You are on page 1of 39

1.

PENDAHULUAN

Ekonomi Brunei Darussalam terutamanya ekonomi maritim sangat bergantung kepada hasil hidrokarbon iaitu minyak dan gas yang diperolehi dari dalam ceruk bumi Brunei Darussalam. Kebergantungan ini telah melambatkan kemajuan ekonomi negara dari pelbagai sektor sama ada perindustrian, pelancongan dan lain-lain.

Namun begitu Brunei Darussalam masih mempunyai banyak lagi sumber yang memiliki nilai-nilai ekonomi yang belum atau sedang diterokai, salah satunya ialah pulau. Pulau menyediakan pelbagai bonus bagi negara pemilik, antaranya penyediaan kawasan pelancongan, pelabuhan, dan zon produktif penangkapan ikan.

Pulau secara dasarnya mampu menjana ekonomi maritim negara sama ada dari sektor pelancongan, sektor perikanan, mahupun sektor perkapalan. Oleh itu, objektif bagi kajian ini adalah untuk menyenaraikan beberapa pulau yang mempunyai potensi dalam ekonomi maritim negara disamping untuk melihat bagaimana pulau-pulau tersebut berpotensi dalam menjana perekonomian negara dalam pelbagai sektor.

Dengan itu, ekonomi negara tidak akan hanya tertumpu dan bergantung kepada pengeluaran minyak dan gas yang merupakan sumber galian yang tidak boleh diperbaharui atau dikitar semula.

2. PULAU-PULAU DI BRUNEI Pulau merujuk kepada sebidang wilayah atau tanah yang dikelilingi oleh air, lazimnya ia kekal di atas air. Ini tidak termasuk kawasan yang tidak produktif atau tidak mendatangkan hasil (Clive Simmons, 1979). Pulau mempunyai keluasan lebih daripada 1,000 kilometer persegi (Kriangsak Kittichaisaree, 1987).

Menurut ahli kajibumi bahawa yang disebut pulau itu adalah daratan yang lebih kecil dari benua terkecil iaitu Australia (Mohd Said Haji Taha, 2003). Walau bagaimanapun ukuran keluasan pulau adalah bervariasi dengan kepelbagaian ekosistemnya tersendiri.

Oleh itu, dapat difahami bahawa yang dimaksudkan dengan pulau itu adalah kawasan atau sebidang tanah yang berada di atas permukaan air, dengan keluasan yang tidak melebihi 1,000 kilometer persegi dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Negara Brunei Darussalam merekodkan sekurang-kurangnya 33 buah pulau (sila lihat lampiran A), iaitu dua buah pulau terletak di luar kawasan pantai iaitu Pulau Pilong-pilong dan Pulau Punyit, dan selebihnya berada di perairan Sungai Brunei dan di Teluk Brunei (Mohd. Said Haji Taha, 2003).

Daerah Brunei Muara mencatatkan sebanyak 20 buah pulau, di mana 13 buah terletak di kawasan Teluk Brunei, lima buah di Sungai Brunei dan dua buah lagi terletak di luar kawasan pantai, berdekatan dengan Pantai Muara dan Pantai Jerudong. Di Daerah Temburong, terdapat 10 buah pulau, sementara di Daerah Tutong mencatatkan sebanyak tiga buah pulau kesemuanya terletak di Sungai Tutong. Tiada catatan dibuat bagi Daerah Belait (Mohd. Said Haji Taha, 2003). 2

Luas keseluruhan pulau-pulau di negara ini ialah 7,939 hektar atau 1.4% keluasan Negara Brunei Darussalam (Mila Saraswati & Ida Widaningsih, t.t). Pulau-pulau ini memberikan pelindungan kepada pesisiran Brunei daripada angin kencang dan ombak. Habitat bakau pulau mempertingkatkan produktiviti dan kepelbagaian spesis di sekitar perairan. Terpisah daripada daratan, pulau-pulau ini melabuhkan flora dan fauna yang unik dan memelihara hidupan liar yang terancam seperti Bangkatan (Geronimo Silverstre, 1992).

Kebanyakan pulau-pulau tersebut tidak berpenghuni kecuali tiga buah pulau yang didiami iaitu Pulau Baru-baru, Berbunut dan Berambang (Haji Said Haji Taha, 2003). Ketiga-tiga pulau ini boleh dilihat dari Bandar Seri Begawan dan Sungai Besar, Jalan Kota Batu. Walau bagaimanapun, kependudukan tersebut menjadikan pulau-pulau tersebut terdedah kepada pembangunan (Geronimo Silverstre, 1992).

Pada masa ini, penduduk yang menetap di Pulau Baru-baru dan Pulau Berbunut telah berpindah ke Kampong Bolkiah dan Kampong Sungai Bunga (Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah) dan lain-lain (Mohd. Said Haji Taha, 2003).

Antara habitat yang menghiasi pulau-pulau di Negara Brunei Darussalam ialah hutan dasar, hutan bakau, hutan paya gambut dan bermacam jenis tumbuhan. Sementara hidupan liar termasuklah Bangkatan, Keluang , spesis burung tebing sungai, laut dan burung migratori serta spesis hidupan sungai dan laut serta terumbu karang dan banyak lagi.

Kepelbagaian habitat dan ekosistem ini memberikan nilai ekonomi yang tinggi bagi negara jika digunakan sebaiknya dan dimajukan secara seimbang iaitu antara ekonomi dan pemuliharaan habitat pulau.

Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada tujuh buah pulau yang menurut para pengkaji mempunyai potensi ekonomi yang tersendiri iaitu Pulau Muara Besar, Pulau Berambang, Pulau Selirong, Pulau Pilong-pilong, Pulau Baru-baru, Pulau Pelumpong dan Pulau Keingaran.

3. SUMBER EKONOMI DAN POTENSI PULAU-PULAU DI BRUNEI

3.1

PULAU MUARA BESAR

Pulau Muara Besar merupakan pulau kedua terbesar di negara ini dengan keluasan 940 hektar. Pulau ini terletak di Teluk Brunei, lebih kurang satu kilometer arah Tenggara Pelabuhan Antarabangsa Muara dengan kedudukan 50000N, 1150600E. Pulau Muara Besar terdiri daripada hutan dasar dan hutan bakau yang dihuni oleh hidupan liar termasuklah burung Migratori. Gambar 1.0 Pulau Muara Besar

Sumber: Laman Web 4

3.1.1 Potensi Pulau Muara Besar Dalam Perlembagaan Ekonomi. Berdasarkan pemerhatian pengkaji ke lapangan, pulau itu mempunyai potensi yang amat tinggi untuk dimajukan sama ada dari sudut pelancongan atau eko-pelancongan. Dengan kedudukan pulau yang berada di laluan perdagangan maritim Timur-Barat, tanah yang rata dan luas, ianya menyediakan tapak yang sangat sesuai untuk dimajukan sebagai salah satu pusat tarikan pelancong ke Negara Brunei Darussalam.

Beberapa perancangan telah dirangka oleh kerajaan memajukan potensi Pulau Muara Besar. Misalnya, pada tahun 2008, Brunei Economic Development Board (BEBD) telah menandatangani sebuah memorandum sefahaman (MoU) dengan International Container Terminal Services Inc atau ICTSI untuk memajukan Pulau Muara Besar.

Disebabkan lokasi Pulau Muara Besar terletak berhampiran dengan Pelabuhan Muara, ianya dicadangkan untuk dijadikan sebagai tempat / kawasan terminal kontena laut dalam (deepwater container terminal). Tambahan lagi, sebuah jambatan yang akan menghubungkan Pekan Muara dan Pulau Muara Besar akan dibina. Jangkaan projek ini siap dibangun ialah pada November 2012.

Namun yang demikian, perancangan ini nampaknya belum lagi membuahkan hasil kerana berdasarkan pemerhatian pengkaji baru-baru ini, Pulau Muara Besar masih lagi belum menerima sebarang unsur-unsur kemajuan. Tetapi menurut informan pengkaji daripada Jabatan Muzium Maritim Negara Brunei Darussalam, pulau ini akan dibangunkan untuk mengukuhkan dan memudahkan penubuhan industri minyak dan gas, khusunya penapisan petrokimia (intergrated petrochemical) dan juga akan dijadikan pangkalan bekalan marin. Perkara ini bertepatan dengan penerangan BEDB dalam laman sesawang mereka menerusi halaman Key Industrial Sites. 5

Perancangan terkini Pulau Muara Besar, seperti yang dinyatakan oleh BEDB ialah Pulau Muara Besar Brunei Refinery Project. Jenis projek ini ialah Greenfield Refinery & Petrochemicals Complex. Rancangan ini masih lagi berada di tahap perangkaan dan dijangka akan menelan belanja sebanyak $2.5 billion. Rancangan ini akan menghasilkan sejuta tan per tahun dan 135, 000 tong produk akhir sehari. Di antara produk akhir yang akan dihasilkan adalah gasoline, diesel dan bahan api jet-A, serta paraxylene dan benzena (Brunei Times, 2008). Hal ini turut dinyatakan dalam petikan artikel daripada laman sesawang Brunei Halal Berhad;
One of the supporting projects for Brunei Halal Brand is the development of Pulau Muara Besar (PMB). The plan is to develop a new container port which will be supported by export processing zone and industrial park. Once PMB is fully developed, it will help to promote Brunei Halal Brand in a number of ways, amongst others, attracting food, pharmaceutical and cosmetic investors to set up their operation and export their Halal certified end products to third countries.

Gambar 1.1

Pulau Muara Besar di masa akan datang

Sumber: Laman Web

Sebagai kesimpulannya, menyedari akan potensi yang terdapat di pulau ini, kerajaan Negara Brunei Darussalam telah membuat pelbagai projek untuk memajukan Pulau Muara Besar iaitu dalam aspek mengukuhkan kawalan dan sumber maritim serta hasil minyak negara dan bukannya dari aspek pelancongan atau eko-pelancongan. Jelasnya, terdapat dua cadangan yang telah dirangka, iaitu menjadikan Pulau Muara Besar sebagai sebuah terminal kontena air dalam dan menjadikan pulau ini sebuah tapak perindustrian pengeluaran hasil minyak. Walau bagaimanapun, rancangan masih tinggal rancangan tersebut belum diusahakan dan belum ada usaha sebenar untuk mengeksploitasi pulau tersebut. Tidak dinafikan, dengan kedudukan pulau yang sangat berhampiran dengan Pelabuhan Antarabangsa Muara, ia merupakan satu tapak yang sangat ideal untuk dijadikan sebuah pulau peranginan atau pulau perhentian bertaraf dunia. Dengan keluasan hampir 940 hektar, ianya boleh menampung beberapa buah pusat penginapan untuk para pelancong dalam atau luar negeri. Faktor keluasan pulau sahaja tidak mencukupi, persisiran pantai Pulau Muara Besar juga sesuai dijadikan tempat beriadah. Keadaan pulau yang tenang dan tidak begitu jauh dengan Pekan Muara dapat memberikan ketenangan kepada pengunjung pulau yang ingin berehat dari kehidupan bandar yang sibuk. Tambahan lagi, seperti yang pengkaji nyatakan tadi, pulau ini boleh dijadikan tempat pelancongan atau eko-pelancongan. Yang dimaksudkan dengan pusat pelancongan ialah, pulau itu dibangunkan dengan tujuan menarik pelancong untuk berhibur dan beriadah sahaja. Manakala, tema eko-pelancongan pula lebih bertumpukan kepada penarikan riadah yang bersifat alam semula jadi. 7

Untuk tema pusat pelancongan, beberapa buah resort atau hotel boleh dibangunkan di pulau tersebut, ditemani dengan khidmat sukan air seperti jetski, berkayak, payung terjun air dan sebagainya. Selain menjadikan Pulau Muara Besar sebagai sebuah pulau perlancongan resort, ia juga boleh dibangunkan untuk menjadi sebuah restoran makanan laut terbesar, tersegar dan berkualiti tinggi di Brunei Darussalam. Menyentuh mengenai sumber pengangkutan yang akan menyambungkan Pulau Muara Besar dengan tanah besar, adalah dicadangkan agar diadakan sebuah perkhidmatan kapal pengangkutan bertaraf sederhana secara tetap. Selain itu perlu diadakan untuk mengadakan sebuah sistem pengangkutan air cable car yang boleh menghubungkan Pulau Muara Besar dengan tanah besar dan pulau-pulau berhampiran yang terdapat di Negara Brunei Darussalam. Dengan itu, pelancong atau pengungjung akan mendapat laluan yang mudah untuk menerokai khazanah dan keindahan pulau-pulau di negara kita ini. Walaupun untuk menyediakan sistem perkhidmatan pengangkutan seperti ini memakan kos yang sangat tinggi, namun tanpa ada pengorbanan, tidak akan ada kemajuan. Gambar 1.2 Air Cable Car

Sumber: Laman Web 8

Sungguhpun kerajaan Negara Brunei Darussalam sudah membuat beberapa perancangan untuk menjadikan tapak Pulau Muara Besar itu sebagai sebuah tapak perindustrian minyak dan pangkalan bekalan marin, namun Pulau Muara Besar itu lebih berpotensi untuk dijadikan sebuah pulau penarik pelancong utama negara. Mungkin sudah tiba masanya untuk negara kita menambah hasil pendapatan negara dengan mengukuhkan aktiviti pelancongan dengan menaiktarafkan sumber-sumber asli pulau kepada pusat tarikan pelancong bertaraf dunia. Negara Brunei Darussalam tidak ketinggalan mempunyai khazanah-khazanah kepulauan yang menarik untuk dikunjungi jika pulau-pulau tersebut di majukan dan diberikan perhatian yang secukupnya.

3.2

PULAU BERAMBANG Gambar 2.0 Sebahagian Pulau Berambang

Sumber: Kajian Lapangan pada 25hb Oktober, 2012. Buku Kenali Negara Kitani keluaran Pusat Sejarah Brunei mencatatkan Pulau Berambang sebagai pulau yang terbesar di Brunei Muara. Ia terletak di luar pantai Kota Batu, yang terletak di belakang Kg Bolkiah B di Kg Ayer dengan keramaian penduduknya sekitar 595 orang. 9

Pulau ini terkenal dengan tempat-tempat yang unik lagi menarik seperti gua kelawar dan lombong arang batu. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui bahawa pulau ini juga sangat kaya dengan flora dan fauna, seperti helang yang jarang dilihat dimana-mana, monyet Bangkatan, buaya dan banyak lagi.

3.2.1 Jenis-Jenis Pokok

Satu penyelidikan dibuat ke atas pelbagai spesis pokok di Bukit Hujung Pahang untuk menjadi rujukan dalam buku Borneoguide terbitan ASEAN Tourist di Australia. Sebanyak 28 spesis pokok yang didokumenkan oleh penduduk tempatan dan Borneoguide antaranya kayu Kakang, buah Apong, Kuduk-kuduk, durian putih dan durian kuning (Sila lihat lampiran 2). Setiap pokok mempunyai kelebihannya yang tersendiri, contohnya Kayu Kakang untuk membuat keluli, Timbaran digunakan oleh masyarakat Iban untuk membuat pakaian mereka, Kuduk-Kuduk digunakan sebagai ubat untuk menyembuhkan demam panas dan banyak lagi.

3.2.2 Flora dan Fauna

Oleh kerana Pulau Berambang mempunyai tempat yang menarik dan kaya dengan flora-fauna, ia telah menjadikan pulau ini sebagai sebuah pulau yang boleh menjana ekonomi. Jika dilihat dari segi geografinya, Pulau Berambang adalah sebuah pulau yang mempunyai perkampungan yang lengkap dengan kehidupan air dan darat, dalam erti kata lain penduduk kampung ini terbiasa dengan kehidupan air dan juga kehidupan darat. Ciri-ciri ini juga menjadi salah satu keistimewaan masyarakat Pulau Berambang.

10

Pihak pengkaji merasa terkejut dan tertarik dengan aktiviti perekonomian yang menggunakan flora dan fauna di Pulau Berambang kerana walaupun bilangan penduduknya kecil, tapi penggunaan hasil semula jadi dalam perlaksanaan sumber ekonomi begitu menggalakkan. Diantara aktiviti perekonomian yang aktif dijalankan adalah seperti berkebun, penghasilan gula apong, peranginan Bukit Pahang, pemeliharaan ikan dalam sangkar dan penangkapan udang galah.

3.2.3 Pertanian Penduduk kampung telah diperkenalkan kepada satu organisasi dibawah Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama yang dipanggil Kawasan Pertanian Luar Bandar (KPLB) semenjak empat tahun kebelakangan. Ini bertujuan untuk membawa masyarakat Pulau Berambang bercucuk tanam bagi menghasilkan perekonomian.

Dalam usaha pihak kerajaan bagi meningkatkan kehidupan masyarakat Pulau Berambang ini, kerajaan telah memberi tiga bidang tanah yang sangat luas untuk diusahakan oleh masyarakat pulau ini. Kedudukan bagi bidang tanah ini adalah di Riong, Menunggul Laut dan juga Burung Paiu dengan keluasan setiap kawasan perkebunan ini adalah seluas 50 hektar.

Semenjak KPLB diperkenalkan, pelbagai usaha telah dibuat dalam meningkatkan kemahiran mereka. Diantaranya ialah dengan memberi pelbagai kursus dan taklimat yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan kepada mereka yang ikut serta dalam KPLB. Diladang tersebut telah ditanam pelbagai buah seperti buah-buahan tempatan (kembayau, tibadak, nangka), durian dan mangga. Selain itu juga, usaha bagi menanam buah yang susah untuk didapati juga telah dijalankan sekarang seperti penanaman buah longan. Penduduk kampung percaya bahawa tanah di pulau tersebut adalah sangat subur. 11

3.2.4 Gulanau atau Gula Apong

Selain dari perkebunan, penghasilan gula apong juga sangat menggalakkan. Gula apong (gulanau) merupakan manisan yang diperbuat daripada air nira yang dihasilkan daripada pokok nipah yang banyak terdapat di sepanjang sungai Pulau Berambang. Selain itu, gula ini dipercayai mempunyai pelbagai khasiat seperti mengelak serta mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Oleh kerana Pulau Berambang sangat kaya dengan bakau maka secara semula jadinya ia juga kaya dengan Pokok Nipah. Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di kawasan hutan bakau atau di tempat pasang surut dekat tepi laut. Daun pokok Nipah yang panjang dan lembut banyak digunakan masyarakat tempatan untuk membuat atap nipah dan digunakan dalam seni anyam-menganyam.

Gula apong ini dijual dengan harga BND$10 untuk satu bekas botol Nescafe yang besar. Menurut informan, Yusop Bin Muhammad selaku Ketua Kampong Menunggol, mengatakan bahawa:

Pendapatan bulanan dari hasil penjualan gula apong adalah menggalakkan. Dengan pendapatan inilah mereka sebagai pengusaha menanggung perbelanjaan keluarga mereka.

Tambah beliau lagi, pada jam 3 petang setiap hari pengusaha akan menadah air sadap (air yang diambil dari pohon nipah) menggunakan bekas buluh dan meletakkannya di setiap batang pokok nipah dan dibiarkan semalaman bagi memastikan bekas buluh tadi penuh. Pada keesokan harinya seawal jam 7.00 hingga 9.00 pagi, mereka akan melakukan kerja mengambil air sadap.

12

Apabila selesai mengambil air sadap daripada buluh berkenaan, air sadap itu seterusnya di masak menggunakan kawah besar dan mengambil masa selama kira-kira lima hingga enam jam. Ia perlu digaul supaya masak sepenuhnya.

3.2.5 Riadah Bukit Bujang Pahang

Peranginan Bukit Bujang Pahang adalah tempat peranginan yang sangat sinonim dengan Pulau Berambang. Ramai pelancong dari dalam atau luar negara yang datang ke pulau ini untuk menaiki sendiri Bukit Bujang Pahang. Bahkan sejarah asal-usul nama bukit itu sendiri sudah menarik minat.

Menurut ketua Kampong Menunggol, asal-usul nama ini diambil apabila seorang pemuda bernama si Bujang menaiki bukit tersebut dan memakan buah yang sangat padar (dalam bahasa Kedayan disebut pahang) semasa berehat disana. Dari kejadian itulah bukit tersebut dinamakan Bukit Bujang Pahang.

Di kawasan bukit ini, terdapat juga pelbagai tempat menarik seperti Gua Batu Kapur, Gua Kelawar, Telaga Puteri, Batu Arang dan Batu Berpangkat. Kejauhan bukit ini dianggarkan sekitar lebih kurang tiga ke empat kilometer dengan jalan yang bengkang-bengkok. Atas kerjasama pihak kerajaan, pondok-pondok untuk peranginan, taman permainan kecil dan juga tandas telah dibuat bagi menarik lagi pelancong dalam dan luar negara.

13

3.2.6 Penangkapan Udang Galah

Udang galah merupakan antara tarikan utama di Pulau Berambang. Selain terdapat penduduknya yang mengusahakan penternakan udang galah, aktiviti menangkap udang galah di sepanjang sungai disana merupakan aktiviti yang berjaya menarik ramai kaki pancing untuk datang ke sana. Udang galah (saintifiknya Macrobranchium Rosenbergi) berada dalam

keluarga palaemonidae bersifat omnivor dan aktif pada waktu malam. Ia hidup di kawasan air tawar seperti di sungai, paya dan tasik.

Pulau Berambang telah menerima kunjungan kaki pancing dari pelancong semata-mata untuk merasai sendiri pengalaman menaikkan udang galah. Ekoran daripada jumlah pemancing yang ramai, ada di antara penduduk Pulau Berambang menyediakan perkhidmatan bot sewa. Menurut Ketua Kampung Menunggul, Awang Yusop Bin Muhammad dengan kehadiran orang ramai yang ingin mencuba nasib menangkap udang galah di sana, secara tidak langsung membuka ruang rezeki kepada penduduk di sini. Udang galah sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dan merupakan sumber rezeki bagi kebanyakan nelayan di kampong-kampung yang terdapat di Pulau Berambang.

Walaupun ramai pemancing yang datang dan telah banyak menangkap udang galah, jika dilihat dari sudut positif, populariti udang galah di sungai Pulau Berambang menjadi antara perkara menarik yang sering dikaitkan dengan pulau tersebut.

Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas, aktiviti perekonomian kecil yang sering dijalankan adalah seperti merambat, memukat, memancing di jambatan jambatan, berjual kuihmuih dan lain lain. 14

3.2.7 Potensi Pulau Berambang

Melihat dari segi potensi pulau ini, pengkaji telah mendapati bahawa pulau ini mempunyai potensi yang besar dalam sumber perekonomian. Kunci cadangan bagi memperluaskan sumber ekonomi di Pulau Berambang ini adalah modal (wang). Modal yang besar adalah bertujuan untuk menjadikan sumber-sumber ekonomi yang telah ada di Pulau Berambang ini menjadi sumber komersil yang besar. Jika dilihat melalui perekonomian yang telah diterangkan di atas, potensi untuk memperkembangluas ekonomi di pulau ini adalah sangat positif. Antara potensi-potensi itu adalah seperti berikut:-

i.

Potensi Pertanian

Ia boleh mendatangkan hasil yang lumayan jika ia dapat dijual di seluruh pelusuk Brunei. Ini adalah kerana, buah-buahan di Brunei banyaknya di bawa dari luar negara. Disebabkan kerana tanah yang diberikan sangat luas, ia memerlukan banyak pekerja dan ini akan dapat mengurangkan pengangguran.

Selain itu juga yang penting adalah penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran di kebun tersebut, kerana keluasan kawasan yang membolehkan penanaman yang banyak dan hasilnya juga akan lumayan. Salah satu faktor utama untuk menjadikan tanaman itu subur adalah udara dan air yang cukup.

Oleh kerana pulau ini tidak terdapat industri yang mengeluarkan asap, maka udaranya sangat segar dan cukup dan kerana kawasannya adalah pulau, maka air adalah sangat mencukupi.

15

ii.

Potensi Gulanau atau Gula Apong

Penghasilan gula apong atau lebih dikenali sebagai gulanau dikalangan masyarakat Brunei di pulau ini juga boleh dikomersilkan. Brunei sangat terkenal dengan makanan yang manis, maka mengapa tidak semua kuih-muih ini lebih banyak menggunakan gulanau? Ini boleh mengurangi kadar penyakit gula berlebihan.

Berdasarkan kajian, terdapat perbezaan gula apong dan gula biasa. Gula apong adalah gula asli dan gula biasa telah bercampur dengan pelbagai campuran lagi. Oleh kerana itulah, gula apong dianggap lebih sehat daripada gula biasa. Penggunaan gula apong boleh di pertingkatkan dengan meningkatkan lagi penghasilan gulanau. Keberjayaan penghasilan gula ini dapat diambil contoh dari Gula Melaka yang terkenal dan juga Gula Apong yang terdapat di Sarawak.

iii.

Potensi Tarikan Pelancong luar dan dalam negara dengan Penangkapan Udang Galah

dan riadah di Bukit Bujang Pahang

Sektor pelancongan adalah antara penyumbang utama dalam mempertingkatkan ekonomi negara dan pada hakikatnya, Pulau Berambang memang mempunyai potensi yang sangat besar untuk menyediakan tempat untuk menarik pelancong.

Faktornya adalah suasana yang aman damai dan udara yang sangat bersih ditambah lagi dengan suasana kehidupan kampung. Contohnya, pelancong akan menikmati dan merasa sendiri pengalaman menangkap udang galah sebagai penangkap udang yang berasal dari kampong. Ini adalah kerana jambatan-jambatan dari kayu yang menggambarkan kehidupan tradisi masyarakat Brunei khasnya yang tinggal di kawasan perairan, ia telah disediakan untuk para penangkap udang galah. Hal ini juga di sokong lagi dengan suasana pulau yang aman damai. 16

3.3

PULAU SELIRONG

Pulau Selirong merupakan pulau terbesar di Negara Brunei Darussalam, berkeluasan 2,566 hektar dengan koordinat 453'4"N 1157'42"E yang kaya dengan pokok bakau. Pulau ini juga dikenali dengan nama Pulau Nyamuk (Communiti Trip, t.t). Ia terletak di Daerah Temburong, iaitu bersempadan dengan Sungai Bangau iaitu sempadan antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia dari sebelah timur, Alor Besar dari sebelah Selatan dan dari utara dan barat Teluk Brunei (Awg Mohd Said, 2003). Pulau ini merupakan hutan simpanan yang terkawal, yang mana tujuh puluh lima peratus daripada kawasan ini masih lagi ditutupi oleh hutan (Liyana S, 1997).

3.3.1 Sumber Ekonomi Pulau Selirong Pelbagai jenis bakau yang terdapat di pulau ini adalah seperti Bakau Kurap, Bakau Minyak dan Bakau Langgadai yang mana bakau yang terdapat di Pulau Selirong merupakan salah satu bakau yang paling asli dan yang sangat terpelihara di dunia (NYL, June 2007). Bakau di Pulau Selirong ini mempunyai banyak keistimewannya. Antara keistimewaannya adalah daun bakau boleh dijadikan sebagai ubat untuk mengubati sakit kepala dan mabuk laut dengan cara meletakkan daun bakau berhampiran dengan kepala pesakit (NYL, June 2007).

Selain itu, arang bakau juga digunakan secara tradisional oleh wanita untuk rawatan selepas bersalin. Mereka percaya bahawa selepas melahirkan anak, wanita tersebut perlu memanaskana diri dengan berdiang berhampiran api arang bakau tersebut untuk membantu mempercepatkan proses kesembuhan otot rahim (NYL, March 2007).

17

Pada zaman lampau, bakau merupakan sumber utama kayu bagi industri arang dan kayu api di Brunei. Selain untuk kegunaan tempatan, ia juga diekspot ke luar negeri dan digunakan dalam industri pemprosesan atau pembersihan kulit binatang (tanning industry). Selain itu penghasilan produk dari arang tersebut itu ialah untuk menghalau serangga dan bagi tujuan perubatan (NYL, March 2007).

Gambar 3.0 Akar kayu bakau di Pulau Selirong

Sumber: Laman Web CommunitiTrip.com 3.3.2 Potensi Pulau Selirong Ke arah memperkembang-majukan industri pelancongan disamping meningkatkan ekonomi maritim di negara ini, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama telah memperkenalkan Pulau Selirong sebagai salah sebuah tempat destinasi pelancongan yang menarik berbentuk eko-pelancongan.

Walaupun Negara Brunei Darussalam tidak begitu bergantung kepada sektor pelancongan sebagai sumber pendapatan dan ekonomi negara, tetapi dengan adanya pulau yang dijadikan sebagai pulau rekreasi akan menarik minat pelancong disamping untuk membantu 18

meningkatkan ekonomi negara. Dengan itu, pulau ini telah dijadikan sebagai sebuah tempat bagi menarik pelancong asing dan boleh meningkatkan ekonomi maritim negara.

Ini adalah kerana selain kaya dengan pokok bakau, Pulau Selirong ini juga kaya dengan spesis keindahan flora dan fauna yang menakjubkan (NYL, March 2007). Oleh yang demikian, tempat ini turut menjadi tumpuan para penyelidik untuk membuat kajian tentang spesis serangga, tumbuhan serta flora dan fauna yang banyak terdapat di pulau itu. Juga, pulau ini akan menjadi tarikan jika satu galeri yang berunsurkan mesra alam dibina sekitar kawasan ini yang mana dalam galeri tersebut ada disertakan beberapa informasi mengenai pulau tersebut dari aspek sejarah, spesis bakau serta flora dan fauna yang terdapat pada pulau tersebut dan sebagainya.

Antara kemudahan tersebut adalah seperti laluan titian dari Tanjung Puan ke Sungai PaluPalu sejauh dua kilometer, menara peninjau setinggi 30 meter bagi menyaksikan pemandangan sekitar pulau dari atas, beberapa pantaran jeti bagi menurunkan penumpang, beberapa platform untuk memberi taklimat kepada pelawat, kemudahan tandas dan juga pondok-pondok rehat. Selain dengan kemudahan yang telah disediakan, pulau ini berpotensi untuk maju kehadapan lagi, jika usaha pembinaan chalet dan restoran di pulau ini diadakan.

Sehingga kini, Pulau Selirong telah menarik lebih daripada 2,150 jumlah pengunjung yang telah direkodkan secara rasmi sejak Januari 2000 oleh Jabatan Perhutanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (Brusearch News Article, 2007).

19

Gambar 3.1 Laluan Titian bagi memudahkan pengunjung

Sumber: Laman Web CommunitiTrip.com

3.4

PULAU PILONG-PILONGAN

Pulau Pilong-Pilongan terletak 3.2 km dari sebelah utara Pantai Muara di Lautan Cina Selatan dengan keluasan dua hektar. Dengan kesesuaiannya sebagai pulau koral, keseluruhan pulau ini terkenal dengan kehidupan lautnya yang unik terutama batu-batu atau terumbu karang yang pelbagai spesis. Terumbu karang itu dapat dilihat dari permukaan air dalam kedalaman tiga meter hingga tujuh meter (Awang Mohd Said, 2003).

Antara habitat yang mendiami kawasan ini termasuklah Gamat atau Timun Laut, Helang Laut, Bakaka, Peragam Putih, pelbagai Anemones, Juvenile, Bumphead Parrotfish, Moorish Idols, Schools of Fusiliers, Squid, Spiny Lobsters dan pelbagai jenis ikan berwarna-warni dengan pelbagai bentuk, rupa dan saiz serta spesies hidupan terumbu karang (Wendy Chia, 2010).

20

Gambar 4.0 Pulau Pilong-Pilongan

Sumber: Kajian Lapangan pada 25hb Oktober, 2012.

3.4.1 Sumber Ekonomi Maritim Pulau Pilong-Pilongan

Keindahan dan kekayaan hidupan akuatik pulau ini telah menarik masyarakat dan pelancong untuk datang ke pulau Pilong-Pilongan ini. Selain itu, tempat ini dijadikan sebagai tempat perkelahan dan juga tempat untuk kegiatan-kegiatan air. Antaranya ialah seperti selam skuba, snorkeling, kayak, memancing dan menangkap ikan serta kegiatan pemuliharaan hidupan yang dilindungi.

Walau bagaimanapun, kegiatan air ini tidak dapat dilakukan terutamanya ketika musim hujan serta keadaan berombak kuat dan merbahaya. Ringkasnya, aktiviti ini dilakukan mengikut musim dan keadaan yang tertentu.

Sebagaimana yang dinyatakan di atas, aktiviti selam skuba (iaitu aktiviti selam di laut dengan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan) dan snorkeling (selam paras permukaan) merupakan aktiviti sukan dan rekreasi air yang terdapat di Pulau Pilong-Pilongan (Abdul Aziz, 2010). 21

Rata-rata penggemar sukan air tersebut tertarik dengan keindahan hidupan akuatik dan ingin melihat keindahan tersebut secara lebih dekat dan sekaligus membolehkan para pengkaji untuk mengkaji mengenai kehidupan lautan tersebut. Selain itu, pulau ini menyediakan kawasan lintasan bagi aktiviti kaya yang bermula di Pantai Serasa.

Gambar 4.1 Aktiviti Selam Skuba

Sumber: Laman Web

Aktiviti memancing dan menangkap ikan juga terdapat di kawasan pulau ini. Antara jenis ikan yang ada ialah Berahan, langoran, yu dan sebagainya. Hasil tangkapan tersebut pula sama ada dijadikan sebagai bekalan untuk keluarga dan juga untuk dijual di pasar raya pada harga yang berpatutan dan agak tinggi. Penjualan tersebut memberikan keuntungan yang banyak kepada si pembekal barangan jualan.

22

Gambar 4.2 Ternakan Ikan Dalam Sangkar

Sumber: Kajian Lapangan pada 25hb Oktober, 2012. Ternakan ikan dalam sangkar juga diusahakan dan keseluruhan ternakan ikan itu adalah ikan kerapu harimau. Pada peringkat awal iaitu sekitar tahun 2009, sebanyak lapan buah sangkar bulat dibuat oleh Syarikat Biomarine Sdn. Bhd di kawasan pulau ini Juga terdapat sejumlah 90,000 ikan pompano telah dilepaskan bagi ternakan sangkar laut di kawasan pulau ini (Sim Y.H, 2012).

3.4.2 Potensi Ekonomi Maritim Pulau Pilong-Pilongan

Pulau

Pilong-Pilongan

sudah

setentunya

mempunyai

beberapa

potensi

yang

boleh

dikembangmajukan dari sumber-sumber ekonomi yang sedia ada. Antaranya ialah dengan memajukan dan menjaga alam sekitar pulau. Selain memastikan persekitaran marin yang sihat melalui pemuliharaan rapi terhadap hidupan lautan iaitu terumbu karang di pulau ini. Ini akan menarik lebih ramai pelancong untuk datang dan menerokai pulau ini (Ruzanna, Mohammad Firdaus dan et.al, 2011).

23

Selain daripada itu, aktiviti sukan air di pulau ini juga mempunyai potensi untuk berkembang jika ditawarkan pakej aktiviti sukan air dengan harga yang berpatutan. Di samping menjadikan aktiviti selam skuba, snorkeling dan berkayak sebagai aktiviti utama dalam tempoh percutian pelancong.

Produktiviti ekosistem yang tinggi di pulau ini juga memberikan sumbangan kepada sektor perikanan. Ternakan ikan dalam sangkar di pulau ini berpotensi untuk dieksport ke negara luar sepertimana yang diusahakan sendiri oleh Syarikat Biomarine Sdn. Bhd yang telah berjaya mengeksport ikan kerapu kira-kira BND$1.2 juta iaitu hasil perusahaan ternakan ikan dalam sangkar terapung di Tanjung Pelumpong.

Pengekspotan ikan-ikan kerapu hidup berkenaan adalah merupakan pasaran julung-julung kalinya dilakukan oleh syarikat berkenaan (Sim Y.H, 2012). Apatah lagi jika perusahaan ikan ternakan di Pulau Pilong-Pilongan ini diusahakan, hasilnya pasti akan lebih produktif dan memberikan keuntungan yang banyak.

Selari dengan kesemua potensi ini, sudah setentunya negara kita akan terkenal dan menjadi tempat destinasi yang popular di Negara Brunei Darussalam. Kadar pelancong ke negara ini juga akan meningkat dari tahun ke setahun. Secara langsung, kesemua potensi ini akan meningkatkan lagi sumber pendapatan negara sekaligus memantapkan ekonomi negara yang terhasil dari pertukaran mata wang asing dan hasil expot ternakan ikan dalam sangkar.

24

3.5

PULAU BARU - BARU

Pulau Baru-Baru terletak di antara dua Pulau

iaitu, Pulau Berbunut dan Pulau Papatan

berdekatan dengan Kampng Sungai Bunga dan Kampong Pudak di dalam mukim Kota Batu. Pulau ini juga terletak berhampiran dengan zon kawasan sempadan antara wilayah Brunei dan Limbang, Malaysia. Keluasan pulau ini kira-kira 86 Hektar, di mana keseluruhan pulau ini ditumbuhi oleh tumbuh-tumbuhan liar dan dikelilingi oleh Hutan Paya, Hutan Paya Gambut dan Hutan Paya Bakau seperti Bakau Minyak dan Bakau Bangkita. Selain itu, pulau Baru-baru ini juga menjadi tempat tinggal hidupan liar seperti Burung Migratori (Abdul Aziz Pandin, 2007).

Pulau ini juga berperanan sebagai tempat Kem Pemantauan Unit Khas Askar Diraja Brunei, untuk memastikan perairan Brunei selamat daripada dicerobohi. Sebahagian penduduk di Pulau Baru-Baru telah berhijrah ke Skim Perumahan Sungai Bunga. Manakala, hanya dua buah keluarga sahaja yang dilaporkan masih tinggal menetap di Pulau Baru-Baru ini. Salah sebuah keluarga tersebut ialah Haji Jaini (Outing Trip to Selirong Island, 2008).

3.5.1 Kegiatan Ekonomi

Kegiatan ekonomi pulau ini mencatatkan adanya kilang kecil pembuatan Arang Kayu yang dijalankan oleh Mr Lim Pun Tse. Proses pembuatan arang kayu di kilang ini adalah secara tradisional. Kayu bakau untuk pembuatan arang kayu adalah diperolehi daripada tempat-tempat yang mempunyai pokok kayu bakau (Hanshen, 2008) .

25

3.5.2 Potensi Pulau Pulau Baru-baru ini dilihat mempunyai potensi sebagai tempat eksplorasi hub pelancongan di antara Brunei dan Limbang, Malaysia. Selain itu, pulau ini boleh dimajukan dan dijadikan sebagai tempat peranginan serta penginapan resort dengan penyediaan kelengkapan yang canggih dan moden. Ini disebabkan kawasan pulau tersebut berdekatan dengan sempadan antara Brunei dan Malaysia. Manakala, Ekosistem yang menghiasi pulau ini menjadikan pulau ini sebagai tempat untuk melestarikan tumbuhan-tumbuhan liar flora dan fauna Hutan Paya Bakau asli.

3.6

PULAU PELOMPONG

Pada asalnya, pulau ini merupakan sebuah tanjung yang terletak di sebelah utara Muara (bercantum dengan tanah besar). Dalam tahun 1963, Tanjong Pelompong telah dibahagi dua bagi memudahkan laluan ke Pelabuhan Muara yang mengakibatkan terjadinya pulau berkenaan. Keluasan pulau ini ialah 64 ekar (Haji Said Haji Taha, 2010). Pulau ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Keluasan pulau ini berbentuk memanjang dan memberikan pemandangan pantai yang indah dengan kejernihan air lautannya.

Gambar 5.0 Pulau Pelompong

Sumber: Kajian Lapangan pada 25hb Oktober, 2012. 26

Selain itu, pulau Pelompong juga menyediakan tapak bagi aktiviti riadah atau perkhemahan yang mana antara kemudahan yang tersedia ialah tempat duduk yang dibuat antara pohon atau pokok dan kawasan lapang yang bersaiz sederhana dan sesuai bagi aktiviti seperti bola sepak, acara perhimpunan keluarga dan sebagainya.

Gambar 5.1 Tempat riadah di kawasan Pulau Pelompong

Sumber: Kajian Lapangan pada 25hb Oktober, 2012.

3.6.1 Potensinya Dalam Ekonomi Maritim Pulau Pelompong dilihat sebagai antara pulau yang mampu menjana ekonomi negara dan ini dapat dilihat dari pelbagai sudut sama ada dari aspek lautannya dan geografinya (tanah, kawasan, pasir).

3.6.1.1 Dari aspek lautan

Ciri-ciri laut melalui:

di sekitar pulau ini membuka peluang untuk memajukan persekitaran pulau

27

i. Resort atau chalet atas air

Keindahan air laut yang tidak begitu berombak, adalah amat sesuai bagi pembinaan resort atau chalet. Dengan adanya kemudahan ini, akan menarik lebih ramai pengunjung untuk datang dan beriadah di Pulau ini sekaligus membuka peluang pekerjaan melalui resort atau chalet tersebut. Resort atau chalet ini nanti bolehlah dimajukan dan diterapkan dengan nilai-nilai tradisi Brunei seperti di Pulau Langkawi.

ii. Sangkar ikan

Keunikan air laut pulau ini adalah tempat yang sesuai untuk membuat sangkar ikan untuk memelihara ikan seperti yang terdapat di kawasan pulau Berambang. Perlu diketahui bahawa Syarikat Biomarine. Sdn. Bhd telah berjaya mengeksport ikan kerapu dari lautan pulau ini yang kesemuanya bernilai BND1.2 Juta. Ini dapat menyumbang lagi pertumbuhan ekonomi rakyat dan juga membanyakkan lagi bekalan ikan di Negara ini.

iii. Sukan Air

Aktiviti sukan air seperti berkayak adalah antara aktiviti yang sering dilakukan di perairan pulau ini. Sukan kayak merupakan antara faktor yang menjadikan pulau ini terkenal di mata penggemar sukan air. Aktiviti renang di perairan pulau ini juga dapat menarik orang ramai untuk datang ke pulau ini. Juga, aktiviti jetski seperti yang terdapat di Pantai Seri Kenangan di daerah Tutong juga boleh dilakukan di perairan pulau ini. Ini adalah satu bonus kepada pengemar sukan air untuk melakukan aktiviti tersebut di perairan pulau ini. Selain itu aktiviti perahu layar yang sering di buat di Pantai Serasa juga merupakan salah satu aktiviti yang dapat menarik para pelancong untuk datang ke pulau ini. 28

3.6.1.2 Dari aspek Geografi

i. Tempat perkelahan

Pemandangan yang indah lagi unik yang terdapat dipulau ini menjadikan pulau ini boleh dijadikan sebagai tempat perkelahan, tempat perkhemahan dan melihat matahari terbenam bagi pengemar atau pencinta alam semulajadi. Dengan adanya kemudahan-kemudahan yang terdapat di pulau ini menjadikan pulau ini menarik hari para pelancong untuk menikmati keindahan yang ada di pulau ini.

ii. Aktiviti Bersukan

Pulau ini mempunyai pasir pantai begitu sesuai untuk aktiviti sukan seperti bola tampar, senaman dan sebagainya. Aktiviti yang diadakan ini bukan sahaja untuk berhibur malah ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama pengunjung pulau ini.

Aspek-aspek yang disebutkan di atas merupakan tarikan pelancong dalam dan luar negeri untuk memilih Pulau Pelompong sebagai salah satu lokasi riadah. Secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan sumber pendapatan bagi pemilik-pemilik bot yang menjadi salah satu alat perhubungan untuk sampai ke pulau ini selain daripada menggunakan kayak.

29

3.7

PULAU KAINGARAN

Pulau Kaingaran merupakan Khazanah Hutan Bakau kerana pulau ini pada keseluruhannya ditumbuhi hutan dasar dan hutan bakau. Pulau Kaingaran terletak di Kuala Sungai Brunei (sebelah timur laut Bandar Seri Begawan) dengan keluasan 25 hektar, berseberangan dengan padang Golf Mentiri dan Kampong Pengkalan Sibabau, Mukim Daerah Brunei dan Muara. (Awang Mohd Said,2003) Gambar 6.0 Pulau Kaingaran

Sumber: Kajian Lapangan pada 25hb Oktober 2012

3.7.1

Sumber Ekonomi Maritim Pulau Kaingaran

Pulau keingaran merupakan tempat bermastautin ikan-ikan besar seperti ikan Merah, Barabarahan, Ungah, Bekalang, Languran, Pari, Kerapu, Umpak, Taweh, Sapihi, Selungsong dan kadang-kadang ikan Anuman dan Paita (Berjaya Vision Aquaculture, 2009). Kawasan pulau ini merupakan tempat perusahaan ikan dalam sangkar yang menyediakan fasiliti bagi aktiviti memancing dan tempat riadah sekeluarga.

30

Perusahaan Berjaya Vision Aquaculture merupakan ladang ternakan ikan di bawah Syarikat Awang Hj Dollah Bin Besar dan Anak-Anak. Perusahaan ini bermula pada tahun 2001 dan terletak di kawasan perairan Tanjung Pelumpong. Walau bagaimanapun, disebabkan keadaan di kawasan perairan Tanjung Pelumpong ini berombak dan air kemerah-merahan, sangkar ikan ini kemudiannya dipindahkan ke perairan Pulau Kaingaran.

Pada permulaan perusahaan ikan dalam sangkar ini pihak syarikat cuma dapat membuat sepuluh sangkar untuk tempoh percubaan. Namun pada tahun berikutnya, jumlah sangkar bertambah sebanyak 96 buah sangkar. Terdapat bermacam-macam jenis ikan dipelihara didalam sangkar seperti ikan Selungsung, Kerapu, Barabarahan, Ikan Putih (Languran, Kalaketuk, Aliran) dan Kromis (Tilapia) (Berjaya Vision Aquaculture, 2009).

Gambar 6.1 Sangkar ikan

Sumber: Laman Web Berjaya Vision Aquaculture Perusahaan ini menjadikan sektor perikanan sebagai salah satu komponen utama ke arah menjamin sekuriti makanan negara secara berterusan. Sektor tersebut antara lain memainkan peranan yang unggul bagi memastikan kesinambungan rangkaian pembekalan ikan,

31

menyumbang kepada pendapatan pengusaha dan ekonomi negara, penjanaan peluang-peluang pekerjaan, perolehan pertukaran wang asing melalui perdagangan luar dan menjamin keutuhan alam sekitar marin. Pengeluaran tempatan setakat ini telah dapat memenuhi lebih kurang 70 peratus permintaan domestik bagi jenis ikan yang terdapat di perairan negara dan juga jenis-jenis ikan yang dapat dipelihara, tidak termasuk permintaan komoditi ikan yang diproses dan jenis-jenis ikan yang jumlahnya minimal di perairan negara (Pelita Brunei, t.t)

Selain daripada itu, hutan bakau juga merupakan ekonomi maritim pulau ini. Kepentingan hutan bakau boleh dibahagikan kepada dua iaitu Kepentingan Ekologi Dan Biodiversiti. Hutan bakau penting untuk ekosistem pantai. Detritus hutan bakau yang terdiri daripada daun-daun yang gugur dan dahan-dahan pokok bakau, menyumbangkan nutrien untuk persekitaran marin. Detritus ini turut menjadi asas makanan dalam jaringan makanan di hutan bakau yang menyokong pelbagai jenis hidupan laut yang melibatkan spesis pemakan detritus seperti ikan belanak dan udang penaeid (Ahmad, t.t).

Selain daripada peranannya sebagai asas makanan, hutan bakau juga merupakan habitat dan kawasan nurseri untuk ikan-ikan kecil, ketam, udang dan moluska. Banyak ikan dan kerangkerangan yang bernilai komersial menggunakan hutan bakau dalam sebahagian kitar hidupnya. Ini termasuklah udang putih (Penaeus merguiensis, P. indicus, P. vannemei), ikan kerapu (Epinephelus tauvina), ikan siakap (Lates calcarifer), ketam lumpur (Scylla serrata) dan belanak (Mugil spp.) Di samping itu, dugong, monyet pemakan ketam, biawak dan penyu turut menggunakan kawasan ini untuk mencari makanan. Hutan bakau turut menjadi habitat untuk beberapa spesies haiwan yang diancam kepupusan (Ahmad, t.t). 32

3.7.2

Potensi Pulau Kaingaran

Pulau ini berpotensi untuk diperkembangkan ekonominya. Di bawah ini merupakan beberapa perkara yang boleh meningkatkan ekonomi maritim pulau ini. i. Kereta kabel

Kereta kabel (cable car) perlu diadakan di pulau ini agar dapat memudahkan para pelancong melawat di sekitar kawasan Pulau Kaingaran. Jika kita lihat negara-negara luar seperti Langkawi, Malaysia dan Stresa, Itali, mereka menggunakan kelebihan cable car ini dalam memperlihatkan para pelancong keindahan dan kecantikan alam sekitar yang ada di negara mereka.

Secara tidak langsung, jika kita aplikasikannya di negara kita ini dapatlah ianya mempertingkatkan ekonomi negara dalam menarik banyak pelancong datang melawat dan mengenali lebih dekat mengenai negara kita Negara Brunei Darussalam.

ii.

Jungle trekking

Dengan adanya jungle trekking atau istilah melayunya meredah hutan, kita dapat melihat panaroma flora dan fauna yang terdapat di Pulau Kaingaran dan sekaligus dapat menjelajah sekitar pulau. Ini dapat dijadikan aktiviti riadah bagi para pelancong malahan menarik orang tempatan itu sendiri beriadah di samping menjaga kesihatan.

iii.

River cruise

Pulau ini berpotensi untuk mengadakan river cruise. Ini adalah memudahkan para pelancong dapat melihat secara dekat pemandangan keindahan alam sekitar dan binatangbinatang yang terdapat di pulau-pulau dengan menyelusuri river cruise. Mereka juga dapat 33

melihat keindahan alam sekitar yang hijau dan mempunyai pengalaman melihat binatang seperti buaya dan bangkatan.

4. CABARAN DAN PERSAINGAN DALAM MEMAJUKAN EKONOMI MARITIM PULAU

Dalam beberapa potensi yang digariskan bagi setiap pulau di atas, cabaran merupakan antara faktor yang mampu membantutkan kemajuan pulau-pulau yang dikaji. Walau bagaimanapun, tidak semua pulau-pulau itu menghadapi cabaran dalam memajukan potensi tersebut. Tambahan pula, tidak semuanya mengalami cabaran yang sama.

Cabaran tersebut adalah berdasarkan kepada faktor geografi, spesies dan habitat yang terdapat di pulau tersebut dan sebagainya. Antara pulau-pulau yang didapati menghadapi cabaran dalam potensi kemajuannya ialah Pulau Pilong-pilongan dan Pulau Baru-baru.

4.1 Pulau Pilong-pilongan

Disebalik keinginan untuk memajukan aktiviti selam skuba, snorkeling, kayak, memancing dan menangkap ikan di Pulau Pilong-pilongan, terdapat impak negatif yang dijangkakan. Tambahan lagi, jika aktiviti itu dijalankan dengan kerapnya di sesuatu lokasi di pulau ini. Juga, kesar secara tidak langsung dari aktiviti ini, turut dapat dilihat contohnya sahaja dengan penggunaan bot, perahu dan apa-apa sahaja pengangkutan air.

34

Dengan semua ini, akan berlakulah kemusnahan terhadap ekologi dan biologikal hidupan terumbu karang jika tiada ada usaha untuk menyekat atau menghadkan sebarang aktiviti tersebut. Jika terumbu karang ini terancam, ianya akan memakan masa yang lama untuk tumbuh kembali semula. Lagipula, kejernihan air lautan pulau Pilong-Pilongan ini akan pudar dan tidak akan seperti sekarang.

Cabaran yang lain pula ialah kesukaran untuk membangunkan sebarang pembinaan infrastruktur di kawasan pulau ini umpamanya ialah pembinaan tempat penginapan seperti resort dan hotel, tempat permainan dan jeti. Memang untuk memajukan ekonomi pulau ini perlu menyediakan sesuatu tarikan kepada masyarakat negara dan luar negara. Namun, jenis pembinaan infrastruktur ini boleh memusnahkan kehidupan marin pulau yang sensitif terhadap perubahan kualiti air laut. Isu ini perlu dititikberatkan bagi mengekalkan kelestarian lokasi serta mengimbangi jumlah ketibaan pelancong (Ruzanna, Mohammad Firdaus dan et.al, 2011).

Tambahan pula, letak pulau ini yang berada di Teluk Brunei dan keluasan yang tidak terlalu besar adalah kurang sesuai bagi sebarang pembinaan di atas pulau. Ketidaksesuaian ini dinilai kepada faktor keselamatan iaitu risiko atau bahaya yang mungkin belaku diakibatkan oleh ombak yang kuat. Justeru itu, mencegah sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku adalah lebih baik.

4.2

Pulau Baru-baru

Pulau Baru-Baru tidak memiliki pembangunan atau keistimewaan yang membanggakan dan yang boleh menyumbang ke arah perekonomian yang berdaya tahan. Jika dibandingkan status pembangunan ekonomi maritim pulau ini dengan pulau-pulau di Brunei yang lain seperti Pulau 35

Muara Besar, Pulau Berambang, Pulau Pelompong dan sebagainya, adalah nampak jauh bezanya. Perbezaan ini adalah disebabkan perkara-perkara berikut:-

i. Pulau Baru-Baru ini sukar untuk dimajukan secara drastik kerana pulau ini bukan termasuk di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN). Disebabkan inilah, sebarang pembangunan belum diusahakan oleh mana-mana pihak kerajaan mahupun swasta dalam memperkembangkan sumber ekonomi pulau ini.

ii. Akses ke Pulau Baru-Baru ini adalah sukar dan terhad terutama dari segi kemudahan pengangkutan dan keselamatan. Ini adalah kerana kedudukan pulau yang terletak di kawasan yang cetek sehingga menyukarkan perahu besar dan sederhana untuk membuat perjalanan ke pulau tersebut. Justeru itu, laluan menuju ke pulau ini menjadikan perjalanan agak rumit sekali.

Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran tersebut tidak harus dilihat sebagai halangan untuk menjana kemajuan ekonomi daripada pulau-pulau tersebut melainkan menjadikan cabaran sebagai pemangkin untuk melahirkan idea-idea yang bernas bagi memajukan ekonomi melalui pulau-pulau yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

36

5.

KESIMPULAN

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa pulau-pulau di Brunei sememangnya mempunyai potensi ekonomi yang tinggi jika ia dimajukan. Kepelbagaian habitat pulau dan keistimewaan tersendiri pulau-pulau tersebut merupakan antara faktor yang perlu diambilkira untuk memajukan pulaupulau di negara ini.

Selain itu, idea dan pemikiran yang bernas pula menjadi pendukung kepada kemajuan pulau untuk menghadapi cabaran dan persaingan yang dihadapi dalam memajukan pulau-pulau tersebut.

Tidak dinafikan, adanya pulau yang sesuai untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong namun aspek seperti ombak yang kuat atau kurangnya kawasan atau tapak yang sesuai, tidak memungkinkan aktiviti pelancongan melainkan mengikut masa yang sesuai (seasonal) seperti Pulau Pilong-pilong.

Akan tetapi, masih banyak lagi pulau-pulau yang menyediakan kawasan yang sangat berpotensi besar jika dimajukan seperti Pulau Muara Besar. Ini tidak terhad kepada sektor pelancongan sahaja tetapi juga sektor-sektor lain seperti perindustrian, kajian dan sebagainya. Oleh itu, beberapa cadangan perlu diambilkira dalam fasa memajukan pulau-pulau di Brunei demi mempertingkatkan ekonomi negara, antaranya:-

37

1) Perlindungan spesis-spesis lautan Bagi melindungi spesis-spesis yang terdapat di kawasan pulau-pulau di Brunei ini daripada kepupusan perlulah ada inisiatif dari pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti

memperkuatkan undang-undang kepada mana-mana pihak yang mencerobohi pulau larangan dan meletakkan papan tanda amaran di kawasan pulau tersebut.

Contohnya di Pulau-pulau Pilong-Pilongan. Usaha-usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan pulau berkenaan daripada pencerobohan. Dalam tahun 1965, Pengarah MuziumMuzium Brunei menuntut supaya pulau tersebut dilindungi dan dipelihara di bawah undangundang kawasan terkawal. Sehinggalah dalam tahun 1975, baharulah pulau berkenaan mendapat perlindungan di bawah pengurusan Jabatan Muzium-Muzium Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam 1967 (Abdul Aziz Pandin, 2010).

Juga terdapat tindakan yang lain seperti usaha kempen pembersihan. Seperti contoh, kempen kebersihan yang dilaksanakan oleh ahli selam dari Jabatan Perikanan di lautan pulau ini. Pembersihan itu dibuat bagi membuang sangkar-sangkar ikan yang tersangkut/terikat dengan terumbu karang di mana ianya boleh memudaratkan kepada organisma air (Brunei Times, 2009).

2) Mempertingkatkan Perusahaan Ikan Dalam Sangkar Perusahaan ikan dalam sangkar juga boleh dipertingkatkan lagi dengan merangka beberapa strategi kemajuan. Antaranya ialah meningkatkan penghasilan pemeliharaan ikan-ikan termasuk pembukaan kawasan-kawasan ternakan ikan yang baru, menggalakkan sistem penternakan ikan berteknologi tinggi, mengoptimumkan penggunaan tapak-tapak yang sedia ada, penggunaan 38

spesis ikan atau udang yang tidak membawa penyakit dan memantapkan dan memperkesankan lagi perkhidmatan dukungan yang disediakan kepada pengusaha-pengusaha.

Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa pulau-pulau di Brunei mempunyai potensi ekonomi yang besar jika ia dimajukan dengan satu pemikiran jangka panjang sekaligus menyumbang dan mempertingkatkan ekonomi maritim negara.

39

You might also like