongkah penyambung atau bod litar mengikut litar skematik atau litar bergambar. Dalam menghasilkan projek elektronik yang berjaya, beberapa langkah harus diikuti iaitu: Memahami dan boleh menterjemahkan lukisan skematik. Menyediakan komponen, bahan dan peralatan elektronik. Membentuk kaki komponen dengan betul. Memasang komponen pada bod litar berdasarkan lukisan bergambar atau lukisan skematik. Menyemak kembali kedudukan semua komponen elektronik berpandukan litar skematik atau lukisan bergambar. Harus dipastikan proses pematerian atau tamatan harus dilakukan dengan sempurna dan kemas. Kaki komponen yang berlebihan dipotong dengan kemas. Projek yang telah siap diuji dan dilakukan kerja pembaikan jika perlu. Semua bahan dan kelengkapan yang sudah digunakan dibersih dan disimpan di tempat yang telah dikhaskan. Langkah- langkah membuat projek 1. Memahami litar skematik atau litar bergambar Membaca, memahami dan menterjemah lukisan skematik atau lukisan bergambar 2. Menyediakan komponen, bahan dan peralatan Menyenaraikan komponen-kompenan elektronik, bahan dan alatan tangan yang diperlukan. Pastikan bilangan komponen elektronik adalah mencukupi 3. Membentuk kaki komponen Kaki komponen dibengkokkan menggunakan playar muncung tirus. Kaki komponen tidak boleh dibengkokkan terlalu hampir dengan badan untuk mengelakkan kaki komponen tersebut daripada patah. 4. Memasang komponen pada bod litar Pemasangan komponen pada bod litar hendaklah dilakukan berdasarkan lukisan skematik atau lukisan bergambar. Pastikan pemasangan adalah tepat dan mengikut kekutuban pada komponen yang berkutub.

5. Memateri kaki komponen dan tamatan Pastikan alat pemateri selamat digunakan dan pastikan juga tangan anda kering sebelum melakukan proses memateri Pematerian hendaklah dilakukan dengan teliti dan kemas Gunakan pemegang bod litar untuk memudahkan kerja memateri Penggunaan bahan pateri yang berlebihan akan menyebabkan berlakunya litar pintas

Bahan penyerap haba digunakan untuk mengelakkan komponen elektronik mengalami kerosakan Proses pematerian yang terlalu lama pada sesuatu tempat boleh menyebabkan jalur logam pada bod litar menjadi rosak.

6. Memotong kaki komponen yang berlebihan Pemotong sisi digunakan untuk memotong kaki komponen yang berlebihan Kaki komponen yang berlebihan dipotong untuk mengelakkan berlakunya litar pintas 7. Menguji projek Projek yang telah siap perlu diuji untuk memastikan ia berfungsi Semak semula kedudukan komponen atau kekutuban komponen jika projek gagal berfungsi. Semakan dibuat berdasarkan lukisan skematik atau lukisan bergambar. Komponen yang rosak hendaklah digantikan dengan komponen yang baru. Komponen yang rosak boleh dikesan dengan menggunakan meter pelbagai. Gunakan penyedut pateri untuk membuka komponen yang rosak atau tersalah pasang.

8. Membersih dan menyimpan semua alatan dan bahan Alatan yang telah selesai digunakan hendaklah dibersihkan sebelum disimpan. Alatan seperti pemotong sisi atai playar muncung tirus perlu diminyakkan pada sendi untuk mengelakkan daripada berkarat. Alat pemateri hendaklah diletakkan pada pemegang alat pemateri sehingga sejuk sebelum menyimpannya di tempat yang dikhaskan.

You might also like